Selasa, 30 Ogos 2011

# Breastfeeding # Diariku

Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi.

Masih teringat kenangan melahirkan 2 anak lelaki saya...walaupun kedua duanya melalui pembedahan [ceaserean] namun saya melalui pengalaman yang berbeza di mana anak sulung kelahirannya adalah bayi pra matang 34-35 weeks namun dengan berat normal dan keadaan saya tidak sedar manakala anak kedua diberi suntikan separa sedar dengan umur yang matang.

Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.

Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.

Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.

Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.

Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.

Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.

Syukur sebab sejak kebelakangan ini ramai ibu2 yang telah membuat pesanan set bersalin dari saya. Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.
Walaupun melahirkan secara ceaserean saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.

Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.

Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin. Maka dapatkan konsultasi yang lengkap dari saya sekiranya anda mendapatkan vitamin dari www.anakkuwiraku.com.



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia