Makan vitamin masa susu sedang meriah?

 "Susu saya banyak, saya tak perlu pun supplement."

Ini ayat biasa yang kita temui bila si ibu itu merasakan vitamin tak memberi kesan kepadanya sebab susunya sedang banyak. Namun terdapat segelintir ibu yang mencari saya memohon konsultasi pengambilan vitamin walaupun hasil perahan mereka sehari 20-25oz.


Saya turut tertarik untuk mengetahui mengapa sekumpulan kecil ibu ini mencari supplement sedangkan susu mereka sedang meriah. Antara jawapan yang diberi ialah...." Memang hari ni susu kita meriah kak, tapi esok lusa belum tahu. Maka tak salah kita terus usaha untuk susu meriah kan?"

Tersenyum saya menerima jawapan ini dari seorang ibu muda. Mungkin umurnya muda dari saya namun beliau seorang ibu yang berpandangan jauh.

Memang ada kebenaran dalam penyataan beliau.

Tak salah sediakan payung sebelum hujan....sebab bila hujan baru kita nak cari payung, waktu tu kita dah basah dek hujang yang turun.
 Ini dapat dilihat dalam banyak situasi ibu yang dah dalam keadaan tersepit, mereka ini dengan jiwa yang tak keruan, menjadi seorang yang pendesak secara tiba-tiba. Bila susu merundum dan waktu itu mengharapkan susu meriah semula, hakikatnya perlukan masa.

Masa ini yang ramai ibu tak sanggup nak tunggu...soalan yang kerap ditanya..." Bila saya amik set ni, bila susu saya akan up semula ya?"
Bila soalan ini keluar saya hanya tersenyum dan jawab dengan mudah " Vitamin ini hanya bantu badan ibu segar dan subur [ penuh zat dan khasiat] maka susu akan banyak semula bila si ibu rajin mengepam atau menyusukan anak secara langsung."

Kenapa sebenarnya ibu perlu amik vitamin?*

Ini kerana supaya badan ibu sustained untuk menyalurkan zat dan khasiat ke dalam susuibu. Anak yang menyusu memerlukan khasiat dan zat untuk membesar. Zat dan khasiat ini diperolehi dari susuibu atas apa yang si ibu amalkan[ pengambilan makanan].
Rata-rata ibu hari ini bekerjaya dan pemakanan yang tidak seimbang....manakan seimbang jika dalam menu tiada sayur, tiada buah dan hanya makan ayam dan telur  lebih banyak [ ditambah harga ikan sangat mahal].
Oleh kerana inilah, pengambilan vitamin sangat membantu si ibu membekalkan susu yang penuh nutrisi.


Jika anda ingin mengetahui set penyusuan mana yang sesuai dengan anda, sila refer ENTRY ini.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular