Salam Ramadhan

 Salam Ramadhan.

Bersyukur kita kerana dipanjangkan usia untuk menemui Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Mudah2an berkat bulan Ramadhan, kita mengambil peluang memperbaiki amalan, kesihatan dan taraf hidup kita agar lebih baik dari sebelum ini.

Walaupun ini mungkin kali pertama kami berpuasa tanpa abah AddinNasa namun alhamdulillah jam 3.45 pagi tadi mata ini seolah-seolah tahu masa untuk bangun sebelum jam loceng berbunyi. Kami bersahur dua beranak sahaja dan pastinya Performance drink adalah antara minuman yang ibu hidangkan agar badan tidak mengalami hidrasi jika cuaca panas nanti.

Selepas bersahur, ibu teruskan kerja ibu iaitu pack pesanan yang perlu dihantar hari ini. Bagi yang telah membuat pesanan, jika tiada aral yang melintang, insyaALLAH esok lusa akan terima vitamin yang dipesan.

Mudah-mudahan ALLAH memberi kebaikan dan rahmat kepada sesiapa sahaja yang berusaha ke arah kebaikan, menjaga kesihatan yang baik dan beramal soleh dan semoga kita tergolong dalam golongan yang baik. Amin.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular