Isnin, 31 Disember 2012

Euphoria Set Optimum

Disember 31, 2012 0 Comments

"Maaf la, saya sihat. Saya tak perlukan vitamin ni."


Inilah dialog biasa yang saya jumpa sejak join Shaklee 1999. Pada kawan-kawan saya, hanya orang sakit sahaja yang makan vitamin. Sebab pada mereka vitamin ini tak ubah seperti ubat doktor.


Masih saya teringat pada tahun 2002 masa mula-mula saya mengajar tuition dari rumah. Seorang ibu menghantar anaknya belajar beberapa subjek sekolah rendah. Sebelum mengajar saya bertanyakan kepada si ibu bagaimanakah pencapaian anaknya di sekolah bagi subjek yang diminta saya mengajar...si ibu dengan tenang menjawab, markah anak saya sentiasa 90 ke atas.

Saya tanpa berlengah terus bertanya, "mengapa puan masih menghantar tuition sedangkan anak puan dalam kategori cemerlang?"

Si ibu dengan senyum menjawab, " saya mahu anak saya kekalkan kecemerlangan dia. Kalau saya tak hantar tuition tidak mustahil satu hari nanti boleh drop. So lebih baik saya bersedia supaya anak saya berada dalam tahap berusaha dan tak mudah berpuashati dengan pencapaiaannya sekarang."

Semenjak dari itu ditambah bila dah jadi guru di sekolah rendah, saya sering tekankan perkara ini pada anak2 murid saya. Hakikatnya4fdEc dah berpuashati kerana tak mustahil kita akan susah kemudian hari kerana leka dek apa yang dah ada di depan mata tanpa usaha untuk mengekalnSDv ;37~
Samalah dengan kesihatan. Ramai yang mencari vitamin bila dah sakit. Ditambah jika sakit parah, sel amik masa nak serap vitamin yang diambil dan pesakit akan mudah rasa down dan akhirnya marah pada produk dan marah pada pengedar.

So jika ada kesedaran, ingin kekalkan kesihatan, boleh amalkan Euphoria Set Optimum ini. Set ini mengandungi Vitalea, B complex dan Vitamin C.

Vitalea Shaklee adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ditambah B complex adalah vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B yang penting dan diperlukan oleh tubuh. Selain Vitamin C Shaklee 500mg yang terkenal sebagai vitamin pelepasan masa.

Jika anda berminat untuk dapatkannya, sila hubungi kami melalui email/ panggilan atau sms. Kami sedia membantu bersama konsultasi apabila membuat belian dari kami.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Mengharap lambaian Kaabah

Disember 31, 2012 0 Comments
Alhamdulillah tahun 2012 telah pun melabuhkan tirai penutupnya...dan kini 2013 telah datang dengan banyak harapan, doa serta impian.

Azam? Sudah pasti kita mengharapkan 2013 lebih baik, lebih cemerlang dan lebih gemilang dari 2012.

Bagi kami alhamdulillah 2012 memberi satu kenangan terindah buat kami sekeluarga. Pembuka tirai baru dalam hidup di mana 2012 kami mulakan dengan bercuti diluar negara bersama keluarga atas hasil keringat sendiri dan alhamdulillah diberi rezeki menunaikan umrah ditambah dapat melihat bunga tulip di Turki. Masya ALLAH satu kenangan terindah.

Selain dapat ke Indonesia semasa pelancaran Shaklee di sana, tahun 2012 membuka lembaran baru kepada ramai anak didik kami dalam perjalanan biz mereka. Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah hanya ini yang mampu kami lafazkan.

Siapa sangka impian 5 tahun dulu kini benar-benar menjadi kenyataan. Satu impian yang pada mulanya seakan-akan mustahil untuk dicapai. Kini alhamdulillah , semuanya dihujung jari. Nak tahu pasal produk, boleh klik kat google aje. Nak order, boleh cari pengedar yang berdekatan atau pengedar yang memberi kita konsultasi dan ketenangan. Semuanya semudah ABC.

Saya doakan semua anak didik saya berjaya di dunia dan akhirat. Moga rezeki kita diberkati ALLAH dan kita dinaungi kasih sayang Allah setiap masa dan setiap saat!

Bagi semua customer saya, saya doakan anda bahagia, sihat sejahtera, selamat dan mendapat barakah!

Jom kita maafkan orang2 disekeliling kita dan mulakan hari dengan senyuman , kasih sayang dan ketenangan !!!

Moga semua hajat kita diberkati Allah ! Moga sampai lagi kami ke sana !in sha ALLAH!



==========================================================

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 30 Disember 2012

Cantikkan kulit dengan vitamin Shaklee

Disember 30, 2012 1 Comments

Bangun sahaja dari tidur, Safura [ bukan nama sebenar] terus menjerit dengan kuat apabila kelihatan jerawat makin banyak keluar wajahnya. 


[ gambar hiasan ihsan google]

Semua orang mahukan kulit yang cantik, cerah, gebu dan menawan. Namun adakala dengan faktor pemakanan, cara hidup , tekanan kerja dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat.

Masih saya ingat dengan seorang kawan yang suka mengamalkan makanan bergoreng, amalan harian seperti cuci muka hanya dengan sabun biasa , kurang minum air  sehingga menyebabkan kulitnya menjadi berminyak dan secara perlahan-lahan jerawat mula tumbuh. 

Namun saya yakin kini ramai orang sangat concern tentang kecantikan kulit dan mementingkan penampilan diri.  Malah alhamdulillah ramai yang makin tertawan dengan vitamin B, C dan E Shaklee atau lebih popular dengan nama Set Skin Care [ Set D].



Apa sebenarnya fungsi setiap vitamin ini?

Vitamin B 
Ia adalah vitamin larut air, lengkap dengan 8 B, membantu menukarkan gula kepada tenaga. Ia juga membantu kita mengawal tekanan, emosi yang lebih stabil dan hormon yang seimbang. Walaupun ada segelintir menganggap bahawa B complex akan menggemukkan namun ia tidak benar. Ini kerana ia hakikatnya membakar gula kepada tenaga. Rasa lapar tadi adalah salah satu tanda tubuh memberi alert bahawa sel perlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Membuka selera makan itu hanya sebahagian kecil kesan pengambilan b complex. Rasa makan yang membuak-buak dan berlebihan adalah dipanggil nafsu semata-mata. Jika kita amalkan pemakanan yang sihat dan sel mendapat zat serta vitamin yang seimbang, in sha ALLAH kita mampu mengawal nafsu makan tadi.

Vitamin C
Sel-sel kita hakikatnya dihubungkan oleh satu penyambung yang sangat terkenal iaitu kolagen. Kolagen terbentuk dari protien, b complex dan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk menjaga sel-sel di dalam tubuh kita. Malah Vitamin C terkenal sebagai vitamin yang membantu dalam sistem imun tubuh kita. Ia membantu menjaga keanjalan salur pembuluh darah. 

Vitamin E
Ia terkenal sebagai vitamin antioksidan yang penting dalam mencegah sel-sel kanser mahupun sebarang pertumbuhan sel tidak normal. Selain itu Vitamin E adalah vitamin yang membantu melambatkan penuaan. Ia juga bagus untuk saraf so that kita tak mudah rasa stress dan membantu mengelakkan rasa sengal atau sakit urat.

Antara artikel yang menarik untuk dikongsi adalah : Set budget untuk kecantikan.



Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini namun punya kekangan kewangan, boleh email/ sms/ whatsapp kami agar kami dapat membantu impian anda menjadi kenyataan!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau  keahlian sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Disember 2012

Herb Lax untuk siapa?

Disember 29, 2012 0 Comments

Buasir sesuatu yang menyakitkan dan ia berpunca dari banyak faktor antaranya kekurangan air dan serat.


Ramai yang membuat andaian bahawa herb lax adalah supplement untuk mereka yang ada masalah pembuangan.

Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa herb lax sebenarnya adalah sebagai makanan tambahan yang membantu membersihkan usus. Perlu ke supplement ini?
Ada sesetengah pendapat malah dari golongan doktor sendiri mengesyorkan pengambilan herb lax sebelum memulakan mana-mana program kesihatan Shaklee terutama yang melibatkan program pengurusan berat badan, program menjaga kesihatan jantung, antioksidan dan banyak lagi.

Ini kerana herb lax berfungsi membantu pembersihan usus dengan lebih efisien. Apabila masalah pembuangan dapat dilakukan dengan lancar.... penyerapan vitamin juga akan lebih lancar.

Kami sendiri mengamalkan pengambilan herb lax pada hujung minggu sahaja. Ditambah ia bagus untuk membersihkan usus selepas seminggu mengamalkan bermacam makanan. Memang dapat rasa perut kempis dan merasakan badan lebih ringan selepas mengamalkan herb lax.

Ia bukanlah julap yang boleh menyebabkan cirit birit...namun apabila mengamalkannya, pastikan minum air sekurang2nya satu liter sebelum tidur. Tanda kurang air selepas pengambilan herb lax akan mendapati pembuangan tidak lancar dan menjadi kerap serta perut seolah2 meragam.

Jika anda serius nak dapatkan penyerapan vitamin secara optimum, boleh amalkan herb lax secara mingguan sekurang-kurangnya.  Nak amalkan harian boleh memadai 2-3 biji sebelum tidur dengan air yang mencukupi.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa


Ahad, 23 Disember 2012

Nak berniaga tapi tak macam berniaga.

Disember 23, 2012 0 Comments



Sarip [bukan nama sebenar] ingin belajar ilmu persilatan. Dia menemui Tuan Guru Silat Masdor [bukan nama sebenar] dan Tok Guru Masdor menerima Sarip dengan senang hati sebagai murid persilatannya.

Sesi perguruan kini bermula. Di gelanggang Tok Guru Masdor berpuluh pemuda-pemudi berbaris untuk menimba ilmu persilatan dari Tok Guru. Semuanya dengan matlamat yang sama; iaitu untuk mempersiapkan diri menempuh cabaran hidup. Maklumlah, di zaman itu mereka yang menguasai ilmu persilatan di pandang tinggi.

Perguruan bermula, Tok Guru Masdor mencurahkan ilmu kepada semua anak muridnya. Cukup masa, seperti biasa Tok Guru akan duduk di tepi gelanggang utk membiarkan anak-anak muridnya meneruskan latihan sendiri. Sarip yang melihat Tok Guru Masdor duduk di tepi turut sama keluar gelanggang. Menurutnya, dia hanya mahu berlajar di bawah bimbingan Tok Guru Masdor. Itulah yg berlaku setiap hari perguruan.

Hari bertukar minggu, silih berganti bulan akhirnya tiba waktu pentauliahan. Anak-anak murid Tok Guru Masdor semuanya lulus ujian kecuali Sarip. Pastinya kerana jurus silatnya tempang. Lalu bertempiklah Sarip menyalahkan Tok Guru Masdor atas kegagalannya. Menyesal katanya memilih Tok Guru Masdor sebagai guru silatnya.

Dalam dunia business Shaklee pun kejadian di atas berlaku. Pada waktu kita register sebagai ahli, itulah ketikanya kita "commit" diri kita untuk belajar ilmu business dengan upline kita. Kononnya matlamat kita untuk memperbaiki taraf hidup kita (sama ada dari segi kesihatan atau pun kewangan). Pastinya upline kita akan menurunkan ilmunya semana yang mampu. Bila upline kita "duduk di tepi gelanggang", maknanya kita sendiri perlu bergerak dan mempraktikkan (berlatih) ilmu tadi.

Jika kita yang "commit" utk berbusiness dalam Shaklee, mengapa kita tidak "take charge"?. Bagaimana kita nak "berlatih" jika kita masih bertanyakan tentang harga produk dari upline kita seolah-olah kita ini seorang Customer (instead of downline yg nak berbusiness Shaklee). Semua tentang produk dan konsultasi di kerah kpd upline. Jadi bila kita nak "berlatih dalam gelanggang silat"? Kebergantungan kepada upline seperti ini tidak akan memajukan diri kita. Jangan kelak bila member yang lain berjaya, kita pun menjadi seperti Sarip; menyalahkan upline kerana tidak membimbing kita.

Akhir kata, kita yang sign up borang ahli bermakna business ini business kita. "Take Charge". Latih dan terus berlatih utk memantapkan "jurus silat" business kita. Sekali sekala dapatkan feedback dari Upline-upline kita.



Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee; sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 21 Disember 2012

Omega bagus untuk anak masa travelling.

Disember 21, 2012 0 Comments
Seminggu lalu saya dan suami serta anak-anak memang banyak travelling...ditambah kami nak siapkan rumah di KL. Keluar awal pagi dan lewat malam baru pulang.
Kami pula jenis akan bersihkan diri sebelum tidur. Namun satu yang kami pentingkan, sebelum tidur makan Omega terutama untuk anak-anak. Biasanya mereka makan seminggu dalam 3-4 kali. Tapi semenjak travelling saya pastikan mereka makan setiap hari dengan pengambilan air secukupnya.

Saya dan suami pula akan makan vitamin biasa tambahan dengan 3 biji Omega. Syukur walau tidur jam 12-1 pagi, kami masih boleh bangkit awal bagi solat dan meneruskan rutin seperti biasa.

Saya benar-benar puashati dengan Omega guard. Mungkin sekali pandang harganya mahal namun syukur alhamdulillah walau cuaca kerap hujan dan berangin, syukur alhamdulillah anak-anak sihat. Tiada yang lebih mahal selain dari melihat anak-anak sihat dan aktif.

Apa yang saya faham tentang Omega ini ialah ia membantu masalah kolestrol, jantung, kardiovaskular selain meningkatkan DHA dalam otak. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan imun sistem kita.

Uniknya apabila dah konsisten mengamalkan Omega 3 biji sehari saya mendapati mesej yang saya sampaikan melalui daya ingatan sendiri [ seperti set kan jam berapa nak bangkit solat Subuh] memang berkesan. Walhal ikutkan keletihan memang sangat letih namun syukur alhamdulillah kami dapat laluinya dua minggu dengan jayanya. Selain mengamalkan vitamin2 lain seperti biasa.

Anak-anak pun dah pandai, sebelum mandi kolam mereka makan Omega [ bila stay di hotel] jika tidak mereka makan sebelum tidur iaitu selepas mandi malam supaya tak mudah selsema. Syukur alhamdulillah.


Suami saya pun dah pesan lepas ni travel Omega mesti penuh isinya supaya senang.

Kini saya percaya bila seorang doktor maklumkan kepada saya, Omega bagus untuk makanan sel dan build immune system. Untuk anak, bagi yang berumur 1-4 tahun boleh amalkan 2 kali seminggu. Ada ibu yang picitkan dan letakkan dalam susu anak. Namun saya train anak2 saya amalkan sejak mereka setahun dengan belajar menggigit capsule tersebut.

Kini Omega menjadi pilihan utama saya, suami dan anak-anak. Malah mak saya juga turut consume omega. Bagi orang yang ada masalah gout bagus amalkan konsisten setiap hari untuk mengelakkan masalah bengkak sendi.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Disember 2012

Tanda jelas kolestrol di wajah?

Disember 19, 2012 0 Comments

Biasa lihat biji putih bawah atau sekitar mata? Ia dikatakan tanda kolestrol yang tinggi dalam badan. Siapa tak risau bila tanda kolestrol jelas kelihatan di wajah bukan? 


Saya perasan sesuatu bila banyak travel dan stay hotel, makan pun ikut sedap mata memandang. Tanpa saya sedari ada bintik-bintik kecil bawah mata. Pada mulanya saya ingat ia masalah kulit bila kurang air. Maka saya pastikan pengambilan carotomax [ nama lain bagi Beta Carotene] dan memang nampak ia terkawal.

Pengambilan Omega 3 biji sehari kini saya amalkan sebelum tidur pula. Hmm memang mudah rasa dahaga selagi belum lelapkan mata. Paling saya perasan sekarang ialah saya tak mudah rasa sejuk malah badan sentiasa badan rasa warm. Maklum sebab omega tu minyak ikan.

Saya makan juga lecitin especially nak kelancaran proses pembuangan bersama herb lax. Tapi untuk kurus saya suka Omega 3 biji.

Tanpa saya sedari biji2 putih bawah mata dah tiada lagi walhal saya amalkan omega untuk kurus. Tak dinafikan kami memang amalkan makan garlic untuk mencairkan darah bila makan yang heavy.


So bagi kalian yang ada masalah biji2 putih bawah mata sebenarnya besar kemungkinan ia tanda kolestrol yang makin tinggi dalam badan. Cubalah amalkan makan omega, garlic dan herb lax. Ia sangat membantu.

Memandangkan fungsi Omega yang bagus membantu masalah kolestrol, jantung dan kardiovaskular. Selain garlic mencairkan darah dan membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar anda untuk consume produk ini agar mendapat manfaat yang diharapkan :)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk/ keahlian Shaklee dan jana pendapatan dari rumah sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 17 Disember 2012

Lelaki : Stress, Jantung dan Tenaga

Disember 17, 2012 0 Comments
Omega, Vitamin E dan Zinc untuk Suami
******************************************



Ramai mencari vitamin untuk para suami namun tidak kurang juga dengan sang teruna yang ingin menjaga stamina mereka.

Apakah vitamin yang sebenarnya golongan ini perlukan?

Pada dasarnya perlu 3 jenis vitamin yang perlu :

Omega : Ia membantu untuk jantung dan kardiovaskular. Ia juga untuk membakar lemak dan bagus un
tuk daya ingatan. Selain itu ia membantu mengelakkan apa2 inflamasi [ bengkak] di dalam tubuh terutama mereka yang ada masalah gout.

Vitamin E : Ia bagus untuk saraf dan merendahkan lemak serta menurunkan trigliceride di dalam tubuh. Bagus untuk stamina.

Zinc : Ia penting untuk pertumbuhan sel. Selain perlu untuk kestabilan hormon di dalam tubuh. Menggalakkan pertumbuhan rambut serta kesihatan yang optimum.

========================

Perasan tak...ada sesetengah suami yang balik lewat dari kerja akan mandi malam atau lewat malam. Tahukah kita ia mendatang risiko peparu berair di hari tua?

Omega membantu mengurangkan risiko ini kerana ia membantu tubuh kita dan peparu berasa ' warm'.

Sedar tak kita suami perlukan makanan yang heavy supaya mereka dapat bekerja dan lagi banyak mereka berfikir lagi banyak makanan diperlukan untuk menukaar menjadi tenaga. Sampai adakala kita terlepas pandang mereka mengamalkan makanan yang tidak seimbang sehinggalah mereka jatuh disebabkan serangan jantung atau kolestrol.

Vitamin E sangat membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak yang boleh mengganggu kestabilan darah dan kesihatan jantung serta kardiovaslular.

Lebih kasihan bila suami dah mengalami tekanan fasa tinggi sehingga menyebabkan mereka kehilangan rambut [ mula botak] ditambah dingin bersama isteri.

Zinc membantu proses pertumbuhan. Rambut yang gugur memerlukan zinc malah zinc turut diperlukan dalam memainkan peranan 'tenaga' berkasih sayang.

So duit boleh cari, maka kebahagiaan juga turut perlu usaha untuk kekalkannya. Jom kita sihatkan suami kita!!!!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee/ keahlian atau biz dari rumah sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 16 Disember 2012

Waktu bila sesuai makan vitamin?

Disember 16, 2012 0 Comments

Saya sihat, kenapa nak makan vitamin? Bukan ia untuk orang sakit ke?
Ini antara ayat penyata yang biasa ditemui.


***********************************

Hakikatnya waktu yang paling sesuai amalkan vitamin adalah ketika kita sihat. Mengapa sedemikian? Ini kerana dikala kita sihat, sel juga sihat maka penyerapan vitamin dan galian adalah sangat baik. Berbanding ketika kita sakit.

Sama seperti sebuah pokok buah. Apabila pokok itu sakit maka ia perlu masa untuk kembali sihat. Kos merawat akan menjadi lebih mahal apabila pokok menjadi lebih rosak. 

Namun bagi yang serius menjaga tanaman, segala penyelenggaran dijaga dengan baik agar tiada masalah dikemudian hari.



Sama dengan
 badan kita hari ini. Apabila kita sakit, maka sel berusaha untuk melawan penyakit. Namun jika kekurangan vitamin dan zat galian, kuasa melawan itu terbatas. Dikala sakit itu sel perlukan masa untuk menyerap vitamin kecuali dibantu dengan pengambilan air yang sekata dan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Maka , jom amalkan cara hidup yang sihat. Sesungguhnya kos mencegah jauh lebih rendah dari kos merawat.

Imbangi keperluan vitamin yang diperlukan dan jangan lupa amalkan supplement antioksida seperti Beta carotene, Vitamin C dan Vitamin E. Ini kerana persekitaran kita hari ini sudah pasti berbeza dengan persekitaran kita 20 tahun dahulu.

Berpegang kepada duit boleh dicari namun kesihatan tak dapat dijual beli...semoga kita semua sihat, bahagia dan selamat dunia akhirat!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin / keahlian Shaklee/ pendapatan sampingan  sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Disember 2012

Wanita dan anti aging.

Disember 11, 2012 0 Comments

"Kulit anak saya tak kering dah sejak saya amalkan vitamin E ni." kata puan Hafsah pada saya selepas mengamalkan vitamin E untuk atasi masalah kulit kering pada anaknya.
" Bagusnya sejak amal set B ni anak saya punya eczema dah semakin berkurang." kata puan Aini pada saya selepas amalkan 3 bulan sepanjang penyusuan anaknya.



Hakikatnya vitamin ini bukanlah membanyakkan susuibu. Namun dalam sedar tak sedar ia banyak memberi imbuhan dalam proses pembesaran anak untuk menjadi lebih sihat.

Baru-baru ini seorang customer saya [ seorang ibu menyusu] telah bertanya mengenai produk fokus anti aging. Maka saya jelaskan padanya saya tak galakkan selagi beliau masih menyusukan anaknya.

Mengapa saya tak galakkan ya? [ Ini hanyalah pendapat saya bersandarkan bahan bacaan serta pendapat beberapa doktor kenalan saya].

Apa yang saya belajar apa jua vitamin yang ibu ambil akan disalurkan pada si anak sewaktu penyusuan berlangsung. Oleh itu vitamin yg penting bagi membantu tumbesaran anaknya antaranya adalah protien [bagi membina sel dan menampung keperluan proses pembesaran bayi], kalsium [ untuk tulang, bina sel darah merah dan keperluan saraf], vitamin dan galian lain [ perlu dalam proses pembesaran dan kematangan].

Maka apabila ibu mengandung atau menyusu anak mengamalkan produk yang menjurus kepada melambatkan penuaan, ia akan memberikan bonus pada ibu sebab dapat kelihatan muda. Namun begitu tanpa disedari pada masa yg sama Ibu juga turut menyalurkan khasiat produk tersebut kepada bayinya sedangkan bayi memerlukan vitamin untuk proses tumbesaran (pematangan). Mana mungkin 2 perkara yang berbeza boleh berlaku pd masa yang sama ("aging" Ibu diperlahankan, manakala "aging" bayi berlangsung secara normal sedangkan keduanya memperolehi khasiat produk anti-aging yg sama?). 

Secara biologi, tumbesaran manusia berlangsung sekurang-kurang sehingga umur 20 tahun. Maka utk menilai "succes story", kita perlu menunggu sehingga anak itu melewati had tersebut untuk melihat sekiranya ada sebarang kesan "anti-aging" sepanjang penyusuan itu tadi (ironic nya produk "anti-aging" belum selama itu di dalam pasaran).
 


Kebanyakan produk anti aging adalah produk yang melambatkan penuaan. Ia sesuai untuk kita yang semakin berusia....sedangkan anak-anak kecil memerlukan vitamin untuk pembesaran. Mereka sendiri adalah ibarat pokok yang subur dan akan terus membesar.

Ibu memang pasti akan kelihatan cantik malah berjiwa sentiasa muda. Namun bagaimana dengan si anak yang memerlukan vitamin untuk proses pembesaran?

Pembesaran anak bukanlah dari segi fizikal yang boleh dilihat melalui mata kasar. Tapi melalui jiwa dan tidakkah risau jika si anak tidak mencapai tahap kematangan seperti yang diharapkan?

Sepanjang saya menyusukan anak saya dahulu, saya seringkan diingatkan agar banyak berzikir dan mengaji untuk melahirkan jiwa yang tenang dan hati anak yang tawaduq pada Ilahi. Jiwa ibu yang memberontak atau tenang mempengaruhi jiwa si anak kemudian hari. Perasaan si ibu mempengaruhi pembentukan jiwa dan perasaan si anak.

Maka bagi ibu yang tetap mahu amalkan produk-produk anti penuaan ini, ia adalah atas tanggungan risiko si ibu itu. Saya tidak galakkan pelanggan saya mengamalkannya kerana saya khuatir saya dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas dosa yang saya tidak sedar. Saya berniaga Shaklee untuk beri yang terbaik buat anak dan keluarga dan saya sentiasa berdoa agar rezeki itu disertai rahmat. Semoga semua pelanggan saya gembira dan redha dengan sebarang runding niaga agar kita sama-sama mendapat barakahnya.

Jika anda adalah ibu yang mengandung ataupun yang menyusukan dan ingin mencari vitamin untuk keperluan ibu dan anak; boleh meneruskan pembacaan DI SINI.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Disember 2012

Iktibar dalam sebuah perjalanan ; sila-sila.....

Disember 08, 2012 0 Comments

"Kepala dia tersangkut di dalam stereng ! " Itulah kata-kata Bob kepada kami selepas menaiki kereta dan kami meneruskan perjalanan apabila polis dan ambulan telah datang untuk cuba selamatkan beliau.



Banyak memori indah dan pengalaman manis yang tak dapat saya lupakan sepanjang belajar di UM dan terutama menetap di Kolej Kediaman Keempat UM.

Walaupun saya kehilangan arwah abah semasa di Asasi UM, namun Allah tak biarkan saya seorang diri. Saya sentiasa mendapat sahabat karib yang ramai. Malah senior2 Kolej sangat baik.

Saya masih ingat satu peristiwa yang tersemat di dalam minda saya....sewaktu perjalanan ke Kuala Terengganu untuk melawat rumah salah seorang junior saya Azira. Kami bertolak malam bersama kawan karib kolej kami iaitu Bob. [ Sepatutnya panggilan abang Bob sebab beliau lebih veteran tetapi beliau mesra dengan panggilan Bob sahaja dengan saya].

Malam itu saya duduk di sebelah pembawa iaitu Bob. Maklumlah jalan sebelah malam sedikit lengang. Dalam jam 2 pagi kalau tak silap, tiba-tiba sebuah kereta memandu sangat laju dan pada permulaannya kami saling berlumba. Namun selepas satu ketika, Bob tak mahu bersaing dengan pemandu kereta itu.
Saya masih ingat kata-kata Bob, " Tak per la, jalan dulu".

Kereta itu terus memecut dan berlalu pergi. Kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Untuk mengelakkan mengantuk, Bob memasang lagu nasyid dan berselang seli dengan nyanyian beliau. Waktu itu Aida dan Azira yang turut sama sudah mula melayani mata yang mengantuk.

Selepas 30 hingga 45 minit kemudian, kami melalui satu kawasan yang penuh dengan kerumunan manusia. Rupa-rupanya ada sebuah kereta yang terbabas. Kereta itu adalah kereta yang memecut dan memotong kami tadi. Bob memberhentikan kereta dan ingin memberikan bantuan yang perlu kepada mangsa. Kami 3 orang sahabat tinggal di kereta yang di park jauh sedikit dari tempat kejadian.

Semasa dalam kereta, kami hanya berdoa moga si pemandu itu selamat. Takut juga kalau ada kematian dan badi, selisih malaikat 44.

Selepas setengah jam, Bob kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan kami selepas Polis dan Bomba tiba di tempat kejadian untuk memberikan pertolongan. Bob kata syukur kami tidak berlumba dengan beliau, sekurang-kurangnya kami selamat. Waktu itu terlintas di fikiran saya, jika kami yang mendahului perjalanan tadi, adakah kami yang tersurat pada malam itu? Namun balik pada qada' dan qadar...segalanya telah tertulis.

Iktibar dari kisah itu yang saya ambil ialah, jika ada sesiapa yang ingin bersaing atau ingin menunjukkan kehebatannya, maka berikan mereka laluan. Kerana sekurang-kurangnya kita pasti selamat dari sesuatu yang menanti di hadapan. Mungkin saya bukan jenis orang bersaing dengan orang lain. Saya bersaing dengan diri sendiri agar tidak malas dan usaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Hidup ini bukanlah satu perlumbaan dengan makhluk yang lain tetapi perlumbaan dengan diri sendiri melawan nafsu untuk mendapat kasih Allah.
Sesungguhnya ALLAH bersama hambaNya yang sabar dan beriman padaNya.

Doa banyak-banyak moga kita dan keluarga selamat dunia dan akhirat. Berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Luaskan pintu rezeki dengan doa untuk ibu bapa, guru dan para sahabat.

Sesungguhnya tiada siapa tahu bagaimana perjalanan terakhir di alam fana ini...Saya mengakhiri penulisan saya ini dengan memohon kemaafan pada semua yang mengenali diri ini. . Saya bukanlah manusia yang sempurna dan pastinya melakukan kesilapan yang mungkin tidak saya sedari menyinggung perasaan kalian. Saya mendoakan semoga ALLAH memberikan taufik hidayah dalam apa jua yang kita lakukan.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.........

Salam sayang.


Ibu Addinnasa

Jumaat, 7 Disember 2012

Tips atasi jerawat.

Disember 07, 2012 0 Comments


Sedikit sharing untuk mengatasi masalah kulit berjerawat.....

Jika anda punya masalah kulit berjerawat, beberapa perkara yang membantu untuk atasi masalah ini ialah

1. Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari [ Sila guna kan botol air bersukat untuk mengetahui ketepatan pengambilan air masak]

2. Pastikan proses pembuangan lancar setiap hari.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi dan emosi yang stabil.

4. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

5. Cuba amalkan mengambi vitamin B, C dan E malah jika berkemampuan boleh tambah beta carotene [ vitamin A].*
Pengambilan protien yang seimbang paling perlu untuk hilangkan kesan parut hitam akibat jerawat.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 5 Disember 2012

Anak Sembelit!

Disember 05, 2012 0 Comments

"Ibu, sakit perut!!!" itu lah ayat biasa bila si anak melalui sembelit. Dikala itu mengundang kegundahan hati si ibu.


Bila dah nama bergelar ibu, sudah pasti kita tak lari dari cabaran dalam melalui proses pembesaran anak-anak. Demam, batuk mahupun selsema adalah antara ujian sakit yang kita lalui sepanjang anak-anak nak membesar. Selain sakit biasa, sembelit adalah antara ujian yang terpaksa dilalui terutama apabila anak kita tidak konsumi air dan makan serat dengan seimbang.

Namun adakala sembelit ini saya lihat disebabkan berpunca dari susu formula yang anak kita minum. Namun jika si anak dah mula makan pejal sepenuhnya, hakikatnya kita perlu memantau

1. makanan utama yang diambil
2. daily water intake minima 1 liter sehari. [ setiap berat 25 kg memerlukan 1 liter air.]
3. buah yang diambil

Rata-rata anak susah nak makan sayur maka pilihan lain bagi kita sebagai ibu bapa adalah dengan memastikan mereka amalkan makan buah setiap hari sebagai keperluan serat dalam tubuh.

Masalah pembuangan perlu diambil berat dan tidak boleh dipandang remeh. Sangat menyedihkan jika si anak melalui sembelit dan ini akan membuatkan mereka tidak rasa selesa dengan perut mereka.

Kami memastikan anak-anak makan yang berat pada waktu makan utama. Pengambilan air kami cuma pantau melalui pengisian air  di dalam botol yang mereka minat. Botol ini sentiasa bertukar mengikut musim kartun kegemaran mereka. Ini antara salah satu cara untuk menarik perhatian mereka minum air sepanjang hari. Buah pula kami suka beri mereka makan betik, honeydew dan tembikai.

Adakala kami makan di restoran yang boleh menyediakan buah [ fruit platter] supaya anak-anak dapat cukup serat. Ditambah mereka ni tak suka sangat makan sayur. Kalau makan pun cuma lobak merah. Tak dinafikan kekadang harga sepinggan buah-buahan itu sedikit mahal namun memikirkan keperluan pembesaran anak, kami cuba usahakan.



Namun jika anak anda ada masalah sembelit yang serius cuba cek

a. kesesuaian susu formula yang sedang dikonsume.
b. amalan pemakanan utama anak
c. pengambilan air seharian mengikut keperluan berat anak.
d. serat yang diambil sama ada buah atau sayur-sayuran.

Jangan biarkan sembelit anak berlarutan kerana ini akan mengganggu taraf kesihatan mereka.

Jika berikan anak vitamin atau supplement, pastikan mereka minum air secukupnya kerana badan mereka dapat menyerap vitamin dengan baik :)



 Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee :
sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 3 Disember 2012

ESP boleh untuk pesakit gout dan ekzema?

Disember 03, 2012 0 Comments

Orang gout pantang amik soya! Betul ke?

Bapa mertua saya pesakit gout sejak dari tahun 1998 kalau tak silap. Tapi sejak mengenali Shaklee 15 tahun dulu, beliau memang amalkan minum ESP waktu pagi dan malam sebelum tidur. Pernah saya sendiri bertanya kepada beliau adakah boleh sebenarnya pesakit gout amalkan protien sedangkan kita selalu digembar gemburkan kekacang tak boleh diambil oleh pesakit gout.


ESP
Namun selepas ayah mertua saya memberi jawapan yang jelas dan bernas, saya akui terdapat kebenaran dalam jawapannya itu.

Ayah mertua saya mengatakan ESP [ Eenergizing Soy Shaklee] mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan namun ia tak dapat dihasilkan dari badan. Ia memang perlu diambil dari sumber luar untuk menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel tisu yang rosak.


Selama ini kita hanya faham soya tidak bagus untuk pesakit ekzema, namun soya yang bagaimana?

Tahukah kita soya yang baik adalah soya yang dimasak pada suhu yang rendah dan tidak merosakkan rantaian molekul asid amino. Walhal bila kita minum air soya yang dijual di pasar malam mahupun soya kotak, air ini di masak pada suhu yang sangat tinggi dan secara langsung merosakkan rantaian asal molekul asid amino yang terdapat dalam soya tersebut. Apabila ini terjadi dan tanpa disedari kita mengundang kehadiran radikal bebas dan maka terbentuklah sel2 yang tidak normal dan ini sering dikaitkan dengan penyata " Minum soya boleh akibatkan kanser".

Pada saya ayat penyata tersebut terdapat kebenarannya terutama apabila ikatan rantaian asid amino telah berubah apabila soya dimasak pada suhu yang tinggi.

Sebab itu ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas. Bukan sekadar risau akan hilangnya zat tetapi kita khuatir air panas [ suhu yang panas dan tinggi] akan menyebabkan rantaian ikatan molekul asid amino akan berubah dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam sel badan kita.

Oleh kerana uniknya ESP ini saya yakin bahawa ia sesuai untuk diambil oleh dua2 anak saya yang mempunyai masalah ekzema. Melalui pembacaan saya, pesakit ekzema mempunyai sel darah yang tidak sihat dan mudah rosak. Maka pengambilan ESP secara konsisten dan tidak melebihi dari dos yang disarankan akan membantu memperbaiki sel tisu yang rosak dan bermasalah sehingga ia membantu sistem imun mereka menjadi lebih baik.
Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Maka jika ada orang kata soya tak bagus untuk pesakit gout atau ekzema, ada kebenarannya jika ia adalah soya yang dimasak pada suhu yang tinggi. Namun kami amalkan ESP dan alhamdulillah ada manfaat yang kami lihat tentangnya :)

Anda belum pernah merasa langsung ESP Shaklee? Boleh order hari ini melalui email kepada saya di yahoo atau gmail. Serius sangat berbaloi. Amalkan 3 bulan berturut2 tanpa lompang, percayalah kulit akan nampak lebih berseri dan secara langsung kita lebih sihat !*




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 1 Disember 2012

Kulit kedut dan gelebeh punca kurang kolagen?

Disember 01, 2012 0 Comments

Kenapa kulit nampak kendur dan gelebeh selepas umur makin meningkat? Adakah ia normal? 

Ramai yang mencari solusi untuk masalah ini...dan kini kolagen Shaklee antara supplement yang diminati ramai!



Sejak ia dilancarkan ke Malaysia pada bulan Jun lalu, ramai yang menantikan kehadiran promosi Shaklee kolagen. Penantian itu berakhir apabila sms pada jam 3 pagi memaklumkan bulan ini adalah promosi kolagen oleh syarikat.

Promo Shaklee:
Shaklee: Dec'12 Product Promotion - Shaklee Collagen Powder (Buy 6 Free 1) WM DN1,428 / EM DN1,500 / UV444. Place your order now! TQ.

Selepas ia diperkenalkan pada bulan Jun yang lalu, barulah saya sedar kepentingan kolagen pada tubuh badan kita. Kolagen sangat penting dalam sistem anti penuaan kerana ia menyokong keanjalan kulit dan sistem otot dalam tubuh manusia.

Rupa-rupanya mereka yang mempunyai bentuk badan yang lembik disebabkan kurang sokongan kolagen.
Mengapa perkara begini boleh berlaku? Biasanya disebabkan oleh persekitaran, cara hidup, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurangnya protien, vitamin B serta C.


Serbuk kolagen Shaklee pada dasarnya ;

Keistimewaannya :
  • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton*
  • mudah diserap oleh badan 
  • membantu peningkatan sistesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
  • gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Kesan dan Faedah mengambil Kolagen
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 

Ini pula sumber: website Shaklee 

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. (1box mengandungi 15 uncang).
**************************************************

Siapa yang sesuai amalkan serbuk kolagen ini ? Semua golongan kecuali kanak2, anak2 remaja [ kerana mereka sedang membesar dengan kolagen asli dalam tubuh] termasuklah warga emas.

Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai diambil oleh ibu yang mengandung dan yang menyusukan.
Mungkin ada sesetengah ibu yang menyusu mengamalkannya namun secara jujurnya saya nyatakan pengambilan kolagen tidak memberikan imbuhan nutrisi kepada si anak yang menyusu susuibu. Maka bagi ibu mengandung atau menyusu yang tetap ingin mengamalkan kolagen boleh amalkan sebagai masker di wajah. 

Namun bagi ibu yang menyusu tetapi tetap ingin konsume ia adalah atas tanggungan risiko sendiri. 

Bagi ibu yang menyusu, vitamin yang disarankan adalah vitamin yang memang memberi imbuhan nutrisi di dalam susuibu. Terutama protien, kalsium, multivitamin, vitamin B, C dan alfalfa. Boleh lihat  sini set penyusuan yang sesuai jika masih mencari.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia