Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Thursday, January 12, 2012

Surirumah : tips mencari pendapatan sampingan secara online.

Saya dah yakin dan nekad untuk berhenti demi keluarga saya....dan tak bermakna ini kerana suami saya mampu nak tanggung semua liabiliti saya tetapi sebab saya juga mempunyai usaha sampingan demi membantu kewangan dan ekonomi keluarga saya.

Saya dibesarkan dengan sebuah keluarga yang sederhana , mak tak kerja dan mula kerja bila abah meninggal dunia. Satu pertukaran zaman yang buat saya cukup sedih....sebab abah meninggal di kala saya di Universiti [ Asasi UM] , adik-adik kecik la kesian sebab mereka terpaksa membesar dengan mak yang bekerja. Memang tak sama....mungkin mereka lebih berdikari sebab dikala mak kerja mereka tinggal dengan arwah atok. Namun syukur sekarang semua dah besar.

Namun saya tahu membesar dengan mak yang tidak bekerja memang beza dengan membesar bersama mak yang bekerja. Addin pernah lalui, saya bekerja sebagai cikgu. Bila ada mesyuarat,saya terpaksa tinggalkan dia di sekolah sehingga petang. Nasa lebih beruntung sebab sejak lahir saya menjaganya dari rumah. Mungkin rezeki anak-anak. Saya tetap bersyukur kerana melalui dua situasi ini. Bila kawan cerita, saya memahami sebab pernah duduk dalam situasi itu.

Saya yakin semua orang tak kira surirumah atau pun yang mempunyai kerja hakiki inginkan pendapatan sampingan. Namun saya yakin semua mencari sesuatu yang mudah. Mungkin ada juga yang sanggup menggunakan masa tambahan untuk lakukan kerja sampingan. Kekangan yang mungkin berlaku ialah kita tak punya banyak masa untuk diri , keluarga malah dengan masyarakat.

Namun apa yang saya nak share kan di sini ialah bagi surirumah yang ingin mencari pendapatan sampingan dari rumah. Saya sendiri melakukannya hanya dari rumah. Alhamdulillah, saya mampu membantu diri saya , keluarga malah saya mampu memberikan mak saya elaun setiap bulan hasil duit saya sendiri. Saya nak kongsikan tips bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan , antaranya ialah

1. Mempunyai internet - sekarang zaman IT, ramai yang suka membeli secara online kerana ianya lebih menjimatkan masa dan minyak.

2. Berniaga barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi yang melibatkan ilmu [ menulis buku etc], kelahiran [ ibu dan anak], perkahwinan, makanan dan teknologi.

3. Sangat bagus jika produk mempunyai kelebihan pesanan berulang atau " repeat order".

4. Berpengetahuan yang dalam bidang yang diceburi. Banyakkan membaca agar pelanggan lebih yakin. Sangat  bagus jika kita sendiri mengamalkan apa yang kita jual supaya kita lebih memahami kebaikan produk.

5. Pastikan modal adalah berpatutan. Elakkan membuat hutang untuk modal yang boleh membebankan diri memandangkan kita adalah surirumah.

6. Masa yang tertentu. Sebagai contoh sediakan masa saya 3-4 jam sahaja sehari untuk uruskan pesanan dan lakukan apa yang patut untuk biz anda. Kita perlu ada masa untuk beriadah dan bermasyarakat.

7. Mendapat restu suami. Sangat penting agar rezeki itu dipermudahkan.

Untuk benar-benar berjaya, perlukan masa....ia tidak terjadi sehari dua untuk perniagaan terus maju. Biasanya paling cepat sekalipun 3 bulan sebab ia masa untuk orang kenal kita dan kita sendiri masih dalam mencari kesesuaian masa untuk di selenggarakan memandangkan kita adalah surirumah.

Paling bagus jika kita ada kawan yang turut sama menjalankan perniagaan. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran. Untuk menjalankan perniagaan secara online tidak semudah dengan kata-kata. Ia perlukan kesabaran yang tinggi melayan karenah pelanggan selain kita perlu istiqamah jika ingin terus berjaya.

Saya sendiri dah berkongsi kebaikan produk Shaklee selama 4 tahun lebih secara online....alhamdulillah telah ramai surirumah yang mendapat manfaatnya terutama bagi mereka yang benar-benar mahu berjaya dan bersungguh berusaha untuk menjana pendapatan walau dari rumah.

Apa kata kawan saya ini? Beliau juga seorang surirumah dan kini menjadi salah seorang dari anak didik saya.....yang menjalankan Shaklee sebagai pendapatan sampingan:




" Bestnya menggunakan IPAD 2.. Alhamdulillah housewife pun mampu guna iPad tau.. Berkat bisnes online dari rumah.. ;-) "  - Farah.

Saya mengenali beliau melalui satu panggilan telefon. Farah bersungguh ingin mencari pendapatan sampingan memandangkan beliau berhenti kerja kerana ingin duduk rumah membesarkan 3 anak lelakinya. Kini tidak sampai 6 bulan, Farah telah mencapai impian dan cita-citanya mempunyai pendapatan yang stabil hanya dengan biz online dari rumah, alhamdulillah. 
Saya doakan Farah dan ramai lagi surirumah yang saya bimbing lebih maju jaya di masa akan datang.
Saya menyediakan kelas tertutup bagi mereka yang benar-benar ingin berjaya dalam lapangan ini. Namun saya tidak memaksa ...saya hanya memberi bimbingan dan sokongan moral untuk kita sama maju jaya. Ia balik pada diri dan dimana ada kemahuan , pasti ada jalannya!

Akan datang saya akan kongsikan testimoni mereka yang memang mempunyai kerja hakiki tetapi menjana pendapatan sampingan bersama saya, insyaALLAH.

Anda bagaimana?

Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila emailkan kepada nnorita78[@]yahoo.com untuk mengetahui bagaimana kami lakukan hanya dari rumah. Tidak kurang juga jika anda hanya ingin menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan selain anda mempunyai kerja hakiki. Modal serendah RM75 WM sebagai langkah permulaan!

Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia perlu usaha dan kesabaran. Yakin pada diri, insyaALLAH pasti boleh!


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: