Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Thursday, February 2, 2012

Mulanya kisah SAHM saya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selepas lahirnya putera kedua saya, saya nekad nak jaga sendiri anak saya. Selama dalam pantang saya dah tak keruan nak fikirkan sape yang nak jaga anak saya, susu perahan dan banyak lagi. So malam tu kami sekeluarga tengok berita....masa tu diumumkan pekeliling baru cuti tanpa gaji jaga anak maksium sampai 5 tahun. Fuh leganya rasa...seolah -olah orang mengantuk yang disorongkan bantal. Saya nekad nak amik 2 tahun sebagai permulaan.

Saya bincang dengan suami....saya kata, saya boleh ajar tuition selama 2 tahun sepanjang cuti supaya komitment bulanan saya tidak menyusahkan suami. Masa tu bukan banyak mana komitmen saya...elaun bulanan mak serta kereta kancil saya sahaja. Saya pun mulakan perjalanan cuti saya. Bila dah ada dua anak, pengurusan masa perlu teratur...mana nak jaga si kecil dan mana masa nak uruskan anak sulung yang bersekolah tadika.

Saya mula rajin buka internet sejak dalam pantang lagi...terpandang satu blog kawan saya Iena Hamdi. Dari situ minat menulis blog saya bermula. Saya nekad nak share kan Shaklee pada kawan-kawan. Dari situ lah pemula langkah saya dalam Shaklee secara online.

Demi menjaga kesejahteraan rumahtangga, saya buat deal dengan suami...saya kata saya nak buat loan dengan beliau untuk komitmen bulanan saya iaitu kereta. Untuk elaun mak saya gunakan duit Shaklee yang memang saya usahakan dari dulu secara offline. Saya ber Shaklee sejak zaman U lagi...so alhamdulillah tengah-tengah bulan ada la duit tambahan dalam 3-4 ratus tambahan untuk saya. So duit itu la saya beri sikit kat mak sebagai elaun bulanan sepanjang saya tak bekerja sebagai guru.
Kalau kita minta bulat-bulat, insyaALLAH suami beri tapi sebab saya nak jaga kesejahteraan rumahtangga. Saya nak suami saya happy dan terima keputusan saya nak cuti tanpa gaji dengan hati yang lapang.

Kenapa saya pilih nak buat Shaklee? Saya rasa saya taknak terikat nak jadi guru tuition di rumah. Tanggungjawab berat sebab masa. Terutama bila suami ada course kat KL, saya pastinya terikat dengan masa mengajar tuition. Mak bapak pasti marah kalau kita mengajar tuition tapi tak serius nak mengajar kalau selalu aje ganti kelas. So saya nekad nak buat Shaklee guna internet dengan perkongsian saya melalui blog saya iaitu anakkuwiraku blogspot.com

Saya tak de modal , cuma saya teruskan perkongsian saya melalui blog semata-mata. Shaklee pula sediakan kemudahan penghantaran produk kepada pelanggan. Maka saya jadikan itu sebagai satu kelebihan. Saya banyak menghabiskan masa saya membaca tentang produk Shaklee dan gunakan internet sebagai medium saya menambah bahan bacaan saya.

Dalam next entry saya akan kongsikan kebaikan menjana pendapatan dari rumah melalui Shaklee. So nantikan next entry ya.








Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: