Ahad, 9 Februari 2014

# Diariku # Umrah 2014

Rindunya Raudhah, Madinah dan Kaabah

Petang tadi tergerak nak melawat mak angkat saya merangkap bidan saya Makcik Maznah. Kelmarin dah janji nak pergi melawat tetapi kekangan masa menyebabkan ia tergendala.

Alhamdulillah tengahari makan dengan Faiz dan petang dapat jumpa dengan Makcik Genati, Pak Mat dan bidan saya Makcik Maznah.

Masing-masing bercerita rindunya saat di Mekah dan Madinah dan berharap tahun depan kami ke sana lagi.

Makcik Maznah hidangkan biskut dan kopi panas...hmm sedaplah kami minum petang di sana. Sejam lebih juga kami bersembang beramai2. Maklumlah mereka bertiga ni pertama kali ke umrah.

Memang masih terasa dan termimpi-mimp tawaf Kaabah sehingga selepas seminggu balik dari sana.

Ya Allah janganlah Kau jadikan ia umrah kami yang terakhir. Jemputlah kami ke sana lagi. 


Moga diberi umur yang panjang untuk ke sana lagi. Amin.

        




Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia