Rabu, 14 Mac 2012

Cerita susuibu: perlu vitamin untuk cantik dan anjal.

Adakala bila kita dilanda kesulitan atau mendapat sakit kita pasti akan berfikiran bahawa penyakit itu datangnya macam ribut dan untuk baik makan masa dan sering diibaratkan macam siput.

Allah sangat suka pada hambaNya yang mengingatinya ketika dia senang mahupun dia susah. Bila kita diberi nikmat, ucapkan alhamdulillah dan jika ada lebihan rezeki buatlah sedikit sedekah. Jika ditimpa kesulitan, ucapkan innalillah hi wa inna ilaihi rajiun.

Selama 3 tahun saya mula fokus dengan konsultasi penyusuan dan supplement si ibu, saya mendapati ada separuh dari kumpulan customer saya yang mencari supplement sebagai langkah berjaga-jaga di masa depan.
Mereka adalah golongan yang sebenarnya TIADA masalah penyusuan langsung tetapi mereka rata-rata mengakui mereka sering keletihan, kulit wajah yang kusam, kedinginan dan berat badan bertambah selari dengan umur anak.

Maka pada saya mereka adalah golongan yang sangat beruntung sebab mereka dah menyediakan payung sebelum hujan. Alhamdulillah mereka sendiri mengakui bahawa pengambilan vitamin membantu mereka atasi masalah keletihan, tiada lagi wajah kusam, tiada lagi masalahan kedinginan dan yang paling seronok apabila berat badan mereka secara perlahan-lahan telah menurun.

Antara sms/ email yang saya terima dari loyal customer saya :

satisfied customer 1
"Salam kak N, bestnya makan vitamin E dan Osteomatrix...masalah kedinginan dah ok dan paling best erola saya balik seperti anak dara. Dulu besar dan hitam so nampak buruk....sekarang tiada lagi. Terima kasih rekomen the right product to us."

Satisfied customer 2
" N just nak share, suami akak kata breast dah nampak anjal selepas sebulan minum ESP dan paling akak suka malam anak menyusu dah tak merengek macam dulu, agaknya dia kenyang. Suka pula minum ESP ni"

Satisfied customer - Puan Faza
" Puan , saya nak order lagi set yang hari tu...suami saya suka pula so bila makan share cepat la habis. Dah tak de letih2 macam dulu walau drive berjam2 pegi dan balik kerja. Susu makin meriah, saya happy!"

Ini antara testi yang saya sharekan, yang tiada nama tu sebab saya terpaksa rahsiakan kerana ini permintaan customer saya.

Mereka mendapat manfaat vitamin bukan sekadar atas permasalahan mereka tetapi nikmat itu juga terkesan pada perjalanan penyusuan mereka.

Seperti yang pernah saya nyatakan, penyusuan susuibu bukan sekadar pada hasil susuibu semata-mata tetapi kesihatan ibu, nutrisi yang disalurkan, perhubungan suami isteri dan kecantikan yang menjadi milik setiap insan.

Berbeza dengan sekumpulan kecil yang membeli vitamin kerana mengganggap vitamin akan banyakkan susu. Mereka membeli disaat mereka dilanda kemerunduman susu....akhirmya mereka kecewa kerana tidak mendapat apa yang dihajatkan dan paling teruk mereka mengatakan produk itu tidak bagus.
Waktu hasil dah merundum, perlu masa untuk kita mendapat balik hasil seperti zaman kemewahan. Sama seperti mereka yang jatuh, perlu masa untuk bangun dan mengongkah semangat untuk maju semula. Pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Cuba renungkan...Apakah hebatnya jika stok susuibu yang banyak tetapi si ibu itu sering keletihan, sering merajuk dan mengamuk ( punca dari keletihan), merasa dingin dan tidak endah dengan hak seorang suami, kulit wajah yang hilang seri dan bentuk badan yang hilang kecantikan dan keanjalan?

Kesimpulannya, jika ibu sihat, mood yang ceria dan bersemangat , isteri yang hebat untuk sang suami sangat penting membantu perjalanan penyusuan yang lebih hebat!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia