Jangan panik bila susu menurun.

Ada dalam hidup ada turun naik...namun yang membezakan seseorang itu adalah masa yang diambil untuk dia naik semula apabila dia jatuh.
Sama juga dengan perjalanan penyusuan. Allah takkan beri kita setiap masa susu yang banyak supaya kita tidak jadi riak.

Saya sendiri dah melihat beberapa kes ibu yang berkongsi gambar susu mereka yang banyak dan mereka diuji apabila bekalan eletrik terputus, habis rosak susu yang disimpan. Tidak kurang mereka yang terlupa tutup pintu fridge dengan rapat...hakikatnya ia adalah salah satu ujian buat ibu yang menyusukan anak.

Maka ibu ini akan menjadi dua haluan, satu kumpulan adalah yang akan putus asa dan tidak lagi bersemangat seperti dahulu DAN satu lagi kumpulan adalah mereka yang bangun dari kejatuhan iaitu memulakan semula misi perjalanan penyusuan mereka.

Ada juga yang biasanya bila memerah akan mendapat hasil yang banyak dan adakala diuji dengan hasil susu yang sedikit...maka jangan sesekali panik. Ambil masa muhasabah diri dengan Allah.

Perasan tak semasa susu meriah, dan kerja pejabat yang bertimbun buat kita leka dengan Allah? Solat mungkin ditinggalkan, mengaji entah ke mana...berzikir terus tiada.
Bilamana susu menurun, oh kita tersedar dari alpa. Namun masih ada juga kumpulan yang sibuk mencari manusia sebagai langkah penyelamat.

Alangkah bagus jika tahu susuibu itu adalah rezeki. Rezeki unik yang dikurniakan oleh Alla dari badan seorang ibu yang menjadi makanan buat si anak?
Maka mengapa tidak sahaja kita meminta dengan Allah?
Namun memang benar doa sahaja tidak mencukupi tanpa usaha.
Usaha itu termasuklah lakukan power pumping, menjaga pemakanan supaya dapat semua zat yang diperlukan oleh badan untuk terus menghasilkan susu, banyakkan minum air dan usaha mendekatkan diri dengan Allah.

InsyaAllah dengan usaha yang selari dengan doa, nescaya Allah tidak akan menghampakan kerana kita sabar dengan ujian. Sesungguhnya ujian yang diberikan adalah agar kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Buat bakal ibu dan ibu baru...maka jangan panik bilamana anda diuji dengan hasil yang menurun. Balik pada Allah kerana rezeki itu datang dari Allah jua. Berkawanlah dengan mereka yang sentiasa membimbing anda untuk terus berjaya.

Catatan Popular