Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Friday, February 3, 2012

WAHM - Langit tidak selalu cerah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Setiap kelahiran itu dah tertulis rezeki hambanya....selepas kelahiran Nasa abah dapat offer yang baik, iaitu join projek @ attachment. Dapatlah extra income setiap bulan. Seronoklah saya sebab saya tahu suami saya boleh beri saya loan untuk saya bayar kereta kancil setiap bulan. Syukur, dalam diam suami saya dapat setahun attachment. Memang dalam hati saya mengharapkan ia berlarutan sehingga saya habis cuti tanpa gaji selama dua tahun tapi ALLAH telah sediakan aturan terbaik. Selama suami saya dapat attachment, saya mula menjinakkan diri dengan dunia blogger. Sekadar landasan saya untuk memperkenalkan Shaklee kepada dunia luar melalui alam siber. Income yang saya dapat tak la besar mana, memadai saya kata dapatlah dalam tiga empat ratus sebulan. Kalau nasib baik dapat lebih lima ratus sebulan. Syukur, dengan duit ini saya masih mampu beri mak saya elaun setiap bulan.

Masa kerja, nama pun makan gaji, dapatlah saya hulurkan mak elaun lebih sikit tetapi bila dah jadi surirumah elaun mak saya kurangkan sedikit sebab saya taknak minta dari suami saya. Saya taknak beri mak saya bukan duit hasil saya....maka kalau sikit saya dapat, sikitlah saya hantarkan.

Nak dipendekkan cerita, suami saya dapat surat pindah...kami kena pindah ke KL. Memula tu happy sangat tapi bila dah pindah terus jadi tak best....masakan tidak? Suami saya jaga bahagian operation international. Adakala memang kena pergi oversea yang kita sendiri susah nak call. Aduhai, masa tu masih ingat lagi...kami berjimat cermat dalam berbelanja. Tiada extra elaun macam dulu.

Maka bermula dari sinilah saya nekad nak serius buat Shaklee. Saya mengaktifkan diri saya dalam forum di alam siber. Saya tahu suami saya juga akan tersekat belanjanya kerana banyak elaun yang hilang apabila balik Semenanjung. So saya nekad nak bayar sendiri semua komitmen bulanan saya. Pada saya , saya kena usahakan sesuatu demi menjaga keharmonian rumahtangga kami. Saya tidak mahu kerana masalah kewangan, keharmonian keluarga terjejas. Saya tahu lelaki mulutnya dihati....dia takkan cakap, tapi sebagai isteri saya cuba menjadi seorang yang memahami.

Saya teruskan perkongsian kebaikan produk Shaklee melalui blog ini....dan mulalah banyak cabaran yang datang sepanjang saya berusaha memperkenalkan Shaklee dalam dunia siber. Saya cuma mengharapkan bonus pendapatan dari Shaklee at least seribu sebulan...sekurang2nya dapat saya bayar duit kereta dan bagi elaun kat mak. Alhamdulillah saban bulan pendapatan saya mula menampakkan hasil. Walau tak banyak mana tapi ia sangat membantu saya menguruksn komitmen bulanan saya.

Mulalah cabaran dari dunia siber.....akan saya kongsikan dalam entry akan datang. Stay tune!


Oh ye, jika nak tahu promo Shaklee bulan Februari, jangan segan2 email saya ya!





Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email
Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: