Rabu, 4 April 2012

# Breastfeeding # ibu hamil

Anologi dunia penyusuan : Paip, tangki dan pam

Dua hari saya tak berkesempatan nak update blog kerana sedikit sibuk menguruskan order-order yang tertangguh [ order weekend dan hari Isnin] ditambah Shaklee tutup pada Isnin untuk stock count. Namun ingin saya kongsikan satu anologi yang terbaru saya temui buat ibu2 yang menyusukan anak :)

Bagi wanita yang dah bergelar ibu dan berjaya menyusukan anak mereka, alhamdulillah dan insyaALLAH mereka ini telah memahami konsep asas penyusuan. Namun bagi bakal ibu dan ibu2 baru pasti mencari2 bagaimanakah atau apakah tips penyusuan yang benar2 berkesan untuk mereka menjayakannya.

Sehingga hari ini saya masih menerima panggilan, sms dan email bertanyakan produk untuk banyakkan susuibu. Namun disebalik pertanyaan itu, rata-rata mereka terlupa konsep asas penyusuan susuibu yang sebenar.

Maka saya ingin menyediakan satu anologi yang mudah untuk difahami dan mudah-mudahan ia membantu lebih ramai ibu memahami konsep penyusuan sebenar serta berusaha untuk menjayakan penyusuan susuibu sehingga lengkap 2 tahun, insyaALLAH.

Paip, tangki dan pam.


Saya lebih suka menunjukkan dalam bentuk gambar agar lebih mudah....

Ini adalah kepala paip


Perasankah kita? Air hanya akan keluar apabila kepalanya dipusingkan [ buka].
Jika besar bukaan paip, maka besarlah air yang keluar dari paip tersebut.

Namun pengaliran air bergantung juga pada tangki air.


 Jika tangki penuh, insyaALLAH pengaliran air tiada masalah. Namun jika tangki kosong, pengaliran juga akan terganggu.



Ada rumah yang pengaliran airnya sangat perlahan....


Maka bagi yang berkemampuan, kewangan bukan menjadi halangan untuk mereka mendapatkan sebuah water pump....


Apa fungsi water pump? Ia adalah untuk membantu memberi tekanan kepada air yang keluar dari kepala paip.
Mereka akan membeli water pump untuk memberi tekanan kepada air yang keluar dari tangki agar pengaliran keluar air dari paip menjadi lebih besar dan deras.
Pam ada banyak jenis dan balik pada budget kita sendiri untuk memilih yang terbaik.



Namun masih memegang konsep yang asas, air hanya akan keluar mencurah2 bila bukaan paip adalah paling maksimum.

Pam air akan berfungsi dengan baik apabila tanki sentiasa dipenuhi air dan hasil yang boleh dilihat ialah air yang mengalir dari paip sangat deras.

Sama dengan dunia penyusuan susuibu :

Susuibu, tubuh ibu dan vitamin


Kita mengandaikan bahawa payudara ibu adalah seperti paip air, susu hanya akan keluar apabila ibu mengepam atau bayi menghisap.

Jika dilihat dari anologi paip tadi, jika besar bukaan, maka banyaklah air paip yang keluar. Sama juga dengan penyusuan susuibu. Lagi kerap bayi menyusu atau ibu mengepam maka lebih banyak susuibu yang dapat dikumpul.
Badan ibu ibarat tangki air, jika tanki sentiasa penuh, pengaliran air tiada masalah. Samalah dengan dunia penyusuan. Jika si ibu konsisten minum air dan memastikan pengambilan 3liter air sehari, insyaALLAH penghasilan susu tidak terjejas.

Maka apa pulak fungsi vitamin? Vitamin itu hakikatnya adalah berfungsi seperti water pump [ pam air]. Ia membantu agar penghasilan susuibu berlaku lebih cepat dan pengaliran susu lebih lancar. 
Untuk mendapatkan kesan yang optimum, si ibu perlu pastikan badannya cukup mendapat 3liter air sehari.

Vitamin ada banyak jenis, maka balik pada diri kita untuk beri yang terbaik pada diri sendiri. 

Vitamin tak beri kesan pada ibu jika si ibu tidak menyusukan anak atau mengepam dengan konsisten serta pengambilan air kurang dari 3 liter sehari.

So saya harap dengan anologi mudah ini....ramai ibu yang memahami dan mampu menjayakan penyusuan susuibu dengan lebih cemerlang.




Bagi mengetahui set penyusuan yang sesuai untuk anda, boleh refer SINI.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia