Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Monday, February 20, 2012

Bayiku nangis kerana hernia

 Dengan kelahirannya yang hanya antara 34-35 minggu, buatkan hati seorang ibu tak keruan...tambah-tambah lagi anak pertama. Syukur apabila hari kedua, doktor meminta ibu cuba menyuakan susu, si kecil terus pandai untuk menyusu. Syukur, walaupun pada pra matang, beratnya hampir 3kg itu membuatkan doktor sendiri teruja. Waktu tu sangat bersyukur pada ALLAH.

Selepas seminggu ditahan dalam hospital sebab kuning, barulah dapat bawa balik si comel. Biasalah bila first time jadi ibu, naluri itu menjadi sensitif dan halus kerana si kecil ini. Pantang dia menangis, terus saya suakan susuibu. Maka, setiap jam saya akan berikan si kecil ini susu.

Namun ada sesuatu yang berlaku, si kecil saya masih menangis walau telah disusukan.Ianya berlarutan sehingga si kecil berumur dua bulan. Namun, sebagai ibu baru saya cuba cari banyak info dari buku dan internet...apa yang saya belajar adalah

1. baby perlukan dakapan si ibu pada 0-6 bulan pertama.
2. nangis bila lapar.
3. nangis bila tak selesa [ napkin basah]
4. ada gangguan para normal
5. sakit

Bila dah berlarutan, dah puas berubat minta ustaz air...si kecil saya masih begitu. Saya masih menyusukan anak saya setiap jam walau hanya 10 minit sahaja untuk setiap sesi. Sebab mak jauh, hanya telefon sebagai perantara. Menangis sedu sedan saya bila si kecil ini menangis. Dan akhirnya kami buat keputusan nak bawa ke klinik pakar kanak-kanak.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami mempunyai hernia di dua bahagian abdomen bahagian kelengkangnya. Memang nampak benjolan itu dan amat ketara apabila si kecil kami menangis. Doktor kata ini perkara biasa bagi anak pra matang.

So dalam keterpaksaan, kami membenarkan doktor membuat pembedahan bagi si kecil ini. Sayu hati hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bayangkan ditambah panik sebab doktor bius terlebih bagi dos bius, kerana berat si kecil saya ketika dua bulan ialah 4.5kg dan doktor bius tak sangka bahawa si kecil ini adalah bayi pra matang. Si kecil saya tidak sedar selama hampir 1-2 jam kerana ubat bius yang kuat itu. Namun syukur semuanya selamat.

Kini si kecil saya dah berumur 9 tahun dan sudah handsome sekarang.....alhamdulillah.

Namun apa yang ingin saya ceritakan....bagi wanita yang bergelar ibu....naluri seorang ibu itu sangat kuat, maka banyakkan berprasangka baik. Tangisan itu tidak semestinya bayi kita lapar terutama jika kita tahu kita memang jaga pemakanan kita, pengambilan air yang mencukupi...insyaALLAH setiap titik susu itu akan mengenyangkan si kecil.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: