Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Supplement : keperluan atau kehendak?

Imej
Masni membawa pulang beberapa botol vitamin sempena mahu berbuka puasa bersama mak dan ayahnya dikampung. Secara kebetulan makcik Kiah ada bertandang ke rumah mak Masni petang itu.

" Botol apa yang kamu bawa balik tu Mas?" Tanya makcik Kiah.
Masni sambil tersenyum " Botol vitamin Mak Kiah". Makcik Kiah terus menyambung lagi..." Aik, kamu sakit kah? Sakit apa sampai kena makan banyak vitamin tu?"

" Ish tak de la , ia vitamin untuk Mas sekadar nak sihat dan bagus untuk menyusu si Arif ni." jawab Masni lembut sambil tangannya mengusap kepala anak kecilnya si Arif.

Makcik Kiah meneruskan perbualan " Orang muda macam kamu ni tak payah makan vitamin, lainlah macam kami ni dah tua memang perlu vitamin dan ubat."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biasa dengar dialog seperti ini kan?

Orang muda dikatakan tidak perlu amalkan vitamin. Ya ini kerana terd…

Sustained Release Vitamin C 500mg

Imej
Bulan Julai 2012 adalah bulan yang penuh aktiviti untuk saya dan keluarga. Maklumlah Ramadhan sekali setahun. Kita perlu amik peluang usahakan mana2 yang boleh untuk mendapatkan barakah Ramadhan itu sendiri.

Maaf banyak2 sebab saya jarang update blog di atas kekangan masa yang saya lalui.

Namun rasanya belum terlambat saya nak kongsikan kebaikan vitamin C terutama Susained Release Vitamin C 500mg produk Shaklee.

* Klik gambar untuk besaran imej.

Berminat untuk dapatkan offer menarik Shaklee? Beli 6 PERCUMA 1! 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ramadhan terakhir bersama abah.

Imej
Masih ingat lagi tahun tu....memandangkan saya anak pertama Abah yang masuk U, so sebagai seorang abah yang very protective ...beliau akan datang ke U boleh kata setiap minggu atau setiap dua minggu.
Bila abah ajak balik Muar, saya akan suarakan hajat saya nak balik Muar naik bas. Abah selalu cakap..." Tak pe, selagi abah ada, abah akan amik Nor dan abah akan hantar semula ke U".
Setiap kali abah amik saya pasti akan suarakan impian saya nak balik kampung naik bas dengan kawan-kawan.

Pada bulan Ramadhan tahun 1997 adalah kali terakhir abah jemput saya untuk balik kampung...Muar.

Masa tu abah jemput untuk balik cuti Raya. Kami sembang seperti biasa dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke Muar.

Pada hari raya pertama [ malam hari kedua] semuanya bermula...abah diserang sakit angin ahmar. Mungkin sebab darah tinggi abah naik dan ada salur darah yang pecah di otaknya. Abah dimasukkan hospital selama 2 minggu....dan selepas itu ALLAH lebih menyayanginya....abah pulang ke rahm…

Terngiang-ngiang pesan arwah abah.....

Imej
Walaupun arwah abah dah meninggalkan kami lebih 15 tahun, tetapi kata-kata semangat, tarbiyah, ceramah arwah pada saya tak pernah luput.

Abah suka memberikan kata2 semangat dan pendorong pada saya terutama bila saya down dalam pelajaran dan pertandingan. Arwah memang la orang yang sangat garang. Saya melihat sikapnya adalah tegas dan garang seperti Saidina Umar R.A dan adakala saya merasakan saya turut mewarisi sifatnya.... Namun kerana ilmu yang dimilikinya membuatkan saya berani berbual malah berhujah dengan arwah.

Arwah selalu pesan, cemburulah pada orang yang banyak buat kebaikan. Arwah juga selalu bercerita tentang kawan-kawannya yang sangat hebat sedekah dan mereka yang banyak menginfakkan hartanya pada jalan ALLAH.

Ada banyak sebenarnya pesanan dan tarbiyah arwah abah masa hidupnya namun yang paling saya suka antaranya ialah :
Apabila berlaku sesuatu yang saya rasa tidak sepatutnya berlaku atau dilakukan, saya akan bertanya pada arwah dan arwah pasti mengingatkan saya dengan f…

Kalsium Magnesium : Bantu atasi gastrik.

Imej
Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa.

Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalahberbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.
Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.
Selain itu kalsium juga membantu da…

Berkat sedekah

Imej
1. Imam Ali as berkata, ”Sedekah itu pelindung dari siksa Neraka” (Wasail asy-Syi’ah 6:258)

2. Rasulullah saww bersabda, ”Sedekah itu dapat menolak bala’ dan ia adalah obat yang paling mujarab” (Bihar al-Anwar 96:132)

3. Rasulullah saww bersabda, ”Sesungguhnya Allah, yang tiada Tuhan selain Dia! Sungguh sedekah itu dapat menolak penyakit, bencana, kebakaran, tenggelam, keruntuhan, dan penyakit gila” (Bihar al-Anwar 62:269)

4. Rasulullah saww bersabda, ”Sedekah itu dapat menolak tujuh puluh macam bala’, yang paling buruk adalah lepra dan kusta” (Kanz al-‘Ummal, hadits ke: 15982)

5. Rasulullah saww bersabda, ”Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan” (Bihar al-Anwar 96:132)

6. Rasulullah saww bersabda, “Sedekah itu menolak seratus kejelekan” (Bihar al-Anwar 96:124)

DATANGKANLAH RIZQIMU DENGAN BERSEDEKAH

1. Imam Ali as berkata, “Turunkanlah rizqi (mu) dengan bersedekah” (Al-Bihar 78 : 68)

2. Imam Ali as berkata, “Jika kamu dalam keadaan yang sangat miskin maka berdaganglah denga…

Uniknya cara dia meniaga.

Imej
Bilamana kita ada rumah sendiri, pasti nak sediakan semuanya yang terbaik kan? Sama juga dengan kami....suami saya seorang yang sangat prihatin dengan barangan dan harga yang perlu dibayar. Maka kami suka berjalan dan bertanya harga.

Sehinggalah satu hari kami nak beli barangan dapur. Kami dah survey kat banyak tempat maka harga yang diberikan [ dipamerkan] semuanya lebih kurang sama. Yang membezakan adalah value added yang diberikan yang biasanya dalam bentuk freegift.

Kedai yang kami pilih ini pula adalah antara beberapa kedai barangan dapur yang ada di shopping mall tersebut.
Bilamana ditanya harga barangan yang kami nak beli, memang semuanya sama dengan harga yang kami survey diluar dan kedai yang berdekatan.

Maka suami kata, dia mahu membeli barangan dapur kami dari kedai si A ini sebab dah penat survey dan kami pun listkan barangan yang kami nak beli. Kami dah buat anggaran kasar berapa yang perlu kami bayar sebab dah berbulan2 kami survey.

Masa nak bayar tu si tuan empunya keda…

Review manfaat Alfalfa vs Ostematrix untuk penyusuan susuibu.

Imej
Saya masih ingat kata suami saya, setiap zaman itu akan berubah dalam banyak bentuk even dalam kursus etiket sendiri ada yang dahulunya dikatakan janggal namun pada zaman ini diubah mengikut kesesuaian. Maka bukanlah satu perkara itu akan kekal sampai bila-bila. Ia boleh berubah mengikut peredaran zaman.

Masa memula saya kenalkan set penyusuan kepada dunia penyusuan susuibu, saya menyediakan set yang dilengkapi dengan Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun setelah 3 tahun dalam pasaran saya membuat penilaian semula terutama bagi anak dan ibu yang alah dengan Alfalfa. Alfalfa adalah raja tumbuhan dan ia adalah dalam kumpulan herba. Memang ada sekelompok ibu malah si anak yang menyusu akan alah dengan pengambilan alfalfa. Ini kerana alfalfa memerlukan individu perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari. Alahan yang biasa berlaku ialah wajah ibu dan anak ruam tidak kurang bayi yang cirit secara berhari-hari. Waktu begini, si ibu digalakkan menghentikan pengambilan…

ESP Shaklee : Jom baca keseronokkan mereka!

Imej
Setiap orang akan mempunyai testimoni yang berbeza. Apa yang saya kongsikan hanyalah sebagai satu perkongsian dan tidak boleh dijadikan satu panduan yang pasti. Namun untuk mendapatkan hasil yang hampir sama, pastikan pengambilan supplement lengkap dengan air yang mencukupi, jadual makan yang teratur serta bagi ibu menyusu perlu konsisten mengepam.

Mengapa mereka suka ESP*?











ESP Shaklee adalah hot seller selama 13 tahun saya amalkan. Anda ingin mencuba? Boleh pm / email/ whatsapp saya untuk mendapatkannya!

ESP dengan wajah baru!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bulan ni ada promo Vitamin C 500mg. Sila pm saya untuk dapatkan best offer!

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Keperluan anak selari dengan pembesaran mereka.

Imej
Sekarang update blog bila berkesempatan. Suami saya masih sama kerjanya, cuma yang membezakan komitment saya adalah anak-anak. Dulu anak-anak saya masih kecil dan mudah diuruskan. Kini Addin dah 9 tahun manakala Nasa dah 5 tahun. Mereka amat memerlukan saya terutama selepas waktu pulang dari sekolah.
Masih teringat kata seorang ...bilamana orang lama tak jumpa soalan yang ditanya " Dah berapa anak?" Si teman tak tanya berapa harta kereta atau rumah yang ada. Sebab hakikatnya anak itulah harta.
Maka saya nak anak-anak saya sentiasa tahu saya sayang dengan mereka dan mereka membesar dengan baik dengan saya dan abahnya.
Rutin saya memang penuh setiap hari. Pagi saya uruskan order Shaklee dan reply email2 customer saya. Sambil tu berlari masakkan lauk-lauk yang simple untuk anak-anak balik sekolah nanti. Tengahari mereka balik sebentar sebelum ke sekolah agama sebelah petang. Saya mengambil masa tengahari saya suapkan mereka makan sebelum mereka ke sekolah petang pula.
Petang s…