Selasa, 16 Ogos 2011

# Diariku # order

Membeli online vs offline

 Teringat satu iklan dulu..." Zaman dah berubah, dunia dah maju" memang ada kebenaran dalam kata-kata ini. Kalau dulu, kita biasa membeli barang di kedai atau shopping mall tetapi kini hanya dengan berinternet semuanya boleh dilakukan tanpa perlu ada wang tunai dalam tangan. Hanya dengan buat bayaran melalui bank transfer, kita dah boleh beli barang semudah ABC. Esok lusa barang dah sampai.

Suami saya pernah bertanya, mengapa saya beli makanan , baju dan barangan secara online? Walhal dekat dengan rumah semuanya ada. Tapi saya jawab sebab saya suka pada servis penjual. Adakala bila beli barangan dikedai, tiada penjelasan yang lebih terperinci.Servis pun ala kadar sebab yang layan tu adalah penjual dan mereka bekerja atas dasar makan gaji. Berbeza dengan penjual online, mereka la boss dan merekalah pekerja. So komitmennya pasti tak sama.

Saya pernah beli apam polkadot, satay, baju kanak2 dan barangan souvenir MAS melalui internet. Memang seronok bila parcel sampai....anak-anak yang tak sabar nak buka parcel. Alhamdulillah semuanya memuaskan hati saya.

Dulu kalau cerita pasal biz online, saya cuma andaikan pasti orang yang buat biz internet orang yang pandai IT....punya cetek nya minda ni. Tapi selepas 3 tahun berjinak-jinak dengan dunia blogging...ditambah ada permintaan dari kenalan blogger dalam tidak sedar saya sendiri terlibat dengan jualan secara online. Walaupun saya tak buka kedai maya, namun alhamdulillah ramai yang membuat pesanan dan belian dari saya.

Dalam keadaan saya yang menetap di Miri Sarawak, tetapi 90% dari mereka yang membuat belian vitamin adalah dari Semenanjung Malaysia. Macam sukar nak dipercayai namun itulah namanya rezeki. Paling penting saya amalkan kejujuran dan saya cuba consult selagi mana daya saya mampu untuk membantu.

Walaupun ada sesetengah orang yang tak pernah sampai Miri mengandaikan Miri tu jauuuuhhhhhhh ...tapi hakikatnya perjalanan hanya 2 jam suku sahaja dari Kuala Lumpur. Sebab itu saya selalu balik terutama bila ada urusan perniagaan, keluarga atau peribadi. Memang ada customer baru pun tertanya2....sekejap saya di KL, kejap di Muar, kejap di Miri....terbang macam burung.
Biasanya sesiapa yang buat belian dari saya akan menerima barang 1-3 hari bekerja. InsyaALLAH.

Hakikatnya tak penting di mana saya berada, paling penting customer saya yang buat bayaran terima barang dengan hati yang senang dan kepuasan apabila saya cuba pastikan penghantaran dibuat pada hari yang sama dengan pembayaran awal. InsyaALLAH.

 Bagi warga  Brunei yang ingin dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di talian 012- 853-5689 atau emailkan di nnorita78[@] yahoo.com dengan harga berpatutan.

Tidak lupa juga kepada mereka yang telah membuat belian melebihi RM500 pada bulan ini, jangan lupa emailkan kepada saya atas rujukan : Angry birds T Shirt For Free! Sertakan nama penuh, alamat dan no telefon dan saya akan hantarkannya untuk anda secara PERCUMA! 

 Gambar hanya untuk tujuan ilustrasi. Warna yang diberi mengikut stok yang ada. Saiz adalah L atau Free saiz sahaja.

Akhir kata, terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Saya akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik buat semua customer saya :)



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia