Rabu, 29 Ogos 2012

Benarkah saiz payudara mempengaruhi susuibu?

Keseronokkan menjadi ibu dan ayah adalah satu perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kegembiraan itu hanya mampu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah dan hanya mereka yang dah melalui akan lebih memahami.



Bila lahirnya si kecil, si ibu pastinya bersemangat waja nak menyusukan si kecil. Ditambah apabila persekitaran si ibu yang telah didedahkan dengan lebih awal tentang dunia penyusuan susuibu oleh adik beradik mahupun rakan sekerja.

Walaubagaimanapun terdapat segelintir ibu baru yang salah faham tentang penyusuan susuibu. Biasa yang menjadi kesalahfahaman ialah tentang banyak atau sikit susu yang dapat disediakan.
Sebenarnya penyusuan susuibu bukan sekadar nilai titik susu yang diberikan tetapi banyak lagi perkara lain yang akan diselami oleh ibu dan anak tanpa disedari. Sentuhan itu sendiri mampu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

Bercerita tentang saiz payudara, ada yang ingat bahawa payudara besar banyak susunya, manakala payudara kecil, sedikit susunya.

Namun setelah saya melihat sendiri melalui banyak kes konsultasi ....buah dada kecil tak bermakna sedikit susu, buah dada besar juga tak bermakna banyak susu.

Ada kebenaran apabila ada yang mengatakan buah dadah kecil , kelenjar susu senang penuh berbanding dengan mereka yang memiliki buah dada yang besar. Bagi buah dada yang besar kelenjar susu mengambil masa untuk dipenuhi. Saya dah lihat sendiri melalui banyak kes ibu yang saya berikan konsultasi tentang dunia penyusuan. Apabila kelenjar susu mudah penuh ditambah apabila kerap pam, hasilnya memang lumayan. Berbanding ibu yang punyai payudara besar dan pam yang tidak konsisten akan mendapati susunya sedikit.

Susu cepat penuh atau kurang bergantung kepada banyak faktor. Namun faktor utama yang terbesar ialah pemakanan serta pengambilan air yang mencukupi. Makanan yang menjadi kegemaran si ibu turut mempengaruhi penghasilan susuibu. Ibu yang menikmati makanan dengan gembira secara langsung meningkatkan hormon oksitosin dan secara tidak disedari si ibu akan dapat merasakan payudaranya membengkak keranan susu mudah penuh.

HASIL SUSU akan meningkat apabila si ibu kerap menyusukan si kecil atau bagi ibu yang bekerja, si ibu itu pam dengan konsisten setiap 2-3 jam dan jarak sesi pam tidak lebih dari 3 jam.

Bayangkan seorang ibu itu mempunyai hasil perahan 3oz satu sesi. Jika beliau membuat 6 sesi dalam 24 jam, maka 18 oz sudah terkumpul. Namun perlu diingat hasil setiap sesi boleh meningkat apabila sesi perahan meningkat.

Berbanding seorang ibu yang mendapat 6 oz satu sesi dan hanya pam 3 kali sehari. Memang akan dapat kumpul 18oz tetapi perlu diingat, jarak pam yang terlalu jauh akan menyebabkan hormon prolaktin menurun dan secara langsung akan menyebabkan kelenjar susu lambat penuh dan akhirnya susu merundum.


Oleh sebab itu ibu yang menyusukan anak perlu mengelakkan perasaan marah, sedih, kemurungan, tekanan dan keletihan yang melampau selain perasaan malas mengepam. Kerana perasaan ini turut menjejaskan penghasilan susuibu tanpa disedari.

So bagi ibu baru, happy breastfeeding.

Susuibu perlukan masa untuk hadir....janganlah ingat selepas lahir terus susu mencurah macam air terjun ya....perlu masa. Perlu kesabaran, istiqamah dan keyakinan yang kuat pada ALLAH.

Berikan yang terbaik buat si manja. Kita bersusah dulu...supaya anak besar dan jarang sakit maka kita bersenang dikala itu.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 28 Ogos 2012

Ketumbuhan sel tidak normal dan Vitamin E

Phew, sebab terlalu asyik makan kerepek pedas semalaman perut saya memulas sebab angin rasanya. Mak pernah cakap ubi tu angin, maka boleh makan tapi kena beringat. Ni les kurang beringat. Alhamdulillah selepas saya telan air Peppermint Ginger lega sikit angin kembungnya. Macam mana buat? Saya masukkan 5 biji dalam tupperware, masukkan air panas dan sedikit air sejuk untuk jadikan panas suam supaya boleh saya minum. Memang lega rasa badan.

Namun saya nak share satu kisah benar yang saya lalui semalam. Saya menemani seseorang berubat kerana mengalami masalah pembuangan yang teruk. Beliau tidak membuang lebih 20 hari. Paling sedih kerana dibahagian duburnya ditumbuhi dengan beberapa sel yang tidak normal ibarat mahu menutupi lubang duburnya.
Pada mulanya tiada niat untuk saya melihat kes rawatan beliau, tetapi memandangkan perawat meminta saya memegang pesakit maka saya terpaksa juga melihat apa yang dideritai si pesakit.

Kes ini mengingatkan kes customer saya yang melalui ketumbuhan di bahagian sulitnya. Doktor menyarankan beliau dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut, namun kerana mahu berusaha melalui supplement. Saya berikan beliau makan set antioksidan. Mengandungi Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan ESP. Alhamdulillah selepas satu minggu, ketumbuhan itu mengecut dan tak perlu dibedah.

Bilamana keadaan semalam buat saya benar2 bersyukur kerana ALLAH mengizinkan saya bertemu dengan Shaklee. Saya perlahan-lahan memaklumkan pada pesakit mencuba vitamin. Kata beliau, beliau memang amalkan makan vitamin cuma untuk tenaga. Saya sarankan makan vitamin antioksidan termasuklah vitamin E terutamanya.


Mengapa vitamin E? Ini kerana vitamin E menghalang sebarang pertumbuhan abnormal sel dengan izin ALLAH jua. Vitamin ini sebagai satu usaha. Kelebihan vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi selenium iaitu sinergy kepada vitamin E tadi. Penyerapan vitamin E dengan selenium lebih baik daripada tanpa selenium.

Alhamdulillah beliau mahu mencuba. InsyaALLAH akan saya update lagi dalam penulisan akan datang bilamana dah dapat maklumbalas dari pesakit.

Sama2 kita doakan pesakit cepat sembuh dan mendapat nikmat kesihatan seperti kita semua. Semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat.



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Nak berjaya bukan dalam sehari dua.


Mengenangkan si anak nak berusaha mengubah nasib...si emak ini sanggup mengeluarkan sedikit duit sebagai modal si anak nak meniaga. Pada mulanya si anak mahu mengambil upah memotong rumput, maka si emak ni pun mengeluarkan wang untuk membelikan mesin potong rumput. Selang beberapa hari si anak merengek lagi nak buka kedai jual cendol katanya. Si emak ini pun mengeluarkan duit pencarian melalui kudrat 4 keratnya untuk membelikan mesin cendol seperti yang diharapkan si anak. Namun sayang semuanya tidak dibawa ke mana. Terbiar mesin rumput dan mesin cendol di dalam stor selang beberapa hari dibeli.

Bila ditanya mengapa tak mahu potong rumput? Alasannya sebab tiada siapa nak bagi upah potong rumput. Bila ditanya mengapa tak menjual cendol, alasannya tiada siapa mahu membeli sepanjang seharian buka kedai cendol di tepi jalan dirumahnya.

Namun yang parah si emak sebab semua duitnya habis begitu sahaja...seolah-olah tiada nilai dimata si anak.

Hakikatnya si anak perlu tahu, apabila dia mahu mengambil upah potong rumput, maka rajinkan mulut untuk mengkhabarkan pada penduduk kampung sekitar bahawa dia boleh mengambil upah memotong rumput. Mungkin hari ini orang kampung belum perlu untuk memotong rumput rumah mereka kerana rumput masih pendek, namun tak salah berusaha. Rumput rumah makin hari makin panjang maka kebarangkalian untuk orang memanggil untuk amik upah memotong rumput memang ada. Maka bila ada peluang memotong rumput, potonglah elok2 sehingga menyenangkan tuan rumah. InsyaALLAH berita baik itu akan disebarkan dari mulut ke mulut. Mungkin bermula dengan sebuah rumah, selang seminggu bertambah lagi bilangan rumah yang perlukan khidmat memotong rumput.

Sama juga dengan menjual cendol. Jika dah niat nak meniaga, maka berniagalah betul2 dan jujur. Mungkin semasa hari pertama kita niat nak buka kedai cendol hari mendung, so orang tak dahaga sangat untuk minum air berais seperti cendol. Janganlah putus asa. Esok buka lagi, dan meniaga seperti biasa. Hari ini mungkin orang yang lalu lihat dan senyum sahaja pada kita, namun kita tak tahu...bilamana hari panas, yang lalu tadi singgah jua nak dapatkan minuman menyejukkan tekak. Maka bancuhlah dengan sesedap rasa supaya orang yang minum tadi akan bercerita dengan orang lain pula kesedapan minum cendol yang kita jual. Perlahan2 ia akan jadi buah mulut orang dan biz kita akan lebih berkembang.


Pengalaman saya sendiri masa mula-mula jadi guru tuition dari rumah. Bermula dengan seorang anak murid. Selepas 2-3 bulan barulah bertambah menjadi 3 orang. Selepas 6 bulan anak murid meningkat.  Selepas satu tahun bilangan bertambah. Memang dalam masa tu ada anak murid yang berhenti namun percayalah setiap yang pergi itu berganti bilamana kita sabar.
Bermula dengan pendapatan RM60 sebulan, perlahan2 ia berkembang....sehinggalah mencecah ribuan ringgit.

Maka hakikatnya semua perlu bersabar. Hasil ni takkan nampak dalam sehari dua. Nak dapatkan pokok taugeh pun perlukan masa semalamam....apatah lagi nak tunggu hasil lebih hebat seperti buah limau bali atau durian.

Dalam usaha perlu berdoa. Jangan sesekali sombong pada pencipta. Doa itulah yang membantu untuk kekuatan diri secara dalaman. Bila berdoa, doa yang baik2 untuk peniaga lain maju juga. Ini kerana apabila kita mendoakan kejayaan orang lain, malaikat akan meng amin kan doa kita dan malah malaikat akan mendoakan untuk kita apa yang kita doakan untuk orang lain. Tidak percaya? Cubalah amalkan setiap kali selepas solat, sebelum memulakan perniagaan dan selepas habis berniaga...doalah

" Ya ALLAH berkatilah usahaku meniaga ini, berkatilah hasil perniagaanku serta bantulah orang2 yang juga berniaga sepertiku untuk terus maju jaya. Jika ada antara kami yang berniaga secara tidak jujur, berikanlah petunjuk jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Amin"

InsyaALLAH kita akan sentiasa dalam landasan yang betul. Dalam kita mendoakan untuk diri sendiri, doa untuk orang lain itu juga sebenarnya membantu kita untuk menjadi dan berusaha ke arah lebih baik. Namun doalah yang baik-baik. Jangan sesekali doa yang tidak baik dan meyumpah seranah orang lain kerana tak mustahil doa yang tak elok itu akan datang pada kita semula.

Maka bagi yang baru nak meniaga, usahalah secara istiqamah. Dapatkan kekuatan dari Al Quran dan sunnah kerana ia lebih bertahan dan abadi dari kata2 manusia.

Jangan cepat putus asa jika nak benar-benar berjaya.

Selamat maju jaya dalam biz anda!


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kini semuanya kisah kesihatan......

Dari sehari ke sehari, sehingga berbulan entah makan tahun rasanya...saya memang menyimpan keinginan nak beli basikal untuk exercise dalam rumah.... survey memanjang belinya tidak juga. So semalam saya nekad nak beli sebuah sebab pada saya ia penting untuk penjagaan jantung. Memang makan vitamin namun itu satu bahagian lain. Exercise tetap perlu demi memastikan jantung kita dapat berdegup dengan baik, perjalanan darah lebih lancar.

Memandangkan ada sales raya dan banyak banner yang seolah2 mencuri pandangan mata dan hati saya, saya memujuk suami dan anak2 pergi ke fitness centre di Bintang Mall. Puas saya belek2 satu persatu namun perhatian saya lebih kepada bentuk basikal. Syukurnya penjual wanita itu jujur...katanya " Akak, kalau berbasikal duduk maka mucles dibahagian peha akan lebih besar" . Tersenyum saya dengan ayat penjual itu. Saya teruskan pencarian...sehinggalah jumpa yang saya minat iaitu.....


Basikal dan waktu yang sama boleh berdiri sambil mengayuh.... harganya boleh la tahan RM2k++ namun bukan itu menjadi ukuran kerana pada saya harga jantung lebih mahal.

Inilah pelaburan kedua saya selepas membeli vitamin. Nak cuba istiqamah setiap hari sediakan 15-30 minit bersenam sambil tengok tv....hehehehe.

Sebelum pulang pula, kami singgah di stall yang menjual fruit juicer. Ianya unik sebab tak guna blade maka buah tak teroksida.

Harga dia boleh tahan RM1k++...namun saya cuma kata nanti saya pertimbangkan. Walau anak2 saya puas pujuk suruh beli tadi saya kata, balik fikir dulu la .... sebab baru jek beli basikal tadi.
Namun jauh di sudut hati memang tertarik la sebab jus yang keluar memang fresh dan kaya dengan serat. Siapa yang dah tengok hurom slow juicer ni memang pasti akan tertarik.
Saya beritahu suami, jika saya beli maka saya nak avoid dinner. Dinner minim air buah aje. hehehehe....berangan dulu. Nanti2 la saya fikirkan sama ada nak beli atau tidak.

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Balik kepada niat : keperluan atau kehendak?

Berbicara tentang perlu atau tidak vitamin ini tidak akan datang kesudahan yang sepakat kerana kita terdiri dari pelbagai golongan pemikiran yang berbeza latar belakang dan pendapat.

Namun setiap orang mempunyai pandangan yang perlu dihormati. Secara peribadi saya menjadikan keperluan pengambilan vitamin itu adalah sebagai kos penyelenggaraan. Sebagaimana kereta. Sebuah kereta yang dijaga elok, diservis tepat pada masanya...insyaALLAH elok dan bertahan lama.

Bayangkan jika kita punya sebuah kereta yang pada awalnya tidak dijaga dengan baik maka dalam jangka masa yang panjang kita akan memerlukan kos untuk menanggung segala kerosakan yang berlaku secara perlahan-lahan.

Namun tidak dinafikan faktor duit juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. So ia balik pada cara pemikiran kita semula. Adakah servis kereta itu satu keperluan atau kehendak? Hanya tuan punya kereta yang ada jawapan.

Sama juga dengan vitamin. Setiap orang mempunyai sudut pandang yang berbeza. Tiada yang betul dan tiada yang salah kerana setiap orang mempunyai cerita dan pengetahuan yang berbeza.
Namun dengan perbezaan pendapat inilah kita belajar tentang cerita orang lain, pendapat orang lain....

Memang betul, ada penyataan bukan semua perlu vitamin. Orang sihat tak perlu vitamin. Kenyataan ini mungkin benar kepada mereka yang banyak kekangan terutama kekangan kewangan.

Rata-rata mereka yang amal vitamin adalah orang yang kurang sihat, yang pernah jatuh sakit, yang ada duit dan yang benar-benar perlukan.

Bagi saya pula, pengambilan vitamin membantu saya mendapatkan kesihatan yang baik. Memang beza bila saya lupa makan vitamin. Ibarat dah biasa tidur atas tilam empuk, tapi bila disuruh tidur atas lantai pastilah terasa sakit2 badannya. Ditambah dengan faktor usia. Bila dah lebih 30 an...maka keanjalan tubuh mudah hilang. Maka pengambilan vitamin sangat membantu untuk kekal bertenaga dan sihat.



Ia balik kepada cara kita berfikir... adakah ia satu keperluan atau hanya satu kehendak? Keperluan diri hanya kita sahaja yang tahu. Namun kehendak ia boleh jadi bersifat sementara terutama apabila pengambilan vitamin dijadikan trend ikutan zaman.

Pada saya ia satu keperluan...oleh kerana itu saya bertahan selama 14 tahun. Duit? Ianya satu pelaburan. Balik kepada cara kita berfikir. Jika ia satu kehendak, kemungkinan besar ia akan menjadi satu pembaziran dan  balik pada niat dan apa yang kita fikirkan.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 24 Ogos 2012

Hari bertuah Faiz dengan baby sulungnya.....

Hari ini aktiviti berniaga diteruskan seperti biasa....dan paling best menerima berita sahabat baik saya Faiz dah selamat lahirkan anak sulungnya di Hospital Besar Miri. So tambahan aktiviti ialah melawat beliau dihospital dan melawat si comel Mishary [ harap betul la ejaan nama anak si Faiz ni]. Nanti saya update kisah baby Faiz lagi...



Sebenarnya hajat dihati kali ni nak menulis kisah beberapa [ ramai lebih kurang 20 anak2 saya yang berjaya dalam Shaklee] untuk perkongsian mereka yang menghantar email dan sms untuk menjana pendapatan melalui Shaklee. Namun belum berkesempatan sebab anak2 dan suami dan siap sedia nak berjalan.

Ditambah suami masih cuti hingga Isnin, maka saya nak elakkan anak2 dan suami boring bila saya mengadap laptop comel saya ini. Nanti ada masa lagi saya cuba coretkan cerita2 mereka yang dah berjaya melalui MLM Shaklee dengan modal serendah RM65 sahaja [ tak termasuk kos penghantaran memberkit ya]. Kini ramai ahli kumpulan saya yang mampu menjana pendapatan besar walau hanya sebagai surirumah. Alhamdulillah.

Nak sambung berhari raya dengan suami dan anak2.....jumpa lagi.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat hari raya.

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua kenalan, sahabat handai dan pembaca setia blog ini. Mohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat salah silap atau penulisan saya yang menyinggung perasaan pembaca. Moga segala amal kita diterima ALLAH.





Beraya diperantauan bukanlah perkara baru bagi kami sekeluarga. Hampir 10 tahun kami beraya di sini. Dah menjadi kelaziman kami akan balik seminggu awal atau seminggu selepas raya untuk bertemu keluarga. Ibarat beraya lebih awal atau terlewat seminggu. Itulah kebiasaan kami setiap kali Syawal menjelma.

Tahun ni lebih special sebab Cik Pah, mak kepada sahabat karib saya Faiz beraya di Miri sempena nak menyambut kelahiran cucu beliau iaitu anak Faiz. Maka raya pertama kami beraya di rumah Faiz di Sek Men Agama Miri. Dari sebuah rumah ke sebuah rumah jemputan ke rumah terbuka . Alhamdulillah rezeki tahun ni memang banyak....sehinggakan anak2 saya pun pandai, balik rumah terus cari omega. Bukan untuk pecah lemak bagi si anak tetapi mereka sendiri alert nak jaga diri dari kena selsema atau batuk disebabkan minum banyak ais dan makan aiskrim.

Kami pula akan pastikan omega 3 biji sehari dan garlic beberapa kali selepas makan makanan yang berat.

Hari ni nak sambung jalan lagi....so nanti saya update lagi ya.

Biz dah berjalan seperti biasa....maka bagi yang nak buat order boleh terus sms atau call saya ya. InsyaALLAH 1-2 hari dah terima vitamin.




 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 14 Ogos 2012

Saya bawa dalam handbag saya sebotol Garlic Complex.

Dalam handbag saya memang saya bawa sebotol Garlic Shaklee bersama2. Selepas makan berat saya amalkan makan 2 biji Garlic. Saya akan pastikan suami saya turut makan selepas makan.
Kenapa saya suka garlic?


"Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut
dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *
Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik.
BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan.

Ianya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein."




Ditambah nak raya, kita akan makan banyak makanan yang kaya dengan kolestrol so garlic sangat membantu. Jika anda ingin dapatkannya, boleh hubungi saya di no dibawah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 1 Ogos 2012

Susu banyak impian setiap ibu menyusu.

Minggu penyusuan susuibu sedunia.... teringat zaman menyusukan Addin dan Nasa. Memula malu menyusukan di tempat awam seperti airport, shopping mall tetapi bila ingat niat yang baik, dan suami mengizinkan selagi menutup aurat...ia menjadi satu kepuasan sebagai seorang ibu yang melahirkan 2 putera.

Walaupun kini ramai ibu yang menyusukan anak namun masih segelintir yang belum memahami konsep penyusuan sebenar.

Bilamana kita mahu menyusu, supplement bukanlah satu kewajipan namun ia hanya keperluan bagi ibu2 yang tidak mampu mengamalkan pemakanan yang seimbang, sering keletihan, banyak tekanan dari tempat kerja dan hormon yang sering tidak stabil.

Paling utama ibu itu perlu tahu bahawa SUSUIBU akan banyak dihasilkan apabila si ibu kerap menyusu atau mengepam bilamana bayi tidak ada di sisi.

Maka jika ibu itu memahami konsep ini, insyaALLAH perjalanan penyusuan itu mudah difahami.

Terutama apabila susu merundum. Ingat balik konsep ini....lagi banyak menyusu lagi banyak susu dihasilkan. Lakukan power pumping pada malam hari.

Apa pula power pumping?
Power pumping adalah di mana si ibu memperuntukan masanya selama sejam untuk membuat sesi perahan secara intensif. Sekiranya menggunakan single pumping , si ibu boleh mengepam sebelah kanan selama 10 minit dan ditukar kepada sebelah kiri selama 10 minit dan ulangi dalam masa satu jam.
Sekiranya si ibu menggunakan double pumping maka si ibu boleh mengepam kedua2 belah payudara selama 10 minit dan rehat 10 minit dan ini diulangi dalam masa satu jam.

Jika sering keletihan dan risau susu menjadi kurang terutama waktu berpuasa, disarankan ibu memastikan pengambilan air secukupnya bermula dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur. Kekurangan air yang ketara boleh menyebabkan badan ibu menjadi kekeringan serta keletihan yang melampau.

Supplement dikala berpuasa.


Ia hanya cadangan terutama bagi ibu yang mengamalkan makanan tidak seimbang, tidak teratur malah sering keletihan yang melampau....sangat digalakkan mengamalkan vitamin2 ini.

Multivitamin lengkap dengan zat formula : ia membantu pembinaan darah, pembesaran bayi serta memastikan si ibu tidak mudah pengsan selepas menyusu/ pam kerana tekanan darah rendah.
B complex : ia sangat penting kerana ia membantu ibu itu bertenaga dan tenang serta mampu mengawal tekanan.
Vitamin C : ia membantu meningkatkan imun sistem ibu secara langsung membekalkan susuibu yang kaya dengan antibodi.
Kalsium : Perlu untuk saraf supaya si ibu tak mudah sakit belakang, tidur berkualiti, perlu untuk pembesaran anak dari segi tulang, sel darah serta pertumbuhan gigi.




Performance Drink :

P
enghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berba
nding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?
Anda yang berkerja di bawah matahari terik
Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
Ibu mengandung atau menyusu
Anda yang demam dan selesema
Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
 



Namun perlu ingat ya, susuibu itu adalah sebahagian dari rezeki anugerah ALLAH. Maka mohon pada DIA kerana DIA sebaik2 pemberi!

Selamat menjayakan penyusuan!

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa