Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.

Wednesday, December 28, 2011

Dulu part time....

 Alhamdulillah lega rasa bila dah dapat jumpa GB dan minta pendapat beliau ...saya dah nekad nak letakkan jawatan sebagai guru akademik. Tak sanggup nak tinggal anak di rumah orang mahupun mana-mana taska. Memang ada kelebihan dan kekurangan bila dah berhenti makan gaji....namun itulah yang dinamakan hidup. Tiada satu pun yang hidup tanpa ujian dan kekangan.

Hari ni saya cuma sempat siapkan order bagi customer yang buat pesanan awal sebelum jam 12...saya minta Shaklee proceed kan terutama mereka yang order secara fullpack. Bagi semua order euphoria trial pack saya akan poslaju pada 29 Disember. 

Kawan-kawan di sekolah tadi semua sibuk isi borang option...rasa tak sanggup nak kerja bila kenangkan anak-anak. Semenjak lahirkan Nasa saya dah biasa duduk uruskan rumahtangga. Alhamdulillah sambil-sambil saya buat biz Shaklee saya...yang mana saya gunakan blog untuk mengisi masa lapang saya bila anak-anak ke sekolah.

Alhamdulillah suami pun dah beri restu untuk saya tidak bekerja....syukur pada ALLAH. Syukur juga ada pendapatan Shaklee kerana sekurang-kurangnya dapat saya bantu mak dan keluarga.

Bercerita tentang Shaklee, saya memang dah lama menjadi ahli...dah nak masuk 12 tahun...alhamdulillah. Saya suka produk ini sebab kualiti dan harganya setanding. Tidak terlalu mahal mahupun terlalu murah. Pada saya harganya moderate dan ramai yang mampu beli.
Penghantaran stok order juga Shaklee uruskan bila customer order dan saya tiada stok...maka Shaklee akan tolong courierkan melalui Gdex ataupun Ctlink.

Bolehlah buat biz sambil-sambilan selain uruskan anak dan rumahtangga.....kalau dulu ianya part time maka lepas resign ni, ia akan jadi fulltime insyaALLAH.
Bagi kalian yang menghantar email , harap bersabar menanti balasan email ya....saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.

Apapun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih khas buat semua customer saya yang setia membeli dengan saya setiap bulan. Doa saya agar ALLAH memenuhi segala keperluan kalian, memberikan kesihatan dan kesejahteraan atas duit yang dibelanjakan untuk mencari kesihatan yang baik.








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

1 comments:

iizla said...

slm,
sy pon teringin nk jd full-time housewife. tapi ekonomi masih x stabil.

-salam kenal-