Jumaat, 30 September 2011

Susu mula menitik sambil menunggu anak angkatnya lahir.

Selepas 6 tahun menunggu tetapi masih belum ada rezeki melahirkan anak, maka beliau dan suami bernekad nak ambil anak angkat. Hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yang sangat kuat. Beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsulatasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. Saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham. Saya terangkan seperti selalu yang kongsikan, vitamin tak banyakkan susu cuma ia bantu ibu sihat dan bertenaga dan mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah.

Dalam kita usaha, jangan lupa mengharap pada kasih Al Khaliq kerana DIA sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dan berzikir pada ALLAH.

Alhamdulillah selepas 3 minggu lebih, susunya dah mula menitik dan menampakkan hasil. Ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.

Hebatnya jiwa wanita ini kan? Beliau berusaha nak menyusukan anak walau anak angkat.

Hakikatnya duit boleh kita cari....tapi kepuasan adalah yang paling hebat.

Maka, jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyambung semula penyusuan atau nama lain proses relaktasi, saya mengalu-alukannya.

Saya akan berikan panduan, apakah yang perlu dilakukan dan produk lengkap yang perlu diambil apabila anda membuat belian dari anakkuwiraku.com. Paling utama ialah tanya hati. Jika hati mahu, semua jadi.

Jika anda sedang hamil dan sedang menunggu kelahiran anak tersayang, mulakan hari ini dengan menjaga taraf kesihatan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan vitamin yang penting. Ia membantu apabila anda melahirkan dan ingin menyusukan si kecil anda!


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi apabila anda membuat belian dari anakkuwiraku.com.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 29 September 2011

Bersalin ceaser bukan penghalang untuk menjayakan penyusuan.

 Saya mengenali beliau dari laman web sosial Facebook. Adik iparnya salah seorang loyal customer saya. Beliau melahirkan anaknya secara ceaserean seperti saya juga. Beliau pada mulanya sering mengalami masalah susu yang tidak berapa meriah.

Saya mencadangkan beliau mengambil set penyusuan bersama ESP. Saya berikan panduan jadual perahan agar beliau cuba pam dengan konsisten pada masa yang saya sarankan terutama bayi tidur. Masa tu beliau dalam pantang.

Kini dah bulan ketiga beliau amalkan Shaklee. Beliau sangat berpuashati kerana berjaya mengumpulkan stok susu buat anaknya.
Saya hanya consult beliau melalui facebook semata-mata.

Aisah bersama Nuha.

Beliau sendiri yakin, dengan usaha yang konsisten mengepam disamping pengambilan vitamin demi memastikan tubuh badan sihat dan cergas, insyaALLAH usaha akan membuahkan kejayaan.

Inilah hasil anak susuibu :) Baby Nuha.




Anda mahu mencuba vitamin Shaklee untuk penyusuan? Saya sediakan lengkap jadual makan serta panduan sesi perahan yang konsisten. Jom dapatkannya hari ini!



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi sekiranya anda membeli dari AnakkuWiraKu.Com


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 28 September 2011

Wajah bersih dari jeragat!

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.


Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.




Kesan cepat atau lambat menghilangkan jeragat adalah bergantung kepada cara anda mengamalkannya. Untuk konsultasi lebih lanjut sekiranya anda adalah customer yang membeli GLA dari saya, akan saya kongsikan jadual makan yang lebih lanjut bagaimana nak dapatkan kult wajah yang cantik dalam masa 14 hari!!!




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 27 September 2011

Vitalized Minerals

 Selama 11 tahun saya dalam Shaklee, banyak ilmu yang saya belajar tentang vitamin , penyakit dan yang seangkatan dengannya. Namun tidak bermakna saya tahu semua perkara kerana saya masih perlu rujuk buku dan sumber2 sedia ada untuk memastikan apa yang saya sampaikan difahami dan terdapat kebenarannya.

Antara keunikkan Shaklee yang membuatkan saya kekal dan setia dengan produk ini ialah kelebihan penghasilan vitaminnya sendiri. Forest C Shaklee pengasas syarikat Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitamin. Vitamin itu sendiri datangnya dari perkataan VITALIZED MINERALS pada tahun 1915. VITAlized MINerals digabungkan dan jadilah perkataan VITAMIN.

Vitalized Minerals mengandungi semua vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Sehingga hari ini di dalam Shaklee, multivitaminnya dikenali sebagai VITALEA. Nama yang sangat unik.

Ianya berwarna hijau dan seakan-akan keras tetapi apabila ianya diletakkan ke dalam segelas yang berisi air, dalam masa lebih kurang 5-7 minit ia akan larut di dalam air secara perlahan-lahan tanpa ada apa-apa pewarna. Sangat unik.

Bagi mereka yang sering mengalami kurang darah, vitalea adalah salah satu vitamin yang akan saya sarankan ambil. Ini kerana ianya multivitamin yang lengkap dengan zat besi.

Ada banyak sebenarnya saya nak ceritakan mengenai vitalea. Bagi anda yang pernah mengamalkannya, sekiranya tak keberatan boleh berkongsi testimoni anda dengan saya melalui komen di entry ini. Saya sangat menghargainya.

Namun ingin saya kongsikan testimoni kawan saya, selepas mengambil vitalea Shaklee, yang mana sebelum ini beliau mempunyai kuku yang tidak rata [ beliau sering mengatakan kukunya buruk] dan alhamdulillah kini  normal dan cantik seperti orang lain.

Apa cerita anda dengan vitalea?
















Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 25 September 2011

Simpanan dan pelaburan untuk anak-anak.

Alhamdulillah walau lambat sambut raya di Semenanjung, rezeki anak-anak tetap ada. Terima kasih buat semua yang menghulurkan duit raya buat Addin dan Nasa, semoga bertambah rezeki kalian. Namun bukan cerita duit raya yang saya nak kongsikan, saya nak kongsikan cerita kawan saya.

Saya kenali beliau 3 tahun dulu, sekadar kenalan biasa. Beliau seorang yang ramah dan suka bercerita. Beliau kongsikan bagaimana beliau dan suami telah sama-sama berjanji untuk berusaha menyediakan simpanan anak-anak dalam bentuk rumah.

Masa tu saya menjadi sangat kagum. Dalam usia awal 30 an beliau telah mempunyai 3 rumah sewa dan 1 rumah sendiri yang diduduki bersama keluarganya.

Beliau meneruskan perkongsian cerita sehingga saya benar-benar teruja. Prinsip yang dipegang ialah sangat mudah, usaha semasa muda. Gunakan duit untuk 3 perkara :

  1. masa depan [simpanan/pelaburan]
  2. kesihatan dan kecemasan
  3. percutian [penghargaan ke atas diri dan keluarga]

Beliau membeli rumah sebagai aset jangka panjang. Kata beliau, beli dulu dan sewakan. Nanti anak dah besar nak sambung belajar, then kita jual rumah tu.
Ramai kawan -kawan saya amalkan prinsip ini. Memang apa pun pada peringkat awal akan jumpa kesusahan namun bak kata pepatah, biar susah dulu senang kemudian.

Tapi ye la, duit kena ada banyak nak belia rumah. Jika makan gaji, kena harapkan duit EPF ada banyak untuk buat downpayment. Kalau tak pun kita kena ada side income yang membantu untuk menyegerakan kita mempunyai kewangan untuk beli rumah.

Bagi yang belum punyai kewangan yang kukuh, selain menyimpan dalam ASB , takaful dan banyak lagi, kita boleh buat sikit-sikit dalam pelaburan emas. Kalau suka dalam bentuk material, beli ketulan emas dan simpan dalam peti simpanan di bank atau tempat-tempat yang yakin selamat. Kalau takut ketulan mas tu hilang atau dicuri, boleh juga beli dalam bentuk pass book dari Maybank  dan Ambank kalau saya tak silap.

Saya pun baru nak mendalami pelaburan emas, sebab sebelum ni kami fokus on perumahan sahaja. Seperti kata seorang kenalan, boleh jek mulakan dengan sikit-sikit dan tak semestinya dengan sejongkong emas :)


Memang betul kata kawan saya, kena diversify investment kita. Bukan hanya simpan duit dalam bank sahaja :)












Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 24 September 2011

Tiada lagi sembelit, tiada lagi kejang dan hidup lebih sihat dengan Oste!

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, berikan diri anda peluang menikmati kesihatan yang lebih baik dengan Ostematrix Shaklee. Ia sangat membantu kita rasa lawas dan selesa. Selama 3 tahun ostematrix telah diperkenalkan, ia adalah antara vitamin yang paling saya dan seluruh keluarga suka.

Ostematrix buat saya bertenaga dan mudah bangun dari tidur. Suami saya akan pastikan ostematrix antara vitamin yang perlu bawa apabila beliau bekerja dan travel atas urusan meeting. Masakan tidak, walaupun tidur jam 12 malam, kita mudah bangun pada waktu yang kita tetapkan untuk bangun. Bagi suami isteri yang bekerja, sangat digalakkan amalkan pengambilan Ostematrix setiap hari.



Saya mula jatuh cinta dengan Ostematrix Shaklee 3 tahun dahulu. Masa tu saya mengadu dengan kawan bahawa saya kesian dengan suami saya yang banyak travel oversea yang menyebabkan suami saya keletihan [ jet lag]. Maka kawan saya suggest saya berikan suami saya Ostematrix Shaklee kerana katanya ia bantu untuk kurangkan masalah keletihan akibat travel. Siapa sangka, sejak dari itu kami sekeluarga sentiasa pastikan ada 2-3 botol Ostematrix di rumah agar ia dapat dikongsi bersama seluruh ahli keluarga.

Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal.


Cikgu kat sekolah dulu selalu tekankan, jangan lupa minum susu agar gigi dan tulang kita kuat. Tapi hakikatnya kalsium bukan hanya untuk itu.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu banyakkan susu buat ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.


Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam pek 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Dalam ESP Shaklee juga mengandungi kalsium. Sebab itu set B+ ESP hasilnya juga sama dengan Set B + Ostematrix.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Jom dapatkannya hari ini!




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 22 September 2011

Murah bila terdesak. Mahal bila belum diperlukan.

 Bila kenalan baru bertanya....bagus ke produk ni? Bila nak nampak kesan?
Saya akan senyum sambil menjawab : Pernah amik apa-apa vitamin tak sebelum ini? Kalau belum badan kita ibarat rumah yang biasa. Tetapi selepas mengambil vitamin, badan  ibarat rumah yang yang lengkap dengan semua keperluan yang diperlukan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, vitamin bukanlah bertindak sebagai ubat untuk dalam kadar yang segera. In fact ubat doktor hanya membantu untuk mengawal rasa sakit dan tidak membantu dalam aspek kesihatan.
Berbanding vitamin ia membantu membetulkan sistem dalam tubuh badan kita. Vitamin adalah makanan kepada sel tetapi tidak kepada ubat. Vitamin diserap sepenuhnya oleh tubuh dan membantu melancarkan sistem dalam badan.

Hakikatnya penyakit itu tidak datang dengan serta merta. Penyakit datang bila sistem imun kita makin rendah dan dapat dibolosi oleh penyakit. Mereka yang mengidap diabeties, darah tinggi, obesiti , masalah kulit berpunca dari cara hidup kita, pemakanan selama bertahun-tahun bukan sehari dua.

Jika anda baru mencuba vitamin dan merasakan ada perbezaan seperti sakit kepala atau pening-pening, ia tanda kurang air dalam badan. Pengambilan vitamin perlu air secukupnya agar ia dapat diserap oleh sel dengan lebih baik.

Tapi tak disangkal lagi ramai yang suka cari sesuatu yang beri kesan dengan cepat....memang ada terutama ubat yang mengandungi steroid. Kesan jangka panjang ialah ia merosakkan imun dan buah pinggang tanpa kita sedari.

Renung-renungkan makanan kita hari ini. Adakah benar-benar sihat dan membantu untuk sistem imun ?

Vitamin C memang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, namun sayur yang dibasuh terlalu lama akan kehilangan sedikit zatnya dan sayur yang dimasak terlalu lama akan kehilangan banyak zat. Buah-buahan pula, adakah anda menyediakan buah-buahan dalam menu harian anda?

Kebanyakan akan concern tentang makanan bila dah jatuh sakit. Waktu sakit, manusia menjadi terdesak. Apa sahaja yang orang kata bagus kita beli walhal masa sihat, semua tu disebut-sebut mahal.

Nilai duit tu berubah serta merta.

Adakah sehingga orang tegur wajah kita nampak tua, berkedut baru kita nak cari makanan awet muda?
Adakah sehingga orang tegur badan kita makin mengembang, baru berusaha nak kuruskan badan?

Hakikatnya manusia yang beruntung adalah manusia yang beringat kepada 5 perkara sebelum tiba lima perkara. Renung-renungkan.



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Month End Sale!

 Tawaran menarik dari Anakkuwiraku.Com. Emailkan kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk tawaran hebat ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Tak sabar nak gosok gigi

 Ahad lepas, selepas lunch tiga beranak di Boluevard, ibu singgah ke Watson sebelum balik mencari barang keperluan peribadi. Dalam diam dua beradik juga sedang membelek barang yang boleh mereka bawa balik bersama. Nasa datang mendekati ibu dan bertanya : Bu, boleh nak beli ni? Lantas saya menjawab : Mahal tak?
Sebagai abang Addin pandai memainkan peranan, di minta si adik membawa barang tersebut pada mesin scan harga yang melekat di tepi dinding bersebelahan rak barangan dalam Watson. Addin menjawab : Ibu, RM24.90 mahal tak?
Tanpa memikir panjang saya menjawab : Tak mahal sangat , jika nak amik la. Apa lagi dua beradik ni bersorak kegembiraan menuju kaunter bayaran sebelum kami keluar.
Petang tu kami balik rumah amik abah untuk mengajak menonton wayang. Memandangkan dah tengok Smurf 3D masa di KL aritu, so kami luangkan masa bersama menonton Spy Kids. Cerita yang boleh tahan menarik untuk anak-anak.
Sejurus pulang ke rumah, mereka dua beradik tak sabar nak mandi. Teringat barang yang dibeli di Watson tadi. Mereka berdua berlumba-lumba nak buka keluarkan dari kotaknya. Apa lagi, betapa seronok masing-masing menggunakannya.

Memang ketara bersih gigi anak2 lepas guna berus gigi berbateri ini.

Gambar ihsan Google


Mereka looking forward waktu mandi sebab
1. Nak gosok gigi guna berus gigi bateri mereka.
2. Sebab nak main bubble.


Alhamdulillah, lega rasa. Berbaloi juga invest beli sesuatu yang bagus untuk anak!








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 20 September 2011

Mengatasi masalah puting yang senang luka.

 Setiap ibu yang menyusu akan menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjayakan penyusuan. Begitu juga dengan saya, menyusukan dua putera saya dengan lengkap selama lebih 2 tahun menyimpan banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin saya lupakan.

Paling menakutkan apabila puting saya luka dan terkoyak sehingga doktor wanita yang saya temui ingat yang saya sengaja melukakannya. Memang nampak bodoh pertanyaan doktor tersebut namun dalam keadaan kita sakit, malas nak layan benda-benda remeh.

Selepas balik dari doktor, saya mengajak suami mencari nipple shield untuk saya gunakan menyusukan anak petang tu. Doktor ada bagi saya krim sapu, tetapi bila sapu krim tak dapat nak susukan anak, maka payudara sebelah menjadi bengkak sebab penuh dengan susu. So nak tak nak, letak krim dalam sejam, cuci semula utk susukan Nasa. Menitik airmata menahan sakit.

Tapi sebab saya rajin membaca tentang buku-buku kesihatan , antara yang saya ingat, segalanya adalah dari dalam tubuh. Dari sel membentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Untuk sembuh, kena pastikan sel kita sihat dan seterusnya sistem bertindak balas dengan baik untuk proses penyembuhan.

Antara vitamin yang saya amalkan on top of supplement penyusuan ialah Vitamin E dan Zinc. Saya amalkan dengan cara saya tersendiri , saya jadikan makanan ( vitamin) sebagai ubat saya dan bukan ubat doktor sebagai makanan. Dua perkara yang berbeza di situ.

Semenjak dari itu, baru saya tahu, nipple yang senang crack adalah disebabkan oleh kulit yang kering. Luka yang cepat baik adalah badan yang cukup dengan galian zinc dan vitamin C serta vitamin lain. Maka supplement Zinc dan Vitamin E antara dua vitamin yang sangat bagus ada dalam simpanan. Jika anda tidak amalkan setiap hari memadai bila kita perlukan vitamin dah sedia ada.

Ramai customer saya yang dah amalkan vitamin E mengakui bahawa kulit mereka lembab dan tidak kering.

Sekiranya anda seorang ibu menyusu dan sering mengalami luka pada puting susu bermakna anda melalui kulit yang kering dan kerana itu puting senang luka. So amalkan pengambilan vitamin E. Vitamin E dalam diet harian sangat sukar dipenuhi kerana ianya kompleks. Vitamin E antara vitamin antioksidan. Ia menghalang pembentukan sel tidak normal dalam tubuh. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin awet muda, membantu mengatasi masalah kedinginan rumahtangga dan bagus untuk mengurangkan kolestrol.

Banyak kelebihan vitamin E tanpa kita sedari. Semalam jumpa kawan lama di Marriot hotel, skin dia nampak sangat cantik. Bila ditanya apa yang beliau amalkan , beliau menjawab...." saya makan vitamin C, A dan E Shaklee kak sejak sebelum puasa, dan baru minggu lepas saya sedar kulit wajah saya sangat bersih"

So vitamin E bukan hanya untuk wajah tapi untuk kulit tidak kering dan bagus untuk ibu yang menyusu!


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 19 September 2011

Tekanan punca banyak penyakit.

 Sila emailkan kepada addinnasa[@]gmail.com atau nnorita78[@]yahoo.com dapatkan tawaran istimewa BULAN SEPTEMBER dari www.anakkuwiraku.com.

 Mungkin anda juga biasa terdengar dengan ayat ini ...
Stress betul kerja arini!





Saya dihujani dengan beberapa email tentang kemerunduman susuibu selepas habis beraya. Ditambah lagi ada yang mengakui bahawa mereka masih amalkan perkara yang selalu saya tekankan untuk menjayakan penyusuan iaitu

1. Pastikan sesi perahan yang konsisten tanpa perlu menunggu payudara bengkak.
2. Minum air sekurang-kurangnya 3l jika amik supplement.
3. Dekatkan diri dengan pencipta, sebagai tempat kebergantungan.

Dalam sedar tak sedar, walau tidak menyusu, perkara no 3 perlu dititikberatkan.
Mengapa? Allah telah berfirman  bahawa Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.

Mendekatkan diri dengan Al Khaliq akan buatkan jiwa kita tenang, minda kita mudah berada dalam gelombang Alfa.

Tanpa kita sedari, penyakit yang paling bahaya ialah 'tekanan' . Ianya senyap dan kesannya juga bahaya.
Bila kita banyak kerja, kita akan mudah rasa tertekan. Bila kena marah kita akan tertekan. Bila terlambat, kita tertekan. Bila kewangan terganggu kita tertekan. Bila makan tak betul dan tentu masa kita akan tertekan. Bila ibu menyusu merasakan susunya kurang, akan mudah tertekan. Bila kecewa kita akan tertekan. Bila tak capai sasaran, kita tertekan.



Perasaan tertekan itu sebenarnya dalam tidak kita sedar telah berlaku banyak perkara dalam tubuh kita :

  1. Bila emosi tertekan, semua hormon menjadi tidak seimbang. 
  2. Bila emosi tertekan, banyak vitamin C dan vitamin B yang sedia ada dalam badan akan musnah kerana dua vitamin ini sangat rapuh @ fragile.
  3. Bila emosi tertekan, ia merosakkan protien yang ada dalam tubuh.
  4. Bila emosi tertekan, ia akan merosakkan sistem imune badan secara perlahan-lahan.
  5. Bila emosi tertekan, kita mula hilang fokus dan minda kita tidak dapat di atur dengan baik.
  6. Bila emosi tertekan, seorang ibu menyusu akan kekurangan hormon oksitosin dan ini akan menyebabkan susu mula merundum.
Bila kita dalam keadaan tertekan, banyak vitamin musnah, sistem imun kita menurun dan penyakit mula menyelinap tanpa disedari.
    Dalam apa pun keadaan, kita perlu belajar mengatasi rasa tertekan atau kata lain stress.
    Antara yang boleh kita lakukan untuk kurangkan rasa tertekan atau stress ialah :

    1.   Minum segelas air.
    2. Membaca Al Quran 
    3. Menjaga pemakanan harian 
    4. Percutian
    5. Rehat seketika
    6. Keluar dari keadaan yang buat rasa emosi tertekan.
    7. Pengambilan supplement.
    8. Bersenam dan beriadah
    9. Luangkan masa bersama orang tersayang.
    10. Banyakkan istighfar dan bertaubat. 

    Jangan biasa menuding jari untuk apa yang kita lalui berpunca dari si polan bin si polan. Anggapkan ujian yang datang adalah teguran dari Al Khaliq supaya kita lebih dekat kepadaNYA.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Khamis, 15 September 2011

    3 days SALE.


    Hanya berlangsung selama 3 hari bermula 15 September - 17 September 2011.

    Terdapat diskaun istimewa pembelian dan juga penghantaran PERCUMA. *
    Dapatkan promo terbaru!


    Sila email nnorita78[@] yahoo.com atau sms/ whatsapp di 012-853-5689 untuk maklumat lanjut.



    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Benda yang biasa tetapi impaknya luar biasa.

    " Saya sangat suka dengan ESP dan Ostematrix Shaklee. Selepas saya amik dua ni selain set B, breast saya senang bengkak. Alfalfa tak serasi dengan anak saya, dia senang cirit. kalau saya amik lebih dari 2 biji.

    Ini komen seorang pengguna set B.
    Pada mulanya beliau cuma seorang pengguna set B. Tetapi kerana kawan-kawannya dah mencuba ESP dan ada yang dah makan Ostematrix, kawan ni teruja dan membeli.

    Saya pun terangkan seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan kalsium diikuti oleh semua zat mineral yang lain untuk pembesaran dan pertumbuhan si anak.

    Bagi yang tak tahu, protien diperlukan untuk bina sel. Sel membentuk organ, seterusnya dari organ terbentuklah sistem. Kalsium diperlukan dalam pembentukan saraf dan tulang serta darah. Zat mineral lain diperlukan dalam proses pertumbuhan dan pembesaran.

    Hakikatnya susuibu adalah yang terbaik kerana ia satu pengikat kasih ibu dan anak, kesinambungan pengaliran makanan selepas anak dilahirkan. Bertambah hebat jika ia cukup dengan nutrisi yang diperlukan oleh si anak untuk membesar.

    Kata kawan saya seorang doktor :


    " Perasan tak, syarikat  susu formula berlumba-lumba untuk menambahkan formula ke dalam susu mereka yang kononnya bagus untuk otak anak dan kesihatan si manja? Susu formula yang mahal, yang bertaraf gold dikatakan kaya dengan banyak folik asid, zat besi, carotene yang bagus untuk pertumbuhan otak dan pembesaran anak.  


    Jadi kenapa ibu yang menyusu tidak mahu berusaha memastikan susuibu yang disalurkan kaya dengan nutrisi dan bagus untuk pembesaran otak anak dan pertumbuhannya? Susuibu adalah terbaik dan adalah lebih baik apabila si ibu menjaga pemakanannya."

    Mungkin ada sesetengah melihat , alah vitamin jek pun....tetapi tanpa disedari vitamin ini tidak kita titikberatkan dalam makanan seharian. Sebagai contoh asid folik, memang ada dalam banyak makanan, tetapi adakah pengambilan itu benar-benar mencukupi untuk keperluan badan kita seterusnya untuk diberi/ disalurkan kepada anak tadi melalui susuibu?  Begitu juga dengan zat besi, adakah anda pastikan makanan harian anda kaya dengan zat besi?

    Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat saya secara peribadi : memberi anak susuibu bukan salah satu jalan jimat tetapi lebih kepada ikatan kasih sayang dan hati anak yang dibentuk dari darah ibu sendiri. Saya sendiri menyusu anak lebh dari dua tahun, namun saya membelanjakan duit saya kepada vitamin supaya anak saya membesar dengan baik dan mengharap agar hatinya mudah dibentuk.

    Saya pegang pada kata-kata : Duit boleh dicari, dan setiap anak dilahirkan dengan rezekinya....banyak keinginan saya dulu saya bantutkan kerana duit saya habiskan kepada vitamin, tetapi bila mereka dah besar dan menyusu dengan lengkap, memberi satu kepuasan pada saya. Segala keinginan saya lenyap dengan kepuasan :)


    Balik pada diri ibu....anak adalah anugerah terindah. Bayangkan berapa ramai pasangan yang telah lama berumahtangga yang masih berusaha mendapatkan anak. Maka kita yang dah ada, hargailah setiap saat bersama anak.


    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

     Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Selasa, 13 September 2011

    Penapis udara yang sangat selesa dibawa ke mana-mana.


    Pendingin udara kami akan mula dipasangkan apabila mula nak masuk tidur. Kami juga akan pasangkan penapis udara Shaklee yang portable iaitu Air Source . Apa bagusnya benda ni?

    Ianya akan menuetralkan udara maka tak la kita terasa perit atau sakit untuk bernafas dalam aircond. Kami bawa bersama bila kami travel. Ia juga didatangkan dengan soket untuk dipasangkan dalam kereta.

    Alhamdulillah anak tak mudah selsema atau chest mereka sejuk sebab tidur dalam aircond. Dah hampir 9 tahun saya gunakannya dan sangat berpuashati sehingga sekarang!



    Sangat berbaloi dengan harganya. Jika berminat nak beli dengan harga best , call saya! Ianya kecil sahaja. Harganya juga sangat berbaloi!



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


     Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Payudara lembik dan tidak anjal.

    Saya terima banyak email berkaitan dengan keanjalan payudara terutama bagi ibu yang menyusu....dalam entry sebelum ini, sudah saya nyatakan, ESP adalah terbaik.

    Kata kawan saya " Dulu aku tak amik kisah sampai suami aku tegur, breast aku tak menarik....then aku tersentak.. memang kena usahakan sesuatu la jawabnya :( "

    So bagi anda yang mengalami payudara yang kurang anjal, pastikan anda mengambil protien secukupnya bagi membantu keanjalan semula payudara.

    Alfalfa juga membantu cuma kandungan protien dalam Alfalfa adalah minimum sahaja.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Cyst dan fibroid : Agar tidak berulang.


    Bagi yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2 bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan secara c-section.

    Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

    Apa dia radikal bebas?
    Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.



    Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.

    Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.




    Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.


    Seorang ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya saya nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.


    Seorang ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya. Syukur sangat.


    Sselama 11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita mencukupi.


    Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-853-5689. Pembelian melalui web www.anakkuwiraku.com disertai dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com untuk mengetahui promo terkini dari www.anakkuwiraku.com.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Isnin, 12 September 2011

    Vitamin selepas berhenti menyusu.

    Alhamdulillah Nasa dah mencecah 4 tahun ...dan ni bermakna Nasa dah berhenti minum susuibu selama 1 tahun setengah. Walaupun begitu , saya bekalkan Nasa supplement seperti Omega Guard dan Meal Shake selain Performance drink terutama hari persekolahannya.

    Begitu juga dengan saya, walau sudah tidak menyusu, saya masih amalkan pengambilan makanan vitamin untuk kesihatan saya sendiri. Ya la, kita ibu kena kuat dan sihat....kalau tak keluarga tunggang langgang tanpa ibu.
    Ditambah sebelum ini saya pernah ada ketumbuhan di ovari yang mana doc kata kalau saya tak jaga pemakanan dan ubah cara hidup, ianya boleh tumbuh semula ( recurrent) maka untuk itu saya jadikan vitamin ini sebagai ubat. Saya taknak bergantung dengan ubat doc sebab ubat ini beri kesan jangka panjang seperti buah pinggang rosak, hati dan banyak lagi.

    Apa sebenarnya vitamin yang asas untuk kita amalkan walau tidak lagi menyusu? sebenarnya boleh aje terus makan set B. Susu takkan terhasil pun jika tiada stimulation. Jika anak dah tak minum, susu tak terhasil.

    Macam saya sendiri, lepas Nasa wean off, badan saya tiba-tiba naik. Mengembang satu macam. Fuhh rasa stress juga ramai yang tegur nampak berisi dan memang bila tengok cermin terasa juga la :( So saya konsisten makan lecithin. Saya makan memang fokus untuk turunkan berat badan saya. Alhamdulillah balik ni mak saya suruh timbang cek berat....berat saya balik pada normal. Dulu 56kg dan kini cuma 50 kg pun tak sampai....seronok sangat.

    Sesiapa yang nak kurus, amalkan makan lecithin dan alfalfa tetapi harus minum air banyak ye...sebab nanti tak nampak kesan :(

    Tak rugi jika makan supplement...ditambah hari ini, cuaca dan persekitaran kita terdedah dengan banyak pencemaran. Pada saya makan vitamin ni macam pakai tali pinggang keledar. Sebagai satu ciri keselamatan  yang perlu ada. Sekurangnya...kalau tak sakit alhamdulillah sangat. Kalau sakit tak la seteruk mereka yang tak pakai tali pinggang keledar.

    Rata-rata orang jadikan vitamin as last resort. Bila dah teruk....tu yang masalah sebab badan perlukan masa nak kenal dan absorb dengan baik. Bila sakit, sel pun tak sihat untuk serap vitamin dengan baik....maka lambat la nak sembuh. Tapi bila amal masa sihat, so bila sakit badan sendiri tahu nak tingkatkan imunisasi badan.

    Dah tahu September Special Offer ? Kalau belum, emailkan kepada nnorita78[@]yahoo.com.


    Jumaat, 9 September 2011

    Apa kata pengguna set Tripple M ?

     Saya mengenali beliau hanya di alam maya.Namun dalam perkenalan yang singkat itu, saya mohon izin beliau untuk menjadikan beliau testimoni kerana pengalaman beliau bagus untuk dikongsi bersama.

    Apa kata beliau?

     Beliau mengamalkan set Tripple M. Memang kesannya cepat ditambah beliau kerap pam iaitu setiap dua jam.

    Bagi kalian yang baby kerap menyusu dan yang memang kerap pam, jika kalian nak mempercepatkan penghasilan susuibu, maka set Tripple M adalah yang terbaik.

    Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini kerana komposisi utama dalam susuibu adalah protien dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat provided si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Dulu dapat 3 store feed, sekarang dapat 6 feed in advance!

    Dua tiga hari ni saya hanya sempat jawab sms / whatsapp customer tentang penyusuan. Bagi yang hantar email tu saya harap kalian bersabar menunggu balasan email saya. Namun bagi yang ingin mendapatkan jadual pemakanan vitamin, sekiranya kalian mendapatkan vitamin dari pengedar lain, jangan lupa minta panduan pemakanan vitamin supaya anda akan mendapat keberkesanan vitamin itu.

    Ramai ibu yang masih consufe set mana yang nak dicuba, so saya buatkan ringkasan :

    Set Minima 
    Euphoria Breastfeeding Set [ set B]

    Set Medium ialah
    1.Euphoria Breastfeeding Set + ESP atau
    2.Euphoria Breastfeeding Set + Ostematrix








    Set Optimum
    Set Tripple M





    Harga memang berbeza, namun memadai saya katakan , sekiranya pengambilan set Medium juga banyak membantu.

    Antara testi menarik untuk di kongsi:

    Ini bukan mustahil.Sekiranya anda mengikut tips yang saya berikan....insyaALLAH anda juga boleh dapat hasil begini :)
    Hubungi saya 012-853-5689untuk pesanan anda arini!









    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Selasa, 6 September 2011

    Tips mencantikkan kulit.


    Semua orang nak nampak cantik , bersih dan berseri....tips ni nampak simple dan mudah dipraktikkan. Sama ada rajin dengan tidak aje nak praktik :)

    Untuk kulit wajah, pastikan minum air secukupnya. Jika tidak jerawat halus mahupun jerawat batu mudah keluar ditambah kekurangan air boleh mengganggu kepekatan darah dan kestabilan hormon. Pastikan tidur pada waktu malam dengan keperluan tidur yang mencukupi.
     Basuh muka dengan pencuci muka yang bersesuaian. Elakkan pencuci yang beri kesan kulit kering atau terlalu lembab....cuba basih muka minima 2 kali sehari....
    Scrub wajah setiap 2-3 hari skali dengan scrub yang tidak terlalu kasar biji-bijiannya. Saya suka enfuselle Shaklee punya scrub muka...sangat halus dan tak merosakkan sel kulit. Tapi sekarang dah tak de dalam pasaran Malaysia :(
    Nak jimat scrub guna daun jambu batu. Memang bagus.

    Bagi kulit badan pula, pastikan kita gunakan pelbagai jenis sabun mandi. Jangan bergantung pada satu jenis kerana kandungan sabun tersebut boleh buatkan tindakbalas dalam jangka panjang. Cuba selang selikan penggunaan sabun ...contohnya jika mandi pagi guna sabun X, nanti petang gunakan sabun Y. Esok pula mandi dengan sabun Z.....so kulit kita akan keep moist. Tak percaya, then cuba !

    Jangan lupa scrub badan juga 2-3 hari demi membuang sel mati dan daki yang liat....dengan ini kita akan punyai kulit yang cantik, bersih dan sihat.

    Untuk vitamin pula, makanlah vitamin B, C dan vitamin E untuk cantik. Dengan pengambilan yang betul dan air mencukupi kulit wajah nampak cantik, bersih dan berseri! Oh ya, akan nampak muda juga!
    Banyakkan makan buah-buahan untuk kulit yang bersinar!

    Cubalah!
    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Teringat masa buat kad ahli MPH, Addin menerpa saya dari belakang dan memanggil " Ibu!" ....terus perempuan yang kat kaunter tu tanya, ni anak ke kak? Jawab saya " Ya, kenapa?" . Orang kaunter tu dalam nada terkejut dan tersenyum menjawab " Saya ingat akak ni baru umur 20 an aje, terkejut tengok anak besar ni !"Sambil tersenyum melebar saya jawab " Umur saya pertengahan 30an"

    Dalam hati berbunga riang...rasa berbaloi baloi makan vitamin :)
    Oh, really loves GLA, Vit E, Vit C dan B com!!!!!








    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Isnin, 5 September 2011

    Oh clog duct : menyeronokkan vs menyakitkan!


     Saya masih ingat kali terakhir saya melalui duktus tersumbat atau clog duct ialah masa Nasa wean off. Hampir dua minggu saya sediakan kobis besar untuk saya surutkan bengkak susu tu. Sakitnya hanya ALLAH aje yang tahu.

    Seorang ibu sms mengatakan dia rasa macam tak percaya sekarang kena clog duct walau anak dah masuk setahun 3 bulan. Si ibu ini tidak pam sebab sibuk kerja di pejabat. Si ibu ini mengambil pakej 3M yang mana beliau mengakui bahawa pengambilan makanan hariannya tak menentu maka dengan itu beliau perlu mencari sesuatu demi memastikan susuibu yang dihasilkan mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan oleh anaknya.

    So bagi ibu2 yang tidak mengepam di pejabat, saya tidak galakkan amik vitamin booster termasuklah ESP dan kalsium kerana dikhuatiri akan menyebabkan bengkak susu yang akhirnya membuat si ibu merana.

    Namun jika anda menyusu dan turut mengepam di pejabat....demi mengurangkan rasa letih dan demi memastikan susuibu sentiasa mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan untuk pembesaran anak....set B dan kalsium adalah antara yang saya sarankan ...kecuali anda mampu untuk membeli set B dan ESP.

    Buat kak Nini, saya harap akak akan mengepam dengan konsisten mulai esok ya.

    Bagi yang membeli vitamin dari saya, saya akan bekalkan jadual pengambilan makanan serta panduan sesi perahan yang konsisten bagi memudahkan kalian mendapat hasil yang diharapkan.

     Tips saya berkesan untuk mereka yang ikut panduan yang diberikan.




    So jika anda adalah pengepam tegar, jom cuba set B dan dapatkan TAWARAN MENARIK SEPTEMBER!


    Bila makan vitamin semasa menyusu; kita bukan bercerita tentang kualiti....sebab susuibu memang berkualiti. Namun kita bercerita tentang nutrisi. Kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran anak dengan ideal adalah misi terbaik!






    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Petua bila anak demam selsema.

     Musim perayaan akan biasa kita dengar ramai orang demam, batuk mahupun selsema. Ada banyak faktor bila jatuh sakit masa musim perayaan. Antaranya sebab perubahan cuaca tempat yang kita beraya juga mempengaruhi. Selain itu bila sibuk berziarah masa raya, kita terlupa untuk minum air. Bila badan kurang air, maka suhu badan mudah meningkat dan tanda demam dah mula menjengah. Kalau berlarutan maka mudahlah dapat selsema seterusnya jika beraya banyak meneguk air berais, mulalah batuk pula menyerang.

    Maka pastikan anak-anak mandi banyak kali bila dah ada tanda demam, batuk dan selsema.

    Ramai yang takut mandikan anak masa demam dan selsema atas alasan takut baby sejuk....tetapi bila tidak dimandikan maka suhu dalaman akan meningkat dan selsema tadi akan membentuk lendir yang pekat dan akhirnya anak mudah diserang athma sebab lendir dah terlalu banyak. So penting kita mandikan anak bila dia demam dan selsema.
    Petua yang saya amalkan sehingga kini....

    Anak-anak dimandikan 2-3 kali sehari supaya suhu dalamannya tidak meningkat. Cuba sapukan minyak dibelakang badan, tapak tangan dan tapak kakinya selepas mandi. Untuk bayi bawah 6 bulan pastikan minyak telon atau minyak bayi dicairkan dengan campuran sedikit minyak masak sebelum disapu supaya kulitnya tidak melecur. Jika bayi menyusu susuibu, pastikan ibu mengambil makanan yang banyak kandungan vitamin C ( atau pengambilan supplement) agar dapat membantu sistem imun anak melawan penyakitnya.


    InsyaALLAH anak tak lama menderita sebab demam, batuk dan selsema. Namun jika anak sakit berlarutan melebihi seminggu, hantarkan sedekah pada masjid atau anak-anak yatim....ianya membantu menghapus kifarah kita dan insyaALLAH anak akan kebah.






    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Ahad, 4 September 2011

    Penggalak susu yang terbukti terbaik

    Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada  nnorita78[@] yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!

     Pengalaman menyusukan dua anak saya adalah pengalaman terindah. Namun tak bermakna setiap tahun kena beranak dan menyusukan anak :) Tanggungjawab kita sebagai ibu tidak terhenti pada berhentinya si anak menyusu. Kita perlu usaha untuk membentuk peribadinya. Untuk memastikan si anak tadi taat pada ibu bapa, menuruti perintah agama dan berbakti pada masyarakat.

    Namun bukan itu yang saya nak tulis....apa yang saya nak kongsikan ialah jenis penggalak susu terutama bagi ibu yang menyusu. Memang ada yang mendapati halba, alfalfa, lobak putih, labu, jantung pisang dan macam macam lagi makanan yang dikatakan membanyakkan susuibu.

    Tanpa disedari bagi ibu baru yang baru nak mendalami ilmu penyusuan akan mencuba semuanya. Walhal kuncinya hanya satu iaitu " sejahtera". Apa yang saya maksudkan dengan "sejahtera"?
    Sejahtera yang saya maksudkan ialah ketenangan jiwa, kegembiraan, keseronokkan, bebas dari rasa malas, bebas dari tekanan perasaan disebabkan manusia atau kerja. Sejahtera juga termasuklah dari segi kesihatan fizikal dan rohani yang baik. Sejahtera fizikal iaitu bebas dari keletihan dan penyakit yang mengganggu emosi.

    Ibu yang mahu berjaya dalam menyusukan anak secara lengkap 2 tahun perlu mempunyai jiwa yang kental dan kuat. Tahan dengan ujian dan cabaran ...tidak semudah yang disangka. Setiap ujian dan perjalanan si ibu tidak sama dengan ibu yang lain. Sebab itu si ibu perlu banyak membaca. Dengan ilmu kita boleh berjaya.

    Tentangan dari keluarga dan kawan terdekat antara perkara biasa, namun jangan jadikan alasan untuk tidak meneruskan. Penolakan anak untuk tidak minum secara langsung juga boleh jadi antara cabaran namun telah ramai ibu yang hanya perah susu sahaja tanpa menyusu secara langsung membuktikan mereka juga mampu berjaya menyusukan anak dengan susuibu.

    Apabila dianugerahkan anak, maka sebenarnya seorang wanita yang bergelar ibu itu perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Si ibu itu perlu berusaha untuk mewujudkan suasana "sejahtera" dalam dirinya termasuklah fizikal dan mental.

    Susu akan mudah terhasil apabila lonjakan mood yang baik dan gembira berbanding dengan rasa tekanan dan keletihan yang melampau. Namun tidak dinafikan apabila seorang itu bergelar ibu yang bekerjaya, si ibu tidak dapat lari dari rasa letih, penat, moody dan tertekan akibat limpahan kerja yang tak pernah sudah.

    Makanan yang sering disarankan sebagai penggalak akan berkesan sekiranya makanan itu menghasilkan rasa kepuasan dan "sejahtera" dalam diri si ibu. Saya berikan contoh buah durian. Sekiranya si ibu amat gemar makan buah durian, maka secara langsung si ibu akan merasakan payudaranya cepat penuh dengan susu ditambah kandungan protien yang tinggi dalam buah durian tadi. Ini kerana wujudnya "sejahtera" dalam diri si ibu. Tetapi jika si ibu tidak gemar makan durian, maka pengambilan buah durian tidak akan beri kesan yang sama pada penghasilan susuibunya.

    Walaubagaimanapun, sekiranya kita adalah seorang pemakan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang, maka apa yang terjadi adalah kesan kegemukkan kepada si ibu yang menyusu tadi. Si ibu akan membesar lebih dari anak yang disusukan. Ini sangat tidak elok pada kesihatan si ibu tadi.

    Makanlah berpada-pada. Cuba wujudkan "sejahatera" dalam diri agar perjalanan penyusuan itu menjadi memori terindah sebagai seorang yang bergelar ibu. Jangan ada kekesalan kemudian hari kerana tidak berusaha menyusukan anak sehingga selama yang mampu.

    Cuba amalkan ayat ini....banyak manfaatnya.
    Sedikit sebanyak membantu mewujudkan "sejahtera" untuk rohani.

    Buat ibu yang sedang menyusu, selamat maju jaya!


    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Sabtu, 3 September 2011

    Zat besi, susuibu dan berat anak yang ideal.

      Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada                  nnorita78[@] yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!


    Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

    Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi  beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

    Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

    Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
    1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
    2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
    3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
    4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
    5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

    Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

    Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

    Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

    Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!

    Vita-Lea® Iron Formula
    Multivitamin & Multimineral

    Multi yang Hebat

    Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
    Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
    Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
    Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
    • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
    • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
    • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
    • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
    Perbezaan Shaklee
    Kemajuan Saintifik
    • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
    Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
    • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
    Kualiti yang luar biasa

    • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
    Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
    Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.










    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Jumaat, 2 September 2011

    Dah mula bekerja.....

     Alhamdulillah walau beraya hanya 3 beranak sahaja, tapi ada juga kawan yang datang bertandang menceriakan raya kami.
    Buat semua customer yang menghantar ucapan Selamat Hari Raya, terima kasih atas ingatan. Tidak lupa yang membuat pesanan vitamin dan telah membuat bayaran, insyaALLAH semua pesanan sepanjang hari raya akan saya poslaju pada hari ini.
    Bermula bulan ini, semua pesanan akan dihantar bersama freegift yang dinyatakan. Kecuali freegift sedia ada kehabisan dan sementara menunggu stok baru, ianya akan dihantar kemudian.
    Hari ni, tiada aktiviti istimewa kecuali pastikan home work Kumon dan sekolah anak-anak siap sebelum hari Ahad. Akan membuat penghantaran melalui poslaju dalam jam 3pm ini insyaALLAH bagi semua order. Mudah-mudahan jika tiada aral akan terima pada hari Isnin atau Selasa. InsyaALLAH.

    So bagi yang ingin mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada nnorita78[@] yahoo.com sebab hadiah yang disediakan sangat menarik!






    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa