Isnin, 9 Julai 2012

# Diariku

Uniknya cara dia meniaga.

Bilamana kita ada rumah sendiri, pasti nak sediakan semuanya yang terbaik kan? Sama juga dengan kami....suami saya seorang yang sangat prihatin dengan barangan dan harga yang perlu dibayar. Maka kami suka berjalan dan bertanya harga.

Sehinggalah satu hari kami nak beli barangan dapur. Kami dah survey kat banyak tempat maka harga yang diberikan [ dipamerkan] semuanya lebih kurang sama. Yang membezakan adalah value added yang diberikan yang biasanya dalam bentuk freegift.

Kedai yang kami pilih ini pula adalah antara beberapa kedai barangan dapur yang ada di shopping mall tersebut.
Bilamana ditanya harga barangan yang kami nak beli, memang semuanya sama dengan harga yang kami survey diluar dan kedai yang berdekatan.

Maka suami kata, dia mahu membeli barangan dapur kami dari kedai si A ini sebab dah penat survey dan kami pun listkan barangan yang kami nak beli. Kami dah buat anggaran kasar berapa yang perlu kami bayar sebab dah berbulan2 kami survey.

Masa nak bayar tu si tuan empunya kedai ini memberikan harga yang kurang dari harga yang kami survey selama berbulan2. Maka saya yang ringan mulut pun bertanya , " mengapa taukeh tak letak sahaja harga promo awal2? Saya yakin pasti ramai menyerbu" . Apa taukeh jawab? "Saya tak boleh buat macam itu, orang lain pun cari makan. Saya beri pada customer yang memang mahu beli dari kedai saya sahaja. Bilamana mahu bayar, saya akan bagi kurang itupun bila customer amik banyak boleh la consider sikit."

Saya memang terharu la sebab dapat harga kurang sikit. Namun saya rasa lebih terharu sebab dia juga fikirkan orang kiri kanan yang berniaga. Ia dibuat secara tertutup dan hanya kepada customer yang serius.
Memang betullah mungkin kos taukeh ni rendah dari peniaga lain tapi taukeh ni tak buat pun tempek promo less atau diskaun kat mana2 dalam kedainya maka tak siapa tahu dia jual harga best kecuali customer yang serius.

Pengalaman membeli barangan yang takkan saya lupa.




 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia