17 Tips pengurusan Masa

Semua orang ada 24jam sehari. Tidak kurang seminit, tidak juga lebih seminit. Namun begitu, ada orang yg sangat mampu untuk melakukan beberapa pekerjaan dalam hidupnya, bagaikan dia punya waktu yg sangat banyak atau lebih dari org lain. Kalau diikutkan, kita perlu membahagikan 24jam yg kita ada itu kepada 3 bahagian, iaitu 8jam utk waktu bekerja, 8jam utk beribadah dan 8jam lagi utk tidur. Bagi yg bekerja di pejabat, 8am-5pm  tu je dah 9jam. Ni maksudnya kena tolak waktu tidur. Waktu tidur yg sebaiknya utk tubuh yg sihat ialah lebih kurang 6jam. Jangan kurang sgt, jgn lebih sgt.
Ok, jom baca sedikit tips daripada teman saya, Mommy Lyna, tentang pengurusan masa beliau sebagai seorang ibu dengan tiga orang anak lelaki, bekerjaya, melakukan pelbagai perniagaan online dan offline, tetapi masih mampu trampil idola ramai ibu-ibu (khususnya geng bloggers)
  1. Buat jadual peribadi
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh.
Saya masih ingat pesanan arwah Tuan Hj Talip pada saya, jangan sesekali biarkan otak kita leka berangan tanpa usaha kerana ia hanya akan membunuh sebuah impian dalam senyap.





Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catatan Popular