Sabtu, 30 Julai 2011

Apa nak buat bila kena BENGKAK SUSU?

Julai 30, 2011 0 Comments
 Beliau merupakan salah seorang customer saya dan kini telah menjadi rakan biz saya setelah jatuh cinta dengan Shaklee.
Mari kita baca pengalaman beliau mengatasi masalah duktus susu tersumbat.

Saya notice, ramai juga mommies yang kena "bengkak susu" terutama selepas mencuba "TIPS EKSKLUSIF GBS", kan? Alhamdulillah, murah rezeki anda (banyak susu). Tapi, bahaya juga jika dibiarkan berlarutan. Jika tuam dengan tuala panas tak menjadi, jom cuba "COLD METHOD" pula. This worked wonders on me:

(1) Baring/ Lay down on flat surface.
(2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar. Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
(3) Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
(4) Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun.

This is from my own experience. Saya pernah jalani breast abscess operation early 2009, TAPI, bukan sebab Shaklee ya. Instead, Shaklee helped me to heal faster after the operation (sampai jatuh cinta to become distributor). So, lepas operate tue, sometimes kena clogged duct lagi, then, the doctor taught/ did this to me. Dia taknak prescribe antibiotik dah - not good.

Anyway, jika still sakit, boleh jumpa doc dan minta antibiotik. Tapi, please inform doctor that you're breastfeeding. Nanti mereka bagi antibiotik yang sesuai. Yang paling penting, jangan biarkan ia berlarutan, okey mommies... ;)

Untuk mengelakkan clogged duct:
(1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.
(2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat2 kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" di atas.
(3) Jika cara no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.
(4) Supplement yang membantu untuk clogged duct/ mastitis:
B-Complex, Vita-C & Lecithin (from kellymom.com)

*Source:
http://www.genkimomma.net/sear​ch/label/Breast%20Abscess%20an​d%20Mastitis
http://www.kellymom.com/bf/con​cerns/mom/recurrent-mastitis.h​tml



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 29 Julai 2011

Susu badan semakin kurang?

Julai 29, 2011 0 Comments
Ramai yang mengadu kepada saya berkenaan masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari:
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasnaya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum.
Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti (tipu, mana ada meeting tak berhenti) dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.
Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.
Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga :)
Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan ;)
Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA
Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor 

Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.
 credit



Uhhh, di samping itu kami ada promosi untuk Energizing Soy Protein dan Performance Drink (a-must-drink masa puasa!). Kalau nak sila PM  eh, email ler. Harga istimewa hanya bulan ni sahaja sehingga 31 Julai!

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 28 Julai 2011

ESP mengikut selera anda

Julai 28, 2011 1 Comments
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)...resipi leh check sini..http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/2011/01/resipi-baru-espnyum-nyumsedapp.html.
Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda. Namun jangan sesekali dibancuh bersama teh atau kopi ya mahupun air panas kerana ini akan merosakkan protien itu sendiri.

Namun pilihan saya ialah :

Rasanya sangatttttt sedap bila dibancuh dengan air sejuk!






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

11tahun ....

Julai 28, 2011 0 Comments
Energizing Soy Protein – Vanilla
 
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 27 Julai 2011

Puashati dengan hasilnya!

Julai 27, 2011 0 Comments
 Beliau adalah salah seorang yang mengaku kebaikan ESP...walaupun baru mengambilnya dalam 2 hari...tapi beliau sangat-sangat berpuashati.

Beliau baru mengenal Shaklee..tak sampai sebulan. Tetapi kerana semangat nak menjaga kesihatan, beliau mencari vitamin bagi memastikan beliau sihat, bagi terus menjayakan perjalanan penyusuan anak beliau Qaid Hafiy. Setelah mencuba ESP dan TIPS yang betul untuk banyakkan susu....beliau sendiri teruja dengan hasilnya!!!
Benarkah ESP membanyakkan susu? ESP hanya membantu mempercepatkan penghasilan susuibu DENGAN SYARAT si ibu kerap kosongkan payudara melalui sesi perahan atau penyusuan langsung ( direct feeding). Selain itu, antara yang membantu dalam meningkatkan penghasilan susuibu ialah dengan menjaga pemakanan agar seimbang, kurang makan junk food, pengambilan air yang selari dengan keperluan badan , emosi yang stabil dan fikiran yang tenang.

Selama 11 tahun saya mengambil ESP , saya sangat berpuashati. Malah saya akan pastikan ia antara supplement yang sentiasa ada kerana ia menjadi minuman kegemaran anak2 saya terutama apabila dicampurkan bersama oren sunquick atau Performance Drink ( minuman isotonik tanpa karbonat bagi mencegah hidrasi) ...alhamdulillah sangat berpuashati.Addin ke sekolah dengan hanya bersarapkan air ESP dibancuh bersama Performance Drink (PD) dan ini juga minuman anak saya sebelum tidur.

Protien sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protien diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan.
Kita boleh amalkan makan ikan, telur dan daging untuk dapatkan protien namun kita tak dapat lari dari kolestrol terutama masakan yang melibatkan minyak masak biasa. Kecuali kita memasak menggunakan minyak zaitun atau biji bunga matahari dan kos minyak ini setanding dengan khasiatnya. 

Ramai juga yang mengambil inisiatif dengan memasak kacang soya untuk dibuat air....namun protien tidak boleh pada suhu melebihi suhu badan manusia maka jika suhu yang tinggi boleh merosakkan banyak amino asid yang ada dalam kacang soya itu sendiri. Shaklee menggunakan standard piawai yang tinggi dalam pemprosesan kacang soya untuk menjadi ESP demi menjaga kepentingan semua zat dan asid amino yang terkandung dalam kacang soya tadi. 

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
Ini antara sebab mengapa SHAKLEE ESP unik.



Ingin tahu promo terkini ESP Shaklee bersama TIPS RAHSIA? Sms/ Whatsapp saya di 012-8535689 atau emailkan kepada nnorita78[@]yahoo.com. Tawaran menarik sehingga 31 Julai 2011 sahaja.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms/whatsapp  saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 26 Julai 2011

ESP dan PD ?

Julai 26, 2011 0 Comments
 Memandangkan Ramadhan akan tiba, ramai dah mula mencari makanan tambahan persediaan untuk menyambut Ramadhan. Dalam Shaklee, produk yang diminati ramai ialah PD dan ESP. Ianya bukanlah mengenyangkan sehingga kita tidak rasa lapar sepanjang berpuasa....cuma ia membantu kita sustained serta tidak terlalu keletihan yang menyebabkan kita tidak produktif jika berlarutan.

Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini. Harga yang sangat menarik !





Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 24 Julai 2011

Susuibu adalah apa yang ibu makan?

Julai 24, 2011 0 Comments
 Tidak dapat disangkal lagi bahawa susuibu sangat kaya dengan zat dan nutrien yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu buatan manusia. Lebih hebat lagi jika si ibu sangat meniktikberatkan pengambilan makanan hariannya beserta cuba untuk memberikan yang terbaik buat si manja.

Oleh kerana itulah ramai ibu yang bekerjaya mahupun yang hanya sebagai surirumah kini sangat prihatin dengan pemakanan mereka kerana susuibu yang disalurkan itu memberi kesan yang baik untuk bayi mereka.

Mengimbau perkembangan Nasa semasa 6 bulan pertama di mana si manja saya ini belum mula aktif....




Oleh kerana gambar inilah telah mendorong dan memotivasikan kenalan saya yang lebih selesa dipanggil Ness nekad untuk menjayakan penyusuan susuibu dengan lebih cemerlang  untuk anak keduanya setelah banyak belajar dan menimba pengalaman dari penyusuan anak pertamanya.

Alhamdulillah Allah memberi saya kesempatan untuk bergambar dengan anak kedua beliau yang kini mencecah usia 3 bulan dengan berat 8kg. Ness yang sangat gembira dan ini membuktikan ibu yang menjaga pemakanan dengan sempurna dan seimbang memberi kesan kepada perkembangan anak secara fizikal dan mental. Tiada istilah obes kerana bayi ini hanya minum susuibunya sahaja.

Gambar yang akan menjadi kenangan manis buat saya dan si comel Thoriq.




Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pada seawal usia 0 hingga 6 bulan, cubalah amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan memenuhi keperluan perkembangan si bayi anda. Titikberatkan pengambilan protien kerana protien sangat penting untuk pembinaan sel serta kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi selain nutrien lain yang diperlukan untuk proses pembesaran.
Sesungguhnya bayi pada usia ini belum aktif dan ini adalah saat yang bagus untukk membesarkan mereka dengan susuibu demi perkembangan awal otak mereka. Setelah mereka mula aktif, akan di dapati berat hanya akan meningkat sedikit demi sedikit kerana metabolisme yang semakin meningkat. Bagi ibu-ibu yang anaknya membesar dengan baik pada seawal 6 bulan yang pertama, insyaALLAH akan kurang  mempunyai masalah berat anak tidak ideal apabila anak mula aktif dan meningkat pembesarannya.











Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ubah nasib dengan 4 perkara

Julai 24, 2011 0 Comments
Mungkinkah pengambilan vitamin untuk penjagaan kesihatan benar-benar  trend masa kini? Dikatakan ramai ibu yang menyusu anak sedar tentang kepentingan vitamin bagi memastikan diri mereka sihat serta anak mendapat khasiat vitamin tersebut melalui susuibu. Namun bagi ibu-ibu yang baru dengan dunia penyusuan akan membuat kesimpulan mungkin vitamin ini boleh membantu mereka menambah produktiviti susu mereka tanpa memahami konsep sebenar penyusuan. Semakin hari ianya berlarutan dan pengambilan vitamin untuk penyusuan menjadi trend kerana si ibu menganggap vitamin itu yang banyakkan susu mereka sehingga menimbulkan banyak reaksi.

Walau bagaimanapun , sebenarnya secara peribadi saya yakin ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin adalah untuk kesihatan diri mereka kerana ingin terus berjuang dalam penyusuan susuibu buat bayi mereka. Mungkin hanya segelintir yang membuat tanggapan vitamin itu yang membanyakkan susu mereka ditambah mereka masih baru dalam dunia penyusuan susuibu.

Meminjam kata-kata seorang ibu ini :
          " supplement tu bukan lah menjana kepada penambahan hasil susu, tapi menjana khasiat pada yang memakannya. Dengan keadaan kita ibu2 yang bekerja dan bekerjaya sampai kadang2 skip makan dan ambil maknan yg sambil lewa, maka adalah penting sekiranya kita ambil suplement sebagai sumber pemberi tenaga juga vitamin lengkap untuk diri kita sendiri.. tak kira lah dari produk mana sekali pun.. secara tak langsung vit yg kita perolehi ni dapat juga di salurkan terus kepada anak kita melalui susu ibu.. Memang lah betul sumber semula jadi adalah vitamin yang paling bagus dan terbaik untuk kita.. tp kalau makan pun dah mcm2, n belum tentu completenya dengan zat2 yang sepatutnye.. tak guna juga kan?? apa pun, tepuk dada tanya lah selera.."
    

Ramai ibu yang bekerjaya hari ini mnedapati pemakanan mereka tidak teratur apatah lagi untuk memenuhi keseimbangan yang dicadangkan dalam piramid makanan, maka pengambilan vitamin membantu mereka sihat, ceria, bertenaga dan mampu meneruskan pekerjaan rumah selepas pulang dari kerja. Maka keperluan vitamin adalah keutamaan demi memastikan mereka dapat meneruskan perjuangan dalam penyusuan secara tidak langsung.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


Bagi ibu-ibu yang sedang struggle untuk menjayakan penyusuan, peganglah kepada 4 perkara ini:

Pertama, IKHTIAR, ALLAH memberikan kepada kita tenaga, akal fikiran, dan perasaan yang merupakan proses untuk ikhtiar, berusaha, berjuang, bekerja, dan bergerak. Kita dianjurkan untuk selalu berikhtiar, berjuang, sabar dalam ikhtiar. Mahasabah diri dan memperbaiki keadaan dengan berjihad. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Qur’an : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.” (Al-Ra’du [13]:11)



Kedua DOA.“Tidak ada yang mampu mengubah qadhanya ALLAH kecuali doa.” (H.R. Tirmidzi)Doa yang dimaksud dalam hadits di atas adalah doa yang ikhlas dan sungguh-sungguh. ALLAH menegaskan dalam firman-Nya; “Berdoalah kalian kepada-Ku, niscaya doa kalian Aku mahkbulkan.” (Al-Mu’min [40]:60)



ALLAH sangat senang menatap hamba-Nya yang mengemis, merayu kepada-Nya, memohon kepada-Nya, agar Dia campur tangan dalam urusan kita. Menangis dalam berdoa. Puncak kekhusyukan doa adalah saat kita berdoa sambil menangis. Kerana khusyuk, mereka menangis, karena menangis mereka bertambah khusyuk. Berdoa saat sujud, karena itu adalah posisi yang terbaik untuk berdoa. Oleh kerana itu, perbanyaklah berdoa saat sujud.



Ketiga, KHUSNUZHAN (berbaik sangka) “Aku bagaimana prasangka atau praduga hamba-Ku.” (H.R. Bukhari) Baik sangka merupakan akhlak yang terpuji, ada hikmahnya, dan banyak kebaikannya. Kita harus selalu berbaik sangka bahwa dalam setiap peristiwa ada rahmat ALLAH. Subhanallah! Dengan berbaik sangka bahwa di balik sakit ada rahmat, di setiap musibah ada hikmah dan di dalam kematian ada ridha ALLAH, maka kita akan bertambah dekat dengan Allah. Dengan baik sangka, takdir itu akan menjadi lebih baik, akan diterimanya dengan ikhlas, dan percaya bahwa takdir itu merupakan qudrah dan iradah Allah. Semua takdir yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik. Hanya saja kita sering melihatnya dengan nafsu dan emosi. Sedangkan dalam nafsu ada dunia, dosa, dan kepentingan-kepentingan sesaat yang menyebabkan kita tidak nyaman melihat takdir dan selalu menyalahkan.



Keempat, TAWAKKAL kepada ALLAH s.w.t., Setelah kita berikhtiar, berdoa dan berbaik sangka kemudian yang terakhir kita harus tawakkal.Allah berfirman dalam Al-Qur’an:



“Siapapun yang menyerahkan urusannya kepada Allah (Setelah ia berikhtiar, berdoa dan berkhusnuzhan) niscaya Allah akan mencukupi kebutuhannya (urusan berikutnya adalah urusan Allah).” (At-Thalaq [65]: 3)Allah sangat senang terhadap hamba-Nya yang setelah berjuang dengan maksimal, lalu ia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa pun yang diberikan Allah ia terima dengan lapang dada. Allah berfirman dalam Al-Qur’an: “Allah senang/cinta/sayang kepada hamba-hamba-Nya yang menyerahkan urusannya kepada Allah.” (Ali-Imran [3]: 159)



Sebagai manusia kita tidak ada apa-apanya, lemah, dan dha’if. Karena itu, setelah berikhtiar kita serahkan segalanya kepada Allah. Usaha wajib, tapi Allahlah yang menentukan hasilnya. Apa pun keputusan Allah, itulah yang terbaik.

Maka pada saya, mereka yang amalkan vitamin hanyalah kerana mereka ingin mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Tidak dinafikan kelebihan pengambilan vitamin atau sesetengah produk milk booster memang mempengaruhi kepekatan susuibu kerana pengambilan supplement meningkatkan kepekatan darah namun biarlah ianya menjadi rahsia pencipta. Bagi yang diberi kelebihan merasa nikmat ini dimana mereka mendapati susu pekat membuatkan anak mereka kenyang ditambah banyak urusan lain dapat dilakukan apabila anak tidur nyenyak merupakan satu anugerah ALLAH semata-mata bukanlah disebabkan oleh vitamin atau milk booster tadi.

Maka balik kepada diri individu, mengapa mereka mengambil vitamin. Mereka pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk mengambilnya. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entry2 saya sebelum ini, jika kita tidak mampu membeli rumah banglo mewah maka jangan kita pandang serong pada yang memiliki banglo mewah. Malah jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, jangan dihina mereka yang menaiki bas. Setiap orang punya kemampuan tersendiri. Sama juga dalam hidup ini....hati perlu bersih, baru rezeki akan datang. Tidak perlu cemburu pada hasil orang lain tetapi jadikan inspirasi untuk kita lebih maju. Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang lambat laun akan menutup banyak pintu rezeki dan rahmat ALLAH.



* jom ubah nasib kita...jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Letakkan usaha.




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 23 Julai 2011

Payudara lembik dan tidak menarik?

Julai 23, 2011 0 Comments
Semua wanita mahukan kelihatan menawan maka penjagaan luaran dan dalaman sangat dititikberatkan. Saya mempunyai kenalan rapat yang berkongsi masalah payudaranya yang tidak kenyal.Maka saya cuma maklumkan biasanya payudara lembik atau tidak anjal disebabkan oleh pemakanan kita serta cara hidup. Badan perlukan protien untuk kekal elastik atau kenyal selain itu senaman memainkan peranan penting agar ia badan kelihatan menarik. Saya mencadangkan beliau menambahkan beberapa hidangan protien dalam menu hariannya. Antara makanan yang tinggi protien ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

Saya mencadangkan beliau amalkan minum soya protien yang telah saya amalkan selama 11 tahun, alhamdulillah. Selepas seminggu, beliau sms saya bahawa suami beliau sendiri menegur tentang perubahan yang beliau lalui. Syukur alhamdulillah. Gembira hati saya membaca testimoni kawan saya...." Beb, suami aku kata breast aku anjal lepas seminggu minum ESP ko....best2. aku suka sangat!!!!!"

Rasanya banyak entry sebelum ini juga saya telah kongsikan kebaikan Energizing Soy Protien atau nama pendeknya ESP. Ramai yang dah cuba, dapat merasai perbezaannya provided mendapat konsultasi yang sempurna akan mendapat kesan yang optimum.

Ini antara maklumat tambahan yang bagus untuk bacaan :
Penjagaan payudara 



  • Makan sedikit lemak haiwan. Makan ikan yang berminyak dan tukar kepada minyak zaitun extra virgin bukan lagi minyak goreng standard.
  • Top up diet anda dengan suplemen antioksidan, termasuk vitamin C, E, beta-karoten mineral selenium. Juga makan banyak buah-buahan segar yang kayaantioksidan dan sayur-sayuran, khususnya bawang merah, bawang putih, lobak merah,tomato, brokoli, kubis dan kubis bunga.
  • Makan lebih banyak serat, terutama gandum, rye, millet, beras merah dan kacang-kacangan. Serat membantu untuk menggerakkan makanan melalui usus dan boleh mengurangkan penyerapan semula estrogen.
  • Hadkan alkohol - boleh menyebabkan peningkatan kadar estrogen.
  • Menghadkan pengambilan pada kopi, cola, coklat dan teh pekat.
  • Tingkatkan pengambilan protein anda. Protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal. Protein juga menyediakan Kolagen sangat diperlukan. Di syorkan tiga hingga empat kali sehari pengambilan makanan yang mengandungi protein.
  • Hal lain yang penting untuk mengelakkan 'melorot' atau payudara 'kendur' memakai bra menyokong yang elok, terutama semasa kehamilan dan sukan.




oh ya, sebelum anda membeli apa-apa produk protien, pastikan pengedar itu turut amalkan pengambilan protien serta tahu keadaan kesihatan anda. Konsultasi sangat penting.

Terima kasih sekali lagi kepada yang telah membuat pesanan dan tempahan ESP sepanjang minggu ini sehingga hujung bulan. Sokongan anda sangat saya hargai.






   Jemput baca. Sila klik link ini untuk pembacaan lebih lanjut kebaikan ESP .


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Julai 2011

Mengapa saya tidak was-was?

Julai 22, 2011 0 Comments
Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.


Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah



Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Notis penghantaran

Julai 22, 2011 0 Comments
 Saya membuat pnghantaran lebih kurang jam 4pm. Bagi yang buat pesanan awal, anda diutamakan.

Tidak penting di mana saya berada. Paling penting pesanan anda sampai di alamat yang diinginkan :)

Keberkatan rezeki saya termasuk kepuasan anda. Bagi yang membeli dari saya, terima kasih atas sokongan kalian.






* walaupun harga pos dah naik, tapi harga pos saya tak naik :)



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 20 Julai 2011

Susuibu cair?

Julai 20, 2011 0 Comments
Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!
Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).
Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.
Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.
Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!
Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.
Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.
Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:
  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan
(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.
  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.
Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!



credit : sayamahusihat.com

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

sedarkah kita?

Julai 20, 2011 0 Comments

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
       Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

      Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

      Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

     Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

    Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

    Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

  • Minuman beralkohol.

  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.

  • Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

  • Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

  • Sinaran ultra ungu.

  • Pencemaran alam sekitar.

         Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

         Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

        Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

        Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

        Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

        Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.

        Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

        Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.

        Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
    *dipetik dari Harian Metro,
    oleh Norlaila Hamima Jamaluddin





  • Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Isnin, 18 Julai 2011

    Dedahkan rahsia dapat susu banyak?

    Julai 18, 2011 0 Comments
    Kisah benar ...mari baca.


    First of all sorry sangat sbb x sempat nk share kemujaraban produk shaklee tu..suka ati je nk guna word 'kemujaraban' tu kn..actually nk show betapa baik n bagus nya produk shaklee.. 1st time ida jmpe produk yg dpt selesaikn masalah sy selama ni di samping membantu para ibu2 yg berpantang. ida akn story ape je yg shaklee ni dh bantu body ida:
    Masa bpantang (BF Set) - Jaundice:
    Shaklee produk yg best cz x perlu la ida nk telan produk2 bsalin tradisional cm ubat periuk or jamu..ida lak jenis yg mmg susah nk mkn ubat sket la. most important , ida dpt solution utk elak mkn jamu. my 1st baby dulu jaundice n sy x dbenarkn oleh pakar utk ambil jamu. Adam (1st baby) almost kne tukar darah n pecah rekod kt HSA (hospital sultanah aminah, JB) sbb reading jaundice plg tinggi..smpi doktor tny apa yg sy mkn msa preggy..sdih sgt ..so 4 my 2nd baby (Adeeb) , shaklee is alternative x pyh mkn jamu..Yg bestnya, even adeeb ade gak jaundice but only 1 week je..abg dia dulu 1mnth...superb kn? alhamdulillah..thx sgt Iffa sbb introduce this produk kt sy..
    Migrain / Sembelit :
    Ida ni mmg pesakit Migrain yg tegar since form 3 lg..this produk really help me especially msa dlm pantang..even x ckup tdo, migrain x dtg menyerang pon..alhamdulillah...body x rsa letih spnjng pantang, luka jahitan pon cepat sgt baik..tu plg best.. lagi 1 psl sembelit or buasir..mmg ida ade sakit gak..so far alfalfa sgt membantu..smooth je aktiviti kt tandas..syukur sgt..klu x mmg perit n menyakitkan..
    Milk Booster:
    Shaklee is one of the best product yg i jmpe as milk bosster.. Alfalfa n ESP sgt best..susu makin meriah je..plg menakjubkn is sekali perah dpt 14oz..ida pon cm x caya..within 30 minit je tau, pkai manual pam (avent) jek..caya x?

    so kt cni ade skit tips yg ida nk share bout my schedule pumping session..klu rsa sesuai leh la follow..pemakanan pon kne gak jga ..cam ida mmg x mkn ikan..so khasiat protein mmg dah ilang..so ESP help me gak to cover back my protein..
    - 3 or 4 sesi pumping/day (ni kt opis je tau) ..balik umah kne pump gak + df
    - consume 3M set (jgn skip makan yek)
    - mkn 2 biji alfalfa every time lps sesi pumping
    - mnum Susu Anmum (apa2 brand pon x pe) yg dicampur ESP : 2x/day (pagi/mlm)
    - Mnum fresh soya + tempe (ari2 sy makan..sy suke sgt tempe..:) = as protein sbb sy x mkn ikn..


    Jadi, apakah perkara utama yang harus anda lakukan? Dapatkan cukup stimulasi dari direct feeding dan breastpumping. Masih ingat 3 Perkara Utama yang Iffah selalu tekankan? Yang Pertama yang wajib anda patuhi ialah “Supply Vs Demand” konsep. Minimum 8-12 kali sesi perahan/direct feeding dalam masa 24 jam adalah wajib untuk anda lakukan dengan istiqamah.
    Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:
    1. Tubuh yang sihat
    2. Supply Vs Demand
    3. Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
    4. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
    5. Istiqamah iaitu konsisten.
    Shaklee Supplement ialah “Ia bukan sekadar Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Terasa rugi bukan kerana anda masih belum mencubanya?


    Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 28Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 27
    Wahidah juga turut berkongsi pengalaman beliau di blog peribadi beliau. Anda bolehlah membaca kisah beliau di link berikut:





    Petikan di ambil dari : sayamahusihat.com.

    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Sabtu, 16 Julai 2011