Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Saturday, December 31, 2011

RM 30 setiap hari untuk merawat masalah eczema.

Alhamdulillah selepas saya berjaya memastikan menu harian dengan  buah-buahan potong beserta beberapa kotak jus buah setiap hari...saya dapati masalah eczema Addin semakin berkurangan. Sangat berbeza dengan sebelum ini...saya akan monitor air yang anak saya ambil supaya kulitnya tidak kering.

Addin mempunyai masalah kulit atopic eczema...bila terlalu kering dan dia mula menggaru...maka mulalah kulitnya akan lebih teruk kerana luka akibat digaru. Lebih teruk jika kurang air ia akan merebak dengan lebih teruk.

Selain pengambilan supplement untuk membantu kulit Addin moist...saya pastikan Addin minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari. Tapi selepas saya cuba tambahkan banyak buah serta air jus dalam menu harian, memang lagi ketara kulit Addin sekarang...alhamdulillah.

Bagi mereka yang mempunyai anak lebih 2 tahun dan mempunyai masalah yang sama, apa yang boleh saya sarankan ialah cuba amalkan pengambilan buah-buahan serta jus buah dalam menu harian selain mengambil supplement yang membantu melahirkan sel kulit yang sihat dan moist.

Bagi mereka yang suka menggunakan cecair organik Shaklee yang lebih dikenali sebagai Basic h, apa yang boleh saya sarankan, amalkan hanya 3-4 titik dalam baldi yang besar...dan amalkan selang sehari. Namun bagi atopik eczema , cuba perhatikan kulit anak setiap hari...jangan sampai terlalu kering kerana ini akan menyebabkan si anak mudah rasa gatal dan menggaru pada tempat yang mempunyai masalah eczema.

Cuba sapukan lotion yang sesuai pada kulit si manja selain menjaga pengambilan air dan makanan harian mereka.

Jika anda ibu yang menyusu, pengambilan alfalfa dikatakan boleh mengurangkan masalah ini namun pengambilan alfalfa adalah mengikut kesesuasaian si bayi. Jangan sesekali memakan alfalfa dengan banyak secara sekaligus tetapi secara berperingkat. Walau bagaimanapun, adalah sangat bagus jika seorang pembeli itu sentiasa keep in touch dengan pengedar...supaya segala info atau kemusykilan dapat dijawab dengan baik.










Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Wednesday, December 28, 2011

Dulu part time....

 Alhamdulillah lega rasa bila dah dapat jumpa GB dan minta pendapat beliau ...saya dah nekad nak letakkan jawatan sebagai guru akademik. Tak sanggup nak tinggal anak di rumah orang mahupun mana-mana taska. Memang ada kelebihan dan kekurangan bila dah berhenti makan gaji....namun itulah yang dinamakan hidup. Tiada satu pun yang hidup tanpa ujian dan kekangan.

Hari ni saya cuma sempat siapkan order bagi customer yang buat pesanan awal sebelum jam 12...saya minta Shaklee proceed kan terutama mereka yang order secara fullpack. Bagi semua order euphoria trial pack saya akan poslaju pada 29 Disember. 

Kawan-kawan di sekolah tadi semua sibuk isi borang option...rasa tak sanggup nak kerja bila kenangkan anak-anak. Semenjak lahirkan Nasa saya dah biasa duduk uruskan rumahtangga. Alhamdulillah sambil-sambil saya buat biz Shaklee saya...yang mana saya gunakan blog untuk mengisi masa lapang saya bila anak-anak ke sekolah.

Alhamdulillah suami pun dah beri restu untuk saya tidak bekerja....syukur pada ALLAH. Syukur juga ada pendapatan Shaklee kerana sekurang-kurangnya dapat saya bantu mak dan keluarga.

Bercerita tentang Shaklee, saya memang dah lama menjadi ahli...dah nak masuk 12 tahun...alhamdulillah. Saya suka produk ini sebab kualiti dan harganya setanding. Tidak terlalu mahal mahupun terlalu murah. Pada saya harganya moderate dan ramai yang mampu beli.
Penghantaran stok order juga Shaklee uruskan bila customer order dan saya tiada stok...maka Shaklee akan tolong courierkan melalui Gdex ataupun Ctlink.

Bolehlah buat biz sambil-sambilan selain uruskan anak dan rumahtangga.....kalau dulu ianya part time maka lepas resign ni, ia akan jadi fulltime insyaALLAH.
Bagi kalian yang menghantar email , harap bersabar menanti balasan email ya....saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.

Apapun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih khas buat semua customer saya yang setia membeli dengan saya setiap bulan. Doa saya agar ALLAH memenuhi segala keperluan kalian, memberikan kesihatan dan kesejahteraan atas duit yang dibelanjakan untuk mencari kesihatan yang baik.








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Supplement memudaratkan kesihatan.

Satu artikel pendek ini telah memenuhkan email inbox saya....mereka terutama customer saya jadi risau tak tentu pasal. Mana taknya, mereka pengamal tegar supplement dan bila membaca penulisan ini menjadikan mereka terkedu sebentar dan meminta penjelasan lanjut dari saya.




Masih saya ingat satu video yang pernah saya tonton...dalam video tersebut dinyatakan bermula 2011 seterusnya manusia lebih banyak hidup dalam tekanan, maka pengambilan supplement adalah salah satu cara yang disarankan untuk mengatasinya selain memastikan keperluan rohani dipertingkatkan.

Maka bagi mereka yang oppurtunist, pastinya mengambil ini satu peluang perniagaan dengan menghasilkan supplement mereka sendiri. Maka sampai satu peringkat kita dapati lambakan supplement dalam pasaran sehingga membuatkan manusia keliru untuk memilihnya.

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi....dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C...pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?


Sebagai pengamal tegar supplement selama 12 tahun , saya memilih Shaklee kerana :

Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.

Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.


UJI Vitamin anda.

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.


Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan  bukan kerana trend semata-mata.

Antara artikel menarik yang ingin saya kongsikan...Keunikkan Shaklee.




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Pam dengan konsisten membantu tingkatkan penghasilan susuibu



 Beliau seorang ibu yang mengepam secara konsisten ditempat kerja...dan beliau mendapati dengan pengambilan supplement dengan cara yang betul dan keperluan lain dipenuhi dengan baik sangat membantu untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.

Beliau mengamalkan set B + ESP. Saya berikan konsult cara pengambilan vitamin beserta jadual pam sekali untuk memudahkan beliau melihat hasil yang diperolehi.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Friday, December 23, 2011

Yakinlah dengan DOA mu....

Saya teringat masa saya kecil dahulu, bila kami balik kampung abah di Johor Bahru saya suka bangun pagi dan duduk kat laman rumah arwah atok saya....selain menikmati pemandangan apa yang saya suka lihat ialah beberapa orang jiran atok saya sebelum keluar bergerak dari rumah mereka [menggunakan basikal] mereka akan berdiri tegak dan menadah tangan sambil membaca doa. Itu antara perkara yang suka saya lihat masa berada di kampung arwah atok saya dulu.

Saya kagum kerana mereka benar-benar memperaktikan amalan-amalan yang baik iaitu berdoa.

Ramai antara kita yang bukan tidak mahu berdoa tetapi kita kurang yakin dengan doa.

Mengapa kita tidak yakin dengan doa?
Antara sebab ramai tidak percaya dengan doa kerana merasakan doanya tidak dikabulkan, doanya lambat menjadi nyata.

Pesan arwah abah.....
Masih saya ingat masa umur saya 14 tahun, arwah abah pesan...kalau nak sesuatu perkara itu berlaku pada masa akan datang maka mulakan doa dari sekarang. Abah pesan saya doa dapat jodoh yang baik. Bayangkan masa tu umur saya 14 tahun....dalam tersenyum namun saya menjadikan ia amalan. Abah selalu pesan, doalah dengan penuh yakin. InsyaALLAH ALLAH akan sampaikan hajat atas apa yang di doakan.
Doa yang baik-baik supaya yang baik juga berlaku.

Terapkan doa dalam kehidupan harian....
Masih ingat lagi arwah abah pesan, jangan sesekali putus asa dalam berdoa ...kata arwah abah, ALLAH takkan tolak doa kita. Jikalau kita berhajat sesuatu namun doa itu digantikan dengan sesuatu yang bukan seperti  kita mahukan....Sesungguhnya ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik buat kita. Namun itu jika kita melihat dengan mata hati bukan mata kasar semata-mata.

Bila kita berharap sesuatu sebagai contoh untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik [jawatan yang lebih baik] namun belum berhasil, jangan kecewa jangan berputus asa kerana ALLAH telah aturkan yang lebih baik untuk kita. Masa itu akan datang dengan sendirinya pada waktu yang kita sendiri mampu untuk menanggungnya.

Berdoalah...
Berdoalah dikala kita senang mahupun susah...



Apabila kita di dalam kelapangan dan kesenangan...maka berdoalah
 " Ya ALLAH ku panjatkan syukurku padaMu dan ku berharap dengan redhaMu kelapangan ini dan kesenangan ini diberkati di sisiMu. Jangan sesekali KAU biarkan aku leka dan alpa dengan nikmat ini. "


Berdoalah dikala kita diuji 
" Ya ALLAH sesungguhnya ujian ini datang dariMu jua Ya ALLAH maka kepada ALLAH ia kembali. Berikan aku kekuatan untuk melaluinya. Aku yakin ujian ini mampu buat diriku maka peliharalah aku agar aku tidak tergelincir dari landasanMu Ya ALLAH."




Maka marilah kita berdoa yang baik-baik dalam kehidupan kita. Doa yang baik, maka yang datang juga adalah yang baik.

Sesungguhnya ALLAH Maha Kaya dengan sifatNYA yang PEMURAH. DIA Maha Memberi. Maka Mintalah.

Ud'uni astajib lakum "Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" (QS. al-Mu'min:60).


Semoga kita menjadi umat yang saling mengingatkan ke arah kebaikan.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, December 22, 2011

Kisah benar : Perkongsian perjalanan penyusuan seorang ibu....

 Ini email dari salah seorang customer saya....

Salam kak anne

Apa kabar akak dan keluarga? harap2 semua sihat dan bahagia hendaknya.. erm.. masih ingat kat saya naimmah yg beli set esp+eupho set pasa 24 November yg lalu.. ermm..ni saya nk cerita sikit pasal pkembangan saya.. maafla tak contact @ sms akak... mesti tertanya-tanya pasal saya ek.hihih...camna nk mula cerita erk..

Sebenarnya.. saya telah makan vit + esp sejak dapat drpd kak anne hr tu.. lepas 3 hari.. alhamdulillah susu makin banyak dan anak saya pun semakin sihat..kalu biasa pam 30 min baru dpt 4 oz.. skrg 6 oz..ditambah dengan saya lakukan PP sebelah siang dan malam...alhamdulillah..saya bersyukur...selepas seminggu, saya demam..selang sehari demam pun hilang..tapi lepas tu dtg balik demam..demam kali nie..demam menggigil dan sejuk yang teramat sangat..so saya pergi ke klinik pakar bersalin memandangkan saya baru sahaja 2 bulan lebih bersalin..

Lepas tu, doktor kata saya maybe mengalami jangkitan kuman@bentan..tp ntah la..maybe juga byk faktor yg penyebabnya..stress ..tak cukup rehat..xcukup tido.. salah satu faktor maybe.. so doktor melarang saya memakan sebarang makanan telur, kekacang..apa jenis kekacang dan seefood....sehingga saya betul2 sihat baru leh makan semula.. maka semua pengambilan vitamin shaklee saya rujuk dulu pada doktor..dan doktor kata pil-pil tu xda masalah....tetapi ESp saya tak boleh makan lagi masa tu.. so saya makan ubat yg diberi doktor shj pd waktu itu termasuk antibiotik dan ubat tahan sakit.. selama 3 hari saya dipantau dan diperiksa semula dan diambil darah utk check tahap sel darah putih saya jika ada jangkitan.. a;hamdulillah..saya tiada jangkita kuman dlm darah dan demam tiada cuma sakit kepala+pening masih terasa... lama-lama ..hari demi hari.. sakit saya hilang..alhamdulillah..syukur..tu satu bab cerita..

masa saya berpantang dan sehingga ke minggu lepas lebih kurang hampir 3 bulan nie..saya kene buasir dan sembelit.. so tiap kali buang air besar saya kene buasir dan berdarah.. until jumpa doktor pakar hari tu..dan makan ubat dan pakai neo-healer alhamdulillah..minggu nie saya buang air besar dgn lancar dan tiada berdarah..utk pgetahuan kak anne, dlm tempoh saya tak sihat tu..saya tak makan vit shaklee dan esp.. dan baru seminggu saya makan semula vitamin b-complex, vit. C, vitalea dan ostematrix.. esp saya belum sentuh lagi.. ingat minggu depan saya akan mula makan esp semula.. saya suka sgt minum esp tu..sedap walaupun hanya campur air sahaja..

utk pgetahuan kak anne juga, kini susu saya makin banyak dan breast cepat bengkak.... sekali pam 30 min dpt 7-8 oz dan bila buat PP (power pumping) leh dapat 10-12 oz dlm masa sejam.... apa yg saya dapat saya bersyukur..vitamin yg saya makan sebenarnya memberi tenaga dan saya lebih stabil.. walaupun tak mkn shaklee masa saya sakit hr tue susu tetap ada.. bf tetap saya lakukan..cuma lebih ke arah pumping takut anak kene jangkit demam saya.. sekarang kerap df..weekend je.. df byk kali.. cuma saya cepat letih la..xcukup rehat.. saya makan shaklee semula.. maybe ambik masa lg utk tubuh saya sesuai dgn vitamin..belum lagi 90 hari kan..so saya kene sabar byk2.. harap dpt membantu saya lebih bertenaga dan kuat utk bf ini dan menjalankan tugas2 sbgai seorg isteri dan ibu.. biasa la kak anne pgalaman pertama ni dugaan ni terasa berat sikit.. tapi saya tetap tenang dan bersabar..

semalam pum sebelah breast kiri sekali pam dapat 5 oz..dalam masa 20 minit... bagi saya itu pencapaian yg baik bg saya..kalo dulu nak dapat 5 oz kene campur breast kirikanan..skrg alhamdulillah.. anak saya pun sihat..ceria.. tkda masalah..alhamdulillah..

kak anne, saya sentiasa mgikuti pkembangan akak dlm blog dan fb ...bila hp di tgn ..bukak la blog akak tgk ada apa2 info yg leh mbantu saya dan menambahkan ilmu ttg bf ni.. jgn xtau..senyap2 je kan..hihihi..apapun saya sentiasa kak anne dapat terus memberikan info dan nasihat di dlm blog tue.. dan saya ingin mengucapkan terima kasih byk2 pada kak anne atas ilmu yg dikongsikan..syukran jazilan ..:-)

insyaAllah... saya akan cuba utk terus berhubung dgn kak anne dari semasa ke semasa..harap2 kehadiran saya @ client akak nie tak menganggu akak ek...ok kak anne ..anak saya tgh tido lg..saya nak pum dulu ek..

terima aksih byk2..dan...salam ukhwah..salam penyusuan ibu..

Nor Naimmah Othman





Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau call/whatsapp kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Wednesday, December 21, 2011

Anak sakit dan sedekah. Ajaibnya sedekah bila dijadikan amalan.

 Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua [ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?
Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Kisah yang menarik hendak dikongsi:
Asfaza [ bukan nama sebenar] beliau adalah seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yang bekerja sebagai kerani. Beliau sering menggunakan harta benda pejabat untuk kepentingan peribadinya. Tidak kurang dari itu, beliau sering menggunakan masanya apabila bos tiada dipejabat dengan mencari pendapatan sampingan. Beliau mempunyai tiga orang anak....dua  anaknya sering demam dan seorang lagi perkembangan otaknya lambat. Bermacam ikhtiar yang dilakukan demi memastikan anak-anaknya sihat. Ditambah beliau sering mengambil cuti menguruskan anak-anaknya yang sering sakit. Sehinggalah beliau ditegur oleh seorang rakan sekerja yang prihatin dengan keadaannya. Teman ini menasihatkan agar amanah dalam menjalankan tugas walau hanya seorang kerani. Beliau mencari pendapatan sampingan namun menggunakan harta pejabat...maka hasilnya tetap salah. Niat Asfaza mungkin baik kerana nak cari duit lebih menyara keluarga namun caranya tetap salah kerana menggunakan masa pejabat ditambah penggunaan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Teman sekerjanya juga menggalakkan beliau memberi sedekah atas niat kesihatan untuk ketiga tiga anaknya.
Semenjak dari itu Asfaza insaf...beliau cuba elakkan menggunakan masa kerja dan harta pejabat untuk pencarian pendapatan sampingannya selain beliau banyakkan bersedekah atas niat si anak tadi. Kini anaknya semakin sihat, jarang sakit dan Asfaza beroleh ketenangan.




Terutama mereka yang bekerja, adalah menjadi amanah untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan yang diamanahkan ...namun adakala kita alpa, kita tidak lakukan dengan baik maka tidak mustahil anak sakit adalah kifarah atas perbuatan kita sendiri?

Kadangkala kita datang lambat, adakala masa bekerja kita gunakan untuk berbiz MLM, adakala dalam berjual kita tidak jujur, adakala duit kita tidak digunakan pada jalan ALLAH....semua itu adalah antara kesilapan yang tidak kita sedari dan akhirnya anak yang mendapat kifarah....

Hanya kita sahaja yang tahu diri kita...tak perlu tanya orang lain. Jangan sesekali menyalahkan takdir...aturan ALLAH adalah yang terbaik. Bila anak sakit, hakikatnya kita perlu balik kepada ALLAH kerana penyakit itu datang dari ALLAH jua.

Apa kata, mulai saat ini, kita jadikan amalan pada setiap bulan apabila kita menerima gaji...kita sediakan bahagian sedekah atas niat moga anak kita sihat, dijauhkan dari segala yang tidak baik dan selamat aqidahnya dan selamat dunia dan akhirat. InsyaALLAH kita akan ditemukan dengan pintu hikmah dan betapa ajaibnya amalan sedekah itu.




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Monday, December 19, 2011

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.




TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!


Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sunday, December 18, 2011

Antara tips penting untuk si ibu!

Alhamdulillah dah selamat menjawab beberapa email ibu- ibu tentang masalah penyusuan. Memang saya tiada title apa2 maka saya hanya kongsikan secebis ilmu saya dalam dunia penyusuan demi manfaat bersama.

Ingin saya kongsikan salah satu tips untuk menjayakan penyusuan adalah, si ibunperlu pastikan tubuh badannya fit selari dengan keperluan menyusu bayi.
Apa yang saya maksudkan fit? Si ibu perlulah sihat tubuh badan dan bebas dari tekanan persekitaran. Mengapa perlunya itu?

Bila si ibu sering sakit, mengadu keletihan serta dalam mood yang tertekan...ini akan mengganggu penghasilan hormon oksitosin yang sangat penting dan membantu dalam menjayakan penyusuan susuibu. Bila hormon ini dirembeskan sedikit, maka sedikit sebanyak akan mengganggu jumlah penghasilan susuibu.

Apakah yang membantu hormon ini meningkat? Si ibu perlulah sihat, ceria dan mampu mengawal apa jua tekanan dari persekitaran.Bila meningkatnya pengeluaran oksitosin maka susuibu akan mengalir keluar dengan lebih lancar apabila bayi menyusu atau sewaktu si ibu membuat perahan.

Jika anda ibu yang menyusu, anda boleh cuba cari satu makanan kegemaran anda...dan lihat apabila anda mengepam atau menyusukan bayi...anda akan mudah mendapatkan LDR iaitu let down reflex dan susu akan mengalir dengan lebih lancar.

Selain itu untuk memastikan ianya sentiasa berterusan, pengambilan B complex dan Vitamin C sangat sangat membantu. Pengambilan vitamin yang larut air ini sangat membantu si ibu sihat, bertenaga ceria dan mampu mengawal tekanan.

Dalam pada itu, jangan sesekali kita lupa makanan rohani adalah salah satu yang perlu dititikberatkan. Solat sunat, mengaji dan zikir sangat perlu demi memastikan rohani kita hidup dengan subur dan tenang. Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran hormon oksitosin.

Anda cubalah amal secara istiqamah, insyaAllah berjaya melengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun dengan izin Allah jua.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Saturday, December 17, 2011

Tips mendapatkan rambut yang sihat !

 Rambut adalah mahkota bagi setiap individu. Walaupun seorang wanita itu bertudung namun penjagaannya tidak boleh sama sekali diabaikan. Ramai yang menghantar email bertanyakan masalah keguguran rambut dari golongan ibu menyusu tidak kurang juga lelaki yang ada masalah kepala semakin botak.



Punca rambut gugur/ rosak.

Mengikut pembacaan dan pengalaman saya sendiri ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur atau rambut rosak. Antaranya ialah :

1. Stress atau tekanan.
Mereka yang kerja dan banyak berkaitan dengan mental akan mudah menyebabkan tekanan dan akhirnya golongan ini mengalami rambut gugur dan akhirnya botak.


2. Pemakanan.
Ramai hari ini sangat menggemari makanan segera diluar sana...makanan ini rata-rata mengandungi banyak msg serta pengawet makanan yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Makanan mi segera sendiri tidak sepatutnya menjadi amalan jika hendak mendapatkan kesihatan yang baik.

3. Cara hidup.
Cara hidup yang sibuk memaksa ramai antara kita yang tidak punya masa untuk penjagaan diri yang sempurna ...aktiviti bersenam , riadah tidak lagi menjadi salah satu agenda dalam rutin harian. Even masa untuk pencipta juga dipendekkan demi mengejar masa duniawi.

4. Penjagaan tidak rapi
Ramai yang tidak prihatin dengan jenis syampu yang digunakan. Adakah syampu yang digunakan sesuai dengan jenis rambut tidak menjadi perhatian ramai orang. Penggunaan sikat juga perlu dititikberatkan. Sikat perlulah kerap dicuci kerana habuk yang terperangkap dicelah-celah sikat tidak merosakkan akar rambut dalam jangka panjang. Penggunaan minyak rambut sering tidak dipentingkan walhal rambut juga memerlukan pelembap agar rambut dan akarnya tidak mudah menjadi rapuh.


Apakah langkah untuk atasi masalah rambut dari semakin teruk?

1. Elakkan diri dari tekanan yang berterusan.
Banyakkan minum air kosong antara salah satu mengurangkan rasa tertekan dalam diri. Ini saya belajar dari salah seorang pakar perunding keluarga. Jika rasa marah, terlalu tertekan, pastikan bersedia dengan air kosong untuk diminum agar ianya tidak berlarutan.

2. Pemakanan
Adalah sangat bagus jika seseorang individu itu dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dengan pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan. Namun jika punya kekangan, pengambilan supplement dikatakan banyak membantu. Antara supplement yang perlu untuk kecantikan rambut ialah Protien, Multivitamin, B com , Vitamin C dan Zinc. Namun pengambilan supplement sangat disarankan dengan pengambilan air yang mencukupi demi memastikan penyerapan vitamin oleh badan dapat dilakukan dengan sangat baik untuk dapatkan kesan yang optimum.


3. Cara hidup yang sihat.
Cubalah amalkan setiap kali selepas bangun dari tidur, kita punya masa seketika untuk membina kekuatan dalaman. Biasanya ia bersumberkan masa kita dengan pencipta. Cuba amalkan selepas bangun dari tidur, kita sediakan ruang untuk mendekatkan diri dengan pencipta. ia membantu rohani kita kuat dalam mengawal sebarang tekanan dari persekitaran. Disamping itu sediakan masa 5 hingga 10 minit untuk membuat senaman ringan dan seterusnya meneruskan rutin harian seperti biasa. Sangat bagus juga sebelum tidur, kita membelai rambut kita dengan sikat dan perlahan-lahan ia akan tumbuh dengan subur sekali.

4. Penjagaan rambut yang rapi.
Jika anda bukan jenis yang berkemampuan untuk mendapatkan syampu yang mahal yang dikatakan sesuai dengan jenis rambut anda, saya sarankan anda amalkan penggunaan syampu yang 'mild' dan tidak terlalu kuat sehingga menjejaskan akar rambut. Biasanya selepas mencuci rambut dan keringkan sehingga kering, sapukan sedikit minyak rambut....saya dan keluarga lebih selesa menggunakan minyak bayi seperti Johnson and Johnson demi memastikan rambut tidak kering. Pastikan sikat rambut kerap dicuci demi memastikan habuk tidak terus terperangkap di celah-celah sikit. Sikat rambut juga disarankan untuk ditukar setiap 2 atau 3 bulan. Sekali sekala boleh cuba mencuci rambut dengan kuntuman bunga raya...kerana ia membantu sebagai SPA rambut.


Hakikatnya bukan hanya vitamin yang diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan apabila bercerita tentang rambut :)








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Friday, December 16, 2011

2011 : Penang 5 hari 4 malam

Alhamdulillah sejak fokus dengan biz online dari rumah...dah dua tahun dapat bawa mak jalan-jalan hujung tahun makan angin. Last year bulan Disember kami ke Bukit Gambang, 4 hari 3 malam. Tahun ini kami ke Pulau Pinang...mula mula bermalam di hotel ni, tapi sebab toilet dia style mat salleh, mak saya tak selesa. So kami berpindah ke Hydro Hotel di Batu Feringghi. Mak pun sangat puashati sebab biliknya sangat besar dan saya memilih untuk 2 bedroom suites supaya anak-anak senang nak bermanja-manja dengan atok dia.

Hari pertama sampai dah lewat malam...so kami mula berjalan-jalan pada hari kedua...puas makan nasi Beriani dan nasi Kandar di sana. Hari ketiga kami ke Shaklee Seberang Jaya...sebab nak daftarkan beberapa customer yang berminat nak jadi ahli. Alhamdulillah semua pesanan trial pack saya minta anak-anak didik saya uruskan. So alang2 di Pulau Pinang, sempatlah juga jumpa dengan bakal anak didik serta anak didik yang telah lama dengan saya. Hari keempat kami berjalan-jalan lagi dalam Pulau dan hari kelima, sebelum balik ke KL kami singgah beli beberapa buah untuk dibawa makan sepanjang perjalanan.

Hmm...paling kelakar, bercuti kali ni sehelai T shirt pun tak beli as kenangan....jangan kata fridge magnet. sebab mak lebih suka jalan-jalan dalam kereta. Syukur kali ni dapat sewa Serena , so selesalah bawa mak dengan adik sekali.

Satu TIPS yang saya nak kongsikan. Kalau kita berjalan jauh, jika risau anak kita mudah demam atau sakit....pastikan setiap perhentian untuk berhenti solat atau makan, belikan anak-anak jus buah-buahan yang segar. Ini kerana ia kaya dengan vitamin c dan serat. Selain itu sediakan Performance drink sebagai bekalan bersama.

Biasanya bila kita jalan bercuti, anak-anak pun leka dan tidak minum ...so mereka mudah demam dan membuang pun sehingga sembelit. So bila amalkan tips ini, alhamdulillah anak-anak saya tiada masalah kulit kering, sembelit dan untuk elak mereka demam, mereka perlu mandi air sejuk.

Hari ini saya akan ronda-ronda KL nak lihat rumah sendiri [ under renovation] dan uruskan apa yang patut.

 Alhamdulillah Shaklee banyak mengubah hidup saya dan keluarga. Terima kasih pada semua ahli keluarga, sahabat dan customer yang tak jemu memberi semangat pada saya untuk terus berjaya. Saya sentiasa mendoakan anda berjaya untuk mencapai apa yang dihajatkan termasuklah kesihatan yang baik dan menjayakan penyusuan susuibu.

Mudah-mudahan tahun 2012 membawa lebih banyak kebahagian dan kegembiraan buat kita semua.




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau whatsapp kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, December 15, 2011

Anda boleh berjaya dalam penyusuan susuibu....apabila

Bagi ibu yang menyusu, untuk anda terus dalam medan perjuangan pastikan :
1. Anda sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).
2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali SKIP meals, ini akan membantutkan penghasilan susuibu.
3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu.
4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.
5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.
6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu.
7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.
8. Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah....

Tips lain akan terus dikongsikan dalam entry akan datang.....



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau call saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Wednesday, December 14, 2011

Testimoni kak Aishah.

Ini email dari kak Aishah, seorang customer saya yang beli Euphoria Trial Pack...



As Salam,
 
Maaf lah lmbt sgt beri jawapan psl produk shaklee. Masa baca msg ita tu, akak tgh buat gaji.. x smpat nak bls..
Alhamdulillah, syukur pd Allah... susu akak dah btambah byk.. dlu 3 btl skrg dah 4 btl... pekat.. x mcm dlu.. cair jer..
Tp ms hari pertama akak mkn kalsium tu ( 4 biji).. mlm tu betis akak dua2 cramp, biasa kena masa mengandung.. akak mmg mkn kalsium, tp yg murah &
xde vit D & magnesium tu.. akak kurangkan jd 3 biji.. x cramp lg smpai skrg.. akak sambung mkn dgn 4 biji cam biasa.. Skrg akak tgh tunggu period,
sbb bln lps klu period dpt 1 1/2 btl jer.. hrp2 bln ni maintain 4 btl..
 
Akak bminat nak beli lg.. tp skrg apa2 hal tunggu gaji.. mntak2 ada budget lbh.. x rugi pun beli, sbb selain keperluan utk diri sendiri.. baik utk baby gak..
 
Terima kasih...
 



Nak rasa perbezaan Shaklee? Dapatkan konsultasi apabila membuat belian dari blog ini!

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Pentingnya hormon oksitosin untuk menjayakan penyusuan.

Tips sharing : pengambilan b complex dan vit c membantu dalam mendapatkan penstabilan hormon oksitosin terutama ibu menyusu. Maka pengambilan dua vitamin ini jangan sesekali dipandang remeh bila kita menyusukan anak supaya kita tak mudah down atau tertekan oleh apa jua persekitaran yang kita lalui. Selain itu cuba amalkan pengambilan makanan atau minuman kegemaran kerana ia sangat membantu dalam proses recover utk ibu yg hadapi susu merundum. Cuba betulkan jadual pam anda. amalkan makanan yang sihat serta pastikan minum air secukupnya demi memastikan keperluan air badan dipenuhi. Jangan lupa berdoa! Mintalah kepada Allah kerana DIA yang berhak MEMBERI.

Bila bercerita tentang vitamin, ini dia mengapa pentingnya vitamin.

Vitalea with iron formula : demi memastikan ibu cukup iron semasa menjayakan penyusuan agar tidak mudah pitam atau raa pening disebabkan kurang darah. Ia juga sangat penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam keadaan tekanan yang terkawal)

Vitamin C sangat membantu untuk ibu mengtas tekanan yang dilalui beserta untuk sistem imun ibu dan anak.

Kalsium perlu utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium. Dei memastikan tidak berisiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang seimbang.

Jika anda seorang ibu menyusu, pastikan anda tahu supplement yang anda ambil serta dapatkan konsultasi penuh. Pembelian dari blog anakkuwiraku.com untuk set penyusuan akan disertakan jadual makan dan jadual pam yang konsisten.



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Tuesday, December 13, 2011

Service after sale sangat penting.

Biasanya bila nak beli barang, kita akan cuba cari yang murah...sebab nak jimat. Tetapi bagi yang ebrkemampuan pula pasti mencari yang ada jenama. Namun personally saya cari yang maintainance nya adalah rendah atau kata lain, service after sales perlu di pentingkan.

Saya ingat lagi bila printer brand X ni, memang murah dan saya nampak ramai yang beli sebab harganya memang ramai yang mampu beli. Tapi once perlu untuk penyelenggaran, adoi terasa duit bila harganya mahal nak beli catridge.

Samalah bila saya beli kasut...harga murah selalu menjadi perhatian. Tetapi bila dah pakai terasa tak selesanya. Selalu menyesal lepas dah beli tapi waktu tu tak guna pun, sebab dah keluar.

Sama juga saya tengok kes kawan saya beli kereta....lepas beli beliau mengeluh bila maintainance kereta mahal...

Pada saya sama juga bila nak beli barang makan...oerlu pastikan mereka yang jual tahu serba serbi bukan hanya pandai berjual.


Service after sales tu sangat penting supaya kita tak terkapai- kapai bertanya dengan jawapan yang tidak pasti. Ramai yang suka beli barang mencari yang murah tapi sebab tak dapat penjelasan yang baik dari penjual, mulalah mengatakan produk tersebut tak bagus.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Monday, December 12, 2011

Vitamin dan pengurusan berat badan.

Biasa dengar , di sebalik kejayaan itu pasti banyak cerita serta ujian yang tersembunyi. Sama seperti cerita penyusuan saya. Baru ini ada kelas seminar asas Euphoria, ramai yang tegur saya dah kurus .... Senyum sendirian. Sebelum ini, selepas Nasa wean off menyusu, badan saya naik mendadak. Sehinggakan mak dan mak mertua saya tegur kenaikan mendadak saya. Hati mana yang tak risau.

Bila dah mak sendiri yang tegur, maka kena usaha sesuatu. Masa tu saya cuma nampak bahawa selain makan vitamin dengan jadual air yang betul, banyak makan buah...senaman tetap perlu. Saya amalkan senaman ringan setiap kali lepas wemua urusan pagi saya dah selesai. Walau dengan hanya menggunakan dumbells yang seberat 2 paun sahaja, ia banyak membantu saya.

Saya pastikan saya TIDAK skip meals. Saya hanya REPLACE meal dengan makanan tambahan yang berkhasiat serta membantu berat badan saya menurun secara perlahan- lahan. Saya paling suka breakfast dengan set Tripple Gem. Bukan tripple M ya .....hehehehe.

Apakah Tripple Gem? Set ini mengandungi 3 jenis makanan tambahan. Antaranya ialah ESP, Meal Shake serta Performance Drink. Sekali sekala saya suka campurkan dengan Fiber Unflavoured Shaklee supaya lebih mengenyangkan.

Namun pengambilannya perlu ada sukatan supaya kita tidak jatuh pengsan kerana paras gula yang boleh turun dengan banyak melalui pengambilan finer Shaklee tadi.

Bagi anda yang cuba mendapatkan berat yang ideal dengan ketinggian anda, saya sarankan pengambilan Tripple Gem ini beserta vitamin lain yang membantu kita dapatkan kesihatan yang optimum.

Pengambilan buah-buahan sangat membantu dalam pengurusan berat badan sebab buah kaya dengan serat dan air. Buah juga membantu kita cepat kenyang terutama apabila diambil sebelum meal atau between heavy meals.


Untuk mendapatkan berat yang ideal, paling penting jangan SKIP meal kerana slowly ia akan menyebabkan kita mudah mendapat gastrik.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, December 8, 2011

Jika anda ibu yang menyusukan anak.....

 Jika anda ibu yang menyusukan anak...pastikan personaliti anda masih terjaga, kelihatan anggun di mata suami, mampu menjalankan tanggungjawab dan memberi keutamaan pada encik suami, bertenaga, cergas dan mempunyai bentuk badan yang baik.

Ramai ibu yang menyusukan anak, hanya mementingkan kisah perjalanan penyusuan susuibu tanpa menitikberatkan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Banyak yang mengadu masalah kedinginan namun tidak usaha untuk menyelesaikannya...banyak yang merungut berat badan naik tanpa usaha yang konsisten mengawalnya...banyak yang ada masalah kulit kusam tanpa usaha mengatasinya.

Jika anda ibu yang menyusu dan mendapati

  • ada masalah kedinginan
  • ada masalah berat badan naik mendadak atau turun mendadak
  • kulit wajah yang kusam
  • sering keletihan sehingga tiada mood melayan suami
  • sering moody 
  • sering rasa tertekan
  • personaliti diri tidak terurus

Usahakan sesuatu...jangan pandang remeh. Never take for granted dalam hal rumahtangga. Sebagai isteri perlu jaga 4 perkara :

  1. mata
  2. hidung
  3. telinga
  4. hati
Perlu cantik dan bentuk badan yang menarik untuk tatapan mata suami. Perlu wangi dan terurus untuk memberi bauan kepada suami. Perlu berkata-kata yang baik-baik untuk pendengan si suami . Menjaga hati suami dengan keperluan sebagai pasangan, cukup makannya dan nyenyak tidurnya.

Hanya kita sahaja yang tahu kekuatan dan kelemahan diri kita. Maka kita harus usahakan sesuatu demi menjaga keharmonian yang sedia ada. Sama-sama kita berusaha menjadi supermak dan superwife. Jika rasa ada masalah kedinginan, mood yang tak tentu, ,masalah berat badan, kulit wajah yang kusam maka amalkan vitamin yang membantu atasinya.

Ada orang hebat dalam penyusuan, namun keadaan diri tak terusus dan suami diketepikan...hakikatnya hanya berjaya menjadi Supermak sahaja. Perlu seimbang supaya mampu menjadi Superwife.








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Wednesday, December 7, 2011

Bukan semua yang menjimatkan itu menguntungkan....

Cerita 1
" Wah! Barang dapur ada sale! Wah, diskaun 50%... berbaloi beli"
Lepas balik, bila belek semula rupanya lagi 10 hari nak expired....tapi beli stok untuk 3 bulan. Adoiyai.


Cerita 2
Bagus la barang ni, multi purpose....jimat sikit duit.
Bila dah beli, nak guna, tup- tup ada setengah function tak boleh guna langsung.

Cerita 3
Bagus beli vitamin kat branch dapat harga murah.
Bila dah beli, tak tahu nak makan macam mana, nak tanya sape pun segan....sebab beli guna ID entah sape-sape ...bila makan tak nampak sudahnya tak makan.

Cerita 4
Nak pergi kursus bayar mahal...baik beli buku.
Bila dah ada buku, baca 100 kali tak paham, sudahnya tak ke mana.




Maka, bukan semua yang men JIMAT kan itu memberi ke UNTUNG an.

Adakala berbayar lebih itu pasti lebih memuaskan hati....





Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Tuesday, December 6, 2011

Mengandung dan penyusuan....perjalanan yang berkesinambungan.


 " Tahniah puan, puan disahkan mengandung 7 minggu !" Kata doktor Lim pada puan Asimah.

Puan Asimah dengan tersenyum sipu menjawab " Alhamdulillah, terima kasih ". Doktor Lim terus menambah " Nanti jangan lupa amik vitamin dikaunter ya"

Sebelum pulang Asimah ke kaunter ubat untuk mengambil vitamin seperti yang disarankan oleh doktor tadi.


Ini adalah situasi biasa apabila seorang wanita itu disahkan mengandung. Mengapa doktor akan bekalkan vitamin?

Ini kerana untuk memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat dan bayi dapat membesar dengan bayi. Pengambilan folic asid, b complex, zat besi sangat sangat dipentingkan demi memastikan tiada kematian semasa kelahiran dan si ibu tidak kehilangan banyak darah akibat kelahiran. Ini kerana apa yang ibu akan disalurkan kepada bayi dalam bentuk vitamin. Bila ibu kekurangan vitamin yang membantu dalam penghasilan darah maka si ibu berisiko akan kehilangan banyak darah semasa kelahiran serta anak yang dilahirkan berisiko dengan keadaan berat yang tidak ideal.


Bayi di dalam kandungan membesar dengan bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu. Makanan yang diambil oleh si ibu akan ditukarkan menjadi zat dan  vitamin serta disalurkan kepada bayi dalam kandungan tadi. Maka oleh kerana itu si ibu disarankan tidak merokok, tidak mengamalkan minuman beralkohol, pengambilan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan pembesaran bayi dalam kandungan.

Maka samalah apabila bayi dah dilahirkan....apabila berniat nak menyusukan susubadan, maka si anak tadi bergantung sepenuhnya dengan susuibu. Sekali lagi apa yang si ibu makan akan disalurkan kepada anak. Namun hanya segelintir yang prihatin tentang hal ini.
Memang ibu makan pagi roti canai, tenghari nasi berlauk dan malam nasi berlauk...namun apa yang disalurkan pada anak bukanlah roti canai, lauk pauk tadi...sebab badan tak kenal roti canai, badan tak kenal lauk lemak cili api,  badan tak kenal buah oren....Badan hanya kenal karbohaidrat, vitamin c, zat besi, asid folik dan semua jenis vitamin dan galian.....



Hakikatnya badan perlu bekerja keras untuk menukarkan makanan itu kepada vitamin untuk keperluan sel seterusnya organ dan sistem badan kita sendiri.

Maka sekiranya semasa mengandung anda amalkan vitamin, tak salah untuk teruskan semasa menjayakan penyusuan. Ibu yang kurang darah semasa menyusukan anaknya sebenarnya berpunca dari kurang zat besi dan asid folik serta kalsium. Pengambilan makanan harian adakala tidak dapat melengkapi jumlah sebenar keperluan badan.

Multivitamin beserta zat besi sangat digalakan untuk ibu menyusu demi memastikan anak yang disusukan membesar dengan sempurna. B complex membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik kerana tekanan dapat dikawal dengan baik. Vitamin C sangat bagus untuk imunisasi tubuh serta kalsium untuk pembentukan sel darah, saraf, tulang dan gigi yang kuat. Namun pengambilan protien tidak boleh sama sekali dipandang remeh kerana sel sendiri terbentuk dari protien.

Saya sendiri amalkan vitamin dari bujang, mengandung , melahirkan, menyusukan dan hingga kini....alhamdulillah.

Hanya kita sahaja yang tahu keadaan diri kita...maka kita yang perlu buat keputusan perlu atau tidak makan vitamin. Bukan doktor ataupun LC mahupun saya yang buat keputusan untuk anda....sebab cara hidup kita hanya kita sahaja yang tahu.

Dunia penyusuan hakikatnya kesinambungan dunia si ibu mengandungkan anaknya......maka wahai ibu jika benar nak menjayakan penyusuan...berikan yang terbaik. Kalau tak mampu nak beli vitamin, boleh minta di klinik kerajaan.....free of charge....TAPI jika menu anda memang mengikut piramid makanan, TAK PERLU MAKAN VITAMIN pun tak pe.

Moga ALLAH membantu ibu-ibu ini kuat semangat dan berjaya dalam penyusuan.





Boleh emailkan kepada nnorita78[@]yahoo.com untuk mendapatkan senarai harga istimewa untuk pembelian vitamin Shaklee dari anakkuwiraku.com.



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Monday, December 5, 2011

Ibu mengandung : vitamin yang penting dan vitamin yang TIDAK BOLEH diambil.

Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.


Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.



Ingin membeli vitamin pada harga istimewa? Sila emailkan kepada nnorita78@yahoo.com untuk mendapatkan borang pesanan anda.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Saturday, December 3, 2011

Apa yang kita makan memang akan beri kesan.

 Kelmarin suami ke kedai game nak hantar Xbox untuk update....so sempat berbual dengan wife taukeh kedai tu... sebab dah biasa so saya terus ajukan soalan kepadanya.." Auntie umur berapa ya? sebab saya tengok anak-anak sudah besar." Beliau menjawab umur dia 45 tahun....tapi serius dari raut wajahnya, beliau kelihatan sangat muda lebih kurang awal 20 an.
Saya teruskan bertanya apakah rahsia beliau kelihatan sangat muda....beliau terus menjawab," saya makan biasa sahaja....saya tak makan fast food....makanan bergoreng  dan makanan pedas pun tak makan, saya banyak makan sup , buah, vitamin dan minum banyak air kosong."

Tersenyum saya dengan jawapannya..so saya pun nak cuba kurangkan makanan bergoreng dan pedas lepas ni....sebab makan buah, vitamin dan minum banyak air masak memang dah jadi amalan kami selama ini.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Thursday, December 1, 2011

Sabar membentuk keyakinan

 Seorang kawan lama saya memberitahu, berkat sabar beliau amalkan ESP dan vitamin Shaklee [ set penyusuan], selama 3 bulan...baru kini mendapat hasilnya....beliau memang sabar....sabar nak menanti 3 bulan...



Mengapa saya minta mereka bertahan selama 3 bulan? sebab sel dalam tubuh hidup antara umur 90 hingga 120 hari...maka kita perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan lebih baik semua vitamin yang kita amalkan.

Penting ke ESP? ESP sebenarnya adalah protien. Sel terbentuk dari protien. Memang kita makan ikan, minum air soya, makan tempe , daging , telur dan banyak sumber protien namun tiada satu yang dapat jamin bahawa pengambilan makanan dari sumber protien ini benar-benar membantu pembentukan sel baru dan sel yang sihat. Ditambah bila makan bersumberkan makanan yang digoreng dengan suhu yang tinggi...mungkin protien yang tinggal tidak memenuhi keperluan pembentukan sel dalam tubuh. Protien hidup pada suhu badan manusia ialah antara 36 darjah. Sebab itu bila anak demam panas melebihi 38 darjah, kita perlu pastikan suhunya tidak terus naik supaya komplikasi lain tidak berlaku ini kerana suhu terlalu panas boleh membunuh dan merosakkan sel.
Pengambilan ESP membantu memastikan sel mendapat protien yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat dan sempurna. Apabila sel yang hidup adalah sel yang sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Selepas sabar dan istiqamah, kawan saya dapati kulitnya cantik, tiada lagi tompok-tompok hitam bekas jerawat lama, anaknya yang menyusu dah kurang dapat jangkitan selsema, hubungan suami isteri semakin baik dan yang paling seronok, anaknya mudah kenyang dan tidur lena di malam hari.

ESP adalah antara supplement yang perlu ada di rumah kerana saya hanya bersarapan dengan bancuhan ESP , Meal shake dan Performance drink....sekurang-kurangnya bantu saya berdiet dengan sihat untuk menggantikan sarapan makanan.
 Mungkin ada orang membezakan apa beza protien Shaklee dengan protien di pasaran...apa yang boleh saya nyatakan ialah, ESP mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak.

Selama 12 tahun saya amalkan ESP, memang puashati.....dari bujang, mengandung, menyusu dan sehingga sekarang....tanpa ESP rasa tidak lengkap pengambilan supplement kami yang lain.

Apapun kena sabar, beri masa 3 bulan...cuba lengkapkan dengan pengambilan ESP...mudah2an sel dapat menyerap semua vitamin dengan baik.

Sebelum mendapatkan ESP, sila dapatkan nasihat pengedar bagaimana cara pengambilan yang betul ya.




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa