Ahad, 25 September 2011

# Diariku

Simpanan dan pelaburan untuk anak-anak.

Alhamdulillah walau lambat sambut raya di Semenanjung, rezeki anak-anak tetap ada. Terima kasih buat semua yang menghulurkan duit raya buat Addin dan Nasa, semoga bertambah rezeki kalian. Namun bukan cerita duit raya yang saya nak kongsikan, saya nak kongsikan cerita kawan saya.

Saya kenali beliau 3 tahun dulu, sekadar kenalan biasa. Beliau seorang yang ramah dan suka bercerita. Beliau kongsikan bagaimana beliau dan suami telah sama-sama berjanji untuk berusaha menyediakan simpanan anak-anak dalam bentuk rumah.

Masa tu saya menjadi sangat kagum. Dalam usia awal 30 an beliau telah mempunyai 3 rumah sewa dan 1 rumah sendiri yang diduduki bersama keluarganya.

Beliau meneruskan perkongsian cerita sehingga saya benar-benar teruja. Prinsip yang dipegang ialah sangat mudah, usaha semasa muda. Gunakan duit untuk 3 perkara :

  1. masa depan [simpanan/pelaburan]
  2. kesihatan dan kecemasan
  3. percutian [penghargaan ke atas diri dan keluarga]

Beliau membeli rumah sebagai aset jangka panjang. Kata beliau, beli dulu dan sewakan. Nanti anak dah besar nak sambung belajar, then kita jual rumah tu.
Ramai kawan -kawan saya amalkan prinsip ini. Memang apa pun pada peringkat awal akan jumpa kesusahan namun bak kata pepatah, biar susah dulu senang kemudian.

Tapi ye la, duit kena ada banyak nak belia rumah. Jika makan gaji, kena harapkan duit EPF ada banyak untuk buat downpayment. Kalau tak pun kita kena ada side income yang membantu untuk menyegerakan kita mempunyai kewangan untuk beli rumah.

Bagi yang belum punyai kewangan yang kukuh, selain menyimpan dalam ASB , takaful dan banyak lagi, kita boleh buat sikit-sikit dalam pelaburan emas. Kalau suka dalam bentuk material, beli ketulan emas dan simpan dalam peti simpanan di bank atau tempat-tempat yang yakin selamat. Kalau takut ketulan mas tu hilang atau dicuri, boleh juga beli dalam bentuk pass book dari Maybank  dan Ambank kalau saya tak silap.

Saya pun baru nak mendalami pelaburan emas, sebab sebelum ni kami fokus on perumahan sahaja. Seperti kata seorang kenalan, boleh jek mulakan dengan sikit-sikit dan tak semestinya dengan sejongkong emas :)


Memang betul kata kawan saya, kena diversify investment kita. Bukan hanya simpan duit dalam bank sahaja :)












Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia