Sabtu, 13 Julai 2013

# Diariku # ESP

Berpuasa lebih produktif dengan Shaklee Performance Drink dan ESP !

"Mengapa asyik tidur aje ni?" Tanya Mak Jah pada anaknya Faiz.
"Puasa la mak, letih." Sahut Faiz pada emaknya.
" Semua pun puasa tapi takkan nak tidur aje seharian?" Bebelan Mak Jah mula menerpa telinga Faiz apabila melihat anaknya asyik memberi alasan puasa.



Alhamdulillah kini sudah 4 hari kita berpuasa...syukur kerana kita mempunyai jodoh untuk bertemu ramadhan pada tahun ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah : 183) .

Saya yakin ramai yang seronok dengan kehadiran Ramadhan ditambah banyak fadilat2 yang terdapat dalam bulan mulia ini.


Paling kita pasti segala amalan2 kebaikan sangat digalakkan sambil kita menunaikan ibadat berpuasa.


Maka apa kata bulan Ramadhan tahun ini kita perbaiki semoga lebih baik dari tahun sebelum ini?


Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bersenang-senang, tidur seharian dan bermalas-malasan.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, bila datangnya Ramadhan, kami memastikan rumah kami mempunyai kurma dan stok2 vitamin terutama ESP, Meal Shake dan Performance drink untuk keperluan sepenjang Ramadhan.


Alhamdulillah sejak awal Julai, ramai customer yang membuat pesanan Performance drink terutamanya.


Sehingga kelmarin, kawan-kawan saya membuat order mengutamakan Performance drink malah ada yang terus meng order 3 canister terus untuk dijadikan stok sepanjang Ramadhan.


Apakah benar Performance Drink membuatkan hilang nikmat berpuasa dengan merasa segar sepanjang hari?


Hakikatnya Performance drink adalah minuman isotonik tanpa karbonat yang mempunyai formula opticarb iaitu membantu menstabilkan tekanan bendalir serta kandungan gula dalam darah sepanjang berpuasa.


Pengambilan Performance Drink sewaktu sahur bukanlah menjadikan kita cergas sepanjang hari sehingga tidak dapat menyedari nikmat berlapar dan dahaga. Hakikatnya kita masih merasa lapar dan dahaga cuma tidaklah individu itu melepek sepanjang hari atas alasan terlalu keletihan akibat berpuasa dan menyebabkan tidak produktif langsung.


Anak-anak kami dah terbiasa mengambil tripple gem atau sekurang-kurangnya ESP dan Performance Drink sebagai sarapan pagi sebelum ke sekolah dan rutin sebagai minuman basahan tekak sebelum masuk tidur.


Maka pada bulan puasa, ia tetap menjadi minuman kegemaran sewaktu bersahur , berbuka dan moreh.




Walaupun berpuasa itu membuatkan kita lapar dan dahaga , alhamdulillah pengambilan supplement membuatkan tubuh bertahan dan kita masih produktif dengan tugasan harian.

Bagi yang belum pernah mencuba, apa kata tahun ini kita cuba at least ESP dan Performance drink. Serius berbaloi.

Bagaimana pengambilan yang sesuai?
Biasanya kami mengambil 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance Drink + 1 sudu besar Meal Shake [ ketiga2 ini dikenali sebagai tripple gem],  dan dibancuh bersama 400-500 ml air masak atau air berperasa seperti oren, buah-buahan ataupun air milo atau susu.

Amalkan sewaktu pagi atau bersahur dan berbuka serta moreh, rasailah perbezaan yang ketara dalam aktiviti harian kita dan pastinya berbeza!!!

Jom baca artikel2 yang berkaitan dengan tripple gem ini.

Manfaat ESP dan Testimoni.

Manfaat Performance Drink dan Testimoni.

Manfaat Meal Shake dan Testimoni.

Walau bagaimanapun, hakikatnya supplement ini hanya makanan jasad semata-mata. Jangan pula kita lupa makanan rohani, iaitu zikrullah dan bertadarus. Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini, kita berusaha meningkatkan amalan2 kerohanian semoga roh kita juga produktif berzikir kepada ALLAH yang Maha Esa.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia