Ramai yang menghantar email kepada saya bagaimana penjagaan anak terutama yang ada masalah allergik dan eczema. Hari ini saya ingin kongsikan antara perkara yang perlu kita lakukan untuk memastikan anak kita sihat dan membesar dengan baik.
Pemakanan
Pastikan anak-anak kita makan dengan seimbang....jangan sesekali amalkan makan yang sama setiap hari sebagai contoh setiap hari anak makan telur. Menu perlu bertukar-tukar walau adakala mereka tak berapa suka, tak pe...slowly ia membantu anak kita mengenali makanan tersebut. Jika hari ini kita masak ikan, pastikan esok menunya berubah, mungkin ayam. Jika dah biasa makan malam nasi, sekali sekala sediakan dalam bentuk pasta atau mee.
Hidangan harian tak lengkap tanpa kehadiran serat dari sayur atau buah-buahan. Anak-anak saya sendiri tak berapa gemar makan sayur, maka saya gantikan dengan buah-buahan potong setiap hari. Serat sangat penting dalam penyerapan makanan, dan mengelakkan sembelit.
Air
Kita perlu monitor berapa banyak anak kita minum air sehari. Sediakan botol minuman yang menjadi kegemaran mereka. Sukat air yang mereka minum melalui botol tersebut. Anak-anak perlu minum air sekurang-kurangnya 1 hingga 1.2liter sehari. Air membantu agar badan tidak dehydrate. Anak-anak yang sedang membesar biasanya sangat aktif. Mereka akan mengeluarkan peluh apabila aktif. Apabila air dalam tidak diganti dengan secukupnya, ini akan membuatkan badan mereka kering dan mudah demam. Waktu persekolahan digalakkan dibekalkan dengan air yang sedikit manis supaya ia membantu membekalkan gula agar mereka bertenaga. Walau bagaimanapun pastikan mereka belajar untuk minum air kosong dan bukan bergantung pada air manis semata-mata.
Mandi
Anak-anak yang membesar memang aktif. Mereka mudah terdedah dengan penyakit apabila badan mereka lembap dengan peluh. Apabila ini berlaku anak juga terdedah dengan pelbagai kuman dan bakteria. Maka mereka ini perlu mandi 3-4 kali sehari demi memastikan badan mereka sentiasa bersih dan kering. Mandilah dengan sabun yang banyak buih demi memastikan badan betul-betul bersih dari kuman dan bakteria. Pemilihan sabun juga perlulah dititikberatkan. Sediakan beberapa jenis sabun dalam bilik mandi adalah salah satu yang membantu untuk elakkan kulit menjadi kering. Jangan terlalu bergantung dengan hanya satu jenis sabun kerana ia berisiko untuk menyebabkan kulit kering.
Penjagaan luaran
Pastikan anak kita sentiasa memakai baju dan pakaian yang bersih. Sangat digalakkan anak kita memakai wangi-wangian serta minyak rambut selain lotion. Nampak macam remeh tetapi jika dah jadi amalan, kita akan rasa ada yang tak kena apabila salah satunya kurang. Mengapa perlu pakai wangi-wangian? Supaya mereka tidak terlalu berbau apabila mereka berpeluh. Minyak rambut membantu atasi masalah rambut anak yang kering dan kelihatan tak terurus. Manakala lotion sangat perlu untuk memastikan kulit anak tidak terlalu kering. Ini kerana anak-anak mudah menggaru apabila kulit mereka kering dan berasa gatal. Apabila ini berlaku kulit mereka akan luka dan kemungkinan bakteria nak merebak lagi mudah.
Supplement
Ia bukanlah segala-galanya dalam menentukan anak sihat. Ia cuma part of usaha sebagai ibu bapa untuk berikan anak yang terbaik. Supplement sebenarnya membantu melengkapkan pemakanan yang diambil secara harian. Ia membantu melengkapkan mana-mana lohong zat dalam badan. Supplement yang bagus diamalkan ialah multivitamin, vitamin c serta minyak ikan. Namun pengambilan ini perlu diringi dengan cukup air kerana pengambilan yang berterusan tanpa air akan menyebabkan anak panas dan mudah mendapat penyakit yang lain.
Anak-anak yang sakit hakikatnya adalah anak yang memerlukan perhatian emak dan ayah. Kita bekerja siang dan malam usaha untuk cari duit pastinya untuk berikan yang terbaik untuk mereka. Namun tanpa kita sedari, hakikatnya mereka tidak perlukan duit, barang mainan atau apa sahaja yang disogok tetapi sebenarnya mereka memerlukan masa dan belaian kasih sayang untuk mereka membesar.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
Salam sayang dari Ibu Addinnasa


1 comments:
Tkasih atas perkongsian yang panjang lebar dan sangat bermanfaat kepada ibu bapa seperti saya ini.
Post a Comment