Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Saturday, January 21, 2012

Pemakanan yang penting untuk menjayakan penyusuan

 Ada ibu yang bertanya kepada saya, kenapa selepas makan durian, payudara senang bengkak dan rasa penuh susu?
Apa yang boleh saya jawabkan ialah...ini kerana durian kaya dengan protien dan karbohaidrat namun ianya tidak berlaku pada semua ibu. Ianya berlaku hanya kepada ibu yang menikmati rasa durian itu dengan perasaan gembira. Apabila situasi ini, maka hormon oksitosin adalah tinggi berbanding mereka yang tak tahan bau durian apatah lagi tidak suka memakannya.

Komposisi utama dalam susuibu ialah protien , diikuti kalsium dan vitamin serta zat galian yang lain. Mengapa protien?
Ini kerana sel badan manusia terbina dari protien. Kulit, rambut dan semua anggota adalah dari protien. Sebab itu bila anak kecil demam panas, kita sebagai ibu bapa perlu risau, khuatir demam panas yang berlarutan boleh merosakkan saraf di otak. Semua organ dibina dari protien.
Kalsium pula perlu untuk bina saraf, tulang dan gigi. Tanpa kalsium yang mencukupi, pembesaran anak mungkin akan terbantut.
Vitamin dan zat galian diperlukan untuk pembesaran dan antibodi anak. Anak yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah pembesaran dan berat badan yang terganggu.
Apa yang perlu diambil oleh ibu yang menyusu ?

Multivitamin lengkap dengan zat besi: demi memastikan ibu cukup zat besi semasa menjayakan penyusuan agar tidak mudah pitam atau raa pening disebabkan kurang darah. Ia juga sangat penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam keadaan tekanan yang terkawal)

Vitamin C sangat membantu untuk ibu mengtas tekanan yang dilalui beserta untuk sistem imun ibu dan anak.

Kalsium perlu utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukan kalsium. Dei memastikan tidak berisiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang yang sempurna membantu penyerapan vitamin dengan lebih mudah.



Jika anda benar-benar ingin menjayakan penyusuan susuibu, jagalah pemakanan dengan seimbang kerana ia membantu emosi ibu sihat serta anak membesar ibarat juara!






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email
Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

2 comments:

Mat Som said...

Assalamualaikum, kunjungan balas, komen mengomen

Mat Som said...

Assalamualaikum, kunjungan balas..tkasih..