Isnin, 30 April 2012

Gambar lagi....

Hmm lama pula tak ber update diari saya. Saban hari semenjak pulang dari Umrah, masa lebih banyak saya sediakan untuk menghabiskan menjawab email dan pertanyaan di fb saya. Namun dalam fikiran terselit juga ingatan nak update blog. Ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan kerana ia menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga ...





Oh ya, Shaklee akan merasmikan pembukaannya di Jakarta Indonesia. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut...boleh email kepada saya....

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 24 April 2012

Umrah Istanbul with Shaklee

Alhamdulillah kami baru selamat pulang mengerjakan umrah dan ziarah Istanbul minggu lepas. Seronoknya tak dapat terluah dengan kata-kata kecuali ucapan syukur kerana diberi peluang menjalani ibadah umrah dengan penginapan yang bertaraf 5 bintang. Uniknya perasaan semasa di sana, sangat tenang dan tiada apa yang merunsingkan ...bila di Madinah, bilik mengadap masjid Nabawi dan dapat melihat kubah hijau[ makam nabi]. Semasa di Mekah, kami diberi penginapan terbaik yang sangat dekat dengan Masjidil Haram. Alhamdulillah.

Selepas menyelesaikan umrah, kami dibawa ke Turki Istanbul. Seronoknya berjalan sebab musim bunga Tulip. Banyakkkkkk bunga tulip kat sana bulan April sahaja.









Berminat nak join Shaklee dan dapatkan insentif trip ini? Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 17 April 2012

Tidak mustahil walau anak dah setahun lebih

Ini antara testimoni yang membuktikan tiada yang mustahil untuk dapatkan hasil yang lumayan walau anak dah berumur setahun ke atas.


Kak Nadiah sendiri terkejut dengan perubahan yang dialami....sehingga hari ini penghasilan susu kak Nadiah maintain seperti biasa namun  perubahan yang dialami sejak seminggu mengamalkan pengambilan set B bersama ESP dan Ostematrix....bila saat bangun tidur, susunya keluar mencurah-curah sehingga menyebabkan baju dan alas cadarnya dibasahi air susuibu. Seronoknya bukan kepalang nada suara Kak Nadiah semasa bercerita dengan ibu tadi.

Adakah benar pengambilan set B bersama ESP akan mendapat lebih umpphhhhh?

Secara peribadi melalui pembacaan dan pengalaman penyusuan ibu untuk Addin dan Nasa, pengambilan vitamin bersama ESP sangat membantu.

  • Susuibu akan lebih cepat dihasilkan.
  • Payudara cepat berat jika anak lambat disusukan ataupun sesi perahan tertunda.
  • Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik
  • Perkembangan pembesaran anak yang berumur 1-6 bulan dimana si ibu mengambil ESP dan set B sebagai makanan tambahan akan melihat perkembangan anaknya yang cepat dan sihat. ( Ini ibu lalui sendiri di mana Addin dan Nasa mencecah berat 10kg sebelum usia mereka mencecah 6 bulan).

Apa sebenarnya fungsi ESP dalam bahasa yang lebih mudah difahami?
ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Protien hakikatnya boleh di dapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protien ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protien yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dati tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem.
Protien merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protien ditambah dengan protien yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protien sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protien. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protien dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?
Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....ELAKKAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Minumlah ESP 1 -3 kali sehari : antara dua waktu makan utama. 
Sebagai contoh  waktu selepas sarapan dan makan tengahari. Jika kita sarapan jam 8 pagi, amiklah ESP pada jam 10 pagi supaya perut kita tak lapar sementara nak menunggu masa makan tengahari jam 1pm.





Bagi yang belum pernah atau memang mahu mencuba ESP Shaklee sangat di alu-alukan.
Boleh BACA kebaikan ESP SHAKLEE di sini.
 


Kebaikan kalsium @ Ostematrix *



Apakah kelebihan Kalsium@Ostematrix Shaklee?
Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow

Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.

Functions of OsteMatrix: -

* Help retain normal blood pressure
* Assist in muscle contraction and nerve transmission.
* Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness


Bila tubuh kita mendapat cukup kalsium mengikut keperluan , insyaALLAH kita akan mudah bangun dari tidur walaupun tidak dapat tidur selama 6 jam mengikut keperluan, badan mudah rasa segar dan kelancaran pengaliran darah dalam tubuh buat kita lebih bertenaga.


Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee

Namun  sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.
 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
SMS/Whatsapp : 012-853-5689 

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 15 April 2012

Beli vitamin untuk sihat satu keluarga

Sekarang ramai yang menghantar email bertanya apakah vitamin yang boleh diamal seisi keluarga. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi memikirkan kasih saya terhadap suami tercinta dan anak yang dikasihi, kesihatan kini menjadi keutamaan ditambah hari ini penyakit datang tanpa di duga.

Apakah set yang paling sesuai untuk sesisi keluarga?


Saya memperkenalkan Family Wellness Set yang terdiri daripada Energizing soy protien [ESP], B complex, Vitamin C dan Vitalea.

ESP adalah protien. Sel kita terbina dari protien, dan memang kita boleh dapatkan protien dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protien adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protien hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protien mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protien sebenarnya. Sek yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protien. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.
Tips bagaimana nak bancuh untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug  maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.


Vitalea dengan formula zat besi
Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah. Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vitalea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.
Tips untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O [ tanpa susu] atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vitalea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Vitalea chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.  

B complex
Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang , merokok dan keletihan melampau. Maka B complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan B complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.

Vitamin C
Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja? Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan vitamin C chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.


Seorang ibu perlu kreatif dalam menyediakan supplement untuk anaknya. Saya sendiri memastikan anak-anak saya mengambil vitamin tertentu demi memastikan mereka kekal sihat, bertenaga dan ceria sepanjang hari. Supplement tidak seharusnya diberi kepada anak yang berumur 1 tahun ke bawah kerana nutrisi itu boleh di dapati dari susuibu dan sangat bagus apabila si ibu itu menjaga pemakanannya. Supplement bukanlah satu yang dijadikan ubat dikala anak sakit tetapi dijadikan pendinding yang membantu mengukuhkan lagi antibodi anak anak di kala mereka sihat. Jadikan prinsip mencegah lebih baik dari merawat. InsyaALLAH sebagai ibu dan bapa, bila anak sihat kita juga tenang dan sejahtera.

Set Family Wellness Shaklee* sesuai diambil untuk seisi keluarga termasuklah ibu yang menyusukan anaknya. Bila seluruh keluarga sihat, maka kita berusaha kekalkan kesejahteraan dan keharmonian keluarga kita. Keluarga bahagia menjana ummah yang berjaya.

Mahukan tips yang lebih banyak bagaimana membantu anak sihat? Kekalkan membaca dan nantikan dalam posting akan datang.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-853-5689 


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 13 April 2012

Trend terkini : berpantang dengan vitamin

 Semenjak awal tahun 2012 saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi. Alhamdulillah, last month sahaja ada 3-4 orang customer saya yang melahirkan anak kembar. Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli.

Antaranya ialah

1. Adakah ia selamat uuntuk penyusuan?

2. Adakah ia bagus untuk atasi pemulihan kesihatan ibu yang baru melahirkan?

3. Berapa kos yang perlu dibayar?

4. Sejauh mana kebaikan mengamalkan produk tersebut?


Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.


Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 11 April 2012

Relaktasi :Bukan sekadar hanya dimulut

Ada beberapa ibu yang menghantar email bertanyakan bagaimana untuk mewujudkan semula ransangan untuk penghasilan susuibu terutama bagi yang telah berhenti beberapa bulan dalam dunia penyusuan susuibu. Rata-rata bertanya tentang produk apa yang membantu.

Namun pertama sekali saya tegaskan, relaktasi perlukan semangat dan usaha yang bersungguh dan bukan pada mulut sahaja. Paling utama hati perlu nekad untuk terus berusaha, tiada istilah putus asa dalam diari, kena yakin pada Al Khaliq kerana susuibu itu adalah anugerah rezeki dari NYA.

Asasnya apa yang perlu dilakukan?

Jika ibu itu benar-benar mahu relaktasi, banyakkan membaca, dekatkan diri dengan mereka yang menyusukan anak, yang boleh memberi bantuan dan sokongan mental. Dapatkan restu suami dan sokongannya kerana ini membantu mental si ibu itu kuat dan mampu melawan apa jua tekanan yang bakal dihadapi.

Si ibu itu perlu memastikan tubuh badannya sihat dan mampu meneruskan perjuangan. Jika si ibu itu sakit, mungkin ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapinya. Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental. Persediaan mental sangat sangat penting.

Sebagai permulaan si ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. Pada malam hari, cuba lakukan power pumping. Lakukan secara berterusan dan yang pasti ia  akan bermula dengan susu setitik dua dan secara perlahan2 akan meningkat...maka di sini kita perlu yakin dan ada sifat kebergantungan pada pencipta kerana rezeki ini datang darinya jua.

Pengisian rohani dengan amalan seperti zikir dan solat sunat hajat sangat digalakkan. Setiap kali pam, mulakan dengan bacaan suci dan dilengkapi dengan alhamdulillah.

Cubalah amalkan doa ini setiap pagi dan petang.






Maksud

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."




Benarkan ada makanan tambahan yang membantu?

Makanan tambahan membantu ibu agar sihat kekal bertenaga, mood yang stabil dan mampu mengawal stress. Namun perlu pastikan tidak terlalu bergantung dengan makanan tambahan kerana asasnya ialah stimulasi pada payudara untuk meransang hormom prolaktin untuk menghasilkan susuibu itu sendiri. Pengambilan vitamin pada dasarnya membantu ibu sihat dan dalaman ibu stabil terutama yang berkaitan dengan emosi untuk penghasilan hormon oksitosin terutama apabila si ibu itu tenang, dapat mengawal tekanan dan dalam keadaan gembira. Jika anda merasakan anda perlukan supplement, dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentangnya dan bukan hanya mereka yang tahu berniaga semata-mata.

Benarkah vitamin dan pam sesuatu yang penting dalam penyusuan?

Hakikatnya bergantung pada diri individu itu sendiri. Saya tiada hak untuk mengatakan ianya penting mahupun tidak penting kerana setiap individu mempunyai kekangan yang berbeza. Maka kita perlu tahu kekuatan diri kita dalam setiap keputusan yang bakal kita ambil. Jangan sesekali ikut kawan kerana kekuatan dan kemampuan setiap kita berbeza.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi, memadai anda menjaga makanan harian, pastikan kaya dengan protien, kalsium dan vitamin lain. Untuk memerah, boleh gunakan tangan atau nama lainnya marmet. Vitamin dan pam hanya sebagai alat sampingan dalam dunia penyusuan untuk membantu ibu-ibu terus berusaha menjayakan penyusuan. Namun tiada satu jaminan pun dengan vitamin atau pam yang mahal akan mendapatkan hasil susu yang hebat kerana semuanya balik kepada perahan yang konsisten, pemakanan si ibu, keperluan air ibu yang mencukupi, perasaan ibu yang tenang dan kekuatan rohani si ibu.


Last but not least, ingatlah bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 9 April 2012

Tips dunia penyusuan

Feel free to share with your friends :)





Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.


Masalah Susu
“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.


Masalah berhubung baby 

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 13 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 6 April 2012

Ajaibnya sedekah



Masih teringat saya satu kisah dimana seorang ayah ini akan meminta anaknya duit sebelum anaknya pulang ke bandar. Si ayah ini tahu anaknya bukan orang berada atau berduit, namun ayahnya tetap akan minta walau hanya RM5 sebelum si anak bertolak balik ke bandar. Siapa sangka dengan amalan itu nasib si anak berubah selepas beberapa tahun bekerja. Jika sebelum ini si anak hanya pulang menaiki bas tetapi kini gah memandu sebuah keretanya sendiri.

Hakikatnya amalan memberi tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Kita terlalu banyak disogokkan dengan ekonomi barat yang mengatakan lebih banyak permintaan maka sumber akan berkurang. Sedangkan dalam ekonomi Islam, lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak rezeki hebat yang akan datang bagi menggantikan rezeki yang dibelanjakan pada jalan yang baik.

Memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan yang paling berat untuk kita banyak lakukan ialah sedekah dari sudut harta kekayaan. Antara amalan sedekah 
  1. Maniskan muka dengan senyuman
  2. Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
  3. Solat awal waktu
  4. Berkata hanya yang positif atau diam
  
Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan
 
Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)



Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia
(QS. Al-hadiid 57:58)

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya
(QS.Muhammad :38)

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya
(HR.Muslim)

  Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat banyak rahsia dan antaranya ialah  :
1.  Menyembuhkan berbagai penyakit.
2.  Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
3.  Diselamatkan dari segala keburukan.
4.  Menenangkan hati dan jiwa.
5.  Melapangkan rezeki.

Bagi ibu bapa, mereka tidak seharusnya menerima sedekah, keranya selayaknya mereka menerima HADIAH. Pemberian kepada kedua ibu bapa dianggap hadiah. Ada orang hidupnya sederhana tetapi kerana layanan baik pada kedua ibubapanya maka hidupnya aman dan sejahtera. Berbeza dengan orang yang banyak memenuhi kehendak sendiri tanpa menghiraukan kebajikan ibu bapa, hidupnya biasa dengan ujian, musibah kerana mengabaikan tanggungjawab pada yang berhak.


Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah,  sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si fulan.. sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si fulan ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 4 April 2012

Bakar lemak dengan cara sihat !


 Tips mudah untuk diamalkan! Kos tak sampai beribu. Paling penting cuma rajin minum air, wajib makan buah-buah setiap hari dan berdisiplin makan vitamin.

Dapatkan 3 produk vitamin* Shaklee ini hari ini dari kami atau pengedar anda dan JANGAN LUPA MINTA KONSULTASI  supaya anda mendapat kesan yang OPTIMUM!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Anologi dunia penyusuan : Paip, tangki dan pam

Dua hari saya tak berkesempatan nak update blog kerana sedikit sibuk menguruskan order-order yang tertangguh [ order weekend dan hari Isnin] ditambah Shaklee tutup pada Isnin untuk stock count. Namun ingin saya kongsikan satu anologi yang terbaru saya temui buat ibu2 yang menyusukan anak :)

Bagi wanita yang dah bergelar ibu dan berjaya menyusukan anak mereka, alhamdulillah dan insyaALLAH mereka ini telah memahami konsep asas penyusuan. Namun bagi bakal ibu dan ibu2 baru pasti mencari2 bagaimanakah atau apakah tips penyusuan yang benar2 berkesan untuk mereka menjayakannya.

Sehingga hari ini saya masih menerima panggilan, sms dan email bertanyakan produk untuk banyakkan susuibu. Namun disebalik pertanyaan itu, rata-rata mereka terlupa konsep asas penyusuan susuibu yang sebenar.

Maka saya ingin menyediakan satu anologi yang mudah untuk difahami dan mudah-mudahan ia membantu lebih ramai ibu memahami konsep penyusuan sebenar serta berusaha untuk menjayakan penyusuan susuibu sehingga lengkap 2 tahun, insyaALLAH.

Paip, tangki dan pam.


Saya lebih suka menunjukkan dalam bentuk gambar agar lebih mudah....

Ini adalah kepala paip


Perasankah kita? Air hanya akan keluar apabila kepalanya dipusingkan [ buka].
Jika besar bukaan paip, maka besarlah air yang keluar dari paip tersebut.

Namun pengaliran air bergantung juga pada tangki air.


 Jika tangki penuh, insyaALLAH pengaliran air tiada masalah. Namun jika tangki kosong, pengaliran juga akan terganggu.



Ada rumah yang pengaliran airnya sangat perlahan....


Maka bagi yang berkemampuan, kewangan bukan menjadi halangan untuk mereka mendapatkan sebuah water pump....


Apa fungsi water pump? Ia adalah untuk membantu memberi tekanan kepada air yang keluar dari kepala paip.
Mereka akan membeli water pump untuk memberi tekanan kepada air yang keluar dari tangki agar pengaliran keluar air dari paip menjadi lebih besar dan deras.
Pam ada banyak jenis dan balik pada budget kita sendiri untuk memilih yang terbaik.



Namun masih memegang konsep yang asas, air hanya akan keluar mencurah2 bila bukaan paip adalah paling maksimum.

Pam air akan berfungsi dengan baik apabila tanki sentiasa dipenuhi air dan hasil yang boleh dilihat ialah air yang mengalir dari paip sangat deras.

Sama dengan dunia penyusuan susuibu :

Susuibu, tubuh ibu dan vitamin


Kita mengandaikan bahawa payudara ibu adalah seperti paip air, susu hanya akan keluar apabila ibu mengepam atau bayi menghisap.

Jika dilihat dari anologi paip tadi, jika besar bukaan, maka banyaklah air paip yang keluar. Sama juga dengan penyusuan susuibu. Lagi kerap bayi menyusu atau ibu mengepam maka lebih banyak susuibu yang dapat dikumpul.
Badan ibu ibarat tangki air, jika tanki sentiasa penuh, pengaliran air tiada masalah. Samalah dengan dunia penyusuan. Jika si ibu konsisten minum air dan memastikan pengambilan 3liter air sehari, insyaALLAH penghasilan susu tidak terjejas.

Maka apa pulak fungsi vitamin? Vitamin itu hakikatnya adalah berfungsi seperti water pump [ pam air]. Ia membantu agar penghasilan susuibu berlaku lebih cepat dan pengaliran susu lebih lancar. 
Untuk mendapatkan kesan yang optimum, si ibu perlu pastikan badannya cukup mendapat 3liter air sehari.

Vitamin ada banyak jenis, maka balik pada diri kita untuk beri yang terbaik pada diri sendiri. 

Vitamin tak beri kesan pada ibu jika si ibu tidak menyusukan anak atau mengepam dengan konsisten serta pengambilan air kurang dari 3 liter sehari.

So saya harap dengan anologi mudah ini....ramai ibu yang memahami dan mampu menjayakan penyusuan susuibu dengan lebih cemerlang.




Bagi mengetahui set penyusuan yang sesuai untuk anda, boleh refer SINI.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 2 April 2012

Weekend di KL

 Alhamdulillah semalam selamat sampai rumah. Weekend yang penuh aktiviti dan sangat menyeronokkan. Ia ditambah apabila dapat berjumpa kawan seperjuangan dan menghiburkan hari anak2.

Bermula dengan perjumpaan ringkas di Shaklee Emphire Tower untuk sedikit taklimat ringkas.



Seterusnya kami teruskan perjumpaan dengan rakan seperjuangan saya yang kebetulan mereka juga mempunyai masa untuk makan tengahari bersama....


Selepas habis lunch kami teruskan aktiviti anak2 pula di Kidzania. Walaupun hanya sejam setengah di sana namun ia salah satu tempat aktiviti yang menarik untuk anak-anak.
Malam ada family dinner dengan keluarga mertua....phew memang pack dan malam tidur jam 1.30 am selepas selesai menguruskan semua keperluan sebelum balik semula ke rumah.

Syukur, segalanya berjalan dengan lancar. So next Saturday gathering dengan family sendiri pula di KL insyaALLAH.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari Ibu Addinnasa