Alhamdulillah syukur pada Allah, segala urusan dipermudahkan... Petang tadi ke pejabat poslaju dengan hampir 20 parcel .... Malam ni belum sempat nak pack pesanan yang dah berbayar petang tadi sebab saja merehatkan diri depan tv dengan anak-anak.
Masih banyak yang perlu diuruskan sebelum balik KL untuk traning next week. Harap semoga Allah membantu dalam setiap urusan... Hasbunallah waniqmal wakeel.
Alhamdulillah happy hari ni sebab consult beberapa lagi ibu baru yang baru dalam dunia penyusuan. Memang ramai kawan yang suruh amik course LC atau nama panjangnya Lactation Councelor tetapi seru belum sampai. Saya lebih suka jadi supplement consultant ....
Paling buat saya seronok saya dapat kongsikan pemahaman jelas saya tentang milk booster yang menjadi satu bahan minat ibu2 yang nak banyakkan susu mereka tanpa mengetahui kepeluan badan yang sebenar....
Makanan atau minuman atau apa sahaja yang kalian panggil booster bergantung pada diri individu. Kekerapan mengepam akan meningkatkan hormon prolaktin. Namun ianya perlu selari dengan hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini akan meningkat apabila si ibu itu happy dan tenang. Apabila makanan / minuman itu membuatkan si ibu itu gembira, maka secara langsung ia melonjakkan hormon oksitosin. Ditambah apabila baby kerap menyusu atau pam, maka si ibu akan mudah mendapat LDR iaitu let down reflex.
Maka booster atau makanan itu perlu selari dengan kehendak si ibu. Ada ibu kerap pam tapi stress maka prolaktin yang meningkat tetapi tidak selari dengan oksitosin maka badan takkan menghasilkan susu dengan lancar. Berbeza dengan ibu yang mempunyai oksitosin yang tinggi [ tenang, gembira dan manage stress dengan sangat baik] ditambah apabila kerap pam/ menyusu bayi...susunya akan keluar dengan banyak dan mudah.
Saya bukan LC namun saya cuba memahami keperluan dua hormon ini dengan baik ...sebab itu bagi mereka yang makan supplement/ booster anda hanya akan dapat kesan yang baik apabila dua hormon ini seimbang.
Jika anda perlukan penerangan dengan lebih jelas, boleh hubungi saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments:
Post a Comment