Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Wednesday, February 29, 2012

Vitamin dan jamu, mana satu menjadi pilihan?

Ini testimoni yang diberi oleh salah seorang customer saya .... beliau menggunakan tips yang saya berikan dan alhamdulillah beliau sangat berpuashati.


Berpantang dengan vitamin membuatkan badan cepat sihat, recover dan sangat membantu dalam penghasilan susuibu apabila si ibu kerap melakukan stimulasi melalui pam atau hisapan bayi.

Saya sendiri amalkan hanya vitamin semasa berpantang kerana ia sangat membantu terutama sebab saya melahirkan secara secearean. Jika sakit tempat potong itu tidak diatasi, ia akan mengganggu emosi si ibu dan ini akan menjejaskan penghasilan hormon prolaktin yang menyumbang kepada kelancaran penghasilan susuibu.

Jika anda berpantang dengan jamu, hakikatnya badan akan bekerja lebih keras untuk mengurai kandungan jamu itu untuk mendapatkan vitamin dan galian yang terdapat di dalam jamu tadi. Berbeza apabila kita amalkan makan vitamin sahaja. Ia memudahkan sel menyerap vitamin dengan lebih mudah ditambah pengambilan air yang mencukupi.

Jika anda bakal melahirkan, apa kata cuba berpantang dengan vitamin...insyaALLAH dengan izin ALLAH anda juga mampu menikmati apa yang customer ini nikmati!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Kanser, Kimo dan Supplement.

Minggu lepas kami sekeluarga berada di Penang untuk sesi ziarah anak-anak biz saya untuk bahagian Utara. Oleh kerana kami hanya berada untuk hujung minggu, alang-alang adik suami mengajak kami makan malam di rumahnya. Sungguh seronok makan malam tu sebab adik ipar sediakan small barbeque untuk santapan makan malam. Rumahnya yang cantik dilengkapi dengan taman yang menyejukkan mata membuatkan rasa hati sangat damai.

Selepas selesai makan malam, kami berbual tentang beberapa perkara yang berkaitan kerja , keluarga dan saya paling suka bertanya tentang pendapat beliau tentang penyakit. Dr Mariah [ adik ipar saya] pernah menetap 3 tahun di US sebelum beliau menetap di Malaysia. So saya minta pandangan beliau tentang kes yang sedang saya handle iaitu kanser.

Masih saya ingat first kes kanser yang saya pernah lalui dulu masa zaman belajar....seorang pelajar jurusan Sastera yang sebaya dengan saya yang mengidap kanser otak. Namun syukurnya kerana beliau yakin dan kuat semangat dan beliau mengambil langkah untuk mengambil supplement selain terlalu bergantung dengan ubat doktor. Alhamdulillah sehingga sekarang pesakit ini masih hidup.



Adik ipar saya beritahu, kalau di US doktor akan pastikan pesakit alert dengan kesihatan dan kekuatan dalaman mereka. Pesakit tidak boleh hanya bergantung pada kimo tetapi juga pada perlu menyediakan diri untuk lebih sihat dengan pengambilan supplement bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Ini bermakna selepas melalui kimoterapi pesakit perlu dan disarankan mengambil supplement untuk membantu sel mereka pulih dan terus menguatkan sistem pertahanan diri mereka.

Pada saya secara peribadi, supplement ini sebagai membantu mengukuhkan benteng pertahanan atau kubu bagi sistem pertahanan tubuh kita. Tiada satu jaminan pun bahawa makan vitamin ini kita sihat sepanjang masa namun sekurang-kurangnya kita akan cepat bangkit bila diuji. Bila sakit insyaALLAH cepat recover.
Berbanding bagi badan yang sistem pertahanannya lemah.

Satu anologi menarik yang diberikan oleh adik ipar saya ini...." Kalau sebuah rumah itu dah dilengkapi dengan ubat pencegah anai2...jika diserang anai-anai, rosaknya mungkin sedikit tetapi tidak separah rumah yang TIADA dilengkapi dengan ubat anai-anai. "

Tersenyum saya mendengarnya...dan beliau turut pesan anak-anak kecil ni bagus jika diberi makan vitamin walaupun hanya multivitamin. Ditambah melihat keletah Nasa yang aktif dan banyak bercakap, Maya bertanya... "Pasti masa mengandung dan menyusukan kak N banyak makan Omega, kan?" Saya angguk tanda ya.

Alhamdulillah sehingga sekarang saya beri anak-anak saya Omega dan Meal Shake. Dua ni memadai buat mereka.

Saya sedang handle satu kes kanser payudara...[ dah macam doktor pula] dan doa saya pesakit saya kuat dan yakin pada dirinya untuk terus sembuh. Penyakit ini datangnya dari ALLAH dan kita perlu terus berusaha dan jangan mengalah untuk terus sihat. Saya cuma sarankan supplement yang penting untuk bina sel dan vitamin yang penting untuk melawan radikal bebas. Mudah-mudahan beliau terus kuat untuk melawan penyakitnya.

Amalan pemakanan, pengambilan air, senaman dan persekitaran yang sihat sangat membantu memulihkan tubuh kita dari sakit. Amalan kerohanian yang dapat mendekatkan diri kia dengan Al Khaliq juga turut memainkan peranan penting untuk pastikan jiwa dan roh kita kuat melawan penyakit.

Namun apapun, mencegah lebih baik dari merawat. Moga setiap hari kita bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan jika kita sakit, banyakkan menyebut Innalillah hi wa inna ilaihi rajiun supaya kita terus kuat untuk sebuah kehidupan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Tuesday, February 28, 2012

Cara makan Omega untuk ibu menyusu*

Alhamdulillah sejak amalkan Omega 3 biji sehari dengan konsisten selama beberapa hari saya dapat rasakan perbezaan sebelum ini yang mana saya hanya fokus kepada Lecithin. Omega ini memang rasa buat badan panas bila kurang minum air tetapi sekurang-kurangnya saya tak kesejukan bila tidur malam hari dan rasa badan sentiasa warm.

Jika sebelum ini jika saya lewat makan, saya dah mula menggigil namun kini tidak lagi. Saya hanya perlu pastikan badan saya mendapat cukup air. Namun apa yang saya perhatikan ialah saya mudah dahaga. Part makan pula saya terlalu cerewet...saya seolah-olah hilang selera makan yang selama ini saya amalkan.

Adakah ibu meyusu sesuai amalkan Omega?


Ya, ibu menyusu sesuai dan selamat mengamalkan Omega. Selain membantu membakar lemak, ia membantu meningkatkan DHA dalam susuibu. Walau demikian, perlu tahu cara pengambilan yang betul untuk mengambilnya terutama ibu menyusu.

Secara jujurnya saya TIDAK galakkan ibu menyusu mengambil 3 biji Omega sehari. Ini kerana dikhuatiri si ibu hanya akan dahaga dan tidak kisah untuk mengambil makanan harian disebabkan fokus pada dahaga smata-mata. Jika ini berlaku pastinya akan menjejaskan penghasilan susuibu. Ibu yang menyusu memerlukan banyak kalori untuk menghasilkan susuibu buat si manja. Maka apa yang boleh saya sarankan ialah gabungan pengambilan Omega dan Lecithin setiap hari.

Ini bermakna, si ibu yang menyusu boleh mengambil 2 biji Omega selepas lunch manakala 3 biji Lecithin selepas makan malam. In between meal, ibu disarankan mengambil beberapa potong buah-buahan seperti betik, jambu atau buah-buahan yang kaya dengan serat. Ini membantu proses pembuangan dengan lebih lancar.

Kekurangan air dan serat buah boleh memberi risiko sembelit dan ini akan mengganggu emosi ibu yang menyusu. Selain itu jika kurang air dan serat, lemak akan berkumpul semula di dalam tubuh dan menempek dibahagian lain pula. Maka jangan sesekali melupakan kepentingan air kosong dalam diet harian.

Omega dan Lecithin adalah dua jenis supplement yang dikenali sebagai fat emulsifier. Ia membantu memecahkan lemak di dalam badan kita. Namun lemak yang dimaksudkan bukan lemak yang ada sejak lahir. Selain itu hasilnya tidak la boleh diharapkan dalam seminggu dua. Perlu masa sebagai mana lemak yang terkumpul dalam tubuh kita juga tidaklah berlaku dengan sekelip mata.

Perlu kesabaran dan amalan istiqamah yang berterusan untuk nampak hasil yang memberansangkan.

Jika anda mahu maklumat lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui cara di bawah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut berhubung penyusuan susuibu, supplement dan berkaitan kesihatan, sila :

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Cabaran sebagai WAHM

Hakikatnya apabila seorang yang bergelar isteri atau ibu yang mengambil keputusan untuk hanya menjadi surirumah yang mana sebelum ini mereka bekerja pasti ada cabaran yang bakal menanti. Masakan tidak, jika sebelum ini kerana bekerjaya, kita punya duit belanja sendiri tanpa perlu menunggu duit ihsan suami. Jika mahu berbelanja adik beradik mahupun mak sendiri tidak menjadi masalah kerana kita punya pendapatan sendiri tetapi bila tidak kerja? Oh semuanya mula menjadi satu perhitungan.....

Masa mula-mula saya mengambil cuti tanpa gaji selepas melahirkan Nasa , saya cuma tahu saya ada dua komitmen...elaun mak dan duit ansuran kereta. Namun selain itu ada lagi cabaran lain....



Nasihat percuma
Bila mula-mula nak ceburkan diri sebagai WAHM, kepercayaan dari sekeliling sangatlah sikit. Rata-rata memberi nasihat percuma, betapa ruginya saya menjadi seorang surirumah sedangkan belajar sampai menara gading tapi at the end cuma duduk rumah. Inilah persepsi orang-orang yang lebih lama makan garam. Saya kuatkan semangat, saya anggapkan apa juga buah fikiran yang diberikan adalah nasihat percuma.


Modal yang terhad
Masa awal-awal penglibatan secara serius saya jujur saya akui antara cabaran nak meneruskan niat nak jadi WAHM ialah Modal. Maklumlah modal tak besar mana dengan kerja sebelum ini. Maka bila ada order, itulah yang saya gunakan untuk buat belian dan sedikit sebanyak hasil bulanan saya kumpul sikit demi sedikit untuk hasilkan modal yang lebih besar.


Pengurusan masa
Pada awal penglibatan memang sangat kelam kabut. Masakan tidak, masa tu ada dua anak...nak uruskan si abang kemudian si adik. Namun saya enjoy ada mereka. Secara perlahan-lahan saya belajar menguruskan masa untuk anak, keluarga , diri sendiri dan biz. Terus terang saya katakan, saya bukan mengadap laptop 8am-5pm. Saya akan lihat email banyak kali tetapi bukan duduk mengadap semata-mata. Kerana rezeki ini datang dari ALLAH jua. Saya cuba pastikan masa sentiasa ada  untuk suami dan anak-anak kerana kita cari rezeki untuk gembirakan mereka.


Membina kepercayaan
Mula-mula memang tak de siapa kenal kita kalau kita tak kenalkan diri dan beritahu apa yang kita usahakan. Namun dari sorang dua customer menjadi seratus dua ratus dalam masa 6 bulan yang pertama. Mungkin orang lain lebih laju namun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Pada saya selagi kita percaya rezeki itu datang dari ALLAH, insyaALLAH teruskan berdoa pada ALLAH jua. Dalam membina kepercayaan perlu kesabaran. Berkat kesabaran itu hasilnya sangat manis. Tiada apa yang mudah dalam dunia ini. Semuanya perlukan kesabaran, istiqamah dan yakin rezeki ALLAH sangat luas.

Walaupun sudah lebih 3 tahun saya sebagai WAHM, namun saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memajukan diri. Saya memang obses dengan penyusuan kerana pada saya dengan meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun kita mewujudkan hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Saya sangat seronok bila dapat membantu ibu-ibu meneruskan perjuangan penyusuan mereka. Saya panjatkan doa setiap hari agar ibu2 yang menyusu ini diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan mereka sebagaimana saya beroleh kekuatan menjayakan penyusuan susuibu lebih 2 tahun untuk setiap anak saya.

Akhir kata, jika kita jadikan sesuatu yang datang itu sebagai cabaran, pasti kita akan lebih maju jaya berbanding jika kita melihat dari sudut ujian mahupun masalah. Ini kerana apabila ia dilihat sebagai bentuk masalah atau ujian, jika tidak kuat dan pendirian goyah kita takkan mampu bertahan.

Jika anda mengimpikan untuk menjadi WAHM satu hari nanti, pastikan anda bersedia dengan apa jua cabaran yang mendatang. Jika anda ingin menjadikan Shaklee sebagai hasil pendapatan anda walau bersifat pendapatan sampingan, boleh maklumkan kepada saya.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sunday, February 26, 2012

Ziarah Utara

Alhamdulillah kami dah selamat sampai KL dari Penang. Syukur ALLAH mengizinkan satu pertemuan indah kami dengan anak didik online yang selama ini kami hanya berhubung melalui alam maya semata-mata. Terima kasih tak terhingga buat semua yang hadir dan tidak lupa juga buat suami tercinta yang membantu menjadi sebahagian dari training yang diadakan pada selama , Sabtu 25hb Februari.

Walaupun pada saya sebenarnya banyak yang saya dan suami sampaikan ada dalam penulisan di blog saya namun rasa tak lengkap tanpa pertemuan 4 mata ...bila dah jumpa rasa sangat akrab dan lebih mengenali walau itu mungkin pertama kali kami bersua.

Terharu dengan kehadiran kenalan internet saya dari Perak, Kedah dan tak lupa mereka yang berada di Pulau Pinang!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Saturday, February 25, 2012

Oh saya mengandung!

Adakala bila sesuatu berlaku diluar rancangan kita, pastinya makan masa untuk menerima hakikat ini. Masih teringat kawan saya yang mengandung ketika bayi yang disusukannya berumur 8 bulan....beliau amik masa nak terima keadaan ini. Mungkin kerana belum bersedia. Namun setelah mengetahui bayi dalam kandungannya kembar, bahagia bukan kepalang.

So arini saya nak menulis tentang mengandung dan menyusukan anak pada waktu yang sama. Ops bukan saya mengandung ya, tetapi saya nak share kisah ibu yang sedang menyusukan anak mereka tetapi waktu yang sama telah di dapati mengandung.

Minggu lepas saya menerima beberapa email dari ibu yang bertanyakan supplement yang sesuai diambil ketika mengandung dan waktu yang sama ingin meneruskan perjuangan penyusuan susuibu buat bayi mereka yang rata-rata belum mencecah 2 tahun.

Apa yang biasa dilalui oleh ibu menyusu apabila didapati hamil? Biasanya penghasilan susuibu akan sedikit terjejas kerana hormon prolaktin akan menurun apabila si ibu itu mengandung. Namun jika si ibu itu menjaga pemakanan dan kesihatan ....insyaAllah penyusuan susuibu masih boleh diteruskan.




Vitamin biasa yang digalakkan seorang ibu itu ambil sewaktu menyusukan anak mereka ialah Multivitamin, B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan Protien. Setiap vitamin berfungsi menyokong kesihatan si ibu. Apabila ibu sihat ditambah kerap melakukan stimulasi melalui penyusuan langsung (direct feeding) atau sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam.

Namun harus diketahui bilamana ibu itu mengandung, sebelum mahu meneruskan perjuangan penyusuan susuibu pada si kecil anda, ibu itu hendaklah

1. meminta pendapat doktor untuk melihat perkembangan bayi yang dalam kandungan. Jika keadaan bayi dalam kandungan sihat dan membesar mengikut jadual pembesaran yang sempurna, tidak salah untuk meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil anda.

2. memastikan pengambilan vitamin yang disyorkan oleh doktor diamalkan dengan baik demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik.

3. memastikan anda sihat dan tidak sakit. Ini kerana apabila si ibu itu sakit, ia akan sedikit sebanyak mengganggu penghasilan susuibu dan bayi dalam kandungan.


Tahukah anda mengapa ramai doktor yang tidak menggalakan untuk si ibu meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil ketika anda mengandung? Ini kerana apabila kita menyusukan anak, kontraksi akan berlaku dibahagian rahim dan ini boleh menyebabkan risiko keguguran. Selain dari itu, doktor khuatir jika si ibu terus menyusu akan menyebabkan bayi dalam kandungan akan terjejas pembesarannya.
Namun tidak semua doktor begitu. Ada yang terus menyokong si ibu itu memberi susuibu kepada sikecil mereka walau si ibu di dapati mengandung terutama jika bayi dalam perut si ibu membesar dengan baik dan sempurna.

Apakah vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil sewaktu mengandung dan sesuai untuk terus menyusukan si kecil ?

Vitamin yang disarankan diambil sewaktu mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi( penting untuk pembesaran si kecil dan pembinaan sel darah merah), B complex, Vitamin C dan Kalsium. Vitamin2 ini penting untuk kesihatan si ibu dan waktu yang sama akan disalurkan kepada bayi yang berada dalam kandungan ibu.


Vitamin yang patut dielakkan semasa mengandung dan menyusu pula ialah Alfalfa. Ini kerana alfalfa adalah vitamin yang membantu mempercepatkan penghasilan susuibu namun perlu kita ketahui semasa mengandung hormon prolaktin akan menjadi rendah dan pengambilan alfalfa untuk meningkatkan penghasilan susuibu akan menyebabkan hormon prolaktin turut meningkat dan  boleh meningkatkan risiko keguguran bayi dalam kandungan.
Namun apakah vitamin yang sesuai diambil untuk menggantikan alfalfa? Memadai dengan kalsium magnesium kerana vitamin ini penting untuk pembinaan sel darah, tulang dan saraf.

So buat ibu-ibu yang baru tahu anda mengandung dan waktu yang sama masih mahu meneruskan penyusuan susuibu buat si manja anda, jagalah pemakanan dan kesihatan dengan baik. Supaya kita sihat, anak pun sihat!


Selamat menyusu !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, February 23, 2012

Review : Kenapa saya kata B complex bagus untuk kurus?*

 Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP],  B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.


Minda kita telah diterapkan kononnya B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkan B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang suka B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.
B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar.
Boleh baca SINI untuk ketahui kebaikan dan manfaat B complex.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sila klik SHARE jika ia memberi manfaat.

Tuesday, February 21, 2012

Personal review : Alfalfa dan Herb Lax

 Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan Alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 25kg berat memerlukan 1 liter air kosong maka jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter sehari. tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehydrate.

Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya antaranya ialah untuk kecantikan kulit. Selain itu ia bagus untuk para isteri dan wanita yang mengalami masalah kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada alami masalah penyakit 5 serangkai iaitu Asma, Allergi, Resdung, Gegata dan Ekzema. Namun pengambilan air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangan sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi.
 Selain itu bagi yang alami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu.

 Alfalfa tidak hanya sesuai untuk wanita, ia juga bagus untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.

Jarang sekali saya menyebut tentang herb lax...ianya bukanlah julap seperti yang biasa dalam pasaran. Saya amalkan sekali sekala, pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit birit dengan herb lax cuma memang rasa sangat selesa perut selepas membuang.


Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri ....setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri.....kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair,paru-paru untuk karbon dioksida, hati untuk detoks manakala kulit untuk peluh.

Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Pengambilan herb lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas makan, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel :)

Sekarang saya sedang fokus dengan pengambilan 3 biji Omega sehari...pengambilan alfalfa serta herb lax sekali sekala sangat membantu dan meyakinkan saya! Pada saya, Omega berfungsi untuk membakar lemak, manakala Alfalfa untuk memudahkan proses pembuangan manakala Herb Lax memastikan kolon kita bersih dari lemak yang telah terurai sebelum ini.

Jika nak dapatkan produk ini dan panduan makan yang sempurna, sila hubungi saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Monday, February 20, 2012

Bayiku nangis kerana hernia

 Dengan kelahirannya yang hanya antara 34-35 minggu, buatkan hati seorang ibu tak keruan...tambah-tambah lagi anak pertama. Syukur apabila hari kedua, doktor meminta ibu cuba menyuakan susu, si kecil terus pandai untuk menyusu. Syukur, walaupun pada pra matang, beratnya hampir 3kg itu membuatkan doktor sendiri teruja. Waktu tu sangat bersyukur pada ALLAH.

Selepas seminggu ditahan dalam hospital sebab kuning, barulah dapat bawa balik si comel. Biasalah bila first time jadi ibu, naluri itu menjadi sensitif dan halus kerana si kecil ini. Pantang dia menangis, terus saya suakan susuibu. Maka, setiap jam saya akan berikan si kecil ini susu.

Namun ada sesuatu yang berlaku, si kecil saya masih menangis walau telah disusukan.Ianya berlarutan sehingga si kecil berumur dua bulan. Namun, sebagai ibu baru saya cuba cari banyak info dari buku dan internet...apa yang saya belajar adalah

1. baby perlukan dakapan si ibu pada 0-6 bulan pertama.
2. nangis bila lapar.
3. nangis bila tak selesa [ napkin basah]
4. ada gangguan para normal
5. sakit

Bila dah berlarutan, dah puas berubat minta ustaz air...si kecil saya masih begitu. Saya masih menyusukan anak saya setiap jam walau hanya 10 minit sahaja untuk setiap sesi. Sebab mak jauh, hanya telefon sebagai perantara. Menangis sedu sedan saya bila si kecil ini menangis. Dan akhirnya kami buat keputusan nak bawa ke klinik pakar kanak-kanak.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami mempunyai hernia di dua bahagian abdomen bahagian kelengkangnya. Memang nampak benjolan itu dan amat ketara apabila si kecil kami menangis. Doktor kata ini perkara biasa bagi anak pra matang.

So dalam keterpaksaan, kami membenarkan doktor membuat pembedahan bagi si kecil ini. Sayu hati hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bayangkan ditambah panik sebab doktor bius terlebih bagi dos bius, kerana berat si kecil saya ketika dua bulan ialah 4.5kg dan doktor bius tak sangka bahawa si kecil ini adalah bayi pra matang. Si kecil saya tidak sedar selama hampir 1-2 jam kerana ubat bius yang kuat itu. Namun syukur semuanya selamat.

Kini si kecil saya dah berumur 9 tahun dan sudah handsome sekarang.....alhamdulillah.

Namun apa yang ingin saya ceritakan....bagi wanita yang bergelar ibu....naluri seorang ibu itu sangat kuat, maka banyakkan berprasangka baik. Tangisan itu tidak semestinya bayi kita lapar terutama jika kita tahu kita memang jaga pemakanan kita, pengambilan air yang mencukupi...insyaALLAH setiap titik susu itu akan mengenyangkan si kecil.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sunday, February 19, 2012

Kuantiti susu itu satu nikmat dan rahmat Allah jua.

Alhamdulillah, Walau saya bukan LC atau PC namun saya diberi kepercayaan untuk membantu ibu yang menyusu ini meneruskan perjuangan. Setiap hari dalam doa saya, saya sentiasa menghantar doa kesejahteraan buat semua customer tersayang saya. Saya bersyukur ramai customer saya penyabar dan sungguh berhemah. Memang saya minta pada Allah pelanggan yang baik, yang menyenangkan dan alhamdulillah Allah kabulkan. Ada ramai kawan saya buat biz online yang mengeluh dapat customer yang banyak ragam dan buat hati mereka tidak senang. Sebab itu saya selalu yakin Allah beri atas apa yang kita minta dan kita akan dapat apa yang mampu kita tanggung. Bukan saya kata saya tak pernah dapat customer yang banyak ragam, namun ianya hanya segelintir. Rata-rata customer saya mereka yang sabar dan alhamdulillah kejayaan menanti mereka.

Kenapa perlunya SABAR?
Memang kita perlu sabar dan Allah menekankan 16 kali perkataan sabar dalam Al Quran kata seorang ustaz baru- baru ini. Even nak menjayakan penyusuan pun perlu sabar. Ramai ibu yang gagal penyusuan kerana kurang sabar. Siapa kata menyusu itu senang? Perlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat pada Allah. Hakikatnya susu itu adalah rahmat dan nikmat Allah yang Maha Besar. Atas izinNya jua susuibu itu mengalir dari tubuh ibu. Namun ia bukanlah keluar seperti air hujan memancut- mancut dengan tiba-tiba. Ia perlukan ransangan. Ransangan boleh dilakukan melalui hisapan bayi atau perahan menggunakan pam atau melalui tangan yang dikenali dengan nama teknik marmet.
Untuk ada kuantiti susu yang banyak, ibu kena sabar...sabar dalam melakukan sesi ransangan. Jika bekerja, ibu perlu ransang dengan pam atau marmet. Jika tidak, masakan susu akan keluar. Bila dah sediakan ransangan pastikan sabar. Sabar dengan sesi yang seterusnya setiap dua jam atau dua jam setengah. Jangan biarkan jarak ransangan terlalu lama sebab ia boleh membuatkan hasil susu makin merosot.
Jangan lupa ya, lepas pam terus minum air untuk gantikan air yang keluar dari badan tadi. Jika tidak hasil yang berikutnya akan berkurangan sebab badan kita perlukan banyak air.
Banyakkan makan sumber protien dan tinggi kalsium kerana dua zat ini penting untuk pembentukan dan pemulihan tisu-tisu sel.
Bila malam, jika bayi tidur nyenyak...sekali lagi si ibu perlu sabar. Sabar untuk bangun dan teruskan sesi perahan. Kenapa perlu perah pada malam hari? Ini kerana dikatakan hormon prolaktin adalah tinggi diantara waktu tengah malam hingga ke subuh.
Bagi yang muslim, amik peluang solat sunat tahajud dan terus sabar memohon rahmat Allah semoga rezeki susuibu itu dapat diteruskan.

Dua tahun itu jangka masa yang singkat bagi ibu yang sabar dalam mengusahakan hasil penyusuan. Hasil itu adalah rahmat Allah. Jika rasa susu masih sedikit dan tidak banyak, cuba hantarkan sedekah dan terus berdoa pada Allah dengan penuh kesabaran. Rezeki kita dengan orang lain mungkin berbeza. Jangan sesekali kita bandingkan hasil susu kita dengan hasil susu kawan kita. Namun Allah tidak pernah memungkiri janjiNya pada hamba yang sabar dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Jika anda ibu yang tidak sabar, percayalah hati anak yang terbentuk dari susuibu tadi juga akan jadi seperti ibunya, pemarah dan tidak sabar. Ini kerana setiap titik yang keluar itu turut disertakan dengan perasaan si ibu. Jika si ibu banyak berzikir dan mengaji sewaktu memerah, berdoalah agar hati anak yang terbentuk itu penuh tawaduq pada Allah Taala.

Sabar ya wahai ibu. Teruskan perjuanganmu dan peganglah keyakinanMu bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Saturday, February 18, 2012

3 panggilan



Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup
Ibu berkata...' , * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.
'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar.
Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.


Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.


Saya terpekur.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain.
Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', 'adalah *KEMATIAN*.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'

*Huraisy*

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah Saw bersabda:
*Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang.'
Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.' (Durratun Nasihin I, hal. 129)




 Mari kita sama-sama renungkan.....


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Friday, February 17, 2012

Dilemma ibu menyusu : Lecithin atau Omega.*

 Sejak penulisan saya tentang Omega dan ENTRY INI.... ramai yang email, sms, pm bertanyakan perbezaan antara dua ini terutama bagi ibu yang menyusu. Bagusnya ibu-ibu ini sangat concern, soalan yang mereka tanya ialah " Omega , ibu menyusu boleh amik tak?" Jawapan saya, ya boleh amik dan ia antarayang paling bagus diambil kerana membantu si ibu membekalkan DHA dalam susuibu.

FAKTA OMEGA:


OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*


OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Cerita saya lagi.....

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.


Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.
 Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.
Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.
Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Bagi ibu menyusu, sebenarnya proses penghasilan susu sendiri membantu membakar lemak dari badan dan ini membantu si ibu mendapat berat dan bentuk badan yang asal. Tetapi mengapa ada ibu yang berat badan makin bertambah walaupun menyusu badan?

Pada saya lah sebagai seorang yang pernah menyusu anak secara lengkap 2 tahun lebih setiap seorang, pemakanan kita memainkan peranan penting selain cara hidup kita.

Antara yang bagus diamalkan bagi ibu menyusu untuk dapatkan bentuk asal :

1. Kurangkan minum minuman manis. Rata-rata ibu sangat galak minum air kurma tin yang kononnya banyakkan susu. Air manis ini apabila diambil dengan banyak tetapi output kita sedikit, ia akan tersimpan di dalam badan dan akhirnya buat badan kita membesar.

2.  Banyakkan minum air kosong....ia bagus untuk membantu mengimbangkan kepekatan darah dalam badan. Sangat bagus minum air masak 3-4 liter sehari.

3. Badan kita perlukan spark plug untuk membakar glukos menjadi tenaga...so penting sebenarnya b complex bagi ibu menyusu.

4. Pastikan makan on time....jangan skip meal. Bila kita skip meal, kita akan makan lebih banyak pada meal berikutnya dan ini sangat tidak sihat. Makan makanan yang berkhasiat setiap waktu santapan utama.

5. Biasakan makan malam awal dan elakkan makan malam berat melebihi jam 9 malam. Ini kerana apabila kita lewat makan, ia akan lambat dicernakan ditambah kita tidur awal, maka ianya akan disimpan dalam tubuh dan lama kelamaan membentuk lemak.

6. Amalkan makan banyak serat. Jika antara waktu makan tengahari hingga malam kita lapar, amalkan makan biskut oat dengan air atau buah-buahan.  Serat membantu mengangkut keluar lemak dari badan. Juga bagus jika amalkan minum jus segar buah sebab kaya dengan serat.

So untuk ibu menyusu :

Antara Lecithin dan Omega , fungsinya sama. Iaitu bagus untuk bakar lemak. Membantu meningkatkan HDL [ high density lipid] dan ini membantu kita atasi masalah kolestrol.
Beza: Lecithin murah berbanding Omega.
Anologi : Omega ibarat naik kapal terbang. Lecithin ibarat naik kereta.
Mana bagus ? Ikut budget anda bukan ikut budget penulis.....

Saranan saya, bagi ibu menyusu : banyakkan minum air masak, makan banyak buah , sedikit senaman....insyaALLAH sama ada Lecithin atau Omega sangat membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, February 16, 2012

Cerita saya nak kurus dengan Omega*

Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.
Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.


Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

InsyaALLAH dalam entry akan datang, saya sharekan senaman ringan 10 minit yang boleh kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang menarik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Tuesday, February 14, 2012

Lecithin dan Omega : Bantu bakar lemak untuk kurus? *

 Hari ini ramai yang buat pesanan Lecithin terutama dikalangan ibu-ibu yang mula menghadapi masalah kehilangan bentuk badan yang asal. Ditambah selepas melahirkan dan menyusukan anak, ada segelintir ibu yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan selain bentuk yang mengembang.


Bolehkah ibu menyusu mengambil Lecithin? Boleh baca artikel saya sebelum ini DI SINI.

Selain Lecithin, satu lagi yang bagus diambil dan sesuai untuk penyusuan ialah Omega.
Namun tahukah ibu2 terutama yang mengambil Omega dalam memastikan DHA susuibu dapat dibekalkan dengan baik, ia juga membantu meningkatkat kolestrol baik HDL dalam badan? Maka dengan ini ia juga secara tidak langsung membantu membakar lemak! Maka ianya baik untuk ibu dan juga bayi!

Antara lecithin dan omega apa bezanya? Jika dua-dua ini bagus untuk bakar lemak, mana satu patut saya pilih? Saya bagi anologi yang sangat mudah. Jika anda hendak ke Penang dari Kuala Lumpur, ada dua cara yang kita tahu, sama guna cara darat iaitu kereta  atau udara, iaitu kapal terbang. Jika naik kapal terbang memang jimat masa dan kita pun tak penat, namun kos dia memang besar. Berbanding naik kereta, mungkin kita perlukan masa lebih lama namun kos dia juga sedikit ringan.



Maka balik pada individu, kemampuan setiap orang berbeza. Even kita tahu, mereka yang ada lebihan rezeki sanggup bayar kat Pusat Kecantikan untuk dapatkan bentuk badan yang menawan. Balik pada kita, mana yang kita mampu dan sanggup usahakan.

Apa kata seorang customer saya ?

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!"

 Alhamdulillah, beliau dah cuba Lecithin dan merasakan kesannya lambat dan tidak seperti yang diharapkan dan saya sarankan beliau menambah Omega dan Herb Lax dan selepas 4 minggu, selain dari terus amalkan Lecithin dan Alfalfa. Saya juga pesan agar beliau terus bersenam, minum banyakkkkkkkkkkk [ nak menunjukkan banyak] air masak, makan banyak buah potong setiap hari. Alhamdulillah, beliau telah berjaya.

Jika ada yang tanya saya macam mana nak kurus? Saya memang sarankan kawal makan, bersenam, makan banyak serat seperti buah dan sayur, kurangkan minum ais nanti perut buncit, dan banyakkan minum air masak. Antara punca kegemukkan ialah banyak minum air manis. Pengambilan supplement sekadar membantu mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan.


Personally saya memang makan dua-dua ni, antara sebabnya ialah 

Lecithin : membantu elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku, bakar lemak.

Omega : Untuk elakkan masalah pelupa, bagus untuk jantung, tingkatkan HDL dalam darah dan bagus untuk chest agar tak mudah diserang selsema.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh email saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Apa itu endometrosis?

Bila pesakit itu datang kepada saya dengan nama penyakit yang saya sendiri tidak tahu....saya tidak menjadikan itu satu alasan tidak menolongnya mencari rawatan alternatif. Saya call doktor yang juga kawan baik saya dari zaman U, Dr Nurul Azwa Hasny dan bertanya beliau apakah itu sebenarnya endometrosis.
Maka hanya dari perbualan telefon, alhamdulillah ditambah dengan sedikit pembacaan dari internet membuatkan saya memahami situasi pesakit saya tadi.

Basically untuk pemahaman kita yang bukan doktor...endometrosis juga dikenali sebagai chocolate cyst. Jika ia dikeluarkan ia berbentuk kecairan bewarna cokelat. Apa yang saya faham ialah endometrosis berlaku apabila sel tisu endometrium yang sepatutnya menempek di bahagian  rahim yang biasanya akan luruh bersama apabila waktu menstrual tetapi telah tumbuh dikawasan lain termasuklah luar rahim, saluran tiub folopio atau kawasan di sekitarnya. Ini akan menyebabkan pendarahan yang berterusan dan boleh menyebabkan kemandulan jika ianya ditahap serius.


Ada juga saya bertanya kepada kawan saya punca penyakit ini, rata-rata menjawab disebabkan tekanan atau lebih dikenali sebagai stress.

Apakah supplement yang membantu yang boleh diambil sebagai langkah pencegah? Antara yang boleh diamalkan ialah protien, b complex, vitamin c dan GLA.* Setiap vitamin ini sangat membantu pertumbuhan sel dan tisu tubuh yang sihat.


Boleh baca sini sebagai tambahan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Monday, February 13, 2012

Ketahui antara punca susuibu merundum.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sunday, February 12, 2012

Set penyusuan lengkap - 3M



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Saturday, February 11, 2012

Adakah benar protien kita mencukupi?

 Saya mula jatuh cinta dengan Shaklee apabila masa mula-mula saya kenal ESP Shaklee. Dulu ianya dalam tin tetapi kini dalam canister plastik yang lebih baik. ESP adalah nama singkatan kepada Energizing Soy Protien.
Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih amalkan pengambilan protien Shaklee ini dan ini bermakna hampir 13 tahun saya bersama Shaklee.Walaupun ada yang mengatakan pengambilan soya boleh mendapat kanser atau macam-macam lagi namun saya ada sebab saya sendiri mengapa saya memilih soya Shaklee.


Mengapa saya dan keluarga amalkan ESP Shaklee?

Sebab saya belajar sel terbentuk dari protien. Kuku, rambut, kulit malah semua organ adalah terbentuk dari protien. Ya kita makan ikan, daging, ayam , telur malah banyak sumber protien dalam menu harian namun hakikatnya kita tidak dapat memastikan pengambilan makanan tersebut memenuhi keperluan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat. Ditambah cara masakan kita hari ini menggunakan suhu masak yang tinggi dan ini hakikatnya mengubah rantaian asid amino dari sumber makanan tersebut. Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Orang kata minum air soya boleh menyebabkan kanser otak...hakikatnya tak mustahil pun, sebab bila kita masak air soya itu suhunya adalah sangat tinggi maka ia secara langsung mengubah kandungan genetik soya tersebut. Ianya boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan kita sebab rantaian asal dah berubah.

Saya pun bukan doktor nak terang dengan sangat dalam...namun apa yang boleh saya kongsikan ialah mengapa saya tetap mengambil protien sebagai makanan tambahan terutama ESP ialah
  • mengandungi 14 grams protien soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
  • ianya adalah Non GMO soya [  Non Genetically Modified Organism ] maksud, genetik tidak diubah dan disahkan melalui Identify Preservation Program  
  • pengambilan protien membantu menghasilkan sel yang sihat dan sel yang sihat sangat membantu dalam penyerapan vitamin yang lain dengan baik sekali.
  • tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • ia mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dibina dari badan dan perlu diambil dari makanan tambahan.
Dulu saya pengidap migrain yang sangat teruk. Ianya berlaku berulang kali sepanjang saya jadi penuntut Universiti sehinggalah doktor menyarankan saya memilih makanan tambahan untuk betulkan sel. Doktor tu kata kita sakit berpunca dari sel yang tidak sihat. Saya dapat lihat kebenaran tersebut, apabila sejak konsisten amalkan protien, alhamdulillah migraine saya beransur hilang.

Protien untuk penyusuan.

Memang kalau boleh semua kita nak amik kos yang minima. Tetapi syukur suami saya tak pandang itu semua. Dari anak pertama, suami saya pastikan protien sentiasa ada di rumah. Memang benar, saya consume 1 canister untuk sebulan sepanjang saya menyusu dari anak pertama sampai anak kedua. Protien ini memang membantu susu saya lebih mudah dihasilkan. Ditambah dari pembacaan saya, komposisi utama susuibu adalah protien, kalsium diikuti oleh zat vitamin yang lain. Maka bayangkan  betapa pentingnya protien itu untuk pembesaran si manja kita? Memang benar, pengambilan protien yang lengkap sangat membantu mendapat hasil yang lumayan. Tidak dinafikan ramai ibu yang mengambil vitamin lengkap dengan ESP akan mendapati mereka mudah menghasilkan stok susu buat si manja. Protien yang lengkap membantu penghasilan susu dengan lebih cepat terutama apabila sesi perahan adalah konsisten. Iaitu tidak lebih dari 3 jam untuk jarak setiap sesi.



Ya, ramai ibu yang enggan menerima hakikat ini...mereka memilih untuk mengambil protien dari sumber asli seperti ayam, telur , daging dan banyak lagi namun tanpa mereka sedari, pengambilan itu diiringi dengan lemak dan secara perlahan-lahan terutama ibu yang kurang bersenam, berat mereka akan naik dan badan mereka mula hilang bentuk asalnya. Bagaimana kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 amino asid yang lengkap yang diperlukan oleh badan?  Memang tak salah nak bergantung sepenuhnya dengan makanan semulajadi sepenuhnya tetapi perlu tahu cara untuk atasi masalah kegemukkan pula iaitu bersenam dan minum banyak air masak dan sangat bagus amalkan lecithin untuk membantu memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan.

Protien untuk kulit yang cantik

Sel kulit wajah kita hidup lebih kurang 21 hari....jika sel kita dapat diganti dengan baik maka muka kita akan selalu nampak bersih dan berseri. Tanda sel kekurangan protien ialah dapat dilihat apabila bekas jerawat di wajah kelihatan hitam dan sukar dihilangkan. Ini kerana sel yang mati itu tidak digantikan dengan sel baru yang sihat. Pengambilan sumber protien dari makanan tambahan sangat membantu mengatasi masalah ini.* Ini kerana protien lengkap sangat perlu untuk pembinaan sel baru, membaikpulih sel dan tisu yang rosak.




Jika anda telah consume ESP, pastikan anda tahu cara pengambilan yang betul dan  sesuai mengikut keperluan anda. Harga bukanlah ukuran jika hasil yang diperolehi sangat berbaloi kan?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Friday, February 10, 2012

Tips untuk anak sihat.


Ramai yang menghantar email kepada saya bagaimana penjagaan anak terutama yang ada masalah allergik dan eczema. Hari ini saya ingin kongsikan antara perkara yang perlu kita lakukan untuk memastikan anak kita sihat dan membesar dengan baik.




Pemakanan
Pastikan anak-anak kita makan dengan seimbang....jangan sesekali amalkan makan yang sama setiap hari sebagai contoh setiap hari anak makan telur. Menu perlu bertukar-tukar walau adakala mereka tak berapa suka, tak pe...slowly ia membantu anak kita mengenali makanan tersebut. Jika hari ini kita masak ikan, pastikan esok menunya berubah, mungkin ayam. Jika dah biasa makan malam nasi, sekali sekala sediakan dalam bentuk pasta atau mee.
Hidangan harian tak lengkap tanpa kehadiran serat dari sayur atau buah-buahan. Anak-anak saya sendiri tak berapa gemar makan sayur, maka saya gantikan dengan buah-buahan potong setiap hari. Serat sangat penting dalam penyerapan makanan, dan mengelakkan sembelit.

Air
Kita perlu monitor berapa banyak anak kita minum air sehari. Sediakan botol minuman yang menjadi kegemaran mereka. Sukat air yang mereka minum melalui botol tersebut. Anak-anak perlu minum air sekurang-kurangnya 1 hingga 1.2liter sehari. Air membantu agar badan tidak dehydrate. Anak-anak yang sedang membesar biasanya sangat aktif. Mereka akan mengeluarkan peluh apabila aktif. Apabila air dalam tidak diganti dengan secukupnya, ini akan membuatkan badan mereka kering dan mudah demam. Waktu persekolahan digalakkan dibekalkan dengan air yang sedikit manis supaya ia membantu membekalkan gula agar mereka bertenaga. Walau bagaimanapun pastikan mereka belajar untuk minum air kosong dan bukan bergantung pada air manis semata-mata.

Mandi
Anak-anak yang membesar memang aktif. Mereka mudah terdedah dengan penyakit apabila badan mereka lembap dengan peluh. Apabila ini berlaku anak juga terdedah dengan pelbagai kuman dan bakteria. Maka mereka ini perlu mandi 3-4 kali sehari demi memastikan badan mereka sentiasa bersih dan kering. Mandilah dengan sabun yang banyak buih demi memastikan badan betul-betul bersih dari kuman dan bakteria. Pemilihan sabun juga perlulah dititikberatkan. Sediakan beberapa jenis sabun dalam bilik mandi adalah salah satu yang membantu untuk elakkan kulit menjadi kering. Jangan terlalu bergantung dengan hanya satu jenis sabun kerana ia berisiko untuk menyebabkan kulit kering.


Penjagaan luaran
Pastikan anak kita sentiasa memakai baju dan pakaian yang bersih. Sangat digalakkan anak kita memakai wangi-wangian serta minyak rambut selain lotion. Nampak macam remeh tetapi jika dah jadi amalan, kita akan rasa ada yang tak kena apabila salah satunya kurang. Mengapa perlu pakai wangi-wangian? Supaya mereka tidak terlalu berbau apabila mereka berpeluh. Minyak rambut membantu atasi masalah rambut anak yang kering dan kelihatan tak terurus. Manakala lotion sangat perlu untuk memastikan kulit anak tidak terlalu kering. Ini kerana anak-anak mudah menggaru apabila kulit mereka kering dan berasa gatal. Apabila ini berlaku kulit mereka akan luka dan kemungkinan bakteria nak merebak lagi mudah.


Supplement
Ia bukanlah segala-galanya dalam menentukan anak sihat. Ia cuma part of usaha sebagai ibu bapa untuk berikan anak yang terbaik. Supplement sebenarnya membantu melengkapkan pemakanan yang diambil secara harian. Ia membantu melengkapkan mana-mana lohong zat dalam badan. Supplement yang bagus diamalkan ialah multivitamin, vitamin c serta minyak ikan. Namun pengambilan ini perlu diringi dengan  cukup air kerana pengambilan yang berterusan tanpa air akan menyebabkan anak panas dan mudah mendapat penyakit yang lain.

Anak-anak yang sakit hakikatnya adalah anak yang memerlukan perhatian emak dan ayah. Kita bekerja siang dan malam usaha untuk cari duit pastinya untuk berikan yang terbaik untuk mereka. Namun tanpa kita sedari, hakikatnya mereka tidak perlukan duit, barang mainan atau apa sahaja yang disogok tetapi sebenarnya mereka memerlukan masa dan belaian kasih sayang untuk mereka membesar.










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, February 9, 2012

Berpantang antara jamu dan vitamin, mana sesuai ?

Semenjak awal tahun 2012 saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi. Alhamdulillah, last month sahaja ada 3-4 orang customer saya yang melahirkan anak kembar. Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli. Antaranya ialah
1. Adakah ia selamat uuntuk penyusuan?

2. Adakah ia bagus untuk atasi pemulihan kesihatan ibu yang baru melahirkan?

3. Berapa kos yang perlu dibayar?

4. Sejauh mana kebaikan mengamalkan produk tersebut?


Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin dalam pantang sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Perlukah safety boat?

Pagi tadi suami belek tayar kereta....saya tanya " Ada apa2 yang tak kena?" . Suami jawab, tayar dah nak kena ganti ni. Saya terus jawab, " Tak pe, nanti saya belanja 4 biji terus, sebab gaji saya keluar pun tengah bulan". Suami saya senyum dan jawab, bagus juga kita ada side income. Apa2 pun insyaALLAH ada back up.

Saya teringat cerita Titanic...ramai yang mati berpunca sebab tak cukup safety boat. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tetapi kita kena usahakan menyediakan payung sebelum hujan dan bukan serah pada nasib semata-mata.

Secara kebetulan, seorang customer saya telefon pagi tadi....dia berkongsi luahan perasaannya. Dalam sekelip mata dia tiada pekerjaan. Syarikat tempat beliau bekerja bankrap dan diarah tutup serta merta. So customer saya ni sekarang duduk rumah jaga anak. Syukur juga beliau ada side income masa kerja, so sekarang beliau cuma tumpukan sepenuh masa dengan kerja yang dulunya hanya sampingan sekurang2 membantu mana yang patut.

Mungkin ada sesetengah yang pandang remeh tentang isu safety boat....namun kata pepatah malang tidak berbau, maka sangatlah bagus jika kita menyediakan payung sebelum hujan. Namun alhamdulillah rata2 kenalan saya semuanya mempunyai biz secara sambil2an untuk menambah pendapatan keluarga. Saya sendiri pernah lalui pada satu masa bila kami kena pindah, elaun suami banyak hilang, alhamdulillah dengan izin ALLAH side income kami sangat membantu.

Maklumlah makin hari harga barang makin naik...once dah naik tak turun dah. Selain itu, bila ada side income kurang2 tak terasa bila ada hal kecemasan...macam apa yang berlaku pada kami pagi ini, apabila tersedar bahawa tayar kereta nak perlu tukar dah. Syukur juga biz Shaklee yang saya usahakan selama lebih 12 tahun ini ada hasilnya.

Jika kalian sedang mencari pendapatan sampingan melalui sesuatu yang kalian amalkan sebagai contoh pengguna tegar Shaklee, saya ingin mengajak kalian menyertai biz Shaklee ini. Sebab pada kami Shaklee sangat unik. Untuk lebih lanjut boleh maklumkan kepada kami.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Wednesday, February 8, 2012

Jaga-jaga....Vitamin boleh rosakkan buah pinggang.

Ramai yang takut untuk makan vitamin kerana dikhuatiri ia akan merosakkan buah pinggang. Ayat ini yang menjadikan pengamal tidak konsisten bila consume vitamin....dengan alasan " makan sekali sekali pun dah ok sebab kalau makan selalu nanti rosak kidney" jawab salah seorang kawan saya.


Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila


1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.


2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.


3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.


Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.



Saya juga ingin kongsikan bahawa ubat sangat berbeza dengan vitamin.

Perbezaan Pertama

SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan sengsara akibat kelemahan ogran berfungsi dengan baik.
UBAT : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.


Perbezaan Kedua

SUPPLEMENT: Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

UBAT: ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fiungsi2 secara mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim.



Perbezaan Ketiga


SUPPLEMENT: Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

UBAT: boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.



Perbezaan Keempat



SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.

UBAT: bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.




Walau bagaimanapun Vitamin dalam pasaran ada banyak jenis.Vitamin sintetik dan Vitamin Asli. Bagaimana untuk mengetahui perbezaan kedua dua ini? Cuba amik dan belek, untuk mengetahui yang Vitamin Asli biasanya
  • tidak terdapat silika gel di dalam botol vitamin. 
  • vitamin itu tidak mempunyai perasa 
  • vitamin itu tiada dengan pewarna tambahan. Apabila digenggam melebihi 5 minit, tangan tidak melekit dengan pewarna.
  • vitamin itu tidak mempunyai pengawet tambahan 

Namun benarkah pengambilan vitamin baik asli atau sintetik merosakkan buah pinggang? Jika ubat mungkin benarlah sebab kandungan ubat itu tidak dapat diserap oleh badan dan menjadi sebahagian dari tisu sel. Tetapi bagaimana pula dengan vitamin?




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

 

Tuesday, February 7, 2012

Pentingnya minyak ikan untuk si kecil - Dr Bruce Miller.

Sejak mengandung Addin saya makan EPA [ nama barunya Omega Guard]....dan sehingga kini anak saya sangat gemar makan ianya secara kunyah begitu sahaja.


 Saya memang sediakan di rumah untuk di makan seisi keluarga.

Kenapa saya dan suami makan omega?
Omega antara supplement yang membantu meningkatkan DHA dalam tubuh badan kita. Secara tidak langsung ia juga membantu membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita. So kami amalkan pengambilan omega demi membantu mendapatkan kesihatan yang optimum termasuk kesihatan jantung dan daya ingatan yang cerdas.

Anak-anak bagus makan omega?
Kedua-dua anak saya ada mild asma....so agar chest mereka tak mudah sejuk saya berikan mereka kini selang sehari. Ia bagus untuk kecerdasan otak, untuk chest dan imuniti. Namun pengambilan vitamin ini perlu diiringi dengan keperluan air yang mencukupi.

Siapa yang sesuai amalkan Omega? *

1. Semua golongan lelaki dan wanita
2. Mereka yang ada masalah kolestrol HDL yang rendah,
3. Mereka yang sedang membesar dan belajar
4. Mereka yang ada masalah angin ahmar
5. Mereka yang ada risiko menjadi pelupa
6. Ibu yang mengandung dan menyusukan anak


Apa kata Dr Bruce Miller?





OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Friday, February 3, 2012

WAHM - Langit tidak selalu cerah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Setiap kelahiran itu dah tertulis rezeki hambanya....selepas kelahiran Nasa abah dapat offer yang baik, iaitu join projek @ attachment. Dapatlah extra income setiap bulan. Seronoklah saya sebab saya tahu suami saya boleh beri saya loan untuk saya bayar kereta kancil setiap bulan. Syukur, dalam diam suami saya dapat setahun attachment. Memang dalam hati saya mengharapkan ia berlarutan sehingga saya habis cuti tanpa gaji selama dua tahun tapi ALLAH telah sediakan aturan terbaik. Selama suami saya dapat attachment, saya mula menjinakkan diri dengan dunia blogger. Sekadar landasan saya untuk memperkenalkan Shaklee kepada dunia luar melalui alam siber. Income yang saya dapat tak la besar mana, memadai saya kata dapatlah dalam tiga empat ratus sebulan. Kalau nasib baik dapat lebih lima ratus sebulan. Syukur, dengan duit ini saya masih mampu beri mak saya elaun setiap bulan.

Masa kerja, nama pun makan gaji, dapatlah saya hulurkan mak elaun lebih sikit tetapi bila dah jadi surirumah elaun mak saya kurangkan sedikit sebab saya taknak minta dari suami saya. Saya taknak beri mak saya bukan duit hasil saya....maka kalau sikit saya dapat, sikitlah saya hantarkan.

Nak dipendekkan cerita, suami saya dapat surat pindah...kami kena pindah ke KL. Memula tu happy sangat tapi bila dah pindah terus jadi tak best....masakan tidak? Suami saya jaga bahagian operation international. Adakala memang kena pergi oversea yang kita sendiri susah nak call. Aduhai, masa tu masih ingat lagi...kami berjimat cermat dalam berbelanja. Tiada extra elaun macam dulu.

Maka bermula dari sinilah saya nekad nak serius buat Shaklee. Saya mengaktifkan diri saya dalam forum di alam siber. Saya tahu suami saya juga akan tersekat belanjanya kerana banyak elaun yang hilang apabila balik Semenanjung. So saya nekad nak bayar sendiri semua komitmen bulanan saya. Pada saya , saya kena usahakan sesuatu demi menjaga keharmonian rumahtangga kami. Saya tidak mahu kerana masalah kewangan, keharmonian keluarga terjejas. Saya tahu lelaki mulutnya dihati....dia takkan cakap, tapi sebagai isteri saya cuba menjadi seorang yang memahami.

Saya teruskan perkongsian kebaikan produk Shaklee melalui blog ini....dan mulalah banyak cabaran yang datang sepanjang saya berusaha memperkenalkan Shaklee dalam dunia siber. Saya cuma mengharapkan bonus pendapatan dari Shaklee at least seribu sebulan...sekurang2nya dapat saya bayar duit kereta dan bagi elaun kat mak. Alhamdulillah saban bulan pendapatan saya mula menampakkan hasil. Walau tak banyak mana tapi ia sangat membantu saya menguruksn komitmen bulanan saya.

Mulalah cabaran dari dunia siber.....akan saya kongsikan dalam entry akan datang. Stay tune!


Oh ye, jika nak tahu promo Shaklee bulan Februari, jangan segan2 email saya ya!





Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email
Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, February 2, 2012

Set 3M menjadi pilihan ramai ibu.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sejak dari petang sehingga malam tadi ramai ibu yang sms dan call saya bertanya set 3M. Memang secara jujurnya set 3M adalah antara set Euphoria paling laris selain dari Eu Four Pack. Mengapa orang minat sangat dengan set 3M?

Ini kerana set ini lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu yang niat dan nekad untuk membekalkan susubadan buat si manja. Set 3M merangkumi Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Benarkah set 3M ini bagus untuk ibu menyusu?

Secara jujur ibu yang mampu menjaga pemakanannya, cukup protien dan kalsium, minum air yang mencukupi, bebas dari tekanan....tak perlu amik supplement pun. Tetapi jika anda ada kekangan untuk dapatkan sumber protien yang seimbang, kalsium magnesium yang lengkap dengan vitamin D, sering keletihan, mood yang tidak stabil dan banyak tekanan ....saya sangat galakkan amik set 3M. Malah ibu2 yang amik anak angkat dan niat nak menyusukan anak angkat, mereka akan mendapatkan set ini.

Saya tak kata pun set ini membanyakkan susu tetapi ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susuibu apabila si ibu konsisten pam dan sesi pam tidak lebih dari 3 jam untuk sesi pam yang berikutnya.Ia membantu melancarkan penghasilan susuibu kerana ibu yang bebas dari tekanan, mood yang stabil dan bertenaga akan memberi kesan kepada penghasilan susuibu.

Ada cara pengambilan yang khusus untuk pengambilan set 3M ini....yang akan membantu melancarkan penghasilan susuibu terutama bagi mereka yang konsisten mengosongkan payudara. Ianya akan saya beri apabila customer mendapatkan produk dari saya.

Apa kata seorang ibu yang mengambil set 3M ini?



* Set ini tidak banyakkan susu ibu. Ia hanya membantu badan ibu lengkap dengan semua keperluan zat dan vitamin. Peningkatan hasil susuibu berkait rapat dengan penghasilan hormon oksitosin dan prolaktin.

Pengambilan B com dan Vitamin C membantu kita mengatasi tekanan dari persekitaran. Ia juga membantu kita menikmati mood yang baik dan ceria. Apabila ianya berterusan, hormon oksitosin mudah dihasilkan.

Hormon prolaktin meningkat apabila ibu kerap mengepam dan bukan pam bila susu bengkak sahaja. Perlu pam setiap 2-2 jam setengah supaya hormon ini secara berterusan dirembeskan.

Untuk mengetahui set mana yang sesuai dengan anda, boleh rujuk ENTRY INI [ 4 set Penyusuan yang paling POPULAR].

Nantikan sambungan entry WAHM-  saya esok !

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Mulanya kisah SAHM saya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selepas lahirnya putera kedua saya, saya nekad nak jaga sendiri anak saya. Selama dalam pantang saya dah tak keruan nak fikirkan sape yang nak jaga anak saya, susu perahan dan banyak lagi. So malam tu kami sekeluarga tengok berita....masa tu diumumkan pekeliling baru cuti tanpa gaji jaga anak maksium sampai 5 tahun. Fuh leganya rasa...seolah -olah orang mengantuk yang disorongkan bantal. Saya nekad nak amik 2 tahun sebagai permulaan.

Saya bincang dengan suami....saya kata, saya boleh ajar tuition selama 2 tahun sepanjang cuti supaya komitment bulanan saya tidak menyusahkan suami. Masa tu bukan banyak mana komitmen saya...elaun bulanan mak serta kereta kancil saya sahaja. Saya pun mulakan perjalanan cuti saya. Bila dah ada dua anak, pengurusan masa perlu teratur...mana nak jaga si kecil dan mana masa nak uruskan anak sulung yang bersekolah tadika.

Saya mula rajin buka internet sejak dalam pantang lagi...terpandang satu blog kawan saya Iena Hamdi. Dari situ minat menulis blog saya bermula. Saya nekad nak share kan Shaklee pada kawan-kawan. Dari situ lah pemula langkah saya dalam Shaklee secara online.

Demi menjaga kesejahteraan rumahtangga, saya buat deal dengan suami...saya kata saya nak buat loan dengan beliau untuk komitmen bulanan saya iaitu kereta. Untuk elaun mak saya gunakan duit Shaklee yang memang saya usahakan dari dulu secara offline. Saya ber Shaklee sejak zaman U lagi...so alhamdulillah tengah-tengah bulan ada la duit tambahan dalam 3-4 ratus tambahan untuk saya. So duit itu la saya beri sikit kat mak sebagai elaun bulanan sepanjang saya tak bekerja sebagai guru.
Kalau kita minta bulat-bulat, insyaALLAH suami beri tapi sebab saya nak jaga kesejahteraan rumahtangga. Saya nak suami saya happy dan terima keputusan saya nak cuti tanpa gaji dengan hati yang lapang.

Kenapa saya pilih nak buat Shaklee? Saya rasa saya taknak terikat nak jadi guru tuition di rumah. Tanggungjawab berat sebab masa. Terutama bila suami ada course kat KL, saya pastinya terikat dengan masa mengajar tuition. Mak bapak pasti marah kalau kita mengajar tuition tapi tak serius nak mengajar kalau selalu aje ganti kelas. So saya nekad nak buat Shaklee guna internet dengan perkongsian saya melalui blog saya iaitu anakkuwiraku blogspot.com

Saya tak de modal , cuma saya teruskan perkongsian saya melalui blog semata-mata. Shaklee pula sediakan kemudahan penghantaran produk kepada pelanggan. Maka saya jadikan itu sebagai satu kelebihan. Saya banyak menghabiskan masa saya membaca tentang produk Shaklee dan gunakan internet sebagai medium saya menambah bahan bacaan saya.

Dalam next entry saya akan kongsikan kebaikan menjana pendapatan dari rumah melalui Shaklee. So nantikan next entry ya.








Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari Ibu Addinnasa