Khamis, 26 Disember 2013

Shaklee Miri : Omega untuk kesihatan optimum

Ramai orang tahu khasiat minyak ikan untuk DHA, daya ingatan yang kuat dan lebih kepada otak. Namun hakikatnya Omega mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.

Omega Shaklee


Omega sebenarnya jika diambil secara konsisten, kita akan dapati kita lebih bertenaga, mempunyai kecerdasan minda dalam berfikir dan menjana idea, tiada masalah sendi bila dah semakin berusia, kolestrol baik terjaga, berat badan lebih ideal bila pemakanan terjaga dan awet muda.
Omega juga membantu meningkatkan imun sistem secara tidak langsung.

Saya dan seluruh keluarga memang amalkan.

Saya :
Saya makan omega untuk pastikan saya cergas dan kulit saya nampak muda. Saya suka makan omega  setiap hari supaya badan saya kekal warm dan tak mudah rasa sejuk atau sengal. Omega buat imun sistem saya lebih kuat.

Suami :
Suami makan untuk jaga tahap kolestrol dalam badan dan bagus untuk otak.

Anak-anak saya :
Mereka makan bila badan rasa sejuk terutama selepas swimming. Biasa sebelum swimming dah makan dulu. Untuk mereka lebih mengingat apa yang mereka belajar dan paling suka sebab kalau rasa sejuk disebabkan cuaca mereka tahu omega boleh bantu warmkan badan.

Mak saya :
Mak suka makan supaya dia tak mudah rasa sejuk di kaki atau dada. Saya akan sentiasa bekalkan mak omega extra sebab cucu dia yang lain pun suka makan.

Bidan saya :
Shaklee miri
Pengedar Sah Shaklee Tudan

Pertama kali beliau makan Omega masa saya bawa beliau bercuti di KK. Beliau batuk dah lebih 1 minggu. Jadi saya terus bagi Omega 3 biji sebelum beliau tidur. Alhamdulillah sejak dari itu ramai pelanggan beliau yang buat order Omega.

Anda?
Pastinya ada cerita menarik tentang omega yang anda boleh kongsikan? Why not tulis di komen entry ini. Kita boleh share kan pada orang lain juga!





Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 25 Disember 2013

Shaklee Miri : Business Opportunity Sharing

Norita Shaklee


Merungut tak guna sebab ia tak mampu untuk ubah nasib kita. Apa kata kita ubah sikap, ubah cara secara langsung mampu ubah kehidupan kita sendiri dan keluarga?


Jom datang dan dengar peluang Shaklee tawarkan !

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 24 Disember 2013

Selawat dan fadilatnya.

Amalan yang mudah namun dipandang ringan....hakikatnya selawat banyak fadilatnya.




1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani -




* Melayan jiwa yang meronta-ronta merindui bau Raudhah dan Kaabah.....
Ya ALLAH terimalah kami lagi sebagai tetamuMu.


Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Bila anda tahu apa yang anda MAHU.....

Saya dari keluarga orang biasa yang mempunyai impian dan mimpi yang besar.

Norita Shaklee

Saya juga pernah hidup seperti orang lain....kami mulakan hidup dengan penuh sederhana. Semuanya ikut kemampuan....

Masih ingat masa mula2 datang Miri, saya hanya mencari pendapatan dengan mengajar tuition dari rumah. Bermula dengan seorang anak murid, income saya hanya RM60 sebulan. Masih ingat betapa saya hargai RM60 tu. Saya simpan sedikit dan saya belanja sedikit.

Bila anak murid bertambah income pun mula beribu dengan hanya duduk dirumah. Seronok sebab saya suka mengajar. Namun malangnya saya terikat dengan masa yang sangat ketat.
Kesian anak dan suami....

So saya cuba minta KPLI dan rezeki saya dapat.  Bila mula bekerja, cabaran hebat sebab mengajar dan tugas guru itu hakikatnya 24 jam dan 7 hari seminggu. Kesian anak saya terpaksa dihantar rumah jiran.

Terpaksa lalui semuanya kerana masa tu tak de pilihan.

Lahirkan anak kedua, saya nekad nak kerja dari rumah....saya nak jadi macam kawan saya yang lain, belanja tanpa ada masalah, nak bersedekah banyak, bercuti tempat yang best setahun sekali, bawak mak dan keluarga berjalan atau buat umrah.

Impian saya besar tau! Bila saya share kan dengan kekawan terdekat mereka kata impian saya besar sangat dan pernah pula ada yang tanya....boleh capai ke?

Pada mula saya buat Shaklee, saya berdiri sorang diri memperkenalkan Shaklee...lama-ke lamaan ALLAH hantar orang-orang yang menemani saya sehingga hari ini.

Saya tak pernah simpan dalam hati mereka yang hentam saya dalam dunia siber malah sindiran mereka yang anti supplement itulah menjadikan saya terus kuat memperkenalkan vitamin ini. Percayalah halangan dan cabaran bukan hanya datang dari luar tetapi dalam ahli keluarga.

Syukurnya berkat amalan2 yang diturunkan oleh sahabat dan guru2 [ sesiapa juga yang memberikan saya ayat amalan, merekalah guru saya...semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian] menjadikan saya semakin kuat dan tabah.

Kini saya masih meneruskan perjuangan....saya sayangkan Shaklee.....vitamin yang banyak beri manfaat pada saya, emak saya, arwah atuk Tan saya, adik beradik2 saya dan anda......

Kami masih menyediakan kelas untuk mereka yang perlukan ....

✎ kesihatan

✎ kewangan

✎ melancong



 Maka jika anda rasa kos sara hidup yang makin meningkat sekarang membuatkan anda tertekan, why not kita cuba usaha dapatkan side income sambil memperbaiki amalan dan berusaha bersangka baik pada ALLAH setiap masa.

Jika anda stress dan menyebabkan taraf kesihatan anda merosot, jom cuba produk Shaklee.

Tak salah beri peluang pada diri....saya dulu juga seperti anda....dan alhamdulillah kini lebih baik dari dulu. 

Saya tak mampu nak ubah nasib anda tetapi hanya anda sahaja yang mampu ubah sikap dan kehidupan anda untuk menjadi lebih baik!


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Isnin, 23 Disember 2013

Maldives Percutian Penutup 2013

Kalau tak berani bermimpi, ketakutan akan menguasai diri. Apabila ketakutan yang bermaharajalela...tiada satu pun yang akan berubah dalam hidup. Ini yang saya belajar dari cerita Frozen!


Dulu kalau sebut percutian melebihi 5 angka saya akan fikirkan ianya angan-angan kosong. Namun selepas belajar tentang " pentingnya berani bermimpi " segalanya menjadi tidak mustahil.

Tahun ni abah Addinnasa pilih Maldives sebagai percutian penutup tahunan 2013. Maldives adalah sebuah negara Islam. So paling senang nak cari makan !

Maldives adalah negara yang mempunyai 1190 buah pulau. Tetapi hanya 200 pulau yang dijadikan resort percutian. Resort atas pulau ini adalah dalam kategori high end vacation. Memang kena kumpul duit betul2 jika kita nak berjalan ke sini. Abah Addinnasa amik masa 3-4 bulan nak bawa kami ke sana.

So kami memilih Kurumba Island sebab ia hanya 10-15 minit naik bot dari airport ke pulau. By the way, airport Maldives atas sebuah pulau manakala ibu negaranya iaitu Male terletak atas pulau yang berdekatan.

Pada mula berangan nak pergi bercuti di Gili Lankanushi...Serius cantik! Tapi sebab anak belum besar...tak berani la pulak. Hehehe....may be lain kali la. Kami pilih Kurumba.

Secara kebetulan Airasiago ada promotion. So alhamdulillah memang best la.

Shaklee Miri


Shaklee WAHM

Kalau nak ke Maldives memang kena book thru internet hotel yang kita pilih. Sampai di airport kita perlu ke booth resort yang dituju.

Memandangkan Kurumba dekat, so kami menaiki boat ke resort.

Shaklee Independent Distributor

Sampai sahaja ke sana....kami di sambut dengan sangat mesra oleh staff resort dengan kalungan siput serta ice cream kelapa yang sangat la sedap!

Shaklee dari rumah

Syukur rezeki kami dapat upgrade rumah  tanpa sebarang bayaran tambahan. Syukur pada ALLAH.

Shaklee kerja dari rumah

Cantiknya Maldives ...

Shaklee part time

Memori terindah di Maldives

Norita Shaklee

Syukur pada ALLAH kerana mengizinkan kami melihat keindahan ciptaanMu.....

Semoga ada rezeki kami mengelilingi dunia melihat keajaiban ciptaan ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Hebat.


Tak sabar dengan perjalanan 2014....Rindu melihat kaabah dan Raudah. Semoga kami dijemput lagi tahun hadapan....amin.




Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Ahad, 22 Disember 2013

Shaklee Independent Distributor - Jom Belajar Order Online!

Segalanya kini di hujung jari. Maka terpulang pada kita sama ada mahu dan tidak.

Shaklee Miri

15 tahun dahulu semasa awal penglibatan saya dalam Shaklee, untuk mendapatkan produk saya terpaksa menaiki LRT dari stesen Universiti ke Stesen Wangsa Maju. Dari stesen saya menapak celah-celah rumah orang ke branch Shaklee Wangsa Maju.

Selepas itu saya berpindah ke Sarawak...nak order kena order dari KL dengan caj tambahan 10% sebagai caj pos. Selepas itu Shaklee buka branch di Kota Kinabalu Jalan Luyang kalau tak silap...so kini caj pos hanya RM20 untuk order bernilai RM999 ke bawah. Manakala jika order melebihi RM1000 syarikat berikan penghantaran percuma.

Ini cerita zaman dulu....tapi kini semua dah mudah.

Hanya perlukan komputer atau smart phone. Kini semua di hujung jari.

Shaklee Order Online


Shaklee Miri


Bayangkanlah betapa mudahnya berbisnes Shaklee pada hari ini.

Kalau dulu nak register ahli kena isi borang. Sekarang tak perlu....paperless! Hanya perlukan internet dan just log in, klik ke online enrolment. Nak order hanya klik shopping. Nak cek bonus? Semua hanya di online!



Nak lebih detail ; sila klik sini. SHAKLEE  ONLINE -MANUAL. Sini lebih lengkap.

Apa kelebihan beli online?

Shaklee Miri


Berminat nak sertai kami?
Jangan tunggu lagi ! Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita!



 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Khamis, 12 Disember 2013

Lunch with Roger Barnett

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak de siapa tahu.


Alhamdulillah para tarikh 12 Disember 2013, di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, kami berpeluang menjamu selera @ lunch with Roger Barnett.

Siapa Roger Barnett? Beliau adalah owner Shaklee…. fun macam tak percaya malah macam mimpi dapat makan dengan somebody yang surely hebat.

Hebatnya insane ini ialah dia sangat humble and very soft spoken person !  Tak sombong jauh sekali nak berlagak. Walhal punya banyak bisnes selain Shaklee, beliau seorang yang sangat disenangi.

Antara gambar yang diambil selepas lunch tadi…..

Norita Shaklee

Gambar yang paling saya suka :)




Shaklee Miri

With FLC team.

Rezeki hebat lagi, selepas kami makan malam, terserempak dengan Roger sekali lagi apabila beliau juga baru balik dinner dengan management team.


So dapatlah kami sekeluarga bergambar bersama dengan pemilik Shaklee ini. MasyaALLAH rezeki hebat dari ALLAH hari ini….sujud syukur saya!

Nak lagi terharu beliau buat magic untuk Addin dan Nasa!

sila klik untuk lihat Video Magic from Roger Barnett untuk Addin dan Nasa



Nak join us?
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 6 Disember 2013

Benarkah Set Penyusuan Shaklee Banyakkan Susuibu ?

Memberikan susuibu pada si manja menjadi impian semua insan bergelar ibu terutama mereka yang nak berikan terbaik buat anak mereka. Bekerjaya bukan satu alasan untuk menafikan hak si manja.


Walau bagaimanapun, seorang surirumah tidak bermakna mereka mudah untuk menyusu dan mudah menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Ini kerana banyak faktor yang penting untuk menjayakan penyusuan.

Ramai ibu muda yang kurang arif akan ingat bahawa dengan makan vitamin yang sedang popular di pasaran akan terus buatkan susu mereka jadi banyak dan melimpah ruah.

Hakikatnya konsep penyusuan asas perlu dan wajib di fahami oleh ibu2 yang ingin menyusukan anak mereka.

Antara perkara penting yang perlu diutamakan ialah

1. Susu akan banyak apabila lagi kerap anak menyusu atau sistem perahan yang konsisten setiap 2 jam.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.

3. Pemakanan si ibu seimbang dan mencukupi. Ibu yang menyusu tidak boleh skip makan atau hanya light meal sebab si anak perlukan susu yang bernutrisi untuk membesar.

4. Si ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu apakah ubat merancang kehamilan yang boleh digunapakai jika ingin menyusu anak dan waktu yang sama mengamalkan pil perancang keluarga.

5. Si ibu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan POWER PUMPING terutama apabila si ibu perlu mencukupkan stok keperluan susu anak terutama apabila anak dihantar di taska atau ditinggalkan bersama baby sitter. POWER PUMPING juga sangat penting apabila si ibu tidak dapat mengepam secara konsisten setiap 2 jam di tempat kerja.

6. Si ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri dan mengelakkan keletihan melampau atau tekanan perasaan kerana ianya boleh mengganggu penghasilan dan pengeluaran susuibu.

7. Si ibu kena yakin dengan doa dan diri sendiri bahawa susuibu yang dihasilkan mencukupi untuk si manja.

8. Jangan bandingkan diri dengan orang lain tetapi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.

9. Kekal positif dan bersangka baik dengan hasil usaha sendiri.

10. Sentiasa bersyukur setiap kali selepas menyusukan / memerah supaya tenaga positif kuat dalam diri.


Pengambilan supplement hakikatnya membantu tubuh ibu mendapat zat vitamin dan galian yang sukar untuk dilengkapkan dari makanan harian. Setiap vitamin mempunyai fungsi yang berbeza.

Namun jujurnya hari ini ramai pengedar yang menjual atas dasar bisnes maka mereka akan sarankan 2 produk sahaja iaitu Alfalfa dan ESP.
Walaupun begitu sebagai seorang pengamal tegar selama 15 tahun, set 3M yang sering saya sarankan mempunyai fungsi yang tertentu dan seimbang malah meliputi keperluan ibu secara menyeluruh.

Set Menyusu Miri

Secara ringkasnya :

1. ESP - membentuk dan membaiki sel dalam tubuh. Ia penting untuk ibu dan anak malah komposisi utama dalam susuibu adalah protien. ESP adalah protien lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ianya protien dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya.


2. Vitalea with iron - Ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan sat dan galian utama yang diperlukan oleh badan. Antara tanda kekurangannya ialah si ibu mudah rasa nak pitam malah ada yang mudah rasa pening kepala selepas menyusukan anak.

3. Vitamin C - Penting untuk menjadi asas kepada sistem pertahanan badan. Ini membantu si ibu mengawal tekanan yang dihadapi malah ia membantu si manja sihat.

4. B complex - Ia vitamin penting untuk bina darah. Ia juga terkenal sebagai vitamin penenang. Ia membantu si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah moody.

5. Ostematrix - Ia adalah kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat penting untuk pembinaan darah, sistem saraf dan keperluan utama pembentukan tulang dan gigi.

6. Alfalfa - ia adalah tumbuhan yang kaya dengan protien dan zat galian [ micro nutrien]. Ia dalam kelompok herba maka pengambilannya memerlukan pengambilan air yang mencukupi dan konsisten.
Bagi ibu menyusu ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susuibu. Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk ibu yang anaknya yang di diagnose G6PD kerana alfalfa mengandungi vitamin K.
Oleh kerana alfalfa mengandungi vitamin K, pengambilannya oleh ibu menyusu akan mendapati susuibu pekat dan sedikit kuning kehijauan.

Jadi jika anda ibu yang baru dalam dunia penyusuan, pastikan anda tahu vitamin yang anda ambil.
Dapatkan konsult dari pengedar yang membantu anda untuk menjayakan penyusuan.

Banyak entry saya sebelum ini yang berkaitan …sila layari :

1. Rahsia Terbesar Banyakkan Susuibu

2. Hasil Kajian Saya Pemakanan Faktor UTAMA Banyakkan Susuibu

3. Set Penyusuan Shaklee yang Sesuai dengan SAYA?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
   These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
    Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari        
    rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email
   Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
   Gmail : addinnasa[@]gmail.com



  ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

   Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa