Selasa, 11 September 2012

# Diariku # Tazkirah

Jangan sampai mengganggu pekerjaan utama.

Mungkin kerana desakan atau cara hidup yang makin maju dan arus perkembangan yang sangat pesat, rata-rata pekerja baik penjawat awam kerajaan mahupun swasta akan berusaha memantapkan ekonomi mereka melalui kerja sambilan.


Rasanya tak salah pun nak cari pendapatan tambahan asalkan kita tahu landasan yang perlu kita patuhi.

Selagi apa yang diusahakan dalam mencari pendapatan tambahan itu tidak menjejaskan masa, penumpuan pada kerja utama insyaALLAH pasti ada barakah atas hasil yang diperolehi.

Antara sebab saya tidak mahu lagi bekerja makan gaji adalah kerana saya khuatir saya tidak berlaku adil pada kerja utama saya apabila saya aktif dalam menjalankan biz untuk pendapatan kedua saya.

Malah saya pernah melihat sendiri rakan kerja yang sibuk dengan menjawab panggilan telefon semasa pembelajaran sedang berlangsung. Bukan tidak pernah ditegur oleh ketua jabatan namun pada saya ia balik pada individu itu sendiri. Maka saya harap saya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya ingin menjalankan biz untuk mencari pendapatan sampingan, elakkanlah dilakukan pada masa kerja utama kerana ia mengurangkan barakah rezeki yang diperolehi. Selain itu sangat bagus jika kita elakkan menggunakan mesin fotostat, kertas pejabat malah mencetak bahan biz untuk tujuan yang bersifat peribadi.

Barakah rezeki ini sangat unik. Ia bukan sekadar melalui nombor atau angka pendapatan yang kita perolehi tetapi lebih daripada itu. Anak sihat, keluarga bahagia, harta benda selamat, bos sayang, alam pun mendokan kita kerana sentiasa menjaga hak2 dan batasan.

Sedih juga jika kita punya pendapatan yang hebat, kereta hebat tetapi selalu rosak. Anak sempurna tetapi selalu sakit dan masuk hospital, ada anak isteri tetapi sering bertengkar dan kurang belaian, ada harta tetapi sering kecurian. Tanpa kita sedari duit dari rezeki yang kita susah payah cari itu diambil semula oleh ALLAH dalam banyak bentuk. Nauzubillah.

Maka bagi yang menjalan perniagaan sampingan, jangan lupa menjaga batasan2 yang perlu dan ia penting agar kita dapat menikmati barakah atas rezeki yang kita usahakan. Berniagalah dengan cara yang adil supaya kita tergolong dalam golongan yang dikasihi di sisiNya. InsyaALLAH.


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia