Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Tuesday, February 28, 2012

Cabaran sebagai WAHM

Hakikatnya apabila seorang yang bergelar isteri atau ibu yang mengambil keputusan untuk hanya menjadi surirumah yang mana sebelum ini mereka bekerja pasti ada cabaran yang bakal menanti. Masakan tidak, jika sebelum ini kerana bekerjaya, kita punya duit belanja sendiri tanpa perlu menunggu duit ihsan suami. Jika mahu berbelanja adik beradik mahupun mak sendiri tidak menjadi masalah kerana kita punya pendapatan sendiri tetapi bila tidak kerja? Oh semuanya mula menjadi satu perhitungan.....

Masa mula-mula saya mengambil cuti tanpa gaji selepas melahirkan Nasa , saya cuma tahu saya ada dua komitmen...elaun mak dan duit ansuran kereta. Namun selain itu ada lagi cabaran lain....



Nasihat percuma
Bila mula-mula nak ceburkan diri sebagai WAHM, kepercayaan dari sekeliling sangatlah sikit. Rata-rata memberi nasihat percuma, betapa ruginya saya menjadi seorang surirumah sedangkan belajar sampai menara gading tapi at the end cuma duduk rumah. Inilah persepsi orang-orang yang lebih lama makan garam. Saya kuatkan semangat, saya anggapkan apa juga buah fikiran yang diberikan adalah nasihat percuma.


Modal yang terhad
Masa awal-awal penglibatan secara serius saya jujur saya akui antara cabaran nak meneruskan niat nak jadi WAHM ialah Modal. Maklumlah modal tak besar mana dengan kerja sebelum ini. Maka bila ada order, itulah yang saya gunakan untuk buat belian dan sedikit sebanyak hasil bulanan saya kumpul sikit demi sedikit untuk hasilkan modal yang lebih besar.


Pengurusan masa
Pada awal penglibatan memang sangat kelam kabut. Masakan tidak, masa tu ada dua anak...nak uruskan si abang kemudian si adik. Namun saya enjoy ada mereka. Secara perlahan-lahan saya belajar menguruskan masa untuk anak, keluarga , diri sendiri dan biz. Terus terang saya katakan, saya bukan mengadap laptop 8am-5pm. Saya akan lihat email banyak kali tetapi bukan duduk mengadap semata-mata. Kerana rezeki ini datang dari ALLAH jua. Saya cuba pastikan masa sentiasa ada  untuk suami dan anak-anak kerana kita cari rezeki untuk gembirakan mereka.


Membina kepercayaan
Mula-mula memang tak de siapa kenal kita kalau kita tak kenalkan diri dan beritahu apa yang kita usahakan. Namun dari sorang dua customer menjadi seratus dua ratus dalam masa 6 bulan yang pertama. Mungkin orang lain lebih laju namun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Pada saya selagi kita percaya rezeki itu datang dari ALLAH, insyaALLAH teruskan berdoa pada ALLAH jua. Dalam membina kepercayaan perlu kesabaran. Berkat kesabaran itu hasilnya sangat manis. Tiada apa yang mudah dalam dunia ini. Semuanya perlukan kesabaran, istiqamah dan yakin rezeki ALLAH sangat luas.

Walaupun sudah lebih 3 tahun saya sebagai WAHM, namun saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memajukan diri. Saya memang obses dengan penyusuan kerana pada saya dengan meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun kita mewujudkan hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Saya sangat seronok bila dapat membantu ibu-ibu meneruskan perjuangan penyusuan mereka. Saya panjatkan doa setiap hari agar ibu2 yang menyusu ini diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan mereka sebagaimana saya beroleh kekuatan menjayakan penyusuan susuibu lebih 2 tahun untuk setiap anak saya.

Akhir kata, jika kita jadikan sesuatu yang datang itu sebagai cabaran, pasti kita akan lebih maju jaya berbanding jika kita melihat dari sudut ujian mahupun masalah. Ini kerana apabila ia dilihat sebagai bentuk masalah atau ujian, jika tidak kuat dan pendirian goyah kita takkan mampu bertahan.

Jika anda mengimpikan untuk menjadi WAHM satu hari nanti, pastikan anda bersedia dengan apa jua cabaran yang mendatang. Jika anda ingin menjadikan Shaklee sebagai hasil pendapatan anda walau bersifat pendapatan sampingan, boleh maklumkan kepada saya.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: