Selasa, 30 Ogos 2011

# Best Offer # Diariku

Aidilfitri 2011

Ramadhan dah meninggalkan kita dan kini Syawal datang menjelma. Masih mengharapkan redha Ilahi untuk menemui Ramadhan pada tahun akan datang.....
Sempena bulan baik ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri ini. Sepuluh jari di susun memohon kemaafan atas segala kekhilafan. Tahun ni kami beraya 3 beranak sahaja memandangkan abah Addin dan Nasa bertugas.
Pastinya seperti orang lain juga, saya menyediakan beberapa lauk pauk untuk juadah raya. Antara lauk yang saya hidangkan untuk anak-anak ialah kuah lodeh, kuah kacang, nasi himpit, serunding daging dan ayam goreng.
Siapa kata tak sayu tak beraya dengan suami tercinta? Namun saya kena kuat demi anak-anak. Addin mungkin sebab dia dah besar, so dia pun faham abahnya tak dapat balik atas urursan kerja. Cuma Nasa sahaja bila berbual dengan abahnya pagi tadi dia meluahkan perasaannya....
" Abah, Aca sedih la beraya tak de abah. Aca cuma beraya dengan ibu dan abang Addin aje. Cepat la abah balik ya"
Tersenyum saya mendengar luahan si kecil.
Walaubagaimanapun, kami pernah dah banyak kali beraya Aidil Adha tanpa abah di sisi maka bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah kami masih bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa kehadiran Syawal dengan senyuman.



Dalam pada itu, alhamdulillah ramai juga yang dah mula membuat pesanan vitamin. Mungkin mereka sibuk menyediakan persiapan raya dan baru tersedar vitamin mereka dah kehabisan. Buat customer yang dah buat bayaran, insyaALLAH Jumaat ini barang anda akan dibuat penghantaran. Sekali lagi terima kasih atas sokongan kalian.
Buat semua customer anakkuwiraku.com nantikan promo September buat anda! Kami akan cuba berikan yang terbaik buat anda dan terima kasih atas sokongan yang diberi.











Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia