Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Tuesday, February 14, 2012

Apa itu endometrosis?

Bila pesakit itu datang kepada saya dengan nama penyakit yang saya sendiri tidak tahu....saya tidak menjadikan itu satu alasan tidak menolongnya mencari rawatan alternatif. Saya call doktor yang juga kawan baik saya dari zaman U, Dr Nurul Azwa Hasny dan bertanya beliau apakah itu sebenarnya endometrosis.
Maka hanya dari perbualan telefon, alhamdulillah ditambah dengan sedikit pembacaan dari internet membuatkan saya memahami situasi pesakit saya tadi.

Basically untuk pemahaman kita yang bukan doktor...endometrosis juga dikenali sebagai chocolate cyst. Jika ia dikeluarkan ia berbentuk kecairan bewarna cokelat. Apa yang saya faham ialah endometrosis berlaku apabila sel tisu endometrium yang sepatutnya menempek di bahagian  rahim yang biasanya akan luruh bersama apabila waktu menstrual tetapi telah tumbuh dikawasan lain termasuklah luar rahim, saluran tiub folopio atau kawasan di sekitarnya. Ini akan menyebabkan pendarahan yang berterusan dan boleh menyebabkan kemandulan jika ianya ditahap serius.


Ada juga saya bertanya kepada kawan saya punca penyakit ini, rata-rata menjawab disebabkan tekanan atau lebih dikenali sebagai stress.

Apakah supplement yang membantu yang boleh diambil sebagai langkah pencegah? Antara yang boleh diamalkan ialah protien, b complex, vitamin c dan GLA.* Setiap vitamin ini sangat membantu pertumbuhan sel dan tisu tubuh yang sihat.


Boleh baca sini sebagai tambahan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: