Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Thursday, January 19, 2012

Rahsia sebuah kejayaan.

Arwah kaunselor peribadi saya selalu nasihatkan, setiap bulan gunakan duit gaji kamu untuk beli buku...sebab dengan membaca ia membantu menjana minda terutama buku yang melibatkan ilmiah dan bukan gosip liar ya.

Memang benar, jika kita banyak membaca , bahan bacaan tersebut sebenarnya akan memberi kesan kepada kehidupan serta peribadi kita dan ia bergantung pada bahan bacaan kita.

Untuk berjaya dalam apa jua yang kita usahakan, kita perlukan keyakinan diri...mungkin ada sesetengah orang jiwanya sangat kuat tanpa perlu sokongan dari belakang namun ada antara yang memang memerlukan sokongan dalam membentuk keyakinan diri yang lebih jitu.

Pembacaan sangat membantu membentuk minda yang positif. Minda yang positif tidak terbentuk dari kata-kata yang dilafazkan di mulut tetapi dapat dilihat dari perilaku kita bila menghadapi suasana atau cabaran.

Hakikatnya mereka yang berjaya adalah mereka yang menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukan halangan untuk mereka lebih berjaya. Mereka yang gagal pula adalah mereka yang menganggap masalah itu sebagai satu halangan untuk mereka berjaya. Biasanya golongan ini suka menyalahkan orang lain atas kegagalannya.

Orang yang berjaya yakin pada kemampuan diri mereka bahawa mereka boleh berjaya. Dalam minda mereka banyak yang baik dan pra sangka yang baik belaka. Tidak sama sekali mereka menyalahkan orang lain atas segala masalah yang berlaku.

Bukan senang nak ada pemikiran yang positif tetapi percayalah dengan membanyakkan membaca, ia sangat membantu untuk kita yakin dengan kekuatan diri, kebolehan serta apa jua usaha yang sedang dilakukan.

Banyakkan membaca dan jangan bergantung dengan hanya satu jenis bahan bacaan kerana ia tidak membuka minda kita dengan luas. Seperti contoh buku motivasi, setiap penulis mempunyai gaya penulisan mereka tersendiri....maka lebih banyak yang dibaca lebih banyak kaedah yang kita temui.

Sebagai menutup penulisan saya hari ini....

Orang yang bijak tahu bila sepatutnya diam dan berhenti bercakap. Orang yang beriman hanya bercakap baik atau diam sahaja. Orang yang waras hanya bercakap bila perlu. Orang yang baik hanya bercakap apa yang dia tahu. Orang yang berhikmah hanya bercakap tepat pada "apa", "mengapa", "bila", "di mana" dan "kepada siapa". Jadilah orang yg bijak, beriman, waras, baik dan berhikmah.- Syed Abdul Kadir Aljoofre



Sebarang pertanyaan sila

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: