Jumaat, 28 Jun 2013

Kurus dengan B complex ?

Jun 28, 2013 0 Comments

" Saya takut gemuk bila makan vitamin B compleks!" Ini adalah ayat biasa yang kita dengar sejak dari kecil lagi tentang vitamin b.


Kurus dengan b complex



 Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP],  B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.


Minda kita telah diterapkan kononnya B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkan B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang suka B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.
B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar.

Boleh teruskan pembacaan mengenai kelebihan B complex Shaklee DI SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 26 Jun 2013

Bermula dengan Set berpantang Shaklee dan kini berbisnes Shaklee!

Jun 26, 2013 0 Comments

Tak tumbuh tak melata, tak benar orang tak kata!


Ini pengakuan customer saya dan merangkap bisnes partner saya di Miri!!

Pengedar Shaklee Miri

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 22 Jun 2013

Doa anak yang soleh.

Jun 22, 2013 0 Comments
Semua orang impikan kekayaan. Malah ibu bapa dari golongan sederhana pastinya mempunyai impian untuk melihat anaknya kaya. Tanpa disedari adakala ibu bapa terlupa, adakah anak yang berjaya tadi mengutamakan ALLAH dalam urusan mengejar kekayaan tadi.

Ada 3 perkara yang tidak memutuskan hubungan anak adam dengan dunia ialah
1. Sedekah jariah,
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan
3. Doa anak yang soleh.

Harta yang paling hebat adalah mempunyai anak yang soleh.

Bila pulang dari Umrah baru-baru ini, saya berpeluang bertemu dengan kenalan kami di Mekah yang mempunyai anak seumur dengan anak saya. Namun sesuatu yang saya kagum, anaknya mampu membaca doa-doa yang jarang dihafal oleh kita sendiri disamping menyampaikan qasidah selawat nabi yang sangat lunak.

Waktu itu saya rasakan betapa bertuahnya kenalan kami kerana dikurniakan anak yang hebat sedemikian.

Namun segalanya bermula bagaimana kita mencorakkan anak kita. Adakah ke dalam bentuk duniawi atau ukhrawi atau seimbang antara kedua-duanya.

"Ya ALLAH jadikan kami dan keturunan kami hambaMu yang mendirikan solat. Jadikan keturunan kami harta yang boleh membawa kami ke syurgaMu . Andai ada kebaikan yang kami lakukan mampu mendapat rahmat dan redhaMu ke syurgaMu maka tempatkanlah kedua ibu bapa kami sebagai gantiannya. Amin."

Saya rindu arwah abah saya....dialah guru terhebat saya. Semoga ALLAH menempatkan beliau dalam syurgaNya.

Khamis, 20 Jun 2013

Set berpantang Shaklee : bila perlu makan?

Jun 20, 2013 0 Comments

Payung, penggunaan masa hujan atau panas?


Shaklee set berpantang

Semua orang punya cara berbeza menggunakan payung. Ada yang pakai ketika panas terik, ada yang pakai masa hujan lebat manakala ada juga yang guna masa awan mendung sebagai tanda awal nak hujan.

Namun tak de salah pun mana2 cara nak gunakan payung. Paling utama kegunaannya ialah untuk melindungi dari terik matahari atau basah akibat hujan lebat.

Balik cerita tentang set berpantang Shaklee....ibu-ibu suka bertanya;

1. Bila boleh makan?

2. Boleh tak makan dengan jamu?

3. Selepas habis pantang boleh makan ke?

4. Sampai bila boleh makan set ni?


So jawapan ini untuk saya sediakan pada ibu-ibu yang baru jatuh cinta dengan Shaklee.

1. Bila boleh makan?
Vitamin ini adalah tambahan makanan kepada pengambilan makanan harian yang pastinya ada banyak kekurangan dalam memastikan semua zat mencukupi. Maka set berpantang Shaklee boleh diambil sebelum bersalin cuma vitamin seperti zinc dan alfalfa perlu diambil selepas melahirkan bayi.

2. Boleh tak makan dengan jamu?
Jawapan saya ialah boleh tetapi jarakkan masa pengambilan makanan vitamin dan jamu. Elakkan makan serentak tidak memberikan komplikasi ditambah banyak bahan jamu tidak diketahui secara jelas. Walau bagaimanapun ibu yang ingin menyusukan anak sangat bagus mengelakkan pengambilan jamu supaya tidak menjejaskan susuibu serta bayi anak yang masih belum matang. Pengambilan jamu yang panas boleh mengganggu hati si anak untuk memproses.

3. Selepas habis pantang boleh makan ke?
Vitamin berpantang adalah terdiri daripada Vitalea, B com, Vitamin C dan Zinc. Jika ibu2 sedari, ia tidak banyak beza dengan set penyusuan susuibu Shaklee. Cuma pada penambahan vitamin zinc. Vitamin Zinc sangat bagus diambil oleh ibu walaupun telah habis berpantang sekurang-kurangnya membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan zinc membantu mengatasi masalah rambut gugur.

4. Sampai bila boleh makan set ni?
Terpulang kepada si ibu. Pengambilan boleh diteruskan walaupun telah habis menyusukan si bayi. Ini kerana vitamin ini adalah untuk kesihatan optimum dan membantu tubuh mendapat zat yang diperlukan oleh badan dengan baik.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Jun 2013

CoQ Health Plus[ CoQ10] ; sayangi jantung kita !

Jun 19, 2013 0 Comments

Tak kenal maka tak cinta!

CoQ10 Shaklee


Kami dah jatuh cinta dengan CoQ10 Shaklee atau nama lainnya CoQ Health Plus!


Alhamdulillah saya dan suami amalkan makan sebiji sehari CoQ Health Plus. Walaupun baru seminggu tapi memang terasa kesan pada degupan jantung.


Perlu ke saya makan?
Semakin usia kita meningkat, degupan jantung kita makin berkurang berbanding kita masih kecil. Ini kerana faktor usia , cara hidup dan pemakanan. Ditambah dengan pengambilan makanan berlemak atau berkolestrol akan menyebabkan kelancaran degupan tidak lagi seperti dulu.

CoQ Health Plus mengandungi ekstrak teh hijau dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak jahat dalam darah. Ia membantu enzim CoQ dalam badan sentiasa cukup untuk keperluan jantung berdegup dan mengepam darah ke seluruh tubuh.

Pengambilan makanan kita hari ini yang tidak seimbang menyebabkan enzim CoQ ini makin berkurang dalam badan.Pengambilan supplement CoQ Health Plus membantu kita atasi masalah kekurangan enzim ini dalam tubuh.

Harga CoQ Health Plus masih murah dibandingkan dengan harga jantung kita. Jom dapatkannya hari ini dan hadiahkan buat yang tersayang termasuklah diri kita sendiri.

Dapatkannya dari kami melalui fb

https://www.facebook.com/messages/DuniaVitaminAddinnasa

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 18 Jun 2013

Rezeki niaga yang hebat!

Jun 18, 2013 0 Comments

Kaya di dunia dan kaya di akhirat pastinya menjadi impian semua umat manusia.

Kaya


Buat semua yang berniaga, berniagalah elok-elok supaya apa yang mendatang dapat menyelamatkan kita dari 4 perkara iaitu
1. fitnah dajal
2. fitnah dunia
3. fitnah kubur
4. Api neraka.

Hasil rezeki berniaga ini nampak sangat ketara. Bila niaga dengan baik, insyaALLAH dipelihara dari pelbagai ujian yang tidak baik.
Hasil yang baik dapat dilihat dari segi hati yang tenang, kesihatan yang baik malah mendapat naungan keselamatan dari ALLAH s.w.t sendiri.

Bila berniaga dengan tidak betul atau mengambil keuntungan yang melampau mahupun menurunkan harga yang mengganggu peniaga lain, nescaya tidak kekal lama.
Paling pasti yang haq akan datang dan yang bathil akan lenyap.
Maka untuk bertahan dalam dunia perniagaan, berniaga dengan baik dan berzakat dan bersedekahlah dengan rezeki yang halal. InsyaALLAH akan dapat menikmati rahmat ALLAH yang sangat hebat.

Bila diuji dengan ujian, renungkanlah hasil rezeki yang diperolehi. Mungkin ada mana-mana yang terkurang, mungkin sedekah yang jarang mahupun berniaga dengan cara yang salah.

Hakikatnya kita hidup sementara, jadikanlah duit itu sebagai alat untuk persediaan kita mengadap ALLAH dengan saham akhirat yang banyak.

Semoga ALLAH menerima segala amalan baik yang kita usahakan dan menempatkan kedua ibu bapa kita dalam syurgaNya. Amin.


Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Ahad, 16 Jun 2013

Shaklee Miri Anda

Jun 16, 2013 0 Comments

Shaklee boleh dibuat dari rumah? Benar! Ramai surirumah dah sertai!



Pengedar Shaklee Miri

Alhamdulillah kini ramai pengedar Shaklee Miri dan anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan produk Shaklee. Bagi anda yang di Miri, boleh hubungi mereka terus untuk dapatkan produk!

1. Kak Suhaila 012-8528013

2. Gwendolin 013-8298863

3. Farhana Abdullah 010-7942058

4. Ishah 019-8276207

5. Jamilah Jamel 016-6822055

6. Norfaizah Abu Yahma 019-8050837

7. Zaihan Zakaria 012-9397193

8. Kak Missiah 016-8538256

9. Kak Dayang Siti Nilam 019-4893501

10. Wan Nurul Hawa 017-2595032

12. Noraini Ekul 010-5983925



Entry yang berkaitan Shaklee Miri.



Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.


 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 14 Jun 2013

Labuan 2013.

Jun 14, 2013 0 Comments

Senyum!



Encik dan keluarga adalah orang terakhir check in! Saya yang tak faham tertanya-tanya apa maksud cik puan di kaunter MAS tadi.


Suami tanya kenapa ya? Dengan senyuman cik puan kaunter pun jawab sebab flight encik jam 7.35 pm. Ya ALLAH syukur pada ALLAH kalau tak terlepas flight ke Labuan!!!



Itulah padahnya bila tengok sambil lewa. Masa ketibaan di ingat masa penerbangan. Nasib juga diberi kesempatan untuk check in, kalau tak jawabnya kena beli tiket baru la....hehehehe

Oh dah lama tak jalan Labuan....adalah dalam 5-6 tahun tak jalan sini.

Apapun syukur semuanya selamat. Dinner yang sedap tajaan abah Addinnasa merangkap biz partner saya dalam bisnes Shaklee dari rumah <3 p="">
So kena tidur awal. Esok kita jumpa rakan seperjuangan Shaklee di Labuan atas arragement cik Puan Aisyah yang sebelum ini kami hanya berkenalan secara alam maya sahaja.

Moga semuanya lancar dan semoga ALLAH membekati usaha dan majlis ilmu esok!


Nanti kita update gambar ya!

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Khamis, 13 Jun 2013

Antara harga jantung atau sebotol vitamin?

Jun 13, 2013 0 Comments

Kos pembedahan jantung tak pernah kurang dari sepuluh ribu! Maka benarlah kata orang kos mencegah lebih murah dari kos merawat.



Semua akui bahawa kos mencegah lebih mudah dari merawat. Namun yang menyedari kebenaran pada kata-kata ini ialah mereka yang pernah melalui kos rawatan semasa sakit.

Bagi yang tak pernah melalui kos merawat memang akan merasakan kos mencegah adalah sangat mahal.

Masih ingat lagi masa adik beradik mak nak kumpul duit untuk operation jantung atuk. Syukur anak atuk ramai maka dapatlah kumpul untuk membayar bil pembedahan jantung tersebut.

Bila ingat memang berbelas ribu.

So bila saya ingat kisah itu, dan saya bandingkan dengan harga sebotol CoQ Health Plus [ CoQ10] membuatkan saya rasa kos vitamin itu jauh lebih murah. Hakikatnya kos pembedahan yang melibatkan jantung atau kos merawat sakit jantung sendiri memang mahal.
CoQ10

Ditambah jantung kita memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Jantung kita ibarat bateri. Habis bateri, padamlah alat.


Masa bersembang dengan mak petang tadi pesan makan vitamin CoQ health plus mak kata mahal juga sebotol ya. Harga pasaran ialah RM124. Namun saya cakap kat mak, kos pembedahan jantung atuk dulu puluh ribu dan mak terus jawab....betul juga ya.

Arwah abah dulu meninggal sebab angin ahmar atau kata lain berpunca kolestrol. So ia memang membuatkan saya lebih berjaga-jaga dengan pemakanan says, suami dan keluarga. Memang ajal maut di tangan ALLAH namun sebagai manusia kita perlu usaha menjaga kesihatan kita.

Bagi anda yang menghargai jantung anda, boleh dapatkan produk CoQ Health Plus ini dari kami. Untuk maklumat lebih lanjut boleh pm kami mengikut details di bawah.



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 12 Jun 2013

Doa senjata tersembunyi

Jun 12, 2013 0 Comments
Doa itu senjata orang mukmin.

Jadi mengapa malas nak berdoa? Adakah sebab doa sebelum inintak termakbul menjadikan alasan tak berdoa?



Sabar. Sabar dan sabar.

Apa yang kita doa pasti dapat sebenarnya sama ada dalam bentuk yang kita harapkan atau adakala lebih baik dari kita jangkakan.

Paling pasti rahmat Allah jaaaauuuuuuuuuhhh lebih luas dari impian kita manusia yang kerdil jadi mengapa perlu putus harapan?

Selasa, 11 Jun 2013

Siapa yang perlukan Shaklee CoQ Health Plus?

Jun 11, 2013 0 Comments

Jantung ini ibarat bateri. Sebuah jam boleh berhenti berputar apabila kehabisan bateri. Namun jantung tiada gantian seperti mudahnya mengganti bateri.




Shaklee Anakkuwiraku



Memang benar, ajal maut di tangan ALLAH namun ini tidak bermakna kita tak perlu usaha menjaga kesihatan seharian.

Semasa pertama sekali saya mendengar supplement CoQ10, sesuatu yang saya sendiri sedari....semakin usia kita meningkat, degupan jantung kita mulai perlahan dan ini berpunca dari amalan pemakanan harian kita dari kecil sehinggalah sekarang.
CoQ10 Shaklee

Tidak saya lupa apabila pertama kali menimang cahayamata, saya suka mendengar degupan jantung si manja saya. Bermula dari situ saya sedar kebenaran pada kata-kata degupan jantung kita akan mula perlahan apabila meningkatnya usia. Ini ditambah apabila saluran darah ke jantung disaluti lemak yang boleh mengganggu pengaliran darah dengan lancar.

Badan kita memerlukan nutrien yang dikenali sebagai Coenzyme Q10 atau nama singkatnya CoQ10 untuk memastikan jantung dapat berfungsi dengan baik. Walaupun ia boleh didapati dalam makanan harian namun adakala pemakanan yang tidak seimbang akan membuatkan pengambilan nutrien CoQ10 hanya minima sehari.

Nutrien ini banyak di dapati dalam daging serta kekacang. Walau bagaimanapun mereka yang vegetarian akan menghadapi masalah yang sukar untuk mendapat nutrien ini secara optimum melalui makanan harian mereka.

Oleh kerana inilah kita sesuai mengamalkan supplement ini dan khususnya mereka yang berumur 21 tahun ke atas.

CoQ10 juga dikatakan amat sesuai untuk mereka yang ada masalah kegagalan jantung, sakit jantung [ heart attack] , mereka yang ada kandungan kolestrol yang tinggi, hypertensi tetapi hakikatnya memang fokus kepada jantung.

Pengambilan ubat-ubatan terutama mereka yang ada penyakit akan menyebabkan nutrien Coenzyme Q10 akan menurun. Maka pengambilan supplement CoQ10 ini sangat membantu mengatasi kekangan kekurangan nutrien ini di dalam tubuh kita.

Hakikatnya pengambilan CoQ10 adalah sebagai langkah berjaga-jaga ditambah penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 dunia.  Pengambilan sebiji sehari adalah sangat disarankan untuk kita dalam menjaga kesihatan jantung.

Dapatkan produk ini untuk dihadiahkan pada ibu bapa kita malah untuk diri sendiri. Mencegah lebih rendah kosnya dari merawat.

Dapatkan produk ini dari kami dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila pm kami mahupun whatsapp di talian di bawah.

Antara entry CoQ10 sebelum ini yang boleh dibaca.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Isnin, 10 Jun 2013

Shaklee CoQ Health Plus hadiah terbaik untuk diri sendiri!

Jun 10, 2013 0 Comments

Penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 dunia!




Tiada siapa tahu dia mengidap sakit jantung kecuali setelah kronik ini kerana ia biasa terjadi dalam diam dan tanpa disedari.


Jam bergantung pada bateri untuk bergerak. Bila habis bateri, jam akan terus berhenti dari berputar.
Dalam tubuh manusia, jantung ibarat bateri. 

Bila berhentinya jantung maka tamatlah riwayat hidup manusia tersebut.
Ajal maut ditangan ALLAH jua, namun tak salah meletakkan usaha dalam berusaha menjaga kesihatan khususnya penjagaan organ jantung.



Coenzyme Q10 dikatakan nutrien yang membantu meningkatkan fungsi jantung secara optimum dan CoQ10 ini juga dikatakan sangat bagus untuk membantu untuk kekuatan tenaga.

Ianya baru dilancarkan dalam Malaysia namun yang pasti ia pasti mendapat sambutan yang hebat.



Ramai yang tidak menyedari penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 dunia. 

Maka jom kita usaha menjaga jantung kita supaya berfungsi secara optimum dan kita hidup cergas dan ceria.



Berminat untuk membuat pesanan sila pm kami dihttps://www.facebook.com/messages/DuniaVitaminAddinnasa

  atau 

whatsapp 0128535689 Norita Idris dan dapatkanya hari ini! 

Jemput baca entry sebelum ini berkaitan CoQ10 di sini.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email 
Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 Salam sayang dari 
 N @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 7 Jun 2013

Meal Shake PERCUMA !!!!

Jun 07, 2013 0 Comments

Anak saya ratah meal shake macam ratah milo!  Inilah sebenarnya yang terjadi pada anak kami bila mereka mula ke dapur sendirian.

Shaklee Meal Shake

Semenjak awal Jun kami berada di Jakarta dan sekarang berada di Sunway menantikan big event Shaklee yang akan berlangsung di hotel Sunway Resort and Spa pada 8 Jun ini. Memang hampir saya terlupa bahawa bulan ini, semua kita berpeluang mendapat 1 Meal Shake PERCUMA dengan setiap pembelian 6 canister Meal shake.
Promo Meal Shake

Promo ini berlangsung hanya pada bulan Jun 2013 sahaja. Memang tidak dinafikan ramai ibu yang sangat teruja dengan tawaran hebat dari Shaklee ini.

Bagi yang baru mengenali Shaklee, Meal Shake adalah salah satu makanan tambahan dalam bentuk serbuk yang merupakan gabungan protien dan multivitamin. Perasa Meal shake adalah Vanilla dan baunya yang menyelerakan itu mampu menarik minat anak-anak minum kerana baunya seakan-akan ice cream vanilla.

Walau bagaimanapun ia bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi kita dewasa juga boleh amalkan pengambilan meal shake ini terutama bagi mereka yang tak suka telan pil, mereka yang sedang berdiet dan mereka yang inginkan kesihatan yang optimum.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang Meal Shake, kalian bolehlah layari blog ini untuk pembacaan yang lebih lanjut mengenai Meal Shake Shaklee.

Sekiranya berminat untuk dapatkan promo bulan ini, email/ sms/ whatsapp kami seperti di bawah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Jun 2013

Shaklee Indonesia Online :Sesuai untuk semua golongan.

Jun 04, 2013 0 Comments

Jakarta memang selalu machet! Maka kerana inilah ibu-ibu di Indonesia perlu ada bisnes secara online agar tidak perlu duduk dalam machet!




Ini adalah trip kami ketiga ke Indonesia, iaitu bandar Jakarta. Pada pertama kali sampai, saya belajar apa maksud machet. Machet bermakna heavy traffic.

Masakan tidak, penduduk dalam Jakarta sahaja mencecah 10 Juta orang. Bayangkan betapa ramainya manusia yang mendiami Jakarta.

Oleh kerana inilah juga saya yakin ibu-ibu dan bapak-bapak yang menetap di Indonesia perlu mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa iaitu bisnes online dan hanya melibatkan internet, komputer serta handphone yang sedikit canggih.

Saya tertarik dengan presentation bapak Peter semalam tentang sayur. Katanya mana yang lebih bagus sayur yang berlubang dimakan ulat atau sayur yang daunnya sentiasa cantik dan berkilat? Hadirin menjawab...sayur yang berlubang. Jawapan yang sebetulnya kata pak Peter sudah tentu sayur yang berlubang kerana tiada pengawet dan semburan sebab itu ulat makan berbanding sayur yang cantik dan berkilat hakikatnya ia telah disaluti bahan kimia dan ini menyebabkan ulat menjauhi. Namun mata kasar manusia suka yang cantik dan elok sahaja.

Memang benar di mana-mana pun hakikatnya kita terdedah dengan banyak bahan pengawet , pewarna dan perisa untuk menjadikan makanan itu menarik dan sedap tetapi di sebaliknya terdapat banyak perosak. Oleh kerana faktor inilah kita perlukan vitamin.

Memandangkan Shaklee adalah syarikat vitamin pertama dan tertua di dunia, malah sehingga kini ia memberikan satu prestasi yang membanggakan. Langkah Shaklee untuk diperkenalkan di Indonesia adalah salah satu langkah besar dalam membantu ibu-ibu khususnya mempunyai pendapatan yang hebat walau hanya duduk di rumah seperti yang berlaku di USA, China, Taiwan dan Malaysia hari ini.

Saya yakin, semakin lama Shaklee akan semakin berkembang di Indonesia.

khasnya untuk ibu-ibu yang menyusu, kalian seharusnya mencoba vitamin yang membantu dalam penyusuan susuibu iaitu antaranya Protien Soya Shaklee, Alfalfa, Vitalea, Osteomatrix dan Omega.

Ditambah Shaklee mempunyai produk antioksidan yang ampuh yaitu Nutriferon dan sesuai untuk ibu menyusu.

Saya yakin tidak lama lagi ia pasti menjadi trend sebagaimana di Malaysia hari ini.

Bagi ibu-ibu yang mahu mencoba, boleh hubungi kami di facebook kami https://www.facebook.com/messages/ DuniaVitaminAddinnasa.

Ini antara beberapa gambar yang dapat kami ambil semasa New Enrollment Party semalam....

Shaklee Indonesia
New Enrollment Party 3rd June 2013.

Anakkuwiraku Indonesia Shaklee
Bergambar kenangan Jun 2013 bersama GM Shaklee Indonesia.
Moga akan ada rezeki kami untuk datang lagi....doa saya semoga Shaklee Indonesia akan mula berkembang dan terus berkembang.

Jumpa kita dipuncak kejayaan!



 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Isnin, 3 Jun 2013

Bolehkah saya berjaya dalam bisnes Shaklee?

Jun 03, 2013 0 Comments

Uniknya bisnes Shaklee online ialah anda boleh berbisnes di mana-mana, 24 jam sehari malah 7 hari seminggu asalkan punya internet!


Shaklee Anakkuwiraku



Alhamdulillah kami masih di Jakarta di saat ini. Terima kasih kepada team2 Euphoria yang turut serta dalam trip bisnes kami kali ini. Terima kasih juga buat Master Mr Yeap dengan mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi peluang kami belajar menguruskan bisnes di Indonesia.

Shaklee Indonesia online


 InsyaALLAH kami turut doakan agar semua downline mempunyai rezeki yang hebat di mana2 sahaja anda berada.

Di kala ini masih teringat soalan dari beberapa orang kepada saya mengenai bisnes Shaklee online ini.
Antara soalan cepu emas tersebut ialah? "Bolehkah saya berjaya dalam bisnes ini?"

Saya menjawab dengan mudah.

" Semuanya balik kepada diri kamu. Kamu yang menentukan dan mencorakkan masa depan kamu. Guru hanya sebagai pembimbing. Kejayaan hanya 10% datang dari guru namun 90% adalah atas usaha sendiri. Namun dalam 90% terdapat keberkatan dari ilmu yang guru sampaikan."

Rata-rata bingung mencari jawapan dan kebanyakan mengharapkan 90% dari guru dan 10% dari usaha sendiri. Oleh kerana inilah ramai yang terjerumus dalam bisnes atau skim cepat kaya.

Dalam Shaklee, segalanya diberikan panduan. Malah kini syarikat Shaklee turut menyediakan kelas yang dipanggil NDT iaitu New Distributor Training yang akan bermula di Kuala Lumpur dan Penang.
Namun walau banyak kursus yang dianjurkan tetapi jika diri sendiri masih berdiam diri berpeluk tubuh, kejayaan takkan datang.

Banyak berlaku mereka yang gagal menyalahkan orang lain. Ini kerana sibuk mencari alasan menutupi kesalahan diri yang tidak mahu berusaha. Jika benarlah kejayaan seorang upline itu penentu kejayaan anak didiknya, maka hakikatnya hidup kita sudah pasti dikongkong sepenuhnya oleh upline tadi.

Pernah dengar lirik ini...


" iman tak dapat diwarisi... 
dari seorang ayah yang bertaqwa... 
ia tak dapat dijual-beli... 
ia tiada di tepian pantai... "

Hakikatnya samalah dengan kejayaan, anak seorang doktor belum ada jaminan bahawa anaknya akan menjadi doktor.

Kejayaan itu perlu dipupuk dan digerakkan ke arah itu. Bukan hanya berpeluk tubuh mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Tips untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi :

1. Dekati mentor anda. Kejayaan mentor itu membuktikan usahanya membuahkan kejayaan. Maka tiru apa jua usaha yang mentor lakukan ke arah menempa kejayaan selagi ia tidak menyalahi etika disamping menekankan keberkatan.

2. Perbaiki hubungan dengan ALLAH kerana kejayaan itu datangnya dengan izin ALLAH.

3. Mendalami ilmu yang berkaitan dengan bidang yang diusahakan. Jika dalam Shaklee, maka banyakkan membaca buku tentang produk dan banyakkan membaca dari pelbagai sumber.

4. Pastikan anda sentiasa bertenaga. Elakkan melakukan kerja dalam mood yang letih atau emosi yang tidak stabil ini kerana ia boleh mengganggu tenaga yang berterusan dari dalam diri.

5. Banyakkan membaca buku motivasi untuk memperbaiki taraf motivasi diri. Hakikatnya motivasi dalaman yang kuat membantu kita menjurus ke arah kejayaan. Motivasi dari luaran tidak akan kekal lama. Ia hanya pemanas seketika dan motivasi dalaman itulah yang lebih bertahan.

6. Tetapkan destini kejayaan anda. Pastikan ia bukan destini kejayaan mentor anda. Ini kerana adakala desakan mentor yang melampaui had akan menyebabkan kita melanggar etika-etika dan norma kehidupan. Umpama anda memecut memandu kereta sehingga sanggup melanggar lampu isyarat hanya kerana untuk pastikan anda sampai dengan cepat, walhal jika anda pandu dengan berhemat nescaya banyak nyawa dapat diselamatkan malah keberkatan pasti datang mengiringi.

7. Doa, doa dan doa. Jangan sesekali putus dalam berdoa. Yakinlah doa itu dimakbulkan kerana sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang. Atas niat yang baik untuk perbaiki kehidupan, insyaALLAH nescaya ALLAH membukakan jalan yang hebat dan lebih luas.

8. Praktikan ilmu dan iringi usaha dengan mendapatkan keberkatan. Walau keberkatan itu tidak dapat dilihat dengan mata namun kita pasti boleh menilai melalui mata hati. Maka usahalah hidupkan hati dengan kalimat ALLAH supaya kita tidak sesekali buta hati dalam mengejar kejayaan.

Saya doakan kalian berjaya dalam usaha kalian dalam apa juga yang diusahakan.

Semoga amalan2 kita ini dipandang dan diterima di sisi ALLAH. Sesungguhnya kehidupan ukhrawi yang kekal abadi.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia