Rabu, 20 Mac 2013

Omega Guard Shaklee untuk pembentukan otak yang sihat.

Ish betul ke bagus ni? Saya bukan taknak beli minyak ikan ni tapi sebab saya takut ia tak sesuai untuk anak saya.
Komen puan Iswa [ bukan nama sebenar] kepada penjual di Farmasi Ah Chong.


Saya yang mendengar komen itu tersenyum sahaja.

Dalam masyarakat hari ini sebenarnya jarang atau sedikit sahaja parents yang tak concern pasal pembesaran dan pertumbuhan anak. Rata-rata kini parents berhabis duit hantar tuition, belikan buku dan produk kesihatan tak kurang yang lengkapkan anak dengan permainan atau gadget2 canggih mengisi masa lapang.

Hanya mereka [ parents] yang tidak peka sahaja akan terlalu cerewet untuk membelikan anak mereka keperluan untuk pembesaran dan pertumbuhan.

Hakikatnya parents hari ini ramai yang memberi anak mereka makan jajan [ snack atau junk food] seawal si anak boleh makan. Atas alasan jangan kempunan. Walhal itu bukanlah pemakanan yang diperlukan oleh si anak tetapi untuk mendiamkan si kecil, si emak tanpa fikir panjang terus menyuapkan ke dalam mulut si kecil.

Bila anak belajar main-main atau tak fokus, anak itu pula disalahkan.

Emak saya selalu pesan, bila kita ada anak rezeki memang bertambah. Rezeki itu adalah rezeki anak yang kita tumpang. Maka tak salah kalau kita keluarkan belanja untuk pembesaran dan pertumbuhan anak yang sihat. Kita juga sendiri senang bilamana anak sihat, pandai belajar dan sejahtera seimbang emosi dan fizikal.

Omega adalah antara supplement yang bagus untuk diberi kepada anak jika kita tak mampu nak sediakan lauk ikan yang segar setiap hari. Omega membekalkan DHA kepada otak seterusnya membantu meningkatkan sistem imunisasi. Alhamdulillah dua2 anak kami sangat senang amalkan vitamin ini.

Ada beberapa entry yang boleh dibaca berkaitan kebaikan Omega antaranya Supplement untuk anak sekolah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 19 Mac 2013

Herb Lax Shaklee untuk proses detox usus

Minggu ni amik mc sebab demam. Minggu sebelum tu sebab selsema. Bulan leaps  lagi batuk. Boleh kata kalau sebulan tak de cuti memang tak sah.



Adakah anda dalam kategori ini? Sudah pasti jadi malu dan segan dengan bos sebab kerap cuti.

Bila saya didatangi customer yang punya masalah begini, saya amat sarankan pengambilan Nutriferon. Namun jika ada kekangan kewangan, saya akan sarankan herb lax antara yang paling perlu.

Mengapa Herb Lax?

Saya dapati mereka yang punyai masalah untuk membuang air besar dengan konsisten setiap hari akan mempunyai risiko cepat letih, badan naik, mood tak seimbang dan paling teruk adalah kerap sakit.

Oleh kerana itu pentingnya proses pembersihan usus.

Adakala saya amalkan makan  2 bj sebelum tidur. Adakala hujung minggu aje.
Alhamdulillah terasa badan lebih ringan dan cergas serta lebih bertenaga.

Antara testimoni atau pengakuan kawan saya ialah selepas pengambilan herb lax, jerawat lebih cepat kecut. Insya Allah dengan pengambilan yang konsisten membantu sistem pertahanan yang lebih kuat terutama apabila masalah pembuangan dapat diatasi dengan lancar.

InsyaALLAH akan saya update lagi uniknya Herb Lax dalam next entry.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 18 Mac 2013

Perlukah hantar tuisyen Bahasa Melayu?

Dulu tv hanya hitam putih. Tak menarik langsung. Pilihan pun tak banyak. Seronok lagi main pondok-pondok atau main gula atau main ting - ting diluar rumah. Namun berbeza dengan zaman sekarang. Tv ada banyak chanel. Berwarna lagi. Pilihan rancangan terlampau banyak. Anak-anak lebih suka menonton tv atau kalau dah bosan cerita yang sama diulang, mereka punya pilihan permainan seperti Xbox, PSP, Ipad dan macam-macam gadget lain.


Apa yang saya dan suami sedar ialah anak-anak zaman sekarang punya banyak tenaga yang luar biasa. Mereka memang jarang letih. Mereka aktif. Mungkin pemakanan dari ibu mengandung, menyusu sehingga kini membentuk mereka aktif dan ligat.


Sebab itu kami cuba penuhkan aktiviti mereka pagi dan petang. Jika dahulu Sabtu Ahad adalah hari bercuti namun kami perasan mereka seronok punya aktiviti riadah pada hujung minggu. Berenang, karate adalah antara aktiviti yang membantu menyalurkan tenaga mereka yang banyak itu.

Semalam saya menghantar dua bujang saya ke tuition Bahasa Melayu. Mereka yang seronok nak tuition Bahasa Melayu kerana sebelum ini saya lebih fokus pada ilmu agama [ tahfiz], Matematik dan Bahasa Inggeris. Sayangnya saya dapati Bahasa Melayu mereka tidak begitu cemerlang. Walau si abang rajin membaca namun latih tubi juga perlu. Tidak bermakna orang Melayu memang cekap Bahasa Melayu. Mungkin dari segi pertuturan tidak ada banyak masalah. Namun dari segi penulisan , tatabahasa dan pemahaman memerlukan latihan supaya penguasaan bahasa dapat dilakukan.

Mereka teringin nak belajar tuition Bahasa Melayu. Muhan-mudahan cikgu ini membantu mereka terus bersemangat nak belajar. Mereka nampak sangat gembira dengan cerita yang menyeronokkan tentang tuition yang mereka lalui 2 jam semalam.

Sebagai ibu bapa kita usaha nak beri yang terbaik. Waktu cuti kita cuti. Waktu sekolah kita fokus aktiviti pembelajaran. Minggu ini minggu terakhir persekolahan.
Minggu depan insyaALLAH kita berjalan pula sambil melihat tempat-tempat yang menarik.

Kata mak, duit yang kita usahakan adalah rezeki anak yang kita tumpang, moga rezeki ini mempunyai keberkatan dan semoga anak2 ini berjaya dunia dan akhirat.



Penghantaran produk Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 Mac 2013

Belajar berbiz guna internet.

Alhamdulillah baru selesai meeting online dengan anak2 yang ada masa depan PC. Adakala bila ada kelebihan ni saya jadi seronok. Namun saya perlu juga usahakan buat real class untuk anak didik saya.

Sebenarnya zaman sekarang terlalu banyak kemudahan kan?

Internet benar2 menjadikan hidup tanpa sempadan.

Kalau dulu buat MLM perlu bergerak sana sini. Sekarang lebih pada depan PC sahaja.

Memang impian saya 6 tahun dahulu ramai surirumah punya pendapatan sampingan dan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh sang suami.

Syukur ia jadi kenyataan.

Namun tanggungjawab saya belum selesai ditambah misi saya nak lahirkan ratusan ibu di rumah mempunyai pendapatan yang hebat dari Shaklee.

Walaupun ada antara mereka yang buat biz Shaklee ni hanya part time, uniknya mereka boleh menjadi sangat berjaya.

Tak kurang punya pendapatan hebat dari gaji kerja hakiki mereka.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun ia tidak juga mustahil untuk dicapai.

Esok dah 16 hb, kena teruskan perjuangan dan kena ligat menyiapkan modul training akan datang....

orite selamat malam....




 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian Shaklee / pembelian produkShaklee atau PELUANG jana pendapatan dari rumah melalui SHAKLEE boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 12 Mac 2013

Shaklee Ostematrix bagus untuk travelling.

Anda mengalami masalah susah bangun tidur? Terlalu keletihan? Cuba amalkan Ostematrix Shaklee!!!


Jumaat lepas kami sekeluarga pulang sekejap kerana meraikan perkahwinan adik bongsu saya. Tak dapat nak balik lama sebab anak sekolah ditambah Addin nak exam semester pertama minggu ini.

Memandangkan kami travel jauh dalam masa singkat, saya pastikan Addin dan Nasa makan Ostematrix sebiji sebelum mereka tidur. Ditambah mereka kurang minum susu sekerap dulu.

Alhamdulillah nampaknya ia sangat membantu.

Kami pulang ke KL pada Ahad petang dan flight ke Miri jam 8.30 pagi esoknya...memang pada mulanya risau jika mereka susah nak bangun pagi ditambah travel seharian pada hari Ahad. Syukur pada ALLAH mereka dapat bangun jam 6 dan kami ke airport dengan masa yang secukupnya.

Kini saya memang berikan mereka sebiji sehari Ostematrix. Ianya mudah telan. Selain Omega untuk Otak, Carotomax untuk mata mereka juga suka Meal Shake, ESP dan Performance drink. Bancuhan 3 ini dipanggil air aiskrim terutama bila kami membancuhnya dengan air sejuk :)

Umur anak berapa boleh beri Ostematrix? Jujurnya ia sesuai untuk 6 tahun ke atas kerana kanak-kanak dibawah 6 tahun masih boleh mengambil susu dalam bentuk minuman. Bila dah mula membesar mereka dah pandai memilih adakala air susu tidak lagi menjadi pilihan minuman mereka.

Bila anak kita diberi supplement, pastikan mereka minum air masak 1 liter minima sehari. Paling bagus berikan Performance drink supaya tiada masalah kekeringan [ dehydration].

Memang kami sendiri amalkan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. Mengapa bagus sebelum tidur? Ini adalah untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. Kita jarang ke tandas pada malam hari sewaktu tidur berbanding siang, oleh kerana itu penyerapan kalsium adalah lebih optimum.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 4 Mac 2013

Shaklee CoQ Health Plus bagus untuk jantung


Sakit jantung adalah pembunuh no 1 pada zaman ini. Ini disebabkan oleh faktor pemakanan, tekanan, keletihan yang melampau, kolestrol dan banyak lagi.


Bila view katalog Shaklee US memang akan kita temui produk CoQ10. Ia bukan asing lagi terutama bagi mereka yang berada dalam dunia perubatan.

Apakah sebenarnya produk CoQ Health Plus?



Shaklee CoQHeart ® adalah koenzim Q10 (CoQ10) tambahan yang menampilkan CoQ10, Vitamin E dan Ekstrak Green Tea dan semuanya sumber semulajadi dalam bentuk gel lembut. CoQ10 membantu menghasilkan tenaga di dalam setiap sel badan, terutamanya di dalam sel-sel otot jantung. Sebagai antioksidan, CoQ10 juga membantu melindungi arteri terhadap pengoksidaan lipoprotein densiti rendah (LDL). 
Ini  adalah penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi sihat untuk saluran darah, termasuk sistem pengangkutan darah ke jantung. Kesan ini dilengkapi dengan antioksidan [ vitamin E], fitonutrien yang mempunyai aktiviti antioksida. 
Saluran darah yang lebih sihat, lebih luas  terbuka sangat penting bagi menggalakkan aliran darah yang lancar.

Vitamin ini juga dikatakan membantu meningkatkan penghasilan enzim CoQ10 yang sedia ada dalam tubuh. Selain itu ia membantu peningkatan tenaga dan stamina.


Dalam tubuh kita sendiri mempunyai enzim yang dinamakan CoQ10 dan enzim ini makin menurun apabila usia semakin meningkat. Perasankah kita anak-anak kecil mempunyai degupan jantung yang lebih laju dari orang dewasa? Apabila usia makin meningkat, hakikatnya degupan jantung kita akan mula menurun. Ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah pemakanan dan berkait rapat dengan kolestrol yang ada dalam saluran jantung.

Siapakah yang sesuai mengambil vitamin Shaklee CoQ10 ini?

Hakikatnya supplement adalah sesuai diambil oleh semua golongan terutama mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
Mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan mereka yang mahukan lebih stamina dan tenaga sangat bagus mengamalkan supplement ini.



Bilakah ianya akan dilancarkan?

Produk yang bagus untuk jantung ini akan mula berada dalam pasaran Malaysia pada bulan Jun 2013.

Nantikan update terkini dari kami semasa ke semasa.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 3 Mac 2013

Ostematrix - Kalsium penting untuk stabilkan tekanan darah.

Tiada lagi sakit tulang, keletihan dan tekanan darah tinggi selepas amalkan 4 biji Ostematrix sehari- sms seorang customer yang baru amalkan Ostematrix Shaklee!

Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa

Lama benar tak menulis....walau banyak idea nak menulis tetapi kekadang ada sahaja aral yang lalu....tapi hari ini sambil suami saya mengajar downline marketing di rumah sempatlah saya nak buat satu entry. Hari ini saya nak share promo bulan Februari iaitu produk Ostematrix Shaklee.

Promo Shaklee untuk Februari 2013

Apa sebenarnya Ostematrix?

Ostematrix adalah kalsium lengkap dari Shaklee. Ia mengandungi
Vitamin D3
Kalsium [ Kalsium Karbonat, Kalsium Nitrat, Kalsium Sitrat Malate]
Magnesium [ Magnesium Oxide, Magnesium Gluconate, Magnesium Sitrat]

dan ia mempunyai bentuk easy swallow [ mudah telan]

Siapa yang perlukan Ostematrix?*

Mereka yang alah produk tenusu kerana kalsium biasanya dari sumber tenusu.

Mereka yang tak boleh atau tidak suka minum susu.

Mereka yang sering keletihan.

Mereka yang ada risiko osteoporosis.

Ibu mengandung dan ibu yang menyusu.

Mereka yang ada tekanan darah tidak seimbang.

************************
Cerita kami

Suami saya sendiri amat menyukai Ostematrix. Beliau dulu seorang jurutera di laut dan selalu tidur lewat. Alhamdulilah dengan pengambilan Ostematrix yang konsisten 4 biji sebelum tidur sangat membantu beliau bangun awal kerana meeting di laut bermula seawal jam 6 pagi.

Kini saya dah mula beri sebiji dekat dua anak saya bila mereka kurang minum susu. Walaupun bukan setiap hari namun anak saya mudah telan dan ia mudah bagi mereka.

Saya sendiri amalkan Ostematrix setelah saya dimaklumkan oleh seorang doktor Homeopati ia sangat bagus untuk atasi masalah gastrik. Dulu saya ingat hanya ESP sahaja boleh diamalkan bila gastrik tetapi rupanya Ostematrix sangat membantu malah ia lebih baik dari ubat kapur yang selalu klinik bagi.

***********************

Banyak entry yang saya kongsikan tentang Ostematrix antaranya

Kalsium Magnesium : Bantu Atasi Gastrik

4 Penyusuan yang sangat popular

Set B + Kalsium + ESP 

Wanita dan Kalsium

Berminat untuk dapatkan produk ini beserta konsultasi? Sila hubungi kami seperti tertera dibawah. Dapatkanya hari ini!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa@gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa