Salam bahagia kepada semua pembaca setia blog ini. Alhamdulillah kita ditemukan dengan tahun baru iaitu 2012. Sempena itu saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baru dan semoga kehadiran 2012 membawa lebih banyak rahmat dan sejahtera dalam hidup kita dan keluarga kita.
Saya yakin ramai yang meletakan banyak azam tahun baru tidak kurang mereka yang fokus dengan pelaburan akan cuba memastikan hasil pelaburan mereka pada tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya.
Bercerita tentang pelaburan, saya ingin mengajak kalian merenung sejenak tentang pelaburan yang tidak nampak. Antara pelaburan yang kita tidak nampak ialah bersedekah. Sudah pasti ianya susah untuk diperjelaskan bahawa pelaburan ini sangat menguntungkan kerana ia tidak terzahir namun bagi mereka yang yakin sudah tentu mengambil peluang menjana lebih banyak kejayaan dan kesejahteraan.
Saya ingin mengajak kalian sempena tahun 2012 kita menyediakan sedikit bahagian dari pendapatan kita melabur dalam perkara kesihatan jasmani dan rohani. Saya mengandaikan bahawa pembelian apa jua supplement adalah sebagai satu pelaburan kita untuk kesihatan yang baik dalam jangka panjang. Jika sakit menyinggah tidak bermakna pelaburan itu sesuatu yang sia-sia kerana adakala penyakit itu merupakan kifarah penghapus dosa. Even pelaburan emas ada pasang surutnya. Namun secara peribadi saya sendiri mengandaikan pengambilan supplement ini ibarat memakai tali pinggang keledar. Jika tidak terjadi apa2 , alhamdulillah satu nikmat besar. Namun jika diuji dengan kemalangan selagi tidak tertulis namanya ajal insyaAllah ia membantu agar kita tidak terlalu parah berbanding mereka yang memandu tanpa memakai tali pinggang keledar.
Pelaburan seterusnya ialah sedekah yang berterusan tanpa perlu kita lakukan secara paksa rela. Adakala kita akan banyak bersedekah apabila kita diuji dengan anak yang sakit, ujian harta dan sebagainya. Apa kata mulai tahun 2012 kita memastikan setiap bulan duit yang diterima itu disalurkan untuk pelaburan rohani. Pesan arwah abah saya, sedekah itu pendinding dari musibah dan penyakit.
Mari kita jadikan pembuka 2012 dengan satu azam dan amalan yang baik secara berterusan selagi hayat dikandung badan. Mari kita menyimpan matlamat bahawa kesihatan yang baik adalah kunci kesejahteraan. Apabila badan sihat menjana otak yang cerdas. Bila hati tenang menjana keseimbangan emosi dan mental.
Jangan berkira pada hanya yang terzahir. Kita akan menghargai kesihatan apabila sakit datang menyinggah. Jom kita pastikan 2012 kita mendapat tubuh badan yang sihat , ideal dan sejahtera serta seimbang keperluan rohani dan jasmani.
Salam sayang dari
Ibu Addinnasa

1 comments:
Betul kata akak, melabur pada yang tidak nampak sepatutnya diamalkan oleh setiap orang! Selamat tahun baru, semoga sentiasa gembira :)
Post a Comment