Khamis, 22 Mac 2012

# Bercuti # Diariku

Tips ringkas berjalan ke HK Disneyland.

Bagi yang ingin bercuti ke HK Disneyland tanpa travel agen, boleh gunakan beberapa panduan ini :

1. Flight + Hotel bersama AirAsiaGo
Untuk mendapatkan harga yang sangat berpatutan, boleh melawat website AirAsiaGo kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kita boleh memilih hotel mana yang kita mahukan mengikut budget kita dan harga memang sangat berbaloi.




2. Bersedia dengan tandas yang tiada paip air.
Bukan mudah untuk menerima keadaan seperti ini ditempat orang ditambah kita datang dari negara Malaysia. Maka biasakan diri membawa air paip di dalam botol mineral dan bawa ke mana2 kita berjalan. Jangan lupa gunakan kertas untuk mangkuk tandas yang disediakan demi memastikan kebersihan lebih baik. Ianya memang disediakan di airport, tandas di hotel [ untuk awam] dan tandas di dalam taman Disney.



3. Makanan halal di Tahitian Terrace
Walaupun kita hanya memakan ikan, namun sumber minyak jika tidak diasingkan dengan makanan yang tidak boleh dimakan, sangat bagus untuk elak dimakan.
Di dalam Taman Disney, telah ada kedai makan yang halal iaitu di Tahitian Terreace. Ia hanya menyediakan makanan Asia. Bagi mencari makanan lain diluar boleh berpandukan beberapa laman web yang turut menyediakan sebagai panduan bersama.




4. Dapatkan peta MTR [ keretapi laju]
Jika ingin berjalan dari Hotel Disneyland ke bandar Hong Kong, kita perlu menggunakan bas dari Hotel ke Taman Disney untuk ke stesen Disneyland, dari situ kita boleh memilih perjalanan yang mahu dituju. Jangan risau, peta yang diberi sangat lengkap. Ianya dalam bahasa Inggeris. 



Mudah2an tips ringkas ini membantu bagi mereka yang ingin melihat negara orang dan membawa anak-anak melihat Disneyland.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia