Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Sunday, February 19, 2012

Kuantiti susu itu satu nikmat dan rahmat Allah jua.

Alhamdulillah, Walau saya bukan LC atau PC namun saya diberi kepercayaan untuk membantu ibu yang menyusu ini meneruskan perjuangan. Setiap hari dalam doa saya, saya sentiasa menghantar doa kesejahteraan buat semua customer tersayang saya. Saya bersyukur ramai customer saya penyabar dan sungguh berhemah. Memang saya minta pada Allah pelanggan yang baik, yang menyenangkan dan alhamdulillah Allah kabulkan. Ada ramai kawan saya buat biz online yang mengeluh dapat customer yang banyak ragam dan buat hati mereka tidak senang. Sebab itu saya selalu yakin Allah beri atas apa yang kita minta dan kita akan dapat apa yang mampu kita tanggung. Bukan saya kata saya tak pernah dapat customer yang banyak ragam, namun ianya hanya segelintir. Rata-rata customer saya mereka yang sabar dan alhamdulillah kejayaan menanti mereka.

Kenapa perlunya SABAR?
Memang kita perlu sabar dan Allah menekankan 16 kali perkataan sabar dalam Al Quran kata seorang ustaz baru- baru ini. Even nak menjayakan penyusuan pun perlu sabar. Ramai ibu yang gagal penyusuan kerana kurang sabar. Siapa kata menyusu itu senang? Perlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat pada Allah. Hakikatnya susu itu adalah rahmat dan nikmat Allah yang Maha Besar. Atas izinNya jua susuibu itu mengalir dari tubuh ibu. Namun ia bukanlah keluar seperti air hujan memancut- mancut dengan tiba-tiba. Ia perlukan ransangan. Ransangan boleh dilakukan melalui hisapan bayi atau perahan menggunakan pam atau melalui tangan yang dikenali dengan nama teknik marmet.
Untuk ada kuantiti susu yang banyak, ibu kena sabar...sabar dalam melakukan sesi ransangan. Jika bekerja, ibu perlu ransang dengan pam atau marmet. Jika tidak, masakan susu akan keluar. Bila dah sediakan ransangan pastikan sabar. Sabar dengan sesi yang seterusnya setiap dua jam atau dua jam setengah. Jangan biarkan jarak ransangan terlalu lama sebab ia boleh membuatkan hasil susu makin merosot.
Jangan lupa ya, lepas pam terus minum air untuk gantikan air yang keluar dari badan tadi. Jika tidak hasil yang berikutnya akan berkurangan sebab badan kita perlukan banyak air.
Banyakkan makan sumber protien dan tinggi kalsium kerana dua zat ini penting untuk pembentukan dan pemulihan tisu-tisu sel.
Bila malam, jika bayi tidur nyenyak...sekali lagi si ibu perlu sabar. Sabar untuk bangun dan teruskan sesi perahan. Kenapa perlu perah pada malam hari? Ini kerana dikatakan hormon prolaktin adalah tinggi diantara waktu tengah malam hingga ke subuh.
Bagi yang muslim, amik peluang solat sunat tahajud dan terus sabar memohon rahmat Allah semoga rezeki susuibu itu dapat diteruskan.

Dua tahun itu jangka masa yang singkat bagi ibu yang sabar dalam mengusahakan hasil penyusuan. Hasil itu adalah rahmat Allah. Jika rasa susu masih sedikit dan tidak banyak, cuba hantarkan sedekah dan terus berdoa pada Allah dengan penuh kesabaran. Rezeki kita dengan orang lain mungkin berbeza. Jangan sesekali kita bandingkan hasil susu kita dengan hasil susu kawan kita. Namun Allah tidak pernah memungkiri janjiNya pada hamba yang sabar dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Jika anda ibu yang tidak sabar, percayalah hati anak yang terbentuk dari susuibu tadi juga akan jadi seperti ibunya, pemarah dan tidak sabar. Ini kerana setiap titik yang keluar itu turut disertakan dengan perasaan si ibu. Jika si ibu banyak berzikir dan mengaji sewaktu memerah, berdoalah agar hati anak yang terbentuk itu penuh tawaduq pada Allah Taala.

Sabar ya wahai ibu. Teruskan perjuanganmu dan peganglah keyakinanMu bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: