Selasa, 28 Mei 2013

Shaklee Indonesia

Kali ini benar-benar semuanya dihujung jari!!!


Shaklee Indonesia


Baru-baru ini seorang rakan bisnes kami datang ke rumah dan seperti biasa mereka ini biasanya datang untuk membeli sedikit produk atau untuk mendaftarkan downline baru mereka. Lebih mudah kerana biasanya kami akan fax kan sahaja ke branch KK atau HQ bergantung di mana downline baru berada.

Kali ini rakan bisnes kami datang membawa form keahlian untuk Indonesia. Rakan bisnes barunya adalah jiran kami iaitu di Kalimantan. Uniknya Indonesia adalah sebuah negara yang sangat sangat besar. Maka sistem Shaklee di sana amat mementingkan kemudahan kepada semua pengedarnya.

Tanpa perlu fax atau scan dan emailkan form, pendaftaran downline baru Indonesia hanya perlu dibuat secara online sahaja melalui website Shaklee yang disediakan. Tak sampai 15 minit pendaftaran lengkap telah dapat dibuat.

Alhamdulillah sangat mudah dan khabarnya sistem ini juga akan di apply ke dalam Malaysia tidak lama lagi untuk diseragamkan kepada semua pengedar Shaklee seluruh dunia. Tak sabar menanti saat itu.

Pengurusan penghantaran juga dilakukan dan boleh diuruskan hanya melalui order online. Memang semudah ABC selain dapat melihat point terkini, order, info2 terkini website Indonesia sangat lengkap dan amat mudah untuk diuruskan.

Bagi kalian yang berminat untuk mempunyai bisnes diluar negara, boleh sertai kami untuk mengembangkan sayap perniagaan di Indonesia. Atau jika kalian adalah warga Indonesia dan mahu menyertai kami bersama-sama majukan bisnes ini, jangan malu-malu untuk mengetahui lebih lanjut manfaat yang boleh diterima apabila kita serius dalam bisnes Shaklee ini. Hanya emailkan kepada kami atau sms supaya kami dapat menghubungi anda semula.

InsyaALLAH semoga Shaklee Indonesia turut berkembang hebat dan pesat sama seperti di Malaysia dalam 1-2 tahun akan datang.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Isnin, 27 Mei 2013

Shaklee Dubai Umrah 2013 Day 2

Dubai juga terkenal dengan bandar EMAS. Ditambah harga emas jatuh!


Hari kedua kami mula berkumpul seawal jam 9 pagi di lobby hotel menaiki bas memulakan lawatan. Kami dibawa melawat kawasan luar istana dan menariknya disekitar luar kawasan istana  kita boleh lihat banyak burung merak.

Shaklee Norita

Kami teruskan perjalanan ke Dubai Souq dan Gld Souq.

Anakkuwiraku Shaklee
Dubai Souq

Dikatakan harganya melebihi 3 Juta UAE kalau saya tak silap ....memang besar dan pastinya sangat berat!
Shaklee Dubai Souq

Tengok betapa banyaknya emas ......kedai emas memang banyak!

Seterusnya kami makan tenghari di hotel Medinat Jumeirah.


Dan kawasan lobby hotel yang sangat cantik.



Selepas sesi bergambar di lobby, kami pulang rehat di hotel untuk solat dan menyegarkan diri. Petang aktiviti bersambung dengan sesuatu yang sangat menyeronokkan iaitu ' Desert Safari'.
Dalam jam 4.15 petang, ada 4 buah 4X4 menanti kami di perkarangan luar hotel. Kami dibahagikan kepada 4 buah 4X4 tadi untuk meneruskan aktiviti yang lebih lasak.

Shaklee Desert Safari

Kereta yang sangat selesa dan sesuai untuk aktiviti lasak di padang pasir.

Shaklee Desert Safari

Gambar ini diambil semasa kami berhenti seketika dan minta driver buat demo. Seronok macam naik roller coster.

Shaklee Norita
Berehat sebentar sebelum menuju ke perhentian terakhir untuk makan malam.


Makan malam di padang pasir....



Norita Shaklee

Shaklee Dubai Umrah


Selepas makan malam yang lengkap dengan persembahan tarian, kami pun pulang ke hotel untuk istirehat.

Nantikan aktiviti hari 3 di Dubai dalam next entry.....



Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Ahad, 26 Mei 2013

Shaklee Dubai Umrah 2013 Day 1

Bestnya bila dapat travel ditaja oleh Shaklee, bayangkanlah beg untuk travel pun diberi! Apalagi nak buat umrah, kain ihram diberi sorang satu dan si ibu akan mendapat telekung! MasyaALLAH seronok!

Umrah Dubai Shaklee

Hari Pertama

Kami bertolak pada 4 Mei 2013 dengan menaiki Emirates Airways. Kami mula berkumpul seawal 7.30 pagi untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Dubai jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah waktu Dubai 1.30 petang [ Perjalanan mengambil masa 7 jam dari Malaysia ke Dubai] kami disambut oleh wakil travel agen di sana yang lebih mesra dipanggil Fadh.

Ketibaan kami disambut dengan sejambak bunga setiap seorang. So memandangkan kami berempat kami mendapat 4 jambak bunga yang sangat cantik.
Shaklee Convention


Kami dibawa makan tengahari sebelum check in hotel. Kami dibawa makan tengahari di Restoren Thai Terbaik di Dubai.

Shaklee Convention

Selepas makan kami terus check in ke hotel. Cuba teka hotel apa? Kami ditempatkan di hotel yang tertinggi di dunia iaitu Hotel Marriot Marquis dan bilik kami ditingkat 60 dengan pemandangan yang sangat cantik. MasyaALLAH!!

Umrah Dubai Shaklee


Norita Shaklee

Sebelah petang kami bersedia untuk melawat Dubai Mall [ Kompleks membeli belah terbesar di dunia dengan bilangan kedai sebanyak 1200 buah]

Shaklee Dubai Umrah

Kami mulakan lawatan dengan melawat akuarium di dalam Dubai Mall.


Uniknya akuarium ini terletak di atas lantai shopping mall dan bukan di bawah tanah.

Makan malam kami di Restoren AL Hallab sebelum menyaksikan air pancutan berirama sebagai tanda shopping mall akan di tutup.


Saya akan sambung dalam next entry lawatan hari kedua di Dubai....stay tuned.


Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 Mei 2013

Performance Drink Shaklee semasa cuaca panas terik

Cuaca sangat panas...memang biasa anak-anak akan melepek baring sebab keletihan.


Alhamdulillah sejak dari Mekah sehingga hari ini anak-anak memang pandai minum Performance drink ditambah dengan ESP dan Nutriferon. Dah menjadi keperluan harian buat mereka. Jika kita lupa mereka yang menyebut baik si Addin mahupun Nasa.

Mungkin mereka sendiri rasa mereka perlu minum Performance di tengah2 hari terik. Cuaca sekarang memang sangat panas hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Abah Addinnasa ada beritahu, bagaimana agaknya bila masa Dajjal turun, hari akan lebih panas terik. Lebih terik dari sekarang....bila teringat kata-katanya memang menginsafkan.


Buat masa ini boleh juga kita bertahan....

Moga dikala diuji juga kita semua mampu bertahan dan semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.


********************************

Bagi ibu bapa yang punya anak antara 1-12 tahun, bagus sediakan Performance drink di rumah. Ia adalah supplement yang sesuai untuk anak-anak malah kita sendiri. Ditambah cuaca panas, bila anak2 kurang minum, mereka terdedah kepada penyakit.

Apa itu Performance drink?
**********************

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Jemput baca artikel yang berkaitan Performance Drink.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 24 Mei 2013

Al Quran mendidik jiwa

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Mencari pendapatan dari rumah

Alhamdulillah dah nak hampir 1/2 tahun tanpa kita sedari dan biz Shaklee masih menjadi trend pilihan ibu / surirumah malah untuk wanita bekerjaya menjadikannya side income yang stabil.

Bagi yang dah lama tahniah saya ucapkan kerana anda masih berada dalam biz ini sehingga hari ini. Saya doakan kalian terus sukses dalam Shaklee.

Bagi anak didik yang baru mengenali alam biz, saya harapkan kalian terus gigih dan tidak sesekali berputus asa. Jemputlah rezeki dengan amalan2 rohani. Berzikir, solat sunat dan mengaji. Dekatkan diri dengan ALLAH selalu.

Ada banyak manfaat apabila kita dekati ALLAH. Bukan sahaja rezeki dipermudahkan, diluaskan selain merasai kenikmatan rahmatNya, tetapi amalan kerohanian termasuk mengaji surah2 utama seperti Yassin dan Al Waqiah selain surah2 dalam Al Quran akan mendidik hati dan jiwa untuk lebih tawaduq.

Kata tok guru saya, mereka yang berniaga dan dipenuhi dengan zikrullah dan ayat2 Al Quran dalam hidupnya akan benar2 menjaga hak Allah dan hak manusia lain. Pasti datang rasa takut menguasai diri untuk merosakkan harga pasaran, mencuri pelanggan orang lain, menjatuhkan harga sewenang2nya kerana ini akan buat ALLAH murka. Apabila ALLAH murka, segala nikmat akan hilang malah boleh lenyap sekelip mata.

Maka buat kalian yang baru mahupun lama, silalah saling mengingatkan sesama kita malah terutama anak2 dan cucu biz agar berniagalah dengan jujur. InsyaALLAH dengan niat yang ikhlas , pangkat dan nama ALLAH beri tanpa perlu kita menjadi tertekan hanya untuk mengejarnya.

Ramai peniaga2 terdahulu yang sibuk mengejar pangkat dan duit yang banyak tanpa mengambil kira urusan keberkatan dan akhirnya segala yang diusahakan musnah dan paling menyedihkan melibatkan keluarga iaitu anak dan suami/ isteri dan ujian ALLAH amat berat.

Maka semoga kita semua mengambil iktibar. Sebelum lakukan sesuatu atas niat duniawi, mohonlah semoga ALLAH menjaga kita dan membantu kita agar apa jua yang kita lakukan adalah dengan gerak ALLAH dan petunjukNya. InsyaALLAH selamat dunia dan akhirat.

Dunia ini bersifat sementara, apa yang ada takkan kekal kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.


Wassalam.

Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Khamis, 23 Mei 2013

Dubai Umrah PERCUMA

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ



Inilah bacaan yang dibaca sepanjang menuju ke Mekah dari Madinah.


Alhamdulillah trip kali kedua PERCUMA yang kami perolehi hasil biz Shaklee ini.

Memang dari dulu impikan nak buat umrah melalui Shaklee baru semenjak tahn lepas dapat merasa.




Nanti saya akan tulis lebih panjang dalam penulisan akan datang...stay tuned.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 1 Mei 2013

Mengapa Shaklee?

"Saya tak makan vitamin sebab saya tak sakit." kata Rai pada sahabatnya Min.
Namun sesuatu yang Rai tak sedari ialah vitamin bukanlah ubat. Ia tidak diambil waktu sakit kerana vitamin adalah makanan tambahan yang diperlukan demi mengisi kekosongan nutrien yang tidak lengkap sepanjang pengambilan harian.


Shaklee Anakkuwiraku




Saya mengenali Shaklee 15 tahun dahulu kerana sering mengidap migraine. Saya sering tidak ke kelas / kuliah disebabkan sakit kepala yang teruk sehingga muntah-muntah dan ianya berlarutan. Tidak mampu menanggung kesan ubat yang berlarutan, kawan saya [ kini suami saya] memperkenalkan Shaklee kepada saya.

Bermula dengan satu tin Energizing Soy Protien saya dapati secara perlahan-lahan saya dapati migraine saya makin berkurang. Ditambah roomate saya Faiz turut serta menjadi ahli Shaklee kerana masalah menstrual beliau.

So selepas beberapa bulan saya buat keputusan untuk sertai ahli atas dua sebab

1. Nak terus amalkan vitamin ini, dan saya nak kongsikan dengan kawan-kawan kebaikan vitamin ini.

2. Menjana pendapatan sampingan sambil meneruskan pengajian di Universiti.

Ada entry yang saya tulis sebelum ini mengenai Shaklee....jemput BACA DI SINI.

Alhamdulillah kini dah 15 tahun saya bersama Shaklee. Syukur kerana ia sangat membantu saya sepanjang mengandung, menyusu anak dan kami masih meneruskan sehingga hari ini sebagai makanan tambahan yang diperlukan.

Bukan sahaja ia membuka peluang biz kepada ramai kawan saya yang surirumah untuk menjana pendapatan tambahan malah ia membuka lembaran baru buat kami dapat melihat dunia dengan trip-trip Shaklee tawarkan, alhamdulillah.

Kini lebih mudah kerana kebanyakan menjalankan Shaklee secara online. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, ia lebih mudah berbanding saya mula-mula join Shaklee 15 tahun dulu.

Jika anda berminat untuk menyertai kami, jom email atau call kami untuk lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa