Isnin, 31 Disember 2012

# Diariku

Mengharap lambaian Kaabah

Alhamdulillah tahun 2012 telah pun melabuhkan tirai penutupnya...dan kini 2013 telah datang dengan banyak harapan, doa serta impian.

Azam? Sudah pasti kita mengharapkan 2013 lebih baik, lebih cemerlang dan lebih gemilang dari 2012.

Bagi kami alhamdulillah 2012 memberi satu kenangan terindah buat kami sekeluarga. Pembuka tirai baru dalam hidup di mana 2012 kami mulakan dengan bercuti diluar negara bersama keluarga atas hasil keringat sendiri dan alhamdulillah diberi rezeki menunaikan umrah ditambah dapat melihat bunga tulip di Turki. Masya ALLAH satu kenangan terindah.

Selain dapat ke Indonesia semasa pelancaran Shaklee di sana, tahun 2012 membuka lembaran baru kepada ramai anak didik kami dalam perjalanan biz mereka. Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah hanya ini yang mampu kami lafazkan.

Siapa sangka impian 5 tahun dulu kini benar-benar menjadi kenyataan. Satu impian yang pada mulanya seakan-akan mustahil untuk dicapai. Kini alhamdulillah , semuanya dihujung jari. Nak tahu pasal produk, boleh klik kat google aje. Nak order, boleh cari pengedar yang berdekatan atau pengedar yang memberi kita konsultasi dan ketenangan. Semuanya semudah ABC.

Saya doakan semua anak didik saya berjaya di dunia dan akhirat. Moga rezeki kita diberkati ALLAH dan kita dinaungi kasih sayang Allah setiap masa dan setiap saat!

Bagi semua customer saya, saya doakan anda bahagia, sihat sejahtera, selamat dan mendapat barakah!

Jom kita maafkan orang2 disekeliling kita dan mulakan hari dengan senyuman , kasih sayang dan ketenangan !!!

Moga semua hajat kita diberkati Allah ! Moga sampai lagi kami ke sana !in sha ALLAH!



==========================================================

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia