Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Friday, January 20, 2012

Stress antara punca eczema merebak?

 Zaman dulu kehidupan tak sehectic sekarang....sekarang sekolah pagi petang , hujung minggu aktiviti tambahan....memang banyak yang buat kita mudah rasa stress. Anak-anak saya sekolah pagi dan petang. Pagi untuk sekolah sekular manakala petang sekolah agama.
Memang adakala rasa kasihan sebab mereka senang keletihan...tetapi kalau mereka tak dihantar ke sekolah petang, aktiviti mereka banyak kepada television semata-mata dan mereka mudah boring.
Saya paling kasihan dekat Addin sebab memang ketara kalau dia stress, ditambah bila ada homework dari dua-dua sekolah, dia akan tidur sedikit lewat akan kelihatan kulit dia kemerah-merahan tanda awal eczema. Kalau dia mula menggaru, kulitnya akan luka dan ia akan merebak dan menjadi kulit yang kering dan rasa tidak halus.
Namun minggu ini, saya cuba pastikan dia tidur awal, siapkan kerja yang patut dan minum sekurang-kurangnya 1-1.5 liter air masak sehari....dan pagi saya mandikan Addin selepas saya mandikan Nasa. Walaupun umurnya dah menjangkau 9 tahun, saya mandikan juga supaya dia tahu ibunya ada masa untuk dia hatta saya sibuk dengan pertanyaan email dari kawan-kawan serta pertanyaan tentang produk yang saya amalkan.

Makan tengahari dan makan malam memang saya suapkan untuk dua-dua anak saya. Memang mereka boleh suap sendiri tapi saya suka rumah bersih dan kerja saya pun senang. Mereka pun suka makan di rumah bila abahnya dilaut.

Alhamdulillah, sangat beza perkembangan kulit Addin. Syukur....saya harap saya akan sentiasa menyediakan masa yang berkualiti buat dua anak bujang saya ini..... anak yang membesar dengan penuh kasih sayang dan perhatian akan membesar dengan jiwa yang baik.








* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: