Rezeki niaga yang hebat!

Kaya di dunia dan kaya di akhirat pastinya menjadi impian semua umat manusia.

Kaya


Buat semua yang berniaga, berniagalah elok-elok supaya apa yang mendatang dapat menyelamatkan kita dari 4 perkara iaitu
1. fitnah dajal
2. fitnah dunia
3. fitnah kubur
4. Api neraka.

Hasil rezeki berniaga ini nampak sangat ketara. Bila niaga dengan baik, insyaALLAH dipelihara dari pelbagai ujian yang tidak baik.
Hasil yang baik dapat dilihat dari segi hati yang tenang, kesihatan yang baik malah mendapat naungan keselamatan dari ALLAH s.w.t sendiri.

Bila berniaga dengan tidak betul atau mengambil keuntungan yang melampau mahupun menurunkan harga yang mengganggu peniaga lain, nescaya tidak kekal lama.
Paling pasti yang haq akan datang dan yang bathil akan lenyap.
Maka untuk bertahan dalam dunia perniagaan, berniaga dengan baik dan berzakat dan bersedekahlah dengan rezeki yang halal. InsyaALLAH akan dapat menikmati rahmat ALLAH yang sangat hebat.

Bila diuji dengan ujian, renungkanlah hasil rezeki yang diperolehi. Mungkin ada mana-mana yang terkurang, mungkin sedekah yang jarang mahupun berniaga dengan cara yang salah.

Hakikatnya kita hidup sementara, jadikanlah duit itu sebagai alat untuk persediaan kita mengadap ALLAH dengan saham akhirat yang banyak.

Semoga ALLAH menerima segala amalan baik yang kita usahakan dan menempatkan kedua ibu bapa kita dalam syurgaNya. Amin.


Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Catatan Popular