Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Saturday, December 31, 2011

RM 30 setiap hari untuk merawat masalah eczema.

Alhamdulillah selepas saya berjaya memastikan menu harian dengan  buah-buahan potong beserta beberapa kotak jus buah setiap hari...saya dapati masalah eczema Addin semakin berkurangan. Sangat berbeza dengan sebelum ini...saya akan monitor air yang anak saya ambil supaya kulitnya tidak kering.

Addin mempunyai masalah kulit atopic eczema...bila terlalu kering dan dia mula menggaru...maka mulalah kulitnya akan lebih teruk kerana luka akibat digaru. Lebih teruk jika kurang air ia akan merebak dengan lebih teruk.

Selain pengambilan supplement untuk membantu kulit Addin moist...saya pastikan Addin minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari. Tapi selepas saya cuba tambahkan banyak buah serta air jus dalam menu harian, memang lagi ketara kulit Addin sekarang...alhamdulillah.

Bagi mereka yang mempunyai anak lebih 2 tahun dan mempunyai masalah yang sama, apa yang boleh saya sarankan ialah cuba amalkan pengambilan buah-buahan serta jus buah dalam menu harian selain mengambil supplement yang membantu melahirkan sel kulit yang sihat dan moist.

Bagi mereka yang suka menggunakan cecair organik Shaklee yang lebih dikenali sebagai Basic h, apa yang boleh saya sarankan, amalkan hanya 3-4 titik dalam baldi yang besar...dan amalkan selang sehari. Namun bagi atopik eczema , cuba perhatikan kulit anak setiap hari...jangan sampai terlalu kering kerana ini akan menyebabkan si anak mudah rasa gatal dan menggaru pada tempat yang mempunyai masalah eczema.

Cuba sapukan lotion yang sesuai pada kulit si manja selain menjaga pengambilan air dan makanan harian mereka.

Jika anda ibu yang menyusu, pengambilan alfalfa dikatakan boleh mengurangkan masalah ini namun pengambilan alfalfa adalah mengikut kesesuasaian si bayi. Jangan sesekali memakan alfalfa dengan banyak secara sekaligus tetapi secara berperingkat. Walau bagaimanapun, adalah sangat bagus jika seorang pembeli itu sentiasa keep in touch dengan pengedar...supaya segala info atau kemusykilan dapat dijawab dengan baik.










Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 comments: