Kalsium Magnesium : Bantu atasi gastrik.

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa.

Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalahberbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.


Pelabelan Makanan

Sewaktu membeli makanan kita jarang sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.


Keperluan Buat Ibu Mengandung

Ibu mengandung amat memerlukan kalsium demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat kehilangan kalsium. Antaranya:

a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh 
c. Kaki kejang


Keperluan di hari tua

Semasa peringkat dewasa pula, anda masih perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.


Sumber lain kalsium

Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:

a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond 
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah) 
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis 
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon

Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Rujukan: 
1. ‘Strong Women, Strong Bones: Everything you need to know to prevent, treat and beat Osteoporosis’, Miriam E. Nelson, Sarah Wernick (2006) 
2. Recommended Nutrient Intakes, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) 
3. ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, Dr. Ariza Mohamed (2005).

_____________________________________________________________________________ 

Shaklee mempunyai produk supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Ianya dikenali sebagai Ostematrix.

Pengambilan yang disarankan ialah 4 biji sehari dan kelebihan produk ini ialah ianya direka dengan bentuk "mudah telan". Kami sendiri pernah membuat eksperiment sebiji Ostematrix direndamkan dalam air masak biasa dan ia lerai dalam kadar 45 saat !


__________________________________________________________________________ 

Info terbaru saya belajar dari seorang doktor Homeophati yang turut menjadikan Shaklee supplement kepada pesakit beliau..beliau menyarankan pengambilan Kalsium bagi mengatasi masalah gastrik dan terutama mereka yang menjalani ibadah puasa.

Jika anda ingin merasai perbezaan dan keunikan produk Shaklee, jom sms/ call saya untuk dapatkannya!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular