Kenapa ramai suami benci isteri sertai MLM?

Hangat hangat tahi ayam - Satu pepatah yang sangat makan dalam kalau terkena pada batang hidung kita... mau tidak. Buat kerja separuh jalan.

Shaklee Borneo
Network sosial marketing nama lain bagi MLM.


Sebenarnya ramai kawan saya yang menghadapi masalah ini iaitu suami mereka kononnya tak support dalam bisnes sampingan yang mereka nak usahakan.

Kadang-kadang bila kita renung balik kan....kenapa ada suami yang benci isteri mereka join mana-mana MLM? Hakikatnya ia balik kepada beberapa sebab antaranya :

1. Input yang suami terima dari kawan yang tiada tauliah.
2. Pengalaman suami sendiri yang pernah kena tipu dengan MLM sebelum ini.
3. Pengalaman adik beradik atau kawan rapat suami tentang MLM yang ingin disertai isteri
4. Ini paling dahsyat - si isteri join semua MLM dan rumah penuh dengan memberkit syarikat yang disertai tapi satu pun tak de hasil.

So sebenarnya balik kepada bagaimana si isteri nak bentuk kepercayaan suami tadi.

Kalau alasan no 1-3 masih boleh dipertimbangkan dengan meminta restu suami dan beri peluang pada sang isteri untuk berjaya. Namun kalau yang disebabkan no 4 ni, maka si isteri memang kena buktikan betul-betul supaya si suami dapat beri kepercayaan.

Hakikatnya bila suami hilang kepercayaan pada isteri, dari situ mulalah perkataan " Awak ni hanya hangat-hangat tahi ayam" dan mulalah kita merajuk dengan pasangan dengan muka masam, taknak masak, mogok dan sebagainya. Walhal semuanya berpunca dari diri sendiri.

So para isteri, bila anda nak join apa-apa MLM, pastikan ia bukan head hunting, pastikan ia bisnes yang halal, ada guru@ mentor yang bimbing , dekati ALLAH sebab ALLAH adalah BOS dalam bisnes bukan manusia dan kena rajin serta nekad berjaya.

Alhamdulillah selama kami dah lebih 15 tahun dalam Shaklee, suami juga enjoy melibatkan diri dalam bisnes ini dan kini fulltime bersama untuk organize event or meeting. Berkat sabar dan yakin ALLAH akan menolong dan kini ia berhasil.


Kerja dari rumah
Bersama owner Shaklee.....

Ia bukan satu perjalanan yang pendek namun setiap suka duka kami simpan rapi dalam menilai sebuah kejayaan yang dikecapi.



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan Popular