Khamis, 27 September 2012

Saya, ESP dan bengkak susu.

September 27, 2012 0 Comments
Sejak saya lahirkan Addin lagi, pagi tu dah sedar dan buka drip ditangan...saya minta izin doktor nak minum ESP dengan milo. Addin masa tu masih dalam incubator lagi....dan apa yang saya dapat katakan memang susu membengkak dikala itu.
Syukurnya Addin pandai bila disusukan...ia menjadikan lebih mudah untuk saya. Namun bengkak ini tidak surut2 jua. Nurse mencadangkan suami saya membeli kobis sejuk supaya da[at mengurangkan bengkak susu yang saya lalui.

Bila dah meningkat usia..dan bila banyak membaca baru saya tahu kobis itu boleh mengeringkan susu. Bahaya juga mengamalkannya. Syukurnya ia tidak mengganggu perjalanan penyusuan anak2 saya.

Apa yang saya nak share kan ialah saya sangat suka amalkan ESP sepanjang saya dalam dunia penyusuan. Kalau rasa breast lambat bengkak saya akan minum ESP dengan bancuhan yang pekat.       [ Tolong jangan tiru ya kalau anda tak minum 3-4 liter air kosong sehari]. Adakala bila mood down, memang perasan breast lambat bengkak...maka saya akan bancuh pekat2...alhamdulillah dapat rasa bengkak semula. Namun seperti saya bagi tahu perlu minum air masak dengan sangat banyakkkkkkkk untuk pastikan ia tak mengganggu kesihatan. Sebab minum air masak dengan banyak la menyebabkan susu saya berterusan ditambah anak kerap menyusu.

Saya juga perasan , pengambilan alfalfa dengan banyak juga akan menyebabkan saya mendapat hasil yang sama. Selepas penelitian dan pembacaan serta pengalaman saya sendiri...saya dapati alfalfa kaya dengan protien dan zat galian yang lain. Malah alfalfa juga mengandungi vitamin K yang membantu memekatkan darah. Alfalfa saya amik selain bagus untuk susuibu, tiada masalah keputihan dan memberikan keselesaan bila bergerak aktif.

Kenapa vitamin ini berkesan dalam dunia penyusuan? Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protien, kalsium barulah diikuti dengan zat2 lain.

Dua vitamin ini sangat saya sukai semasa melalui dunia penyusuan untuk Addin dan Nasa. 6 bulan pertama mereka dah menunjukkan pertumbuhan yang sangat hebat dan menjadi pujian doktor. Namun vitamin lain pun saya makan juga terutama Vitalea, B complex, Vitamin C serta Kalsium dan Omega. Ini kerana setiap vitamin ini mempunyai fungsi utama untuk diri saya dan saya pasti dan yakin ianya disalurkan dalam susuibu untuk anak2 saya.

Duit? Memang kami dahulukan beli vitamin berbanding lain-lain. Sebab bila anak sihat hati pun senang. Kalau nak tahu sampai sekarang saya dan keluarga amalkan minum ESP terutama masa breakfast. Mengapa? Sebab ia adalah keperluan utama sel. Protien diperlukan untuk bina sel dan baik pulih tisu2 yang rosak. Bila sel sihat, penyerapan vitamin lain juga menjadi lebih baik.

Jika anda belum pernah mencuba ESP, beri peluang untuk anda rasakan perbezaan produk ini terutama bila diambil bersama dengan vitamin lain.





Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 24 September 2012

Set mana yang sesuai untuk saya?

September 24, 2012 0 Comments


Jom lihat set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Kredit to Mommy Lyna

Pakej di atas disediakan untuk memudahkan anda memilih. Namun jika keperluan anda adalah berlainan, anda boleh menghubungi saya seperti di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689







 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 22 September 2012

Kasih Allah mendahului murkaNya.

September 22, 2012 1 Comments
Cerita ini saya ambil dari laman muka buku.....saya nak kredit tapi tak tahu siapa penulisnya. Namun cerita ini sangat menarik dan menginsafkan. Jom baca!



Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan d
isekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 21 September 2012

Vitamin yang perlu untuk ibu mengandung

September 21, 2012 0 Comments
Mengandung adalah saat yang indah bagi seorang ibu dalam menantikan kelahiran si kecil. Namun penantian selama 9 bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar bayi di dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan baik.

Sayangnya segelintir ibu2 tidak mengendahkan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan walhal vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu mempunyai cukup zat dan khasiat untuk terus membekalkan kepada si kecil dalam perut ibu.



Baru-baru ini saya ke rumah bidan menemami sahabat saya berurut dan kami bertemu dengan seorang ibu yang baru selesai berurut dengan bidan yang sama. Sambil memegang bayinya yang sangat kecil. Bayinya lahir cukup bulan dengan berat hanya 2.1kg sahaja. Sangat kecil dibandingkan dengan saiz badan ibunya yang besar. Saya mengambil peluang memegang bayi tersebut dan bertanya apakah si ibu itu mengamalkan vitamin sepanjang mengandung? Si ibu menjawab tidak kerana berat badannya naik ketika mengandung membuatkan beliau khuatir baby di dalam kandungannya besar.

Hakikatnya sebagai ibu yang mengandung, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh pengambilan vitamin sepanjang mengandung.
Apakah vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung :

  • Multivitamin [ sangat penting bila ia lengkap dengan zat besi]
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Kalsium 
  • Vitamin untuk otak - DHA [ minyak ikan]


Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan ibu itu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah, kestabilan hemoglobin seperti multivitamin dan vitamin B. Manakala untuk sistem imun ibu dan anak pastinya memerlukan vitamin C manakala Kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, saraf serta pembentukan tulang. Minyak ikan pula sangat bagus untuk pembentukan DHA otak bayi.

Kekurangan mana-mana vitamin ini boleh mengganggu pembesaran si kecil semasa dalam kandungan. Antaranya ialah bayi tidak membesar mengikut graf yang sepatutnya, gangguan pembesaran tengkorak bayi, tulang yang lembut dan imun sistem yang rendah.

Maka digalakkan ibu menjaga amalan pemakanan yang seimbang serta vitamin yang disarankan oleh doktor.

Bukan sewajibnya mendapatkan satu2 jenama vitamin tetapi memadai dengan harga yang mampu dibayar. Mungkin ada yang mengambil secara percuma di klinik kerajaan namun sekiranya anda mempunyai sebuah kereta hebat, saya yakin vitamin subsidi itu boleh disalurkan kepada golongan rakyat yang lebih memerlukan yang datang ke klinik hanya menaiki bas.

______________________________________________________________________

Shaklee mempunyai produk2 berikut :*


  • Vitalea with iron formula.
  • B complex with Folic Acid.
  • Sustained Release Vitamin C 500 mg
  • Ostematrix [ juga dikenali sebagai kalsium magnesium]
Jika anda mahukan lebih lanjut mengenai produk Shaklee ini? Sila emailkan kepada saya supaya dapat berikan lebih lanjut kebaikan vitamin2 ini.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp/ Viber : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 20 September 2012

Hanya yang baik baik saja.

September 20, 2012 1 Comments
Bila anda mempunyai matlamat untuk berjaya maka perlu ingat perjalanan ke arah matlamat itu perlukan hati yang cekal dan kuat. Anggapkan teguran itu sesuatu yang membina kerana fikiran kita mampu menukarkan dari tanggapan negatif kepada positif dan sebaliknya. Maka tukarkan segala yang negatif kepada positif. Macammana caranya?
1. Dekati Allah, amalkan sunnah.
2. Banyakkan membaca buku yang membina peribadi dan ilmu berkaitan bidang diceburi.
3. Berkawan baik dengan orang2 positif dan berjaya.
4. Doakan guru ( sesiapa yg mengajar kita ke arah kebaikan dan perubahan baik adalah guru) kebaikan dan kesejahteraan semoga barakahnya berterusan.

InsyaAllah apabila kita mendoakan yang baik, fikirkan yang baik... Hanya yang TERBAIK akan hadir dalam hidup kita!

Jumpa di puncak kejayaan!

Selamat beramal!

Rabu, 19 September 2012

Benarkah produk yang selamat untuk ibu menyusu juga selamat untuk bayi?

September 19, 2012 1 Comments
Seorang ibu muda menelefon saya beberapa bulan yang lalu dan bertanya.... " Kak, anak saya keluar ruam2 pada leher dan mukanya. Kesianlah penuh bintik2 merah dan mukanya juga jadi kemerah2an. Kenapa ya kak?"

Saya bertanya ada amalkan apa2 selain pengambilan vitamin? Beliau menjawab ada iaitu beberapa jamu yang disediakan ibunya memandangkan anaknya sudah 21 hari. Maka saya cuma menyarankan beliau stop segala jamu dan maajun selama 7 hari dan lihat kesannya kepada bayi beliau. Alhamdulillah  baby beliau beransur sihat dan kini membesar dengan baik.

Maka ingin saya kongsikan dengan semua ibu2 diluar sana....terutama bagi yang baru bergelar ibu, jika kalian benar2 mahu memberikan yang terbaik iaitu exclusive breastfeeding kepada bayi anda selama 6 bulan pertama maka pastikan anda kalian benar2 mengambil tahu makanan anda kerana ia memberi kesan kepada si manja.

Walaupun selepas bayi berusia 7 bulan dan telah mula mengambil makanan pejal namun si ibu perlu prihatin dengan makanan yang si ibu makan kerana ia tetap akan disalurkan melalui susuibu.

Telah menjadi trend hari ini dikatakan produk mereka selamat dan selamat untuk ibu dan anak.
Ramai penjual produk kecantikan dan barangan kesihatan memberikan jaminan produk yang mereka jual selamat untuk ibu menyusu serta tidak memberi kesan kepada bayi....namun ada sesuatu yang perlu kita sebagai ibu yang menyusukan anak menyedari hakikat MENGAPA KITA SUSUKAN BAYI KITA?

Walaupun pengeluar mahupun penjual mengeluarkan kenyataan, ia selamat untuk ibu menyusu dan bayi....maka soalan seterusnya adakah ia memberi manfaat pada pertumbuhan dan perkembangan otak bayi iaitu anak yang kita susukan?


Pengalaman saya sendiri , ini terjadi pada tahun 2008 yang mana saya mengamalkan satu produk kesihatan yang dikatakan selamat untuk bayi. Produk ini dikatakan dapat mengecilkan pinggang serta memberi bentuk badan yang menarik...memang ia selamat untuk diri saya dan anak. Cuma satu yang saya perasan, pertumbuhan anak saya tidak seperti sebelum ini. Si manja saya Nasa yang sebelum ini besar sihat menjadi kurus dan tidak berselera makan. Apa yang saya perasan, minuman yang memberikan rasa kenyang kepada saya juga memberi rasa kenyang kepada anak saya maka menyebabkan  selera makannya berkurang. Semakin hari dia menjadi semakin susut.

Maka saya sedar, produk itu selamat untuk ibu menyusu dan anak yang disusukan tetapi produk itu TIDAK SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN ANAK YANG DISUSUKAN.

Sedangkan niat utama ibu menyusukan anak ialah bukan hanya untuk merapatkan kasih sayang ibu dan anak semata-mata tetapi untuk perkembangan mental dan fizikal yang sihat dan sempurna.

Kini tidaklah saya hairan bila ada doktor yang mengeluarkan kenyataan susu puan tidak berkhasiat untuk bayi. Ini kerana kuantiti susu bukan menjadi ukuran kepada keperluan bayi tetapi khasiat susuibu adalah yang perlu diutamakan. Jika anak yang disusukan tidak membesar dengan baik dan pertumbuhannya terbantut, doktor sendiri akan menyarankan agar memberikan susu formula sebagai tambahan keperluan untuk pembesaran bayi. Bayi perlukan makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan dan pembesaran terutama otak.

Maka ibu2 dan bapa2 yang serius untuk memberikan susuibu yang terbaik buat si manja, pastikan makanan itu memberi khasiat kepada ibu dan anak. Kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Susuibu tidak menjimatkan cuma ia sangat kaya dengan antibodi berbanding kita berikan susu formula. Maka prihatinlah dengan makanan anda. Jangan abaikan khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan kepada bayi anda. Jangan pandang remeh pada makanan yang anda ambil. Pastikan ia memberikan zat dan segala keperluan yang diperlukan oleh anak yang menyusu tadi.

Sebelum anda membeli apa2 produk kesihatan di pasaran, sila bertanya terlebih dahulu...APAKAH KHASIAT PRODUK INI UNTUK BAYI SAYA jika ia benar2 selamat. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Anak yang membesar dengan baik insyaALLAH menyenangkan kita dikemudian hari.


Semoga dunia penyusuan anda menjadi satu pengalaman terindah sebagai ibu kepada si manja anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 18 September 2012

Solat memberi impak pada penyusuan susuibu?

September 18, 2012 0 Comments
Setelah 5 tahun saya menceburi dunia konsultasi penyusuan susuibu melalui online, pelbagai ragam customer ibu menyusu yang saya temui. Alhamdulillah syukurnya ramai yang sabar dan istiqamah namun saya juga ditemukan ALLAH dengan ibu2 yang kurang sabar, tidak istiqamah, lemah semangat, tidak kurang yang mengalah dari perjuangan dunia penyusuan susuibu.

Namun melalui pengamatan peribadi saya sendiri, saya dapati ibu2 yang berjaya adalah kesan dari ibu yang melengkapi diri mereka dengan solat dan menjaga solat dengan baik. Secara tidak langsung, kesan solat itu membentuk hati ibu yang sabar, istiqamah dan yakin pada rezeki serta pertolongan ALLAH.

Saya dapat lihat ibu2 yang menjaga solah mereka, bertambah hebat apabila si ibu itu melaksanakan solah sunat Dhuha dan sunat tahajud. Dalam dua solah ini sendiri mempuanyai kekuatan rezeki dan keyakinan pada ALLAH.

Bila kita mohon dalam waktu Dhuha, sudah pasti bukan duit semata2 yang kita mahukan tetapi rezeki2 lain seperti kasih sayang, kesihatan, hati yang tenang dan susu yang banyak. Dalam tahajud pula kita sujud di malam hari dikala hamba lain sedang nyenyak tidur kita mohon kepada ALLAH dengan rendah diri semoga rezeki anak ini tetap ada dan hati anak yang terbentuk itu baik dan tawaduq pada ALLAH. Solah 5 waktu ditambah dengan 2 solat sunat ini akan membantu kita lebih yakin pada rezeki ALLAH.

Kesabaran kita menunaikan solah sebenarnya secara tidak langsung membentuk jiwa yang sabar , yakin dan beriman pada kekuasan Al Khaliq. Maka kita akan sabar menyusukan anak atau sabar mengepam setiap jam untuk mengumpul hasil susu untuk anak tersayang.

Namun perlu diingat, jangan ingat kerana kita rajin bersolah maka kita tidak diuji. Ujian dalam dunia penyusuan sentiasa ada, namun percayalah berkat hasil solat tadi kita redha dan kita yakin dengan ATURAN ALLAH yang terbaik, insyaALLAH.


Susuibu ini adalah rezeki dari ALLAH. Jika DIA tidak mengizinkan susuibu itu keluar, nescaya tidak akan ada setitik pun yang akan keluar.....maka dikala itu tiada siapa dapat menolong kecuali izin ALLAH jua.

Segelintir ibu2 yang mendesak adakala buat saya rasa sedih bila mereka mengharapkan vitamin atau apa jua milk booster itu akan banyakkan susu. Baru pam 2-3 kali konsisten dah mengharapkan susu melimpah ruah tapi sedar rezeki itu datang dari ALLAH bukan usaha kita semata2.

Hakikatnya kita perlu sentiasa dekat dengan ALLAH kerana segalanya datang dari DIA jua.

Oleh kerana ini juga ibu2 digalakkan membaca Zikir  Ya Matin iaitu (Maha Sempurna KekuatanNya) 70x setiap kali sewaktu minum air. 

Bagi ibu2 yang berjaya, alhamdulillah tahniah kerana anda menjaga hubungan baik anda dengan Al Khaliq. Bagi yang baru memulakan journey....maka dekatilah Al Khaliq kerana rezeki kita termasuklah susuibu itu adalah datang dariNya jua.


Renung-renungkan dan selamat beramal.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Terima kasih atas order anda.

September 18, 2012 0 Comments

"Ya Allah Kau berikanlah nikmat kesihatan kepada semua pelanggan Shaklee kami. 
Berikan kesembuhan pada mereka yang sakit,Berikan kesejahteraan pada mereka yang sihat.Murahkan rezeki mereka dan berkatilah duit yang mereka belanjakan untuk tujuan kesihatan agar mereka dapat beribadah dengan lebih sempurna apabila mereka sihat dan sejahtera. Amin."

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 15 September 2012

ESP produk pertama saya !

September 15, 2012 0 Comments
Masih ingat saya lagi bila senior kolej saya dulu [ kini suami saya....hehehe] membawa satu tin kecil protien Shaklee atau namanya Energizing Soy Protien dan saya menghulurkan RM50. 14 tahun dulu RM50 sangat besar nilainya. Tapi mengapa saya sanggup keluarkan duit beli protien? Ini kerana bila saya dapat tahu bahawa kita nak sihat kena sihatkan sel dalam tubuh kita dulu bermula dengan pengambilan protien yang seimbang, maka saya nekad nak beli satu tin kecil sebagai permulaan.
Dulu memang ada ESP dalam tin kecil tetapi kini dah tiada lagi.

Selepas membeli protien, saya sediakan lagi sedikit duit untuk beli B complex dan Lecithin Shaklee. Kenapa saya beli dua ni? Saya adalah aktivis kolej...semua projek nak join, hehehe. Maka saya perlukan B complex serta Lecithin. Ini kerana apabila dimaklumkan bahawa B complex itu bagus untuk konsentrasi dalam kelas. Manakala Lecithin bagus untuk daya ingatan. Namun masih saya ingat pada zaman itu, roomate saya Azura membeli Lecithin untuk kurangkan berat badan.

Siapa sangka selepas 6 bulan menyertai sebagai ahli dan kerana rajin berkongsi kebaikan 3 produk ini, alhamdulillah saya menikmati pendapatan Shaklee RM1000++ sebulan. Time student, duit 4 angka sangat besar nilainya. Syukurnya berkat istiqamah sehingga sekarang kami mengamalkannya satu keluarga.

Oleh itu sejak tahun 1999 saya sehingga kini kami masih amalkan ESP , B complex, dulu Lecithin tetapi kini Omega....dan banyak lagi. Namun apa yang saya nak share kan betapa pentingnya pengambilan protien yang seimbang dan bagus supaya penyerapan vitamin lain akan lebih baik.

Apa kaitannya protien dengan penyerapan vitamin lain pulak ye? Sebenarnya semua makluk hidup ini bermula dengan sel. Sel ini hidup dan membiak dengan asas protien. Protien yang bagus adalah protien yang bebas kolestrol, biasanya berasaskan tumbuha-tumbuhan dan yang selalu ditekankan...non GMO soy. Ia bermaksud kacang soya itu dicuci secara berperingkat serta tidak menggunakan alkohol.


Nanti saya share kan lagi bagaimana ia membantu saya menjana pendapatan sehingga sekarang!


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 12 September 2012

Saya bukan seorang doktor.....

September 12, 2012 0 Comments
Mungkin sudah tersurat hati saya ni kuat semangat...masih ingat masa mengandung Nasa dulu seorang budak tahun satu datang kepada saya dengan jari telunjuknya terputus.

" Cikgu, jari saya putus." Tegur seorang murid kepada saya. Saya mendongakkan kepala saya melihat wajah murid itu dan terus bertanya..." Bagaimana jari kamu putus dan dimana yang putus itu?"

Wajah murid itu masih tenang tanpa tangisan.." Kawan saya main pintu kelas dan sepit jari saya. So yang putus tu ada di pintu."
Tanpa membuang masa saya meminta seorang guru lelaki mengambil baki jarinya yang terputus sementara saya meminta kerani mengeluarkan surat untuk membawa pelajar tersebut ke hospital.

Kini cerita itu masih segar dalam ingatan saya.... mungkin sebab hati yang cekal inilah saya terpilih menjadi guru PBSM sekolah saya.

Namun sekarang bila sepenuhnya masa saya adalah untuk biz kesihatan saya...Allah temukan saya dengan pelbagai jenis pesakit. Bukan sekadar yang nyata malah sms pesakit tentang sakit yang dilalui juga penuh saya simpan.

Saya memilih untuk menjadi profesional maka gambar2 dan penama saya simpan sebagai hal yang peribadi dan bukan tatapan umum. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana pelanggan saya memberi kepercayaan kepada saya untuk menceritakan penyakit mereka walaupun pada sesetengah orang ia mungkin mengaibkan.
Namun saya selalu berkongsi dengan pelanggan saya @ pesakit saya...penyakit ini datangnya dari ALLAH jua. Kepada ALLAH ia kembali.

Vitamin atau ubat sekadar penyedap mata dalam usaha nak baik. Namun hakikatnya ubat rohani juga perlu dan penting. Dalam usaha untuk fizikal, rohani perlu makanannya juga. Solat 5 waktu sebagai tunjang manakala amalan2 sunat itu yang membantu mempercepatkan usaha mearawat diri kita.

Semalam bila lihat gambar kanak2 yang dijangkiti kayap buat saya insaf dan sayu....YA ALLAH BERIKAN MEREKA KESEMBUHAN. Amiin.

Inilah doa saya setiap hari untuk pesakit2 saya....walau saya bukan seorang doktor, namun saya cuba usaha membantu dari segi konsultasi penuh bagi semua pelanggan saya.

Bagi yang sihat, jagalah kesihatan...sebab sebenarnya penyakit itu tidaklah datang bagai ribut cuma ia bersembunyi di dalam terang. Penyakit ni ambil masa nak keluar....maka sama juga ia ambil masa nak baik. Paling penting sabar dan banyak berdoa.

"Ya Allah berikan kesembuhan kepada mereka yang sakit. Berikan barakah atas duit yang dibelanjakan untuk mereka sihat. Selamatkan kami dari azabMu. Amin."


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 11 September 2012

Jangan sampai mengganggu pekerjaan utama.

September 11, 2012 0 Comments
Mungkin kerana desakan atau cara hidup yang makin maju dan arus perkembangan yang sangat pesat, rata-rata pekerja baik penjawat awam kerajaan mahupun swasta akan berusaha memantapkan ekonomi mereka melalui kerja sambilan.


Rasanya tak salah pun nak cari pendapatan tambahan asalkan kita tahu landasan yang perlu kita patuhi.

Selagi apa yang diusahakan dalam mencari pendapatan tambahan itu tidak menjejaskan masa, penumpuan pada kerja utama insyaALLAH pasti ada barakah atas hasil yang diperolehi.

Antara sebab saya tidak mahu lagi bekerja makan gaji adalah kerana saya khuatir saya tidak berlaku adil pada kerja utama saya apabila saya aktif dalam menjalankan biz untuk pendapatan kedua saya.

Malah saya pernah melihat sendiri rakan kerja yang sibuk dengan menjawab panggilan telefon semasa pembelajaran sedang berlangsung. Bukan tidak pernah ditegur oleh ketua jabatan namun pada saya ia balik pada individu itu sendiri. Maka saya harap saya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya ingin menjalankan biz untuk mencari pendapatan sampingan, elakkanlah dilakukan pada masa kerja utama kerana ia mengurangkan barakah rezeki yang diperolehi. Selain itu sangat bagus jika kita elakkan menggunakan mesin fotostat, kertas pejabat malah mencetak bahan biz untuk tujuan yang bersifat peribadi.

Barakah rezeki ini sangat unik. Ia bukan sekadar melalui nombor atau angka pendapatan yang kita perolehi tetapi lebih daripada itu. Anak sihat, keluarga bahagia, harta benda selamat, bos sayang, alam pun mendokan kita kerana sentiasa menjaga hak2 dan batasan.

Sedih juga jika kita punya pendapatan yang hebat, kereta hebat tetapi selalu rosak. Anak sempurna tetapi selalu sakit dan masuk hospital, ada anak isteri tetapi sering bertengkar dan kurang belaian, ada harta tetapi sering kecurian. Tanpa kita sedari duit dari rezeki yang kita susah payah cari itu diambil semula oleh ALLAH dalam banyak bentuk. Nauzubillah.

Maka bagi yang menjalan perniagaan sampingan, jangan lupa menjaga batasan2 yang perlu dan ia penting agar kita dapat menikmati barakah atas rezeki yang kita usahakan. Berniagalah dengan cara yang adil supaya kita tergolong dalam golongan yang dikasihi di sisiNya. InsyaALLAH.


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 10 September 2012

Apa perbezaan Vitamin C Shaklee?

September 10, 2012 0 Comments
Apa itu Vitamin C?

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenisvitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]


Mejoriti besar spesies haiwan dan tumbuhan mensintensis vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C.
Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia di barat, produk haiwan bukanlah merupakan sumber vitamin yang terpenting lagi. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[9] Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Vitamin_C#section_1

Apa fungsi Vitamin C sebenarnya?
1. Membentuk kolagen. 
2. Membaiki Simtom Pendarahan
3. Peningkatan sistem imun.
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit.
6. Memperbaiki insomia
7. Membantu mengekalkan kolstrol sihat.

*****************************************************************************************************************

Shaklee juga mempunyai Vitamin C iaitu diberi nama Sustained Release Vitamin C 500mg.
Apakah perbezaan Shaklee?*
"Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi" Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemapuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 7 September 2012

Biz online adalah trend zaman ini?

September 07, 2012 0 Comments
5 tahun dulu semasa saya mula memperkenalkan Shaklee melalui internet dan forum, ramai yang melihat ia satu yang menjengkelkan. Mungkin pada masa itu ramai yang hanya mengenali Shaklee sebagai syarikat MLM semata-mata tanpa mengenali kebaikan produk yang dijualnya.
Alhamdulillah berkat sabar , kini kami sudah semakin berkembang. Sebagai pioneer dalam Shaklee online saya banyak memanjatkan syukur pada ALLAH kerana walau hanya duduk di rumah, kami masih mampu mempunyai pendapatan yang stabil melalui perkongsian Shaklee yang kami lakukan secara online.

Orang kata dunia ini saling berkait...memang unik kerana kini menjadi satu trend orang berniaga secara online iaitu hanya menggunakan internet. Ada yang mengambil peluang menjual barangan penyusuan, pakaian bayi, pelbagai produk kelansingan dan kecantikan, malah tidak kurang juga yang menjual makanan yang dibuat sendiri seperti cup cake dan banyak lagi.

Apa kelebihan berniaga melalui internet sebenarnya? Jawapan yang boleh saya beri ialah Dunia Tanpa Sempadan. Ini terbukti apabila kami mempunyai downline seluruh Malaysia dan customer kami sendiri 80% adalah dari Semenanjung Malaysia. MasyaALLAH sangat unik dunia tanpa sempadan.



Baru-baru ini kawan baik saya merangkap downline saya Dr Siti Munirah Che Ahmat datang ke Miri dan beliau sendiri menceritakan beliau terkejut saudara maranya membeli vitamin dari saya yang berada jauh di Miri. [ Saya tampal sticker pada botol tapi kekadang dah banyak tak sempat tampal ...hehehe]

So dengan internet tidak menjadi masalah. Jika tiada aral 1-3 hari produk akan sampai. Bergantung pada rezeki customer saya juga. Paling penting mereka yang buat bayaran awal diutamakan penghantaran ordernya. Alhamdulillah jika rezeki customer baik, esoknya dah terima.

Alhamdulillah jika dulu kami berdiskusi sesama kami [ ahli niaga Euphoria] melalui email tetapi selepas kawan saya yang saya anggap seperti adik saya iaitu Lyna memperkenalkan forum di laman web sosial popular iaitu laman muka muka @ facebook; ia menjadi lebih mudah untuk sistem mentoring.

Saya tak punya banyak masa untuk buat kelas selalu memandangkan anak sekolah dan suami kerja luar kawasan, namun ia bukan alasan untuk anak didik saya tak berjaya. Mereka berjaya bersandarkan usaha yang mereka lakukan, saya hanya guide dan bertindak sebagai mentor semata-mata ibarat PJJ.
Telefon memang menjadi penghubung terbaik antara kami.

Alhamdulillah ia menjadi trend berniaga zaman kini! Ramai surirumah kini mempunyai pendapatan yang hebat dan paling bagus kita boleh bayar zakat dan membantu pembangunan ummah! So bagi yang mahu menyertai kami, jom! Jangan tunggu lagi!


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia