Anak Sembelit!

"Ibu, sakit perut!!!" itu lah ayat biasa bila si anak melalui sembelit. Dikala itu mengundang kegundahan hati si ibu.


Bila dah nama bergelar ibu, sudah pasti kita tak lari dari cabaran dalam melalui proses pembesaran anak-anak. Demam, batuk mahupun selsema adalah antara ujian sakit yang kita lalui sepanjang anak-anak nak membesar. Selain sakit biasa, sembelit adalah antara ujian yang terpaksa dilalui terutama apabila anak kita tidak konsumi air dan makan serat dengan seimbang.

Namun adakala sembelit ini saya lihat disebabkan berpunca dari susu formula yang anak kita minum. Namun jika si anak dah mula makan pejal sepenuhnya, hakikatnya kita perlu memantau

1. makanan utama yang diambil
2. daily water intake minima 1 liter sehari. [ setiap berat 25 kg memerlukan 1 liter air.]
3. buah yang diambil

Rata-rata anak susah nak makan sayur maka pilihan lain bagi kita sebagai ibu bapa adalah dengan memastikan mereka amalkan makan buah setiap hari sebagai keperluan serat dalam tubuh.

Masalah pembuangan perlu diambil berat dan tidak boleh dipandang remeh. Sangat menyedihkan jika si anak melalui sembelit dan ini akan membuatkan mereka tidak rasa selesa dengan perut mereka.

Kami memastikan anak-anak makan yang berat pada waktu makan utama. Pengambilan air kami cuma pantau melalui pengisian air  di dalam botol yang mereka minat. Botol ini sentiasa bertukar mengikut musim kartun kegemaran mereka. Ini antara salah satu cara untuk menarik perhatian mereka minum air sepanjang hari. Buah pula kami suka beri mereka makan betik, honeydew dan tembikai.

Adakala kami makan di restoran yang boleh menyediakan buah [ fruit platter] supaya anak-anak dapat cukup serat. Ditambah mereka ni tak suka sangat makan sayur. Kalau makan pun cuma lobak merah. Tak dinafikan kekadang harga sepinggan buah-buahan itu sedikit mahal namun memikirkan keperluan pembesaran anak, kami cuba usahakan.



Namun jika anak anda ada masalah sembelit yang serius cuba cek

a. kesesuaian susu formula yang sedang dikonsume.
b. amalan pemakanan utama anak
c. pengambilan air seharian mengikut keperluan berat anak.
d. serat yang diambil sama ada buah atau sayur-sayuran.

Jangan biarkan sembelit anak berlarutan kerana ini akan mengganggu taraf kesihatan mereka.

Jika berikan anak vitamin atau supplement, pastikan mereka minum air secukupnya kerana badan mereka dapat menyerap vitamin dengan baik :)



 Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee :
sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular