Saya teringat masa saya kecil dahulu, bila kami balik kampung abah di Johor Bahru saya suka bangun pagi dan duduk kat laman rumah arwah atok saya....selain menikmati pemandangan apa yang saya suka lihat ialah beberapa orang jiran atok saya sebelum keluar bergerak dari rumah mereka [menggunakan basikal] mereka akan berdiri tegak dan menadah tangan sambil membaca doa. Itu antara perkara yang suka saya lihat masa berada di kampung arwah atok saya dulu.
Saya kagum kerana mereka benar-benar memperaktikan amalan-amalan yang baik iaitu berdoa.
Ramai antara kita yang bukan tidak mahu berdoa tetapi kita kurang yakin dengan doa.
Mengapa kita tidak yakin dengan doa?
Antara sebab ramai tidak percaya dengan doa kerana merasakan doanya tidak dikabulkan, doanya lambat menjadi nyata.
Pesan arwah abah.....
Masih saya ingat masa umur saya 14 tahun, arwah abah pesan...kalau nak sesuatu perkara itu berlaku pada masa akan datang maka mulakan doa dari sekarang. Abah pesan saya doa dapat jodoh yang baik. Bayangkan masa tu umur saya 14 tahun....dalam tersenyum namun saya menjadikan ia amalan. Abah selalu pesan, doalah dengan penuh yakin. InsyaALLAH ALLAH akan sampaikan hajat atas apa yang di doakan.
Doa yang baik-baik supaya yang baik juga berlaku.
Terapkan doa dalam kehidupan harian....
Masih ingat lagi arwah abah pesan, jangan sesekali putus asa dalam berdoa ...kata arwah abah, ALLAH takkan tolak doa kita. Jikalau kita berhajat sesuatu namun doa itu digantikan dengan sesuatu yang bukan seperti kita mahukan....Sesungguhnya ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik buat kita. Namun itu jika kita melihat dengan mata hati bukan mata kasar semata-mata.
Bila kita berharap sesuatu sebagai contoh untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik [jawatan yang lebih baik] namun belum berhasil, jangan kecewa jangan berputus asa kerana ALLAH telah aturkan yang lebih baik untuk kita. Masa itu akan datang dengan sendirinya pada waktu yang kita sendiri mampu untuk menanggungnya.
Berdoalah...
Berdoalah dikala kita senang mahupun susah...
Apabila kita di dalam kelapangan dan kesenangan...maka berdoalah
" Ya ALLAH ku panjatkan syukurku padaMu dan ku berharap dengan redhaMu kelapangan ini dan kesenangan ini diberkati di sisiMu. Jangan sesekali KAU biarkan aku leka dan alpa dengan nikmat ini. "
Berdoalah dikala kita diuji
" Ya ALLAH sesungguhnya ujian ini datang dariMu jua Ya ALLAH maka kepada ALLAH ia kembali. Berikan aku kekuatan untuk melaluinya. Aku yakin ujian ini mampu buat diriku maka peliharalah aku agar aku tidak tergelincir dari landasanMu Ya ALLAH."
Maka marilah kita berdoa yang baik-baik dalam kehidupan kita. Doa yang baik, maka yang datang juga adalah yang baik.
Sesungguhnya ALLAH Maha Kaya dengan sifatNYA yang PEMURAH. DIA Maha Memberi. Maka Mintalah.
Ud'uni astajib lakum "Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" ( QS. al-Mu'min:60).
Semoga kita menjadi umat yang saling mengingatkan ke arah kebaikan.
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ud'uni astajib lakum "Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" (
Semoga kita menjadi umat yang saling mengingatkan ke arah kebaikan.
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments:
Post a Comment