Keperluan anak selari dengan pembesaran mereka.

Sekarang update blog bila berkesempatan. Suami saya masih sama kerjanya, cuma yang membezakan komitment saya adalah anak-anak. Dulu anak-anak saya masih kecil dan mudah diuruskan. Kini Addin dah 9 tahun manakala Nasa dah 5 tahun. Mereka amat memerlukan saya terutama selepas waktu pulang dari sekolah.
Masih teringat kata seorang ...bilamana orang lama tak jumpa soalan yang ditanya " Dah berapa anak?" Si teman tak tanya berapa harta kereta atau rumah yang ada. Sebab hakikatnya anak itulah harta.
Maka saya nak anak-anak saya sentiasa tahu saya sayang dengan mereka dan mereka membesar dengan baik dengan saya dan abahnya.
Rutin saya memang penuh setiap hari. Pagi saya uruskan order Shaklee dan reply email2 customer saya. Sambil tu berlari masakkan lauk-lauk yang simple untuk anak-anak balik sekolah nanti. Tengahari mereka balik sebentar sebelum ke sekolah agama sebelah petang. Saya mengambil masa tengahari saya suapkan mereka makan sebelum mereka ke sekolah petang pula.
Petang saya uruskan order-order vitamin yang perlu saya poslaju. Bilamana anak saya pulang dari sekolah saya bawa mereka terus ke poslaju.
Malam, makan malam saya turut suapkan selepas selesai solat maghrib. Mereka sambung belajar selepas solat isyak. Dalam jam 10 malam waktu masuk tidur.
Alhamdulillah buat Shaklee online ini tak memerlukan saya komitment yang banyak. Kebanyakkan masa saya konsult anak2 didik saya melalui sms/ pm/ email. Penting ada hp yang boleh buat banyak benda :)
Training pun saya buat sekali sekala bila suami saya benar2 ada kelapangan. Saya lebih suka bergerak bersama anak dan suami. Mungkin nampak terhad bagi orang lain, namun alhamdulillah saya juga ditemukan dengan para isteri yang komit dengan keluarga. Jarang leader2 saya attend training namun mereka boleh berjaya bina biz Shaklee mereka walau hanya berhubung melalui email/ pm fb / sms atau panggilan telefon.
Mahu berjaya bukanlah datang dari desakan orang lain tetapi atas matlamat dan niat.
Anak-anak ni membesar cepat sahaja...saya masih ingat lagi masa saya sekolah...mak saya suap makan kami 7 beradik. Sehingga tingkatan 2 adakala mak masih suap saya makan. Kalau bila dah besar baru kita nak suapkan anak2 makan, waktu tu mereka akan rasa janggal dan malu. Sebab tu saya suka nak ikut cara mak suapkan anak2 makan. Rumah pun tak bersepah dengan nasi dan lauk bila mereka makan sendiri.
Saya berdoa agar dalam masa yang sama saya belayar [ menguruskan biz Shaklee online saya], penumpang kapal layar saya iaitu anak dan suami juga tenang dan sejahtera bersama.
So bagi yang membuat belian menggunakan ID saya 395863 di mana2 branch Shaklee yang sah, boleh menerima konsultasi cara makan melalui email/ sms. Hanya maklumkan no sales order anda sahaja.

Semoga kedatangan ramadhan kali ini disambut dengan kesihatan yang baik, penuh kasih sayang dan rezeki yang penuh barakah. InsyaALLAH.





Untuk maklumat lanjut mengenai Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular